Friday, August 22, 2014

Wanita yakin Wan Azizah mampu tadbir Selangor lebih baik

SHAH ALAM 22 OGOS: Wanita KEADILAN yakin pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar (MB) Selangor merupakan pilihan tepat dan beliau layak serta mampu menggalas jawatan itu demi pentadbiran Selangor yang lebih baik.
Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, tiada isu yang perlu dibangkitkan dan dipersoal untuk menolak Wan Azizah sebagai MB yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
“Presiden kita Datuk Seri Wan Azizah layak memegang jawatan MB, beliau sudah 19 tahun memimpin dalam parti.
black logo-01-01
“Jangan pula kita lupa bahawa beliau adalah wanita pertama di  Dewan Rakyat dalam membahaskan isu-isu semasa dan beliau juga seorang yang tabah mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim berdepan kesnya itu,” kata Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Kongres Nasional KEADILAN Wanita di Stadium Malawati, Shah Alam, hari ini.
Menurut Zuraida, tiada faktor yang boleh menolak Wan Azizah sebagai MB, malah kebolehan Wan Azizah diyakini mampu meneraju pentadbiran Selangor.
“Jangan persoalkan kebolehan beliau kerana saya yakin kami barisan wanita akan turut membantu beliau bersama-sama dan memastikan bahawa Selangor ini terus mara dengan agenda-agenda terbaru yang kita akan bawa supaya ia lebih baik dengan pentadbiran yang ada sekarang,” katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=62578

Azmin: Pakatan perlu dipertahan dengan apa cara sekalipun

SHAH ALAM 22 OGOS: Pakatan Rakyat harus dipertahankan dengan apa cara sekalipun demi kepentingan rakyat dan keharmonian sejagat, tegas Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali.
Katanya, KEADILAN hanya boleh menewaskan Barisan Nasional (BN) dan menegakkan ‘Kerajaan Rakyat’ melalui muafakat bersama PAS dan DAP.
black logo-01-01
“Kita tidak membenarkan sesiapapun untuk melakukan provokasi dan cuba menggugat perpaduan Pakatan Rakyat kerana kita bersama-sama membidankan kelahiran Pakatan Rakyat pasca PRU ke-12 pada 2008.

“Walaupun berdepan cabaran, namun Pakatan Rakyat tetap unggul malah semakin utuh,” kata Azmin pada ucapan perasmian Kongres Nasional Angkatan Muda KEADILAN (AMK) di Dewan Bankuet, Wisma MBSA, Shah Alam hari ini.
Beliau berkata, Pakatan Rakyat bukan dibentuk dalam keadaan terburu-buru tanpa membuat pertimbangan yang teliti, tetapi gabungan ini diwujudkan dengan hala tuju dan matlamat yang meletakkan rakyat sebagai asas kepentingan utama.
“Permuafakatan ini diikat kuat dengan dasar Pakatan Rakyat yang menghormati kepelbagaian agama dan budaya dalam masyarakat yang rencam, tuntas memacu pertumbuhan ekonomi dan menjamin keadilan pengagihan mempertahankan prinsip keadilan sosial dan kesamarataan.
“Pakatan Rakyat juga komited dalam membentuk kerajaan yang berteraskan tatakelola yang baik, menentang dengan keras amalan dan budaya rasuah serta kroni kapitalisme dan menuntut pilihan raya yang bersih dan adil ke arah memperkukuh sistem politik dua parti,” jelas Azmin lagi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=62586

Sekitar Kongres Wanita 2014

gambar dipetik daripada facebook. Kredit untuk Pak Malek Baretta.






Sekitar Perasmian Kongres AMK

Gambar dipetik daripada facebook














Thursday, August 21, 2014

Keputusan Rasmi Pemilihan 2014 bagi jawatan peringkat nasional

dipetik daripada Malaysiakini

Keputusan muktamad pemilihan PKR yang diumumkan hari ini menyaksikan beberapa nama-nama besar dalam parti itu terkeluar daripada barisan kepimpinannya.

Antaranya ialah bekas parti naib presiden, Fuziah Salleh yang gagal mempertahankan jawatan itu, dan N Surendran, yang sebelum ini merupakan naib presiden yang dilantik.

Naib presiden yang baru terpilih ialah Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Manakala Naib Presiden Nurul Izzah Anwar dan Chua Tian Chang berjaya berjaya mengekalkan jawatan masing-masing.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatannya tanpa bertanding, manakala timbalannya, Azmin Ali berjaya mempertahankan jawatannya dengan menewaskan pencabarnya, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Seorang lagi pencabar Azmin - Tan Sri Khalid Ibrahim - terkeluar daripada saingan bagi jawatan tersebut selepas dipecat dari parti kerana didakwa enggan meletakkan jawatan menteri besar Selangor.

Timbalan Speaker DUN Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad pula terpilh sebagai ketua AMK yang baru, manakala Zuraidah Kamaruddin berjaya mempertahankan jawatan ketua Wanita.

Keputusan pemilihan itu diumumkan oleh Pengarah Pemilihan PKR yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk  Johari Abdul di ibu pejabat parti itu hari ini.