Friday, December 30, 2011

Thursday, December 29, 2011

Program Hujung Minggu

31 Disember 2011/Sabtu
Majlis Hi-Tea Dun Rantau
Taman Angsamas, Mambau
3.00-6.00 petang
Tetamu khas: Timbalan Presiden PKR

Wednesday, December 28, 2011

PAS ramal PRU umum Mac depan

PAS meramalkan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan Mac tahun depan dengan Parlimen serta Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dibubarkan paling cepat selepas sambutan Hari Tahun Baru Cina pada 23 Januari.

NONESetiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata selepas dibubar, masih ada tempoh 60 hari untuk mengadakan pilihan raya dan secara kasarnya tarikh berkenaan akan jatuh pada bulan Mac.

Ini termasuk tempoh untuk penamaan calon dan persediaan-persediaan lain, katanya.

"Sebenarnya kita sudah bercakap mengenai perkara ini sudah lama iaitu dua atau tiga bulan lepas. Pilihan raya umum tak akan diadakan pada 2011," katanya kepada Bernama hari ini.

Mustafa berkata BN akan mengambil peluang untuk mendekatkan diri dengan masyarakat Cina pada sambutan Tahun Baru Cina nanti.

Beliau berkata pilihan raya juga perlu diadakan dalam tempoh itu kerana mendakwa kerajaan bimbang dengan krisis ekonomi di Amerika Syarikat dan Eropah akan memberi kesan kepada negara.

Sementara itu, dalam web rasmi PAS, Mustafa berkata jangkaan itu dibuat berdasarkan laporan media dan ramalan awal tentang status ekonomi negara.

Beliau juga berkata PAS tidak mengharapkan masalah dalaman Umno dan BN untuk menang pilihan raya akan datang.

Tempoh penggal Parlimen sekarang hanya akan berakhir pada Mac 2013.

Tuesday, December 27, 2011

PKR nafi SMS huru hara 9 Jan

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail menafikan penyebaran SMS yang mendakwa beliau mengeluarkan pekeliling mengajak anggota parti itu mencetuskan huru hara di Kuala Lumpur pada 9 Januari depan.

NONE"Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa terdapat arahan seperti ini, yang saya yakin merupakan satu lagi fitnah jahat Umno yang sememangnya sedang semakin gentar dengan kebangkitan rakyat menentang kezaliman dan kekejaman mereka yang rakus merompak dan menyeleweng harta rakyat dan negara," katanya.

Dakwanya, sifat jahat memfitnah, membohong, menyebarkan berita palsu dan usaha memporak-perandakan keamanan rakyat Malaysia kini telah menjadi semakin sebati dan lumrah dalam Umno.

Dalam kenyataannya hari ini, Saifuddin (atas) menjelaskan, tujuan mengajak anggota parti dan penyokong gerakan reformasi keluar beramai-ramai pada 9 Januari nanti untuk menunjukkan sokongan pada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Justeru, beliau menyeru semua pihak berhimpun secara amatan mematuhi arahan petugasparti serta tidak terjebak dengan tindakan provokatif pada hari keputusan kes liwat melibatkan Anwar diumumkan itu.

Wednesday, December 21, 2011

PINJAMAN BANK DUNIA YANG DINAFIKAN TUN MAHATHIR SAH DITERIMA KERAJAAN MALAYSIA, TERSENARAI DALAM PENYATA AKAUN NEGARA

Saya merujuk kepada penafian Tun Mahathir Mohamad bahawa pentadbiran beliau mengambil bantuan kewangan dari Bank Dunia dalam tahun 1999, seperti yang dilaporkan BERNAMA pada 19 Disember 2011. Beliau juga mempersoalkan kesahihan dokumen-dokumen perjanjian pinjaman di antara Kerajaan Malaysia dan Bank Dunia yang dikemukakan KEADILAN.

Saya telah menulis secara rasmi kepada Bank Dunia untuk mendapatkan pengesahan mereka bahawa semua dokumen yang dipaparkan di laman web mereka adalah sahih. Saya yakin bahawa kesemua itu adalah dokumen sah.

Kalau pun Tun Mahathir meragui dokumen-dokumen rasmi dari Bank Dunia, beliau tidak boleh menafikan dokumen rasmi kewangan negara yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan di Parlimen. Saya lampirkan Penyata Akaun Memorandum Hutang Awam Luar Negeri Kerajaan Malaysia seperti pada 31 Disember 2008 yang terkandung di dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2010. Dokumen ini dibentangkan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak pada 23 Oktober 2009.

