Friday, December 28, 2012

Harga saham FGV jatuh sekejap bawah IPO

Harga saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) saham jatuh sekejap pagi ini di bawah harga tawaran awam (IPO) RM4.55.

Pada kira-kira jam 10.30 pagi harga merosot kepada RM4.53 selepas dibuka pada harga RM4.55.

NONEBerlegar sekitar harga IPO pada RM4.56 selepas itu, harga pada 
waktu makan tengahari bertambah baik sedikit, naik kepada RM4.57.

Menurut portalThe Edge Financial Daily, moratorium enam bulan kepada pelabur awal yang melarang mereka menjual saham tersebut, berakhir semalam.

Ia menyatakan bahawa kemasukan ke FTSE Bursa Malaysia Komposit Indeks KL (KLCI) yang kebetulan dengan tempoh berakhir moratorium FGV, tidak banyak membantu melonjak harga saham itu.

NONEPada masa penyenaraian kontroversinya pada bulan Jun, IPO 
FGV adalah kedua terbesar di dunia selepas Facebook Inc

Saham itu melonjak kepada RM5.55 sejurus selepas penyenaraian, tetapi sejak itu, harganya telah menurun.

Ia mencecah rekod terendah RM4.50 pada minggu pertama Disember.

1,000 orang berhimpun desak Isa letak jawatan


Kira-kira 1,000 orang - rata-ratanya memakai baju berwarna oren - berarak daripada masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menuju ke Wisma Felda Jalan Semarak hari ini.

NONEPerarakan yang diketuai oleh Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK) Mazlan Aliman itu turut disertai Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub serta ahli jawatankuasa pusat PAS, Idris Ahmad dan Dr Hatta Ramli.

NONEMereka berarak ke Wisma Felda bagi mengadakan perhimpunan serta menyerahkan memorandum kepada Felda.

Sementara itu, ketika berucap di atas kereta 4WD, Mazlan berkata, kehadiran beliau pada hari ini adalah tujuan bagi mendesak PengerusiNONEFelda Tan Sri Isa Samad meletakkan jawatan.

"Kita tak bermusuh dgn pekerja Felda, tak bermusuh dengan anak peneroka.
"Kita ada di sini untuk membuat tuntutan paling utama. Kehadiran Isa mengundang malapetaka danNONEbencana.

"Kita nak buat tuntutan terbesar kita iaitu Isa mesti letak jawatan dan undur," katanya.

Dalam pada itu, turut berhimpun di hadapan Wisma Felda hari ini ialah kira-kira 300 orang yang pro-Felda daripada Majlis Belia Felda MalaysiaNONE(MBFM) yang membawa kain rentang antaranya bertulis "Jangan ganggu Felda", "Peneroka Felda bukan kacang lupakan kulit", dan "Persatuan ANAK Pengkhianat".

Mereka turut melaungkan "jangan ganggu Felda" danNONE"Zalim...zalim... Mazlan Aliman Zalim".
Kumpulan dari MBFM itu tiba pada jam 2 petang, manakala kumpulan ANAK pula tiba setengah jam kemudiannya.
Berikutan itu, pihak polis membuat sekatan kira-kira 50 meter bagi menjarakkan dua kumpulan itu.
Pada perhimpunan itu, Mazlan bersama enam wakil ANAK dan PAS antaranya Salahuddin dan Hatta bertemu wakil NONEdaripada Felda untuk menyerahkan memorandum.

Selepas itu, kedua-dua kumpulan mula bersurai kira-kira jam 3.30 petang.

Mazlan yang kemudiannya ditemui pemberita memberitahu, akan membuat tindakan susulan selepasNONEmenyerahkan memorandum tersebut.

Beliau berkata, apa yang menjadi kepentingan ANAK buat masa ini ialah menuntut agar Isa melepaskan jawatannya.

Ini kerana, tempoh Isa sebagai pengerusi Felda akan tamat pada 31 Disember ini.

"Yang paling penting sekarang ialah tuntutan kita supaya Isa lepas jawatan sebagai pengerusi Felda.

"Kita takkan putus asa. Kita akan tuntut perdana menteri supaya pecat Isa. Tempoh akan berakhir pada 31 Disember. Perdana Menteri mesti ambil peluang dengan laksana tuntutan rakyat," katanya.

Antara tuntutan lain yang ada didalam memorandum itu ialah meminta agar Felda mengembalikan semula tanah Felda Plantation, menghentikan penjualan minyak sawit kepada syarikat yang didakwa milik Yahudi serta menghentikan camputangan politik dalam Felda.

Selain itu, mengulas mengenai kira-kira 300 NGO pro-BN yang turut hadir hari ini, Mazlan berkata, beliau menganggap mereka sebagai kawan dan bukan musuh.

"Saya anggap mereka kawan, bukan musuh. Musuh bukan anak peneroka. Mereka tak tau apa-apa. Mereka diupah. Mereka kawan kita," katanya lagi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh berkata, beliau berpuas hati terhadap kedua-dua kumpulan hari ini yang bersurai secara aman.

Katanya, dengan kekuatan anggota polis yang memadai, halangan dibuat bagi mengelak pertembungan kedua-dua kumpulan.

