TRONOH 17 Dis: 20,000 rakyat meredah becak dalam hujan renyai untuk hadir ke Ceramah Himpunan Kebangkitan Rakyat di Padang SEDC, Bandar Seri Iskandar, di sini malam tadi untuk mendengar amanat pemimpin Pakatan Rakyat.
Suasana himpunan bagaikan pesta apabila program dimulakan dengan konvoi Alternative Rider Club (ARC) pada sebelah petang, disusuli konsert artis pro-perubahan Ito dan Nik Jidan.
Deretan warung NGO, busana aktivis pro-perubahan dan gerai makanan menjadi pilihan pengunjung.
Kenderaan yang terpaksa ditempatkan di sepanjang lebih tiga kilometer menuju ke tapak ceramah menunjukkan kehadiran ribuan pengunjung bukti semangat perubahan harapan rakyat Perak.
Mereka yang pelbagai kaum dengan gaya tersendiri dari latar belakang umur berbeza, seperti turun ke perlawanan bola sepak, menambah kemeriahan program.
Ada yang memakai t-shirt khas himpunan, meletakkan poster pimpinan Pakatan Rakyat di cermin kereta dan ada pula menggantung bendera di keliling motorsikal.
Ceramah dimulakan kira-kira jam 9.00 malam oleh NGO penyokong Himpunan Kebangkitan Rakyat.
Dari NGO GMI (Gerakan Mansuhkan ISA) dan Royalti, disusuli ucapan pimpinan Pakatan Rakyat tempatan.
Diikuti Naib Pengerusi DAP, Tan Seng Giaw; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=41253
No comments:
Post a Comment