KUALA LUMPUR 9 NOV: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Umno BN menggunakan agama untuk mencari keuntungan politik dengan kali ini, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah menjadi mangsa.
Menyifatkan serangan fitnah terhadap anaknya itu sebagai bermotif dendam, beliau percaya perjuangan Nurul Izzah bukan terletak di tangan kerajaan sebaliknya dihakimi rakyat biasa.
“Satu kerajaan datang hentam dia, tapi saya nak kata bukan kerajaan penentunya, tapi rakyat yang akan menghakimi segala-galanya.
“Mereka nak kalahkan Izzah, nak angkat Raja Nong Chik. Apa mereka lupa isu tanah di Kampung Baru pun tak selesai, anak dia pula dapat kontrak tender berbilion ringgit.
“Saya pesan dekat Izzah, ini ujian. Kita kena hadapi,” kata Ketua Pembangkang itu.
Pada pilihan raya umum lalu, Nurul Izzah membuat kejutan apabila menewas Datuk Seri Shahrizat Jalil bagi menawan kerusi Parlimen Lembah Pantai.
Kini, ada ura-ura kerusi itu bakal ditandingi Raja Nong Chik sekalipun terpalit dengan isu rampasan tanah Kampung Baru dan skandal anaknya.
“Perlawanan ini antara rakyat dengan kerajaan yang korup. Inilah masanya untuk rakyat mengatakan tidak, kepada mereka,” katanya depan 700 orang pada ceramah perdana Jelajah Merdeka Rakyat di Bulatan Little India, Brickfields, di sini malam tadi.
Depan 2,000 orang di padang Flat Sri Labuan, Bandar Tun Razak dalam Jelajah Merdeka Rakyat pada malam samapula, Anwar berkata tidak ada maknanya Islam seseorang itu jika agama diperalat untuk kezaliman dan menindas.
“Walkaramah itu keadilan, kita sebagai umat Islam dituntut memberi keadilan untuk semua dan angkat darjat manusia.
“Ini disebut Ketua Ulama SeDunia, Sheikh Yusuf al-Qaradawi dalam buku terbarunya (Kebangkitan Rakyat).
“Di Mesir, ada minoriti Kristian. Semasa berlaku serangan ke atas gereja oleh pelampau Mesir, anak-anak muda Islam bina benteng pertahankan penganut Kristian.
“Kerana apa? Kerana mereka mahu pertahankan umat manusia dari kezaliman. Semasa serangan gereja di Petaling Jaya dulu, Ustaz Haji Hadi Awang juga tolak kekerasan terhadap agama lain dan minta gereja tidak dirosakkan.
“Kalau orang Melayu dengan Cina bergaduh, yang untung Umno. Islam dengan Kristian gaduh, yang untung Umno,” katanya.
No comments:
Post a Comment