"Terima kasih pada kedua-dua kumpulan kerana bersurai dengan aman. Saya sangat berpuas hati dengan situasi hari ini. Mereka mendengar nasihat.

"Kekuatan memadai. Angka tak berapa besar. Tapi kita berjaya halang mereka daripada bertembung," katanya.

Konvoi Oren desak polis tahan Ketua Pemuda Umno Jempol

dipetik daripada FMT.com


Mohd Nizam secara terbuka mengaku mereka telah merancang mengadakan sekatan jalan sebaik sahaja mengetahui kehadiran Konvoi Oren.
JEMPOL: Timbalan Pengarah Konvoi Oren ‘Selamatkan Felda’ Negeri Sembilan, Karip Mohd Salleh hari ini mendesak polis Jempol menahan segera Ketua Pemuda Umno Jempol, Mohd Nizam Aman kerana didakwa menjadi punca kekecohan Konvoi Oren di Felda Bukit Rokan Utara pada hari Ahad lalu.

Kekecohan itu  mengakibatkan dua peserta cedera dan cermin sebuah kenderaan pacuan empat roda dipecahkan oleh sekumpulan lelaki yang dipercayai penyokong Umno-Barisan Nasional.
“Dalam laporan Sinar Harian edisi Negeri Sembilan semalam, Mohd Nizam secara terbuka mengaku mereka (Pemuda Umno Jempol)  sejak awal lagi merancang mengadakan sekatan jalan di lebih 30 tanah rancangan Felda sebaik sahaja mengetahui kehadiran Konvoi Oren.
“Seperti mana dakwaan saya semalam maka ‘sudah terang lagi bersuluh’; Umno khususnya Mohd Nizam dan Umno Jempol lah yang merupakan punca keganasan berlaku ketika Konvoi Oren di Felda Bukit Rokan Utara.
“Maka saya mendesak pihak polis menahan segera Mohd Nizam dan orang suruhannya yang terlibat dalam mengadakan sekatan jalan ketika Konvoi Oren berlangsung.
“Dia (Mohd Nizam) sendiri dah mengaku, maka pihak polis harus mengambil tindakan segera dan tegas. Jika tindakan tegas tidak diambil, dikhuatiri selepas ini sesiapa sahaja termasuk parti politik atau organisasi lain akan turut mengambil tindakan sendiri dengan mengadakan sekatan jalan.
“Tindakan ini seperti mencabar kuasa pihak polis. Maka polis harus bertindak tegas agar ia menjadi amaran kepada mana-mana pihak yang mengambil kuasa ditangan sendiri  ,” kata Karip.
Mohd Nizam cakap belit-belit
Ketika ditanya FMT berhubung dakwaan Mohd Nizam di dalam akhbar yang sama bahawa insiden kekecohan yang berlaku di Felda Bukit Rokan Utara pada hari Ahad lalu sebenarnya berpunca daripada tindakan provokasi peserta Konvoi Oren; Karip berkata:

“Kenyataan Mohd Nizam memang berbelit-belit. Mereka buat sekatan jalan bukan di jalan persendirian atau jalan di dalam tanah rancangan Felda tetapi di jalan awam.
“Sekatan jalan itu sendiri satu provokasi kerana menghalang pengguna jalanraya termasuk peserta Konvoi Oren ke Felda Jelai, Gemencheh atau Pasir Besar,” katanya.
Manakala, Naib Ketua PKR Jempol, T Kumar yang juga merupakan seorang peguam mengesahkan kepada FMT bahawa adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 339 Kanun Keseksaan  jika seseorang menghalang atau menyekat pergerakan individu lain.
Yang beria-ia membantah Umno bukan peneroka Felda


Karip yang juga merupakan Ketua Cabang PKR Jempol,  dalam nada sinis mengucapkan terima kasih kepada Mohd Nizam dengan pengakuan tersebut secara langsung terbukti bahawa pihak yang beria-ia membantah kehadiran Konvoi Oren ialah Umno dan bukan peneroka Felda terbabit.

“Kenyataan terbuka Mohd Nizam ini dengan jelas membuktikan Umno yang beria-ia membantah Konvoi Oren dan bukannya peneroka Felda.
“Patutlah di setiap lokasi sekatan jalan ramai sangat pemuda dan remaja berbanding mereka yang berumur (peneroka).

“Saya harus berterima kasih kepada Mohd Nizam kerana kenyataan beliau menghantar mesej kepada umum bahawa sebenarnya Umno yang membuat sekatan jalan dan tidak benarkan kami masuk ke tanah rancangan Felda, bukannya peneroka Felda.
“Kenyataan saya semalam dalam FMT selari dengan kenyataan Mohd Nizam di dalam Sinar Harian.
“Saya harap mereka yang berada di luar Felda dan peneroka Felda yang tidak tahu cerita sebenar, kini tahu siapa sebenarnya yang menimbulkan huru hara di Felda Bukit Rokan Utara Ahad lepas,” jelas Karip.


