Friday, September 26, 2014

Profil Menteri Besar Selangor Ke-15


Azmin umum 10 Exco baharu Selangor, 3 muka baru


SHAH ALAM 26 SEPT: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali hari ini mengumumkan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco)
yang baharu, masing-masing 4 dari KEADILAN, 3 PAS dan 3 DAP.

Dengan pengumuman ini, bermakna, kuota empat kerusi yang diperuntukkan kepada PAS sebelum ini dikurangkan satu.
Exco sebelum ini, Sallehen Mukhyi dan Dr Halimah Ali tidak dilantik semula dan mereka digantikan dengan muka baru, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Templer, Mohd Zaidy Abdul Talib.
Mereka yang dikekalkan adalah, Iskandar Samad dan Dr Ahmad Yunus Hairi.
IMG_8789
Bagi kerusi KEADILAN pula, Elizabeth Wong dan Dr Daroyah Alwi dikekalkan sementara dua muka baru yang dilantik adalah Nik Nazmi Nik Ahmad dan Amiruddin Shari.

Manakala tiga Exco DAP dikekalkan dan mereka adalah Teng Chang Kim, Ean Yong Hian Wah dan Ganabatirau Veraman.
“Saya telah meneliti dan mengambil kira semua pandangan pimpinan Pakatan Rakyat berhubung pelantikan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negeri Selangor.
“Perbincangan tersebut tertumpu kepada usaha untuk membentuk barisan Exco yang kuat, padu dan cekap untuk terus maju ke hadapan membangunkan Selangor,” katanya pada sidang media pengumuman tersebut di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), pagi ini.
Menurut Azmin, lantikan baru ini telah mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkuatkuasa 26 September.
“Saya telah mengadap Sultan pada 25 September lalu untuk berbincang dan mendapat perkenan duli Tuanku bagi perlantikan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang baru selaras dengan Perkara L3(2)(B) Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.
Jelas Azmin lagi, istiadat lantikan baru Exco akan dilangsungkan di Istana Alam Shah, Klang jam 3 petang ini namun beliau tidak memaklumkan porfolio bagi kesemua Exco yang dilantik.
“Porfolio bagi Exco baru akan dibincangkan kemudian,” ujar beliau.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=63135

Tuesday, September 23, 2014

Azmin akan manfaatkan rizab tunai RM3 bilion


Dalam ucapan sulungnya selepas dilantik sebagai menteri besar Selangor yang baharu, Azmin Ali berikrar untuk memanfaatkan rizab tunai RM3 bilion dalam perbendaharaan negeri Selangor untuk "manfaat rakyat Selangor".

Menurut Azmin, beliau tidak mahu rizab itu kekal di atas kertas semata-mata.

"Setiap sen dana negeri Selangor adalah milik rakyat dan bukan milik pemimpin.

"Cara saya dana itu bukan di atas kertas tetapi diterjemahkan kepada program yang dapat memberi manfaat kepada rakyat Selangor," katanya dalam ucapan di hadapan rumah ibunya di Kampung Klang Gate Baru, Hulu Kelang, tengah hari ini.

Dalam ucapan sama, Azmin berikrar untuk menjalankan tugas secara turun padang dengan mendekati sendiri masalah penduduk Selangor.

"Banyak kerja yang tertangguh selama dua bulan ini.

"Cara kerja saya bukan dengan tie (tali leher) dan kot tetapi dengan lengan pendek dan seluar panjang... turun ke daerah untuk mendengar sendiri masalah rakyat dan selesaikan semuanya," katanya.

Terus masuk pejabat

Beliau memaklumkan orang ramai yang beliau akan terus ke pejabat menteri besar pada petang ini juga untuk membincangkan pelantikan exco yang akan diumumkan pada hari Jumaat ini.

"Saya juga akan masuk ke pejabat petang ini untuk berbincang tentang barisan exco yang baru," katanya.

Beliau turut berhasrat meningkatkan imej penjawat-penjawat awam Selangor untuk lebih dikenali sebagai penjawat awam yang cekap apabila bekerja dalam satu pasukan.

