Wednesday, March 23, 2011

PRN Sarawak: Undi 16 April, penamaan 6 April

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon untuk pilihan raya negeri Sarawak pada 6 April manakala hari pengundiannya pula jatuh pada 16 April.

Ini bermakna tempoh berkempen selama 10 hari. Pengumuman itu sebentar tadi dibuat pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Kuching.

DUN Sarawak dibubarkan kelmarin yang mana secara perlembagaan, pilihan raya hendaklah diadakan sebelum Julai tahun ini.

BN Sarawak yang lama dipimpin Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud menguasai 63 daripada 71 kerusi dalam dewan manakala pembangkang pula dengan tujuh kerusi, termasuk satu masing-masing milik bebas dan Parti Cinta Malaysia.

Pilihan raya sebelum ini diadakan pada 20 Mei 2006.

Monday, March 21, 2011

Taib Mahmud Bakal Menjatuhkan BN Dalam PRN Sarawakk

Ramai berpandangan Tan Sri Taib Mahmud tidak akan meletakkan jawatan sebagaimana yang beliau sebut baru-baru. Beliau sanggup 'menamatkan hayatnya' dalam pejabat Ketua Menteri daripada melepaskan segala jawatan. Malah beliau menyatakan pendirian untuk kekal bertanding pada PRN Sarawak kali ini.
Perkara tersebut cukup menggusarkan Najib selaku Pengerusi BN. Gelombang anti-Taib Mahmud kian melonjak di kalangan rakyat Sarawak khususnya kepada kaum Dayak. Penindasan dan ketinggalannya Sarawak daripada pembangunan pesat sepanjang 30 tahun pemerintahan 'autokratik' Taib Mahmud telah meletakkan negeri ini antara tiga negeri yang mempunyai kadar kemiskinan tertinggi di Malaysia.

Jika dihimpunkan segala salah laku, kerosakan dan penyelewengan yang dilakukan sepanjang pemerintahan Taib Mahmud mungkin berkotak-kotak fail yang terkumpul!

Lebih menyakinkan kes-kes berkaitan isu Tanah Anak Negeri telah berjaya dikendalikan dengan baik oleh PR melalui usaha konsisten Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian. Rakyat Dayak mengetahui peranan dan usaha kental Baru Bian yang juga seorang peguam membela hak rakyat terhadap isu tanah anak negeri ini.

Secara ringkasnya, hasrat Taib Mahmud untuk kekal bertanding bakal menjemput petaka kemusnahan kepada BN di PRN Sarawak. Rata kepimpinan PR amat yakin Sarawak akan berjaya ditawan dengan majoriti yang selesa.
najib abdul razak and taib mahmud in sarawak 190311

PR Mampu Menafikan Majoriti Dua Pertiga BN


Paluan semboyan perang telah digemakan dan hari ini (Isnin-21 Mac 2011) secara rasminya Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. Segala andaian yang dikhabarkan oleh kebanyakan penganalisis dan pemain-pemain politik negara menepati ramalan. Jangkaan Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak akan berlaku pada 16 April dengan hari penamaan calon pada 9 April.

PRN Sarawak kali ini begitu signifikan kepada PR dan BN kerana ia adalah pengukur aras sokongan dan prestasi politik sebelum berhadapan PRU-13 yang turut dikhabarkan akan berlaku pada pertengahan tahun ini juga.

Untuk makluman, Sarawak mempunyai 71 Dun yang boleh dikhususkan mengikut majoriti kaum. Kawasan-kawasan dun tersebut terbahagi kepada;
1. Kawasan Majoriti Melayu-Melanau yang terdiri daripada 20 dun,
2. Kawasan majoriti Iban yang terdiri daripada 18 dun,
3. Kawasan majoriti Cina yang terdiri daripada 12 dun,
4. Kawasan majoriti Bidayuh yang terdiri daripada 6 dun,
5. Kawasan majoriti Orang Ulu yang terdiri daripada 3 dun,
6. Kawasan campuran yang terdiri daripada 12 dun.

PRN Sarawak 2006 telah menyaksikan pembangkang memperolehi 9 kawasan dun dengan enam dimenangi DAP, masing-masing satu kerusi dimenangi PKR, Snap dan Parti Cinta Malaysia (PCM).