Berita sebelum itu


Konvoi Oren NS: 2 cedera, cermin kereta pecah


Insiden berlaku berhampiran simpang masuk ke Felda Bukit Rokan Utara apabila kira-kira 100 orang penduduk tempatan yang membawa bendera BN.
TAMPIN: Konvoi Oren “Selamatkan Felda” peringkat Negeri Sembilan semalam tercemar apabila dua peserta konvoi cedera dan cermin sebuah kereta pacuan empat roda milik peserta  turut pecah.

Insiden berlaku berhampiran simpang masuk ke Felda Bukit Rokan Utara, Gemencheh, Tampin apabila kira-kira 100 orang penduduk tempatan yang membawa bendera BN menghalang peserta konvoi seramai 200 orang  meneruskan perjalanan.
Menurut Pengarah Program Konvoi Oren Negeri Sembilan, Abdul Rahman Ramli; ketika peserta konvoi baru sahaja sampai di lokasi, sekumpulan lelaki yang bersenjatakan kayu dan batu meluru kepada sebuah kereta pacuan empat roda yang berada di paling hadapan.
“Mereka memecahkan cermin kereta di hadapan dan kedua-dua cermin tingkap sebelah kiri kereta dengan kayu.
“Sebenarnya tindakan lelaki-lelaki yang membawa bendera BN dan Umno ini adalah satu tindakan yang salah.
“Menyedari bantahan daripada mereka, kami tidak masuk ke Felda Bukit Rokan Utara, sebaliknya hanya berunding untuk menggunakan jalan besar tersebut untuk ke Felda Jelai.
“Sebaliknya mereka mencederakan dua orang lelaki.
“Seorang cedera di kepala dan seorang lagi di kening. Saya juga kecewa dengan pihak polis yang hanya melihat insiden itu berlaku dan tidak menghalang lelaki-lelaki yang mencetuskan provokasi dari awal lagi,” kata Abdul Rahman yang juga merupakan Yang DiPertua PAS Jempol..
Noraza Muda cedera di kepala sementara Razali Rashad di kening. Kedua-dua mereka dipukul dengan kayu oleh dua lelaki yang tidak dikenali di jalan utama berhampiran simpang masuk Felda Bukit Rokan Utara.
Konvoi Oren NS dibatalkan
Berikutan kejadian itu Noraza, Razali dan kepimpinan PAS dan PKR yang menyertai konvoi itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Jempol di Bandar Seri Jempol.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman ketika mengadakan sidang akhbar tergempar di hadapan IPD Jempol, berkata peserta konvoi berkereta itu hanya berhasrat memasuki kawasan Felda untuk seketika, memberikan sedikit ucapan ringkas dan mengedar risalah.
“Saya kecewa dengan pihak polis yang hanya memerhatikan sahaja kejadian peserta konvoi kami diserang.
“Saya mendapat maklumat, bahawa di lokasi seterusnya iaitu di Felda Jelai, mereka menunggu kami dengan besi, kayu dan batu.
“Mengambil kira keselamatan peserta dan saya tidak mahu lebih ramai tercedera, saya mengambil keputusan untuk membatalkan konvoi ini’” ujar Mazlan.
Halangan di Felda Kepis dan Felda Bukit Rokan Barat
Sebelum itu, konvoi Oren dihalang masuk di Felda Kepis oleh lebih 100 penduduk tempatan dan tidak dibenarkan masuk oleh hampir 80 penduduk Felda Bukit Rokan Barat.
Kepimpinan PAS dan PKR hanya memberi ucapan ringkas dari atas sebuah kenderaan pacuan empat roda di tepi jalan utama dan beredar ke Felda Bukit Rokan Utara sebelum insiden buruk itu berlaku.
Jika tidak kerana insiden peserta Konvoi Oren diserang dan tercedera, sepatutnya peserta dengan 80 kenderaan meneruskan konvoi ke Felda Jelai, Felda Palong 4, 5 & 6, Felda Lui Selatan dan Felda Serting Hilir.
Ini merupakan insiden ketiga membabitkan kekecohan terhadap peserta Konvoi Oren. Sebelum ini kekecohan terhadap Konvoi Oren turut berlaku di Felda Lawin Selatan, Gerik Perak pada 03 November lepas dan di Felda Jengka 11 pada Ahad lalu.
Dalam kedua-dua kejadian itu penduduk Felda terbabit bertindak menghalang peserta konvoi daripada memasuki kawasan Felda tersebut.
Penganjur nafi peserta berkeras masuk Felda
Sementara itu Kordinator Konvoi Oren Negeri Sembilan, Mohd Hassan Tamby menafikan laporan Sinar Harian hari ini yang melaporkan kekecohan berlaku apabila penganjur dan peserta tetap berkeras untuk masuk ke penempatan Felda.