"Saya akan mengangkat martabat penjawat awam di negeri Selangor sebagai pasukan yang boleh menjalankan tanggungjawab secara kolektif," katanya dalam ucapan di hadapan kira-kira 300 orang hadirin.

Hadirin yang hadir rata-ratanya kelihatan ceria walaupun cuaca panas terik.

Mereka menghadiri kenduri kesyukuran yang diadakan di perkarangan rumah ibu Azmin, Che Tom Yahya di Kampung Klang Gate Baru, Ulu Klang.

Terdahulu, beliau berikrar untuk terus melaksanakan tanggungjawabnya sebagai menteri besar baru dalam mengekalkan keharmonian di Selangor bermula hari ini.

Imamkan 300 orang

Beliau berkata demikian dalam ucapan ringkas selepas mengimamkan solat Zuhur berjemaah di masjid berhampiran rumah ibunya, Masjid Kampung Klang Gate Baru, Hulu Kelang pada jam 1.25 tengah hari tadi.

"Amanah ini bukan satu keistimewaan tetapi tanggungjawab yang cukup besar untuk mengangkat martabat orang Melayu-Islam khususnya.

"Saya harap dengan dokongan tuan-tuan saya dapat jalankan tanggungjawab ini dengan jujur dan ikhlas kerana akhirnya saya perlu menjawab pada Allah Taala.

"Jadi saya berharap sekarang adalah waktu untuk kita mula bekerja.

"Saya juga telah menerima akujanji dengan Tuanku Sultan Selangor untuk menjaga keharmonian di negeri ini," katanya dalam ucapan tersebut di hadapan kira-kira 300 orang menyertai solat Zuhur berjemaah diimamkan Azmin.

Satu kenduri kesyukuran menyambut pelantikan Azmin sebagai MB akan berlangsung pada bermula jam 2.30 petang ini di kediaman ibunya di kampung yang sama.

Azmin mengangkat sumpah sebagai MB baharu menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim di Istana Alam Shah Klang, pagi tadi

Istana perjelas sebab Azmin dipilih MB baru



Istana Selangor menjelaskan bahawa kelewatan pelantikan menteri besar Selangor adalah disebabkan pergolakan dalaman PKR dan ketidaksefahaman parti dalam Pakatan Rakyat dalam pencalonan menteri besar.

Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani berkata, keengganan DAP dan PKR mematuhi arahan Istana pada 27 Ogos untuk mencalonkan lebih dua nama, menyulitkan lagi tindakan Sultan sehingga terpaksa meneliti calon lain dalam parti itu yang tidak dicalonkan.

Menurutnya, Azmin dipilih kerana Sultan mempertimbangkan konsensus Pakatan Rakyat mengenai kerusi menteri besar di Selangor dan percaya beliau pilihan terbaik untuk mendapat sokongan semua parti.

"Baginda mengambil maklum bahawa kerajaan negeri Selangor dibentuk melalui kesepakatan tiga komponen parti PAS, PKR dan DAP.

"Baginda juga mengambil maklum kesefahaman di antara tiga parti tersebut bahawa menteri besar Selangor perlu dilantik di kalangan ADUN PKR untuk mendapatkan kepercayaan majoriti dan sokongan dari parti-parti Pakatan Rakyat di Dewan Negeri Selangor," katanya.

Kenyataan tersebut juga menyatakan Azmin, yang dilahirkan di Singapura telah bermastautin dan dibesarkan di Hulu Kelang, Gombak sejak tahun 1968.

Azmin mendapat surat lantikan dari Istana semalam untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menyelesaikan tanda tanya siapa bakal menerajui negeri terkaya di Malaysia ini.

PKR dan DAP semalam turut sebulat suara menyokong Azmin memberikan sokongan majoriti kepada beliau.

Kedua parti itu sebelum ini hanya menghantar satu nama iaitu presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sehingga ditegur oleh Istana yang mahukan lebih dari dua nama dari setiap parti.
PAS pula telah menyatakan akan mengikut pilihan dari Sultan Selangor.

Bagaimanapun Munir tidak memberikan sebab mengapa Wan Azizah ditolak.

Beliau dalam kenyataan sama turut menyanggah kenyataan yang mendakwa Sultan Sharafuddin Idris Syah telah mencampuri pentadbiran kerajaan negeri termasuk pelantikan menteri besar Selangor.

