Karpal kekal pengerusi, Guan Eng setiausaha agung DAP
Seperti yang dijangka, barisan baru jawatankuasa kerja pusat (CEC) DAP memutuskan untuk mengekalkan Karpal Singh sebagai pengerusi dan Lim Guan Eng sebagai setiausaha agung selepas pemilihan parti itu semalam.
Mencerminkan hasrat 1,826 perwakilan yang mengundi semula 20 anggota lama CEC - kecuali tiga orang - jawatankuasa baru itu memilih untuk tidak membuat perubahan drastik dalam barisan kepimpinannya ketika parti bersiap sedia bersedia menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang mesti diadakan dalam enam bulan yang akan datang.
Ini ekoran seruan pemimpin kanan parti itu, Lim Kit Siang yang
meminta perwakilan mengekalkan kepimpinan Karpal-Guan Eng - di mana kedua-duanya kini akan ditugaskan mengetuai 'kempen 100 hari' untuk menawan Putrajaya bersama-sama dengan rakannya dalam Pakatan Rakyat.
Sementara itu, dua pemimpin yang tewas semalam - Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy dan Ahli Parlimen Kepong, Tan Seng Giaw - telah dilantik menganggotai CEC yang menjadi badan membuat keputusan parti itu.
Untuk menangkis kritikan bahawa parti itu anti-Melayu kerana tiada seorang pun daripada lapan calon Melayu terpilih semalam, Senator Ariffin Omar dan Zairil Khir Johari, yang juga merupakan setiausaha politik Guan Eng, turut dilantik menyertai jawatankuasa kerja tersebut.
Turut dilantik ialah Jimmy Wong dan Edwin Bosi (Sabah), John Brian Anthony (Sarawak), Leong Ngah Ngah (Pahang), V Sivakumar dan Thomas Su (Perak).
Pemimpin veteran Tan Kok Wai telah dipilih menjadi timbalan pengerusi DAP, manakala barisan naib presiden terdiri daripada Chow Kon Yeow, M Kulasegaran, Chong Chieng Jen, Teresa Kok dan Ariffin.
Senarai penuh CEC
Pengerusi - Karpal Singh
Timbalan Pengerusi - Tan Kok Wai
Naib presiden - Chow Kon Yeow, Ariffin Omar, Chong Chieng Jen, M Kulasegaran, Teresa Kok
Setiausaha agung - Lim Guan Eng
Timbalan setiausaha agung - Chong Eng, Ngeh Koo Ham, P Ramasamy
Bendahari - Fong Kui Lun
Setiausaha organisasi - Loke Siew Fook
Timbalan setiausaha organisasi - Vincent Wu, Thomas Su
Setiausaha publisiti - Tony Pua
Timbalan setiausaha publisiti - Teo Nie Ching, Zairil Khir Johari
Setiausaha antarabangsa - V Sivakumar
Pengarah pendidikan politik - Liew Chin Tong
Timbalan pengarah pendidikan politik - Boo Cheng Hau
Ahli Jawatankuasa: Lim Kit Siang, Tan Seng Giaw, Teng Chang Khim, Leong Ngah Ngah, Jimmy Wong, John Brian Anthony, Edwin Bosi, Gobind Singh Deo.
No comments:
Post a Comment