Mohd Hassan juga menafikan bahawa kenderaan pacuan empat roda berwarna oren terlanggar sebuah motorsikal penduduk sehingga mencetuskan pertelingkahan.
“Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya bahawa kami tetap berkeras untuk masuk ke Felda Bukit Rokan Utara.
“Menyedari bantahan penduduk di situ yang saya kira sebagai ahli atau penyokong Umno dan BN (yang membawa bendera Umno dan BN) terhadap kehadiran konvoi kami, memang kami sepakat untuk tidak menimbulkan sebarang ketegangan dan mengambil keputusan untuk tidak masuk ke Felda Bukit Rokan Utara.
“Sebaliknya kami hanya mahu lalu Jalan Jelai – Dangi untuk ke Felda Jelai. Tetapi mereka menghalang kami dan mengadakan sekatan jalan di jalan utama Jelai – Dangi tersebut.
“Kami berunding dengan mereka untuk lalu jalan tersebut ke Felda Jelai tetapi belum sempat berunding kami diserang. Ketika mereka meluru pada kenderaan kami itulah, kenderaan pacuan empat roda yang berwarna kuning berundur untuk selamatkan diri dan dalam keadaan kelam kabut itu kenderaan itu terlanggar sebuah motorsikal secara tidak sengaja.
“Bukan kami sahaja tersekat malah pengguna awam jalan tersebut turut tersekat. Apakah tindakan mereka membuat sekatan di jalan utama merupakan satu tindakan sah di sisi undang-undang? Apa tindakan polis? Polis memerhati sahaja. Persoalannya siapa membuat provakasi?” soal Mohd Hassan.
Turut hadir dalam Konvoi Oren “Selamatkan Felda”peringkat Negeri Sembilan semalam ialah Yang DiPertua PAS Tampin, Zakaria Khalim; Ketua Cabang PKR Jempol, Karip Mohd Salleh; Timbalan Ketua Cabang PKR Rasah dan Ahli Jawatankuasa Anak, R Tangam dan Naib Ketua Cabang PKR Jempol, T Kumar;

Tuesday, December 18, 2012

Umno pindah semula pengundi ke T’ganu, S’ngor lawan habis-habisan


KUALA LUMPUR 18 Dis: Pengalaman Terengganu berjaya ditawan semula oleh BN pada 2004 menerusi penipuan pilihan raya dan bukan atas kehendak rakyat menjadikan KEADILAN Selangor bersedia melawan taktik jahat Umno untuk merampas negeri itu.
Lebih dari itu, Timbalan Pengerusi KEADILAN Negeri, Zuraida Kamaruddin berkata, Selangor malah akan ‘mematahkan’ serangan pembangkang negeri untuk memenangi pilihan raya.
“Memang ada usaha kerja-kerja kotor Umno BN di Selangor. Kita akan berdepan tanpa membiarkan taktik jahat mereka memenangi PRU akan datang.
“Petugas-petugas setiap kawasan akan diberikan penerangan dengan jelas bagi mendedahkan mereka berhubung taktik ini,” kata Ahli Parlimen Ampang itu ketika dihubungi.
Semasa berucap pada Himpunan Kebangkitan Rakyat di Dungun, Terengganu Jumaat lalu, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mendedahkan, Umno BN sedang berusaha membawa pengundi Terengganu ke Selangor bagi membantu parti itu menawan semula Selangor dalam PRU13.
Menurut Husam, pengundi tersebut merupakan pengundi Selangor yang dibawa ke Terengganu pada 2004.
Beliau berkata, kerana yakin Umno mampu menang besar di Selangor dalam PRU ke-11, sebahagian besar pengundi di negeri itu dipindahkan ke Terengganu.
Akibatnya dalam PRU ke-12, Umno BN Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat kerana kehilangan pengundi yang dipindahkan ke Terengganu dalam PRU sebelumnya.
“Pada tahun 2004 Terengganu berjaya ditawan semula oleh BN bukan atas kehendak rakyat Terengganu. Majoriti rakyat Terengganu memilih PAS ketika itu.
“Bagaimana kerajaan PAS boleh tumbang adalah melalui penipuan pilihan raya yang dibuat oleh Umno,” kata Husam dipetik Harakah Daily.
Zuraida yang juga Ketua Wanita KEADILAN berkata, jentera parti akan mencari pengundi yang dipindahkan itu bagi mendapatkan butiran dan pengesahan bahawa mereka bukan orang tempatan yang layak mengundi kawasan tersebut.
“Bagi nama pemilih terbaru yang akan diterima penghujung tahun ini, kita akan teliti sehabis baik. Jika terdapat kekeliruan pada nama mereka, kita lapor kepada Suruhanjaya Pilihan Raya. Mereka nak terima atau tidak terpulang. Tapi kita akan rekodkan semuanya sebagai bukti,” katanya.
Tambah Zuraida, negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat khususnya Selangor bakal berhadapan pengundi baru yang mencurigakan.
Kata beliau, pemindahan pengundi adalah antara perkara yang perlu diperangi habis-habisan.
“Ini adalah taktik yang kita kenal pasti bakal memberikan kesan jika tidak dikaji daripada awal. Sebagai parti mempertahankan sistem demokrasi yang adil, kita akan patahkan usaha jahat Umno,” ujarnya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=41305