Penyata tersebut mengesahkan bahawa Kerajaan Malaysia telah mengambil pinjaman dari Bank Dunia dalam tahun 1999 dengan rujukan “4452 MA Projek Sokongan Sektor Sosial” dari Bank Dunia (dikenali sebagai Bank Antarabangsa bagi Pemulihan dan Pembangunan). Kadar faedahnya adalah 7.47% bagi tahun 2008 dan sehingga 31 Disember 2008, Kerajaan Malaysia masih berhutang sebanyak RM701,040.14 daripada keseluruhan pinjaman berjumlah USD60 juta yang diambil dalam tahun 1999.

KEADILAN tidak mahu memanjangkan isu ini. Kami hanya mengemukakan fakta untuk membetulkan kenyataan Tun Mahathir Mohamad sebelum itu yang jelas satu pembohongan.

Penggunaan teknologi maklumat yang semakin meluas sekarang berbanding sedekad lalu memungkinkan pelbagai dokumen rasmi Bank Dunia dipamerkan kepada umum kerana mereka mengamalkan dasar terbuka, bukannya seperti pentadbiran Barisan Nasional yang menggunakan Akta Rahsia Rasmi untuk menyekat pelbagai dokumen daripada diteliti rakyat.

Sewajarnya Tun Mahathir Mohamad perlu menerima hakikat bahawa beliau telah tersilap dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana berbohong mengenai bantuan Bank Dunia kepada Malaysia dalam tahun 1999.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

20 DISEMBER 2011

Monday, December 19, 2011

EPU dikaitkan dengan dokumen Bank Dunia

PKR hari ini mengetengahkan dokumen bagi membuktikan unit bawah Jabatan Perdana Menteri semasa era Tun Dr Mahathir Mohamad bersedia untuk pinjaman daripada institusi kewangan antarabangsa.

NONEMenurut dokumen bertarikh 3 Mac 199 itu, Unit Perancang Ekonomi (EPU) bersedia untuk pinjaman AS$60 untuk sektor sosial seawal 26 Julai 1998.

Bercakap dalam sidang media di pejabat PKR di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, ia membuktikan Dr Mahathir berbohong apabila berkata beliau menolak bantuan kewangan daripada Bank Dunia.

Rafizi berkata, dokumen itu ditandatangani kerajaan di mana Dr Mahathir merupakan perdana menteri dan menteri kewangan manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika itu sedang merengkok dalam penjara.

'Bendera Najib': Siswa enggan mohon maaf



Penganjur perhimpunan yang menyaksikan bendera Datuk Seri Najib Razak diturunkan di ibu pejabat Umno pada Sabtu lalu tidak akan memohon maaf kerana merasakan ia merupakan hak mereka untuk bersuara.

Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Abdul Razab menjelaskan, tindakan itu merupakan lambang hilangnya keyakinan mereka terhadap kepimpinan perdana menteri.

student handing memo to umno on academic freedom crowdKatanya, ini ekoran agenda tranformasi yang diperkenalkan gagal meyakinkan rakyat dalam beberapa dasar, seperti berlakunya tangkapan bawah Akta Keselamatan dalam Negeri ISA selepas diuumum akan dimansuh.

Justeru, bercakap dalam sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Ahmad Syukri berkata, kumpulan mahasiswa tidak akan mengeluarkan sebarang permohonan maaf.

Semasa perhimpunan menuntut kebebasan akademik kelmarin, kumpulan mahasiswa merendahkan bendera Najib yang terletak sebaris dengan semua bekas presiden Umno.

Mereka menggantikannya dengan kain rentang pro kebebasan akademik untuk beberapa minit sebelum sebelum menaikkannya semula.

Tindakan itu menimbulkan kemarahan pemimpin Umno termasuk Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan Timbalan Menteri Pelajaran yang menuntut permohonan maaf dibuat.

Bantah Auku: Mahasiswa turunkan ‘bendera Najib’ di PWTC

Desakan untuk memansuh Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) 1971, memuncak apabila lebih 300 mahasiswa berhimpun dan berarak secara aman.

Protes itu digerakkan Solidariti Anak Muda (SMM) dan disertai Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Gerakan Menuntut kebebasan Akademik (Bebas), Legasi Mahasiswa Agresif (LMA).

Seawal jam 1 petang, mahasiswa berhimpun depan masjid jamek sebelum berarak ke bangunan Maju Junction untuk menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Ketika berarak, mereka melaungkan slogan mendesak kerajaan menghapuskan Auku dan memberi amaran betapa gelombang mahasiswa bakal menjejaskan hayat politik Umno Barisan Nasional (BN)

Mereka juga menyatakan tidak gentar untuk dipenjara demi memperjuangkan usaha memansuhkan Auku, bukan sekadar memindanya.