Berdasarkan keputusan PRN 2006, jika 'mood' perubahan yang berlaku dalam PRK Sibu tahun lalu kekal 'membakar' semangat rakyat Sarawak, tidak mustahil PR memenangi 18 dun. Untuk menafikan majoriti dua pertiga BN, PR perlu memenangi sekurang-kurangnya 30 kerusi. Secara realistik, jika PR menang 18 kerusi sudah cukup menghadirkan kegusaran dan 'sakit kepala' kepada Najib Razak. 'Sakit kepala' itu akan bertambah menekan sekiranya PKR memenangi banyak kerusi dun!

PKR dijangka akan bertanding 52 kerusi dun, manakala DAP sekitar 15-16 kerusi dan PAS dijangka bertanding 5-6 kerusi. Apakah Snap akan bersama PR? Perbincangan pembahagian kerusi antara PKR dan Snap dikatakan dalam peringkat akhir.

Jika 'mood' semasa diambil kira, PR berkeupayaan untuk memenangi kerusi dun yang banyak dan andainya tidak berjaya menawan Sarawak, sekurang-kurangnya PR kali ini akan mampu menafikan majoriti dua pertiga BN!

Lawan tetap Lawan!
Berubahlah Kamek!

Saturday, March 19, 2011

DUN Sarawak bubar Isnin ini

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini mengumumkan DUN Sarawak dibubarkan Isnin ini, dan notis mengenainya telah dihantar kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Sehubungan pembubaran itu, pilihan raya negeri hendaklah diadakan dalam masa 60 hari.

Khabar angin juga bertiup kencang bahawa hari pengundian akan jatuh pada 16 April. Bagaimanapun masih belum jelas bilakah tarikh penamaan calon dijalankan kerana ia bergantung kepada tempoh berkempen.

Menurut undang-undang pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menentukan tarikh untuk hari penamaan dan penamaan calon.

Bagaimanapun, dijangkakan tempoh berkempem selama lapan hari berdasarkan amalan dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.

Dalam pilihan raya pada Mei 2006m BN hilang lapan kerusi kepada pembangkang. Enam dimenangi DAP dan masing-masing satu untuk PKR dan bebas.

Program Minggu Ini

Thursday, March 17, 2011

Dari Meja SU MPN: Menjelang PRU-13

Salam pertemuan setelah sekian lama menyepi atas beberapa kesibukan menjalankan amanah parti.

Khabar berita mengenai Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak bakal berlangsung bila-bila masa sahaja samada bulan April atau Mei 2011 sedang bertiup kencang dalam lingkungan politik semasa negara ini.

PRN Sarawak menjadi satu signifikasi yang penting kepada PR dan BN sebagai tanda aras hala tuju politik seterusnya yang bakal menentukan kelangsungan kedua-duanya. Keputusan yang bakal terhasil dalam PRN Sarawak nanti akan menjadi penentu keupayaan BN dan PR bagi menghadapi PRU-13.

Saat dan ketika ini adalah masa yang sesuai buat semua jentera parti termasuk seluruh anggota dan penyokong parti membuat persediaan awal bagi PRU 13. Pilihanraya umpama 'pesta' kepada parti-parti politik dan jika mantap persediaan itu, meriahlah hasilnya nanti.

Sekian.

KE ARAH MENAWAN NEGERI SEMBILAN PRU-13

Friday, March 4, 2011

ADUN Lenggeng bersalah atas tuduhan rasuah

Dipetik dari Malaysiakini.com

ADUN Lenggeng, Mustafa Salim hari ini didapati bersalah atas tuduhan menerima rasuah RM2,000 sebagai dorongan untuk mengeluarkan surat sokongan bagi mengeluarkan surat sokongan berkaitan dengan projek pasir, lebih dua tahun lalu.

NONEMahkamah Sesyen Seremban pada petang ini memutuskan supaya hukuman ke atas wakil rakyat itu ditetapkan 1 April.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen Amran Jantan.

Terdahulu, mahkamah yang bersidang pada pagi ini turut membebaskan Mustafa, 51, daripada dua lagi tuduhan menerima rasuah.

ADUN Umno itu didakwa mengikut Seksyen 10(a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 boleh dikenakan hukuman penjara antara 14 hari dan 20 tahun serta denda lima kali ganda daripada jumlah suapan atau minimum RM10,000.

Mustafa didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Mantin pada 31 Ogos 2008.

Tuduhan tersebut membawa hukuman penjara antara 14 hari hingga 20 tahun, dan didenda lima kali jumlah rasuah atau minimum RM10,000.

NONE