Serang bas Merdeka Rakyat: Najib perintis samseng Umno


PETALING JAYA 18 Dis: Perbuatan bacul samseng Umno yang menyerang program Pakatan Rakyat hasil tunjuk ajar presidennya, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau merujuk insiden Bas Jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu oleh samseng Umno di Tapah ketika dalam perjalanan ke Himpunan Kebangkitan Rakyat Perak, kelmarin.
Ahli Parlimen Machang itu berkata, ia bukan lagi aneh kerana pimpinan Umno yang diterajui Datuk Seri Najib Razak terbukti takut untuk berdepan pemimpin Pakatan Rakyat, terutama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Muhammad Nur menunjukkan gambar cermin bas yang pecah dibaling batu.
“Seruan dan cabaran untuk berdebat secara terbuka tidak disahut dan didiamkan. Malah pendedahan dan pembuktian tentang kegagalan dan kepincangan Umno serta Perdana Menteri jelas tidak mampu dijawab dan dijelaskan,” katanya dalam kenyataan yang dibacakan Ketua Penerangan, Dr Muhammad Nur Manuty di ibu pejabat parti, hari ini.
Hadir sama, Ketua Biro Kepenggunaan, Yahya Sahri dan Setiausaha Pengelola, Raden Shamsul Akmar raden Shamsuddin.
Saifuddin turut mengaitkan serangan ini dengan rentetan pendedahan oleh Deepak Jaikishan dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang menjadikan Umno seperti hilang punca, laksana meroyan dan tidak tentu arah.
“Kegagalan untuk menghalang serangan demi serangan mencerminkan bahawa Najib memberi lesen untuk kerja gila seperti itu diteruskan,” tegasnya.
Sementara itu, Muhammad Nur mendesak agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap serangan keempat ke atas bas Jelajah Merdeka Rakyat.
“Kita kesal kerana masih belum ada tindakan. Najib konon mencanangkan perihal demokrasi tapi keganasan politik berleluasa,” kata Pengerusi KEADILAN Perak itu.
“Pihak berkuasa tidak sepatutnya bertindak atas pengaruh mana-mana organisasi politik,” kata Muhammad Nur.
“Serangan samseng Umno bukti begitu terdesaknya Najib seperti dalam ucapannya di Himpunan Agung Umno tahun lalu, ‘biar tulang berselerakan, asalkan Putrajaya dipertahankan’,” katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=41313

KEADILAN bongkar bekas pegawai tinggi polis miliki 10 aset rumah


PETALING JAYA 18 Dis: KEADILAN hari ini bongkar pemilikan aset bekas pegawai tertinggi polis pada 1999, berupa 10 unit rumah persendirian di sekitar Kuala Lumpur.
Dedah Pengerusi Biro Kepenggunaan, Yahya Sahri, aset-aset yang tidak diisytiharkan tersebut, antaranya kondominium bernilai RM400,000 dan pangsapuri kos rendah sekitar RM25,000.
“Aset-aset tersebut atas nama bekas pegawai polis itu dan isterinya. Pendedahan saya ini meliputi harta beliau di Kuala Lumpur sahaja, tidak termasuk Melaka,” katanya sambil memberi pembayang, pegawai berkenaan berasal dari Melaka.
Yahya juga mendedahkan, bukti pemilikan aset pegawai tersebut melalui carian rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menunjukkan beliau mempunyai empat rumah di Taman Miharja, empat di Wangsa Maju, satu di Taman Sentosa, Petaling Jaya dan satu lagi di Desa Kiara, Damansara Utama.

“Apa yang kita persoalkan, rakyat biasa begitu sukar nak beli rumah. Jangankan kondominium, pangsapuri kos rendah pun payah, tapi seorang pegawai tinggi polis boleh begitu mudah miliki sampai 10 buah rumah,” kata Yahya pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.
“Justeru, kita mintak penjelasan DBKL berhubung pemilikan tersebut,” sambung beliau.
Tambahnya, banyak lagi penyelewengan berhubung aset dan hartanah yang bakal didedahkan dan ini adalah siri pertama pendedahan tersebut.
“Kita akan dedahkan banyak lagi penyelewengan berhubung isu kepenggunaan, sampailah pilihan raya nanti,” jelas Yahya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=41326

Batalkan 300,000 saman, wang 10,000 pembayar AES mesti dipulang


KUALA LUMPUR 18 Dis: 300,000 saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) perlu dibatalkan dan saman yang dibayar oleh 10,000 pengguna jalan raya wajib dipulang jika kerajaan ikhlas mahu menghapuskan sistem tersebut.
Ronnie (kiri) bersama Exco Yaakob Sapari di lokasi AES di km 6.6 Jalan Kajang Puchong (SKVE).
“Wang saman yang dibayar 10,000 rakyat mesti dipulangkan semula. Ini tak adil pada mereka. 300,000 saman yang dikeluarkan mesti dibatal serta merta,” kata Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu kepada Keadilan Daily.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pandamaran berkata, Kerajaan Pusat berdolak dalik dan masih menipu jika hanya ‘mempertimbang untuk membekukan’ AES.
“Mempertimbang atau membeku hanyalah tempoh untuk tangguh. Sampai bila? Sampai pilihan raya? Kalau ini benar, maka, ia hanya langkah sementara untuk mengelak Barisan Nasional kalah Pilihan Raya Umum ke-13.
“Majoriti rakyat tak suka, sebab itu dia (kerajaan) tangguhkan?” soalnya.
“Dia (Kerajaan Pusat) tak jujur. Saya yakin mereka akan kuatkuasa semula sistem AES jika menang pilihan raya. Hanya satu cara, kalahkan mereka (BN),” kata Ronnie.
Jelasnya, menurut undang-undang kerajaan tempatan, ‘pengusaha’ AES telah melanggar Akta Parit, Jalan dan Saliran.
Merujuk Subseksyen 2(1) Akta 172 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, Kebenaran Merancang (KM) ditakrifkan sebagai ‘kebenaran yang diberikan, dengan atau tanpa syarat, untuk menjalankan pemajuan’.
“Mereka (AES) tak mohon, jadi tak dapat kelulusan PBT (Pihak Berkuasa Tempatan). AES ialah struktur haram. Tak kira sama ada mereka bina atas premis sendiri, tanah sendiri atau tanah sewa, dia (AES) mesti dapat Kebenaran Merancang.
“Ini sangat jelas. Tiada ‘grey area’,” tegas Ronnie.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=41335