Orang awam yang kagum dengan keberanian mahasiswa yang dikawal polis termasuk anggota cawangan khas (SB), turut memberi sokongan.

Depan bangunan Maju Junction, mereka kemudian duduk memegang kain rentang dan melaung desakan supaya mahasiswa diberi kebebasan bersuara dan akademik.

Selepas 10 minit, Pesuruhjaya Suhakam, Shaani Abdullah menerima memorandum daripada mahasiswa dan menyifatkan perarakan itu tidak menyalahi undang-undang.

“Perlu pelbagai cara bagi dapatkan perhatian. Berhimpun adalah satu cara dan mereka berhak melakukannya. Memorandum ini akan dipanjangkan kepada kerajaan,” kata Shaani.

Mahasiswa kemudian berarak ke bangunan Umno – Putra World Trace Centre (PWTC) bagi menyerahkan memorandum kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

Ketika Saifuddin berucap menggunakan pembesar suara, seorang mahasiswa, Adam Adli, 22, dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dilihat menurunkan bendera yang tertera wajah Najib sebagai protes.

Tindakan itu mencuri tumpuan peserta lain sehingga mengakibatkan pengawal keselamatan kelam kabut menaikkan semula bendera berkenaan.

Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat.

Saifuddin melalui twitter mendesak mahasiswa memohon maaf atas tindakan itu tetapi SMM hanya akan membuat kenyataan seawal-awalnya esok

Tanah dibeli NFC, tapi nama di bawah Putrajaya Holding

NGO Jingga 13 mempersoalkan status tanah yang didakwa telah dibeli oleh National Feedlot Corporation (NFC) milik keluarga Datuk Seri Sharizat Jalil di Putrajaya, yang masih diletakkan atas nama Putrajaya Holding.

Semalam, Jingga 13 yang dipengerusi oleh Fariz Musa telah membuat lawatan di dua lot tanah tersebut dan mendapati status tanah berkenaan masih belum ditukar.

“Kenapa tanah tersebut masih belum ditukar nama sedangkan pengeluaran wang sejumlah RM3,363,507 disalurkan melalui National Meat Live Stock (NMLC) membeli dua bidang tanah tersebut?

“Adakah benar-benar wujud pembelian atau hanya lah langkah bertujuan mengeluarkan wang tanpa membeli tanah tersebut?,” kata beliau pada satu kenyataan.

Jingga 13 turut mempersoalkan ketelusan pihak polis dalam penyiasatan berkaitan pendedahan KEADILAN mengenai penyelewengan dana Kerajaan RM250 juta dalam Skandal berkenaan.

Ini ekoran kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara sebelum ini yang melaporkan berdasarkan siasatan awal pihak polis bahawa pembelian kondominium One Menerung berharga RM13.8 juta tiada unsur pecah amanah jenayah .

“Kami mempersoalkan ketelusan pihak polis dalam siasatan berkaitan 4 perkara termasuk pembelian dua bidang tanah di Presint 10, Putrajaya
yang sehingga sekarang status siasatan masih lagi kabur dan tidak pantas.

“Berdasarkan keseluruhan laporan polis yang dibuat oleh JINGGA 13 sahaja sejumlah RM 18.8 juta wang rakyat telah diseleweng dan dipecah amanah bagi tujuan yang tidak ada kena mengena atau perkaitan dengan projek lembu fitlot,” kata Fariz.

Katanya lagi polis sepatutnya lebih telus, adil dan profesional terhadap siasatan yang dilakukan bukannya bertujuan untuk membersihkan nama keluarga Shahrizat Jalil yang terlibat dalam penyelewengan dana duit rakyat.

“Rakyat berhak mempersoalkan berkaitan skandal NFC ini kerana ia adalah melibatkan duit rakyat yang tidak digunakan dengan penuh tanggungjawab dan amanah,” katanya lagi.

KEADILAN dedah bukti Dr M buat 38 pinjaman Bank Dunia

KEADILAN mendedahkan bukti pautan memuatkan senarai pinjaman Bank Dunia kepada Malaysia pada zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ini sekaligus membuktikan tohmahan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya ejen Barat dan perkakas Bank Dunia, tidak benar, sebaliknya Mahathir berbohong dan cuba memutar belit fakta sebenar.