"Untuk makluman umum, ingin dijelaskan sekali lagi bahawa Sultan Selangor tidak pernah mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri selain dari menasihati Datuk Menteri Besar Selangor.

"Di dalam urusan pelantikan menteri besar, Sultan Selangor hanya bertindak menurut budi bicara baginda sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959," kata beliau

Azmin mahu perkukuh Selangor sebagai negeri maju, harmoni & bersatu padu

KUALA LUMPUR 23 SEPT: Menteri Besar Selangor yang baharu, Mohamed Azmin Ali berjanji akan menggalas amanah ini dengan penuh tanggungjawab, jujur dan berintegriti untuk memperkukuhkan Selangor sebagai negeri maju, harmoni serta bersatu-padu.
Azmin Ali
“Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor akan melaksanakan konsep Negeri Pembangunan atau developmental state berlandaskan amalan tata kelola yang baik, ketelusan dan kebertanggungjawaban,” kata Azmin dalam kenyataan pertama beliau selepas mengangkat sumpah jawatan itu pagi tadi.

Tambahnya, beliau juga akan mendukung institusi demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan.
“Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT di atas perlantikan ini dan saya menjunjung kasih di atas perkenan Tuanku Sultan melantik saya sebagai Datuk Menteri Besar,” kata Azmin lagi.
Beliau turut menghargai sokongan dan laluan yang diberikan Presiden KEADILAN termasuk dokongan daripada 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP dan Pakatan Rakyat.
“Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan terima kasih kepada Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden KEADILAN dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum KEADILAN serta seluruh Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan Adun Selangor atas kepercayaan serta sokongan untuk saya menerajui Selangor,” kata Azmin.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=63076

MB Selangor: Exco baharu angkat sumpah Jumaat ini

KUALA LUMPUR 23 SEPT: Exco Kerajaan Selangor yang baharu akan majlis angkat sumpah di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Jumaat ini.
Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, perbincangan mengenai pemilihan Exco akan dimulakan petang ini dan dijangka dapat diputuskan selewat-lewatnya pada Khamis.
Azmin Ali
“Kita akan ada perbincangan petang ini untuk lihat komposisi Exco. Saya akan segerakan kerana Tuanku menitahkan perkara ini agar dapat diselesai segera.

“Proses perbincangan belum bermula dan kita akan maklumkan. Istiadat angkat sumpah exco negeri akan diadakan Jumaat ini dan keputusan tertakluk kepada perbincangan,” kata Azmin pada sidang media selepas majlis mengangkat sumpah Menteri Besar di Istana Alam Shah di Klang, hari ini.
Menurut Azmin, perbincangan bersama pemimpin komponen Pakatan Rakyat itu nanti turut merangkumi kedudukan empat Exco daripada PAS sedia ada.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=63078

Azmin angkat sumpah MB baharu Selangor

KLANG 23 SEPT: Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor ke-15 di Istana Alam Shah, Klang pada jam 10.50 pagi ini.
Azmin Ali
Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji itu berlangsung di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Azmin yang berbaju Melayu hitam serta bertanjak sambil memegang lembing Sang Buana turut melafazkan ikrar 10 aku janji.
Beliau kemudiannya menandatangani surat cara perlantikan jawatan Menteri Besar sambil disaksikan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa menerima surat perlantikan yang ditandatangani Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, petang semalam.
KEADILAN dan DAP semalam turut sebulat suara menyokong perlantikan Azmin dengan memberikan sokongan majoriti kepada beliau.
Kedua-dua parti komponen Pakatan Rakyat itu sebelum ini hanya menghantar satu nama calon iaitu Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Ekoran itu, Wan Azizah dalam kenyataan menyatakan, beliau menerima dengan hati terbuka perlantikan Azmin sekaligus menarik diri dari pencalonan dan mencadangkan kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN agar Azmin diangkat sebagai calon Menteri Besar Selangor.
MPP yang bermesyuarat pada semalam juga sebulat suara bersetuju dengan cadangan itu.
Menurut Wan Azizah, keputusan tersebut demi kepentingan rakyat atas kesedaran bahawa krisis ini perlu diselesaikan secepat mungkin.
“Saya yakin bahawa KEADILAN telah kekal mempertahankan prinsip demokrasi Raja Berpelembagaan. Walaupun proses perlantikan ini pada hemat saya tidak menepati peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor, saya percaya tumpuan perlu dikembalikan kepada usaha membela rakyat di Selangor,” katanya.
Munir dalam kenyataan hari ini berkata, Azmin dipilih kerana Sultan mempertimbangkan konsensus Pakatan Rakyat mengenai kerusi Menteri Besar di Selangor dan percaya beliau pilihan terbaik untuk mendapat sokongan semua parti.
PAS pula menyatakan akan mengikut  calon pilihan dari Sultan Selangor.
Azmin mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang memegang jawatan itu lebih enam tahun bermula 2008.
Turut hadir, isteri Azmin, Shamsidar Taharin, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi dan empat Exco PAS iaitu Dr Halimah Ali, Iskandar Samad, Dr Yunus Hairi, Sallehen Mukhyi serta Speaker Selangor, Hannah Yeoh.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=63055