K'jaan akan tarik balik saman AES?

Perkembangan terkini mungkin membawa kepada penarikan balik saman trafik yang dikeluarkan melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), dengan kes-kes ditarik balik di sekurang-kurangnya dua mahkamah sejak semalam.

Menurut penasihat undang-undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE), Zulhazmi Shariff, ianya benar-benar berlaku sejak semalam tetapi peguam badan tersebut tidak dapat menghadiri kes-kes berkenaan.

"Tetapi hari ini saya diberitahu bahawa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pegawai (Jabatan Pengangkutan Jalan) mengambil balik saman AES saman daripada responden dan minta mereka pulang ke rumah. Kes mereka tidak didengar di mahkamah."

Beliau juga menceritakan bagaimana dua kes yang dikendalikannya hari ini serta lapan lagi kes yang dijadual didengar esok dan pada hari Jumaat, telah ditangguhkan selama sebulan oleh DPP berkenaan  kerana 'dokumentasi tidak lengkap'.

Apabila beliau membangkitkan perkara penarikan balik saman tersebut serta penangguhan kes berkenaan dengan DPP yang mengendalikan kes-kes AES di mahkamah Kuala Lumpur, Zulhazmi (kanan) berkata pihak pendakwa hanya mengatakan ada "masalah teknikal".

Zulhazmi juga berkata seorang responden yang kesnya dijadual didengar di mahkamah di Putrajaya hari ini, berkata semua responden dilepaskan tanpa dibebaskan selepas DPP menarik balik kes itu selepas pertuduhan dibacakan di mahkamah.

RUMAH PENEMPATAN SEMULA PENDUDUK TAMAN ABOK JAYA, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN MAU DIJADIKAN MODAL KEMPEN PRU 13

dipetik daripada Omak Kau.blogspot.com



Pada 19hb Februari 2012 yang lalu sempenan kunjungan sehari sambil bertugas Najib Razak dan Rosmah Mansor ke Seremban Negeri Sembilan, salah satu acara untuk memeriahkan kunjungan mereka berdua ialah pelancaran/perasmian rumah penempatan semula mampu milik penduduk di Taman Abok Jaya, Rahang, Seremban, Negeri Sembilan.

Dalam upacara itu diadakan satu supacara simbolik penyerahan kunci oleh Najib Razak kepada MB Negeri Sembilan Mohamad Hassan.

Dihebohkan kepada dunia melalui semua media arus perdana milik UMNO/BN termasuklah RTM dan TV3.

Dicanangkan kononnya harga rumah bernilai lebih RM100,000 sebuah tetapi dijual kepada rakyat dengan harga lingkungan RM45,000. Lebih 50% disubsidi oleh Kerajaan UMNO 1 M'sia Negeri Sembilan.

Pergh!!!! kalau dengar pada gah bunyinya cukup mengharukan..Digambarkan seolah-olah kerajaan UMNO 1M'sia Negeri Sembilan dibawah pimpinan Mohamad Hassan sebuah kerajaan yang perihatin rakyat.. Kerajaan tradisi membela rakyat miskin papa kedana.

REALITINYA??????

Setelah menunggu hampir 7 bulan dengan tiada perkhabaran berita dari kerajaan UMNO Negeri Sembilan maka rakyat yang berjaya untuk memiliki rumah tersebut pada 30hb September 2012, telah mengadakan demo secara aman dilokasi taman tersebut.

Demonstrasi ini telah mengundang kemarahan MB Negeri Sembilan, Mat Hassan dengan mengatakan agar pihak Pakatan Rakyat tidak menjadikanjnya isu politik.

Ini yang membuat admin ketawa terbahak.bahak.. Masa pelancaran dijadikan isu politik demi secebis politik batuan keuntungan bagi pihak UMNO tetapi bila sudah 7 bulan masuk bulan kelapan tiada dengar apa-apa perkembangan bila rakyat yang berjaya membuat demo aman dituduh sebagai mempolitikkan isu.

Alasan yang diberikan ialah belu ada Sijil Layak Menduduki (CF)..

Pelik juga admin, kalau belum ada CF mengapa diadakan acara simbolik penyerahan kunci dan Najib Razak dan Rosmah Mansor bersama sama dengan MB Negeri Sembilan suami isteri siap bergambar dalam salah sebuah rumah tersebut?