Rujukan pautan itu di sini

Semakan berdasarkan pautan itu, Mahathir melakukan sebanyak 38 pinjaman antara 18 Mei 1982 hingga 30 Mac 1999.

Walaupun Mahathir kerap memfitnah Anwar, bekas Presiden Umno itu bersekongkol dengan Jack Abramoff untuk melobi bagi bertemu Presiden Amerika Syarikat, George W Bush.

Sedangkan, Anwar ketika masih Menteri Kewangan pernah menulis kepada Bank Dunia bahawa Malaysia tidak lagi memerlukan bantuan institusi kewangan itu.

“Kini sudah terang lagi bersuluh, politik hipokrit usang serta propaganda fitnah pasti tewas kerana kebenaran pasti muncul.

“Sewajarnya sebelum mantan Perdana Menteri itu mencabar sesiapa bersumpah menjunjung al Quran, eloklah dia meneliti kepentingan siapa dalam syarikat arak San Miguel,” kata kenyataan media KEADILAN hari ini.

Mahathir bohong, dokumen bank dunia buktikan pinjaman

KEADILAN mengemukakan tiga dokumen rasmi Bank Dunia berhubung salah satu dari empat pinjaman berjumlah US$704 juta oleh kerajaan Malaysia, ketika krisis kewangan 1997 dan 1998.

Ketiga-tiga dokumen rasmi Bank Dunia berhubung pinjaman US$60 juta itu secara jelas membuktikan rundingan pinjaman berlaku selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara dan dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan menteri kewangan.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli merujuk Kertas Maklumat Projek bertarikh 23 Oktober 1998, iaitu laporan awal oleh Bank Dunia untuk menilai permohonan pinjaman sesebuah negara.

“Ia adalah dokumen pertama yang disediakan sebelum pun rundingan bermula.

“Tarikh 23 Oktober 1998 membuktikan bahawa proses rundingan pinjaman tersebut bermula selepas Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipecat dan dipenjarakan.

“Ia mustahil melibatkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim seperti yang selalu didakwa Tun Mahathir Mohamad dan Umno,” ujarnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kedua, katanya, Mahathir mengarahkan kerajaan memohon pinjaman Bank Dunia berdasarkan Laporan Penilaian Permohonan Pinjaman bertarikh 3 Mac 1999, yang secara jelas menunjukkan agensi bertanggungjawab berunding dengan Bank Dunia untuk mendapatkan pinjaman adalah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

“Permohonan pertama dibuat pada 26 Julai 1998. Laporan dan rundingan berikutnya (yang hanya bermula selepas Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan) ditangani sepenuhnya oleh Unit Perancang Ekonomi, yang bertanggungjawab sepenuhnya kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir Mohamad,” kata Rafizi.

Ketiga, katanya, perjanjian ditandatangani pada 31 Mac 1999 di bawah persetujuan Mahathir, berdasarkan Perjanjian Pinjaman antara Kerajaan Malaysia dan Bank Dunia (Loan Agreement) bernombor 4452-MA yang bertarikh 31 Mac 1999.

“Perjanjian ini ditandatangani di bawah arahan dan persetujuan Tun Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan.

“Jelas sekali bahawa Tun Mahathir Mohamad telah berbohong apabila beliau mengaku tidak mahu menerima bantuan kewangan dari institusi antarabangsa seperti Bank Dunia,” kata Rafizi.

Malah, katanya, pentadbiran Mahathir di bawah arahan dan seliaan beliau, bertanggungjawab membuat permohonan mendapatkan bantuan kewangan Bank Dunia.

Rekod kewangan di bawah Anwar baik

Menurut Rafizi, KEADILAN menegaskan bahawa fitnah Mahathir terhadap Anwar dalam hal ini tidak lebih dari usaha beliau memadamkan rekod pentadbiran kewangan yang baik semasa Anwar menjadi menteri kewangan.

Malaysia katanya berjaya mencapai lebihan belanjawan ketika Anwar memegang portfolio Menteri Kewangan sehingga berjaya melangsaikan hutang dengan lebih awal dalam tahun-tahun 1993 hingga 1996, berbanding dengan defisit belanjawan yang berpanjangan sejak Tun Mahathir Mohamad mengambil alih jawatan itu dalam tahun 1998.

“Beliau juga bertanggungjawab menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Negara dan Kumpulan Wang Amanah Pencen, bertujuan menjaga kepentingan rakyat melalui danaamanah yang dikawal ketat dan bebas dari salahguna kerajaan.

“Malangnya, dana ini turut disalahgunakan dan menyimpang dari niat asal penubuhannya,” ujar Rafizi.