Azmin Ali dilantik sebagai MB Selangor baharu

SHAH ALAM 22 SEPT: Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu berkuatkuasa 23 September 2014.
Azmin Ali MB
Pelantikan itu mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa menerima surat pelantikan yang ditandatangani Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, petang tadi.
Menurut surat itu, majlis angkat sumpah akan diadakan di Istana Alam Shah, Klang pada pukul 10.30 pagi esok.
“Sukacita dimaklumkan bahawa Sultan Selangor telah berkenan melantik YB (Yang Berhormat) tuan untuk menjawat jawatan Menteri Besar Selangor berkuat kuasa 23 September (Selasa).
“Sehubungan itu, YB diminta hadir ke istiadat angkat sumpah jawatan dan ikrar aku janji serta pengurniaan surat cara pelantikan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor,”
“Kerjasama pihak YB dalam menyempurnakan perkara Sultan Selangor amat dihargai dan diucapkan terima kasih,” jelas surat berkenaan.
Pelantikan Azmin sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu sekaligus menamatkan spekulasi pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.


Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=63043

Friday, September 19, 2014

Program Ibadah Korban Parlimen Telok Kemang



Berikut adalah lokasi bagi 'Program Ibadah Korban Parlimen Telok Kemang' bersama Ahli Parlimen Telok Kemang, YB Dato' Kamarul Baharin Abbas pada 5 Oktober 2014-Ahad. Semua dijemput hadir.

  1. Linggi: Surau Kg. Pengkalan Durian.
  2. Bagan Pinang: Rumah Pak Ngah Zainal, Kg Si Rusa.
  3. PD Bandar: Surau Taman Tanjung Gemok, PD.
  4. Chuah: Rumah Sdr.Suhaibu, Kg Bukit Melintang.
  5. Lukut: Rumah Sdr. Daud, Kg Jimah Baru.

Wednesday, September 17, 2014

Tinjauan kawasan banjir kilat oleh Adun Chuah

Melawat kawasan yg dilanda banjir kilat di Batu 7 Jalan Seremban, LUKUT.

Banjir kilat yang berlaku sekitar jam 1 pagi pada 20 Ogos 2014 lalu akibat sungai yg tidak mampu menampung arus laju dari hujan lebat.


Melihat keadaan sungai dan sistem perparitan, memohon pihak JPS menyalurkan bantuan segera bagi mengelakkan dari berulang lagi.








Program Kemasyarakatan Parlimen Telok Kemang

 

Menyampaikan sumbangan kerusi roda , pampers,susu dan juga tongkat selain surat pengecualian bayaran hospital yg diuruskan oleh Pej.Parlimen Telok Kemang untuk Sdr.Muhammad b Karim @ Abon dari Kg Bukit Kerdas,Batu Kikir.Jempol.



Melawat sdr baru Ridhuan Khoo Abdullah di Hospital Tuanku Ampuan Najihah. Beliau menerima bantuan susu,oats dan pampers juga surat pengecualian bayaran hospital yang diusahakan oleh Pejabat Parlimen Telok Kemang.