Pada 16hb Disember 2012 MB NS Mat Hassan telah mengadakan lagi satu upacara penyerahan anak kunci rumah kepada pembeli yang berjaya.

KELOKASI.

Demi berlaku adil maka admin telah diminta oleh Omakkau kelokasi hari ini demi meninjau secara "firsthand" dengan dibantu salah seorang pembeli yang berjaya. ( Identiti dirahsiakan ).

Dilokasi admin dapati ianya bersebelahan dengan Kg Semarak, Rahang.

Taman ini didirikan rumah berbentuk "TOWNHOUSE" 3 bilik dan 2 bilik mandi dikhususkan untuk penduduk setinggan Kg Abok, Rahang, Seremban, Negeri Sembilan yang diarah berpindah kerana tanah dan rumah mereka akan diambil untuk tujuan pembinaan JALAN LINGKARAN TENGAH SEREMBAN..

Dari struktur,  bahan binaan, keluasan, lokasi dan kualiti rumah bolehlah admin rumuskan dari mata kasar ianya sebuah rumah yang kecil kurang 900 kaki persegi berharga tidak lebih dari RM50,000 dengan mengambil kira harga bahan binaan pada tahun 2011. Admin dimaklumkan slab simen digunakan untuk membina rumah mampu milik ini.

Ada rumah admin lihat sudah dipasang meter elektrik oleh TNB namun tiada sebuah rumah pun dipasang dengan meter air oleh pihak SAINS ( Sayarikat Air Negeri Sembilan).

Ada tu dah pasang alat penghawa dingin. Jika dilihat pada luaran penghawa dingin tersebut ternyata sudah agak lama juga dipasang. Mungkin dipasang ketika lawatan/pelancaran/perasmian/penyerahan kunci Najib Razak pada awal bulan Februari 2012 yang lalu bagi nampak ada class sikit.

RUMUSAN DAN KONKLUSI.

1)  Bolehlah dirumuskan bahawa mengebahkan keseluruh negara,harga rumah ini melebehi RM100,000 sebuah adalah satu pembohongan.

2)  Memang nampak jelas projek ini mau dijadikan bahan kempen pada PRU 13 nanti oleh UMNO/BN Negeri Sembilan walaupun projek ini sudah dilancarkan awal tahun ini oleh Najib Razak.

3)  Mau dijadikan bargaining chip @ bahan umpan untuk memancing undi pada PRU 13.

Monday, December 17, 2012

20,000 redah becak ke Himpunan Kebangkitan Rakyat Perak


TRONOH 17 Dis: 20,000 rakyat meredah becak dalam hujan renyai untuk hadir ke Ceramah Himpunan Kebangkitan Rakyat di Padang SEDC, Bandar Seri Iskandar, di sini malam tadi untuk mendengar amanat pemimpin Pakatan Rakyat.
Suasana himpunan bagaikan pesta apabila program dimulakan dengan konvoi Alternative Rider Club (ARC) pada sebelah petang, disusuli konsert artis pro-perubahan Ito dan Nik Jidan.
Deretan warung NGO, busana aktivis pro-perubahan dan gerai makanan menjadi pilihan pengunjung.
Kenderaan yang terpaksa ditempatkan di sepanjang lebih tiga kilometer menuju ke tapak ceramah menunjukkan kehadiran ribuan pengunjung bukti semangat perubahan harapan rakyat Perak.
Mereka yang pelbagai kaum dengan gaya tersendiri dari latar belakang umur berbeza, seperti turun ke perlawanan bola sepak, menambah kemeriahan program.
Ada yang memakai t-shirt khas himpunan, meletakkan poster pimpinan Pakatan Rakyat di cermin kereta dan ada pula  menggantung bendera di keliling motorsikal.
Ceramah dimulakan kira-kira jam 9.00 malam oleh NGO penyokong Himpunan Kebangkitan Rakyat.
Dari NGO GMI (Gerakan Mansuhkan ISA) dan Royalti, disusuli ucapan pimpinan Pakatan Rakyat tempatan.
Acara kemuncak bermula sebaik Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengambil tempat ceramah.
Diikuti Naib Pengerusi DAP, Tan Seng Giaw; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=41253

Tingkap bas kempen PKR dipecah, kali ini di Perak



Bas kempen PKR dilaporkan dikhianati di Perak semalam ketika ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan ke negeri tersebut.

Kejadian itu dikatakan berlaku di kawasan rehat Tapah di Lebuhraya Utara-Selatan.

MediaRakyatNet, sebuah saluran pro-Pakatan Rakyat di YouTube, melaporkan kejadian itu di akaun Twitternya dan memaparkan sebuah foto yang menunjukkan tingkap bas itu pecah.

NONE
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution menerbitkan 
semula maklumat mengenainya di akaun Twitter beliau awal pagi ini dan meminta supaya ditingkatkan keselamatan bagi konvoi tersebut.

Program Anwar di Perak akan diteruskan hari ini, katanya.

Saifuddin, ketika dihubungi sebelumnya, berkata beliau belum lagi mendapat maklumat lanjut mengenai kejadian itu.
Bagaimanapun, katanya, beliau akan mengeluarkan kenyataan lewat hari ini selepas beliau mendapat maklumat mengenainya.

19,454 ibu tunggal dapat manfaat pelbagai skim kerajaan Selangor


Seramai 19,454 ibu tunggal di Selangor mendapat manfaat dan kemudahan daripada pelbagai skim yang dimulakan Kerajaan Selangor antaranya bantuan kewangan dan program keusahawanan.
Mereka adalah daripada 24,009 ibu tunggal yang disahkan layak menerima skim-skim tersebut, berdasarkan statistik yang dikeluarkan portal rasmi ibu tunggal, e-bu.selangor.gov.my sehingga November.
Daripada 24,009, sebanyak 75.01 peratus didominasi kaum Melayu, diikuti India seramai 6.5 peratus, Cina 3.3 peratus, Orang Asal 0.01 peratus, dan kaum lain 15.12 peratus.
Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknnologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, Kerajaan Negeri komited dalam mengendalikan serta menawarkan pelbagai skim serta kemudahan kepada ibu tunggal yang tidak pernah diberikan Kerajaan Umno-BN sebelum ini.

Mengikut TV Selangor, beliau berkata, skim itu antaranya ialah Skim Mikrokredit Luar Bandar (SkimSel), Skim Mikrokredit Bandar (MiMBAR), Skim Mikrokredit Wanita Ladang (Wala), Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SiKembar) dan Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas).
“Selain itu, ia turut merangkumi program Pemberdayaan Wanita Selangor menerusi Pusat Wanita Berdaya (PWB), program Pemberdayaan Ibu Tunggal SOHO Selangor (PET-SOHO-S), Skim wanita kerja dari rumah, Bantuan Am sebanyak RM250, Laman Dapur, Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor dan Lembaga Zakat Selangor.
“Skim-skim yang ditawarkan adalah berkonsepkan mentor-mentee di mana seramai 19,454 ibu tunggal telah mendapat skim dan kemudahan yang ditawarkan,” katanya dalam satu kenyataan media.
Beliau berkata, kesemua skim yang ditawarkan memberi peluang kepada ibu tunggal berpendapatan kurang RM1,500 mendapat kemudahan dengan hanya mendaftar.
Dalam pada itu, Rodzuah turut menyarankan mana-mana ibu tunggal yang layak tetapi belum menerima bantuan untuk merujuk kepada Kerajaan Negeri.
“Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersifat terbuka terhadap kritikan dan bersedia mendengar idea yang bernas dan konstruktif kerana Kerajaan Pakatan Rakyat adalah kerajaan yang prihatin dan bertanggungjawab.
“Berkaitan saman terhadap Kerajaan Selangor oleh pihak yang berkenaan, segalanya akan dijawab di dalam mahkamah. Penegasan lengkap dan menyeluruh akan dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor sebaik ketetapan mahkamah diperolehi,” katanya lagi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=41188

Pekerja CIMB berpiket bantah pengurusan adik Najib Razak


KUALA LUMPUR 16 DIS: Lebih 300 ahli Kesatuan Pekerja Bank Kebangsaan (Nube) semalam berpiket depan  Menara Bumiputra Commerce berhampiran pusat beli-belah Sogo bagi membantah pengurusan yang diterajui Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Nazir Razak.
Ia berikutan Nube menuntut pembelaan kerana kesatuan itu menganggap berlaku penindasan terhadap kekerja bank termasuk hak pekerja dilanggar manakala tanggungjawab sosial dikhinati.
“Afendi Md Ali dipecat kerana mempersoal penyalahgunaan dana. Norlaily Mat Loddin yang hamil empat bulan dijerit, dimarahi dan diugut pengurus cawangan hingga pengsan  kerana enggan membuat transaksi yang melanggar undang-undang.

“Kira-kira 100 pekerja kontrak sementara dinafi jaminan pekerjaan dan hak untuk kehidupan lebih baik sepertimana dijamin kontrak tetap. Mereka juga tertakluk kepada diskriminasi melampau.
“Penilaian prestasi dan bayaran kepada pekerja (turut) ditipu; pekerja dinafi makanan ketika menghadiri latihan dan uniform untuk pekerja juga diabai,” kata kenyataan Nube.
Demontrasi antara jam 10 pagi hingga 1 petang itu menyaksikan mereka membawa sepanduk mengecam CIMB dan Nazir, antaranya ‘Adik PM Malaysia Mungkiri Janji’ dan Adik PM sabotaj Manfaat untuk 100,000 rakyat Malaysia’.
Demonstrasi turut gamat apabila peserta memutar lagu Gangnam Style yang diiringi dengan tiupan vuvuzela serta paluan kompang dan gendang masyarakat India.
Nazir adalah adik kepada Datuk Seri Najib Razak yang turut dikait dengan pendedahan usahawan, Deepak Jaikishan berkaitan pembayaran kepada Penyiasat Persendirian, Balasubramanim.

Kenyataan Nube juga menyebut, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu boros berbelanja RM18.7juta bagi menganjurkan pertandingan Golf CIMB Classics 2012 dan RM2.5juta untuk 128 pemain golf muda.
“Pihak pengurusan tertinggi juga dapat bayaran bonus tinggi beserta kereta mewah dan faedah lain,” katanya.

(Sumber gambar: Internet)
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=41209