Friday, August 22, 2014

Wanita yakin Wan Azizah mampu tadbir Selangor lebih baik

SHAH ALAM 22 OGOS: Wanita KEADILAN yakin pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar (MB) Selangor merupakan pilihan tepat dan beliau layak serta mampu menggalas jawatan itu demi pentadbiran Selangor yang lebih baik.
Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, tiada isu yang perlu dibangkitkan dan dipersoal untuk menolak Wan Azizah sebagai MB yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
“Presiden kita Datuk Seri Wan Azizah layak memegang jawatan MB, beliau sudah 19 tahun memimpin dalam parti.
black logo-01-01
“Jangan pula kita lupa bahawa beliau adalah wanita pertama di  Dewan Rakyat dalam membahaskan isu-isu semasa dan beliau juga seorang yang tabah mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim berdepan kesnya itu,” kata Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Kongres Nasional KEADILAN Wanita di Stadium Malawati, Shah Alam, hari ini.
Menurut Zuraida, tiada faktor yang boleh menolak Wan Azizah sebagai MB, malah kebolehan Wan Azizah diyakini mampu meneraju pentadbiran Selangor.
“Jangan persoalkan kebolehan beliau kerana saya yakin kami barisan wanita akan turut membantu beliau bersama-sama dan memastikan bahawa Selangor ini terus mara dengan agenda-agenda terbaru yang kita akan bawa supaya ia lebih baik dengan pentadbiran yang ada sekarang,” katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=62578

Azmin: Pakatan perlu dipertahan dengan apa cara sekalipun

SHAH ALAM 22 OGOS: Pakatan Rakyat harus dipertahankan dengan apa cara sekalipun demi kepentingan rakyat dan keharmonian sejagat, tegas Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali.
Katanya, KEADILAN hanya boleh menewaskan Barisan Nasional (BN) dan menegakkan ‘Kerajaan Rakyat’ melalui muafakat bersama PAS dan DAP.
black logo-01-01
“Kita tidak membenarkan sesiapapun untuk melakukan provokasi dan cuba menggugat perpaduan Pakatan Rakyat kerana kita bersama-sama membidankan kelahiran Pakatan Rakyat pasca PRU ke-12 pada 2008.

“Walaupun berdepan cabaran, namun Pakatan Rakyat tetap unggul malah semakin utuh,” kata Azmin pada ucapan perasmian Kongres Nasional Angkatan Muda KEADILAN (AMK) di Dewan Bankuet, Wisma MBSA, Shah Alam hari ini.
Beliau berkata, Pakatan Rakyat bukan dibentuk dalam keadaan terburu-buru tanpa membuat pertimbangan yang teliti, tetapi gabungan ini diwujudkan dengan hala tuju dan matlamat yang meletakkan rakyat sebagai asas kepentingan utama.
“Permuafakatan ini diikat kuat dengan dasar Pakatan Rakyat yang menghormati kepelbagaian agama dan budaya dalam masyarakat yang rencam, tuntas memacu pertumbuhan ekonomi dan menjamin keadilan pengagihan mempertahankan prinsip keadilan sosial dan kesamarataan.
“Pakatan Rakyat juga komited dalam membentuk kerajaan yang berteraskan tatakelola yang baik, menentang dengan keras amalan dan budaya rasuah serta kroni kapitalisme dan menuntut pilihan raya yang bersih dan adil ke arah memperkukuh sistem politik dua parti,” jelas Azmin lagi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=62586

Sekitar Kongres Wanita 2014

gambar dipetik daripada facebook. Kredit untuk Pak Malek Baretta.






Sekitar Perasmian Kongres AMK

Gambar dipetik daripada facebook














Thursday, August 21, 2014

Keputusan Rasmi Pemilihan 2014 bagi jawatan peringkat nasional

dipetik daripada Malaysiakini

Keputusan muktamad pemilihan PKR yang diumumkan hari ini menyaksikan beberapa nama-nama besar dalam parti itu terkeluar daripada barisan kepimpinannya.

Antaranya ialah bekas parti naib presiden, Fuziah Salleh yang gagal mempertahankan jawatan itu, dan N Surendran, yang sebelum ini merupakan naib presiden yang dilantik.

Naib presiden yang baru terpilih ialah Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Manakala Naib Presiden Nurul Izzah Anwar dan Chua Tian Chang berjaya berjaya mengekalkan jawatan masing-masing.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatannya tanpa bertanding, manakala timbalannya, Azmin Ali berjaya mempertahankan jawatannya dengan menewaskan pencabarnya, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Seorang lagi pencabar Azmin - Tan Sri Khalid Ibrahim - terkeluar daripada saingan bagi jawatan tersebut selepas dipecat dari parti kerana didakwa enggan meletakkan jawatan menteri besar Selangor.

Timbalan Speaker DUN Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad pula terpilh sebagai ketua AMK yang baru, manakala Zuraidah Kamaruddin berjaya mempertahankan jawatan ketua Wanita.

Keputusan pemilihan itu diumumkan oleh Pengarah Pemilihan PKR yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk  Johari Abdul di ibu pejabat parti itu hari ini.

Friday, July 25, 2014

Isa Samad ibarat ludah ke langit

dipetik daripada FMT

Memegang dua jawatan penting sebagai Ahli Parlimen dan Pengerusi Felda dalam masa yang sama juga boleh disifatkan sebagai gila kuasa.
Karip Mohd Salleh
JEMPOL: Ketua PKR Cabang Jempol, Karip Mohd Salleh mengingatkan seterunya di Jempol iaitu Ahli Parlimen Jempol, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad agar mencermin dirinya dahulu sebelum sibuk menuduh orang lain.

“Isa kata tindakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu menggantikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Ismail, sebagai satu perebutan kuasa.
“Isa sedar tak yang dia sendiri gila kuasa apabila memegang dua jawatan yang sangat penting.
“Dia Ahli Parlimen Jempol, sepatutnya kena luangkan banyak masa di kawasan Parlimen Jempol untuk menyelesaikan pelbagai masalah rakyat.
“Sebaliknya dia juga pegang jawatan Pengerusi Felda. Perkara sebegini, apabila seorang Ahli Parlimen turut memegang jawatan nombor satu dalam sesebuah GLC, tidak pernah berlaku ketika zaman bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed.
“Memegang dua jawatan besar sekaligus kita panggil apa pula?
“Apakah ianya gila kuasa atau gila nak makan gaji sini dan sana?
“Tidak cukupkah khidmat beliau sebelum ini sebagai bekas Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun?
“Saya nasihatkan Isa muhasabah diri dia dulu sebelum nak mengata orang,” kata Karip.
Karip, seorang peneroka Felda, berkata demikian ketika merujuk kepada kenyataan Isa yang menyifatkan isu pertukaran Menteri Besar di Selangor sebagai satu perebutan kuasa dan cubaan untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar harian berbahasa Melayu hari ini.

Thursday, July 24, 2014

Jejak Fakir Cabang Telok Kemang

Program sehari jejak faqir di DUN Chuah bersama YB Chai Tong Chai merangkap Ketua Cabang Telok Kemang yang baru.







Ketua-Ketua Cabang Sesi 2014-2017

Ketua Cabang Jelebu
MOHD SHAHRIL ZAKARIA
Ketua Cabang Jempol
KARIP MOHD SALLEH
Ketua Cabang Seremban
DR AHMAD AZAM HAMZAH










Ketua Cabang Tampin
KAPTEN (B) ZOLKAPLI KASSIM
Ketua Cabang Kuala Pilah
ROSLI OMAR
Ketua Cabang Rasah
TANGAM RAJU
Ketua Cabang Rembau
YUSOF TAPAR
     
Ketua Cabang T.Kemang
YB CHAI TONG CHAI

Program Agihan Bubur Lambuk Parlimen Telok Kemang

PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK DI PEKAN PORT DICKSON ANJURAN PEJABAT PARLIMEN TELOK KEMANG BERSAMA CABANG TELOK KEMANG PADA 11 JULAI 2014 YANG TURUT DISERTAI OLEH AHLI PARLIMEN TELOK KEMANG, YB DATO KAMARUL BAHARIN ABBAS, KETUA CABANG TELOK KEMANG-YB CHAI TONG CHAI & KETUA AMK TELOK KEMANG-HO BOON LEONG