Friday, October 30, 2009

Badrul didakwa bermasalah sejak Mac 2008

(Harakah Daily) - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Klang hari ini mendedahkan 'perwatakan' sebenar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah yang mengumumkan keluar dari PKR semalam dan menjadi Adun bebas.

Ketua AMK, Cabang Klang, Irwan Ismail dalam satu kenyataan memberitahu alasan perletakan jawatan yang diberikan Badrul itu sebagai menutup pekongnya yang sebelum ini terpalit dengan pelbagai masalah.

"Beliau harus sedar bahawa, kegagalan kepimpinan dan sikapnya sendirilah yg menjadi sebab utama punca masalah di Dun Pelabuhan Klang dan sangat tidak wajar serta matang, menyalahkan pihak lain khususnya YAB MB Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Setiausaha Sulit YAB Menteri Besar Selangor," kenyataannya dipetik.

Irwan ketika dihubungi Harakahdaily mengesahkan dakwaan tersebut.

Badrul tegasnya tidak menjalankan tanggungjawab dan amanah sebagai wakil rakyat di Dun Pelabuhan Klang sejak menang Pilihan Raya Umum, Mac 2008 lagi.

Beliau didakwa jarang turun padang dan tidak mesra rakyat selain menghabiskan peruntukan yang deberi kerajaan negeri Selangor dari 2008 hingga pertengahan 2009 secara meragukan.

Tegasnya lagi, tiada program yang dibuat Badrul untuk menyalurkan sumbangan kepada rakyat di kawasannya.

"Beliau tidak turun padang dan kurang mesra dgn rakyat, peruntukan beliau utk tahun 2008 sehingga pertengahan 2009 dihabiskan secara meragukan, dengan tiada program & sumbangan kepada mereka yg layak menerimanya," katanya lagi.

Selain itu, beliau juga didakwa tidak memberi kerjasama yang baik kepada kerajaan negeri bahkan sering tidak hadir program rasmi kerajaan negeri yan diadakan di kawasannya sendiri.

Sifat Badrul yang eksklusif juga didakwa menyebabkan bukan sahaja beliau terlalu sukar duhubungi dan dutemui rakyat, bahkan oleh pucuk pimpinan PKR sendiri.

AMK Cabang Klang ketanya telah berusaha membantu beliau dalam urusan pentadbiran Dun Klang selain memaklumkan program-program terkini parti, namun usaha menghubungi Badrul tetap gagal.

Sehubungan itu AMK katanya menyeru agar seluruh rakyat di Pelabuhan Klang bertenang dan tidak terpedaya dengan putar belit Badrul.

Mereka juga akan terus menjalankan program biarpun tanpa kehadiran Badrul demi memastikan hak dan kepentingan rakyat khususnya di Pelabuhan Klang terus dibela.

Badrul Hisham pada satu sidang media semalam mengumumkan keluar dari PKR dan mengisytiharkan diri beliau sebagai Adun bebas yang 'mesra BN'.

Beliau memberi alasan kes liwat membabitkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah antara sebab beliau berbuat demikian.

Tiga lagi turut didakwa beliau sebagai punca adalah presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan setiausaha politiknya kepada Khalid, Nik Nazmi Nik Ahmad.

AMK Klang juga bagaimanapun yakin tindakan Badrul itu akibat telah 'dipengaruhi' oleh 'orang ezam'

Ia kerana Badrul dilihat banyak dipandu bekas setiausaha PKR Selangor, Nizam Rosli sewaktu menjawab soalan para wartawan.
Nizam juga dikenali sebagai rakan karib bekas ketua Pemuda PKR, Ezam Mohd Noor meninggal PKR dan menyertai Umno selepas tidak sehaluan lagi dengan Anwar.

Penduduk Pelabuhan Klang Gesa Badrul Hisham Letak Jawatan

Beliau tidak bertanggungjawab, jarang bergaul dan tidak langsung prihatin terhadap masalah rakyat.

Itulah sungutan penduduk Pelabuhan Kelang terhadap Badrul Hisham Abdullah, adun kawasan itu yang bertindak keluar dari parti Keadilan Rakyat untuk menyokong Umno-Barisan nasional.

Badrul mengambil tindakan itu setelah Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor mengusulkan supaya beliau meletak jawatan sebagai Adun kerana gagal melaksanakan amanah yang diberikan.

Namun Badrul enggan melepaskan kerusi ADUN itu dan kini mencari sokongan daripada Umno untuk melanjutkan karier politiknya.

Semua akhbar dan media eletronik arus perdana memuatkan tindakan Badrul keluar dari PKR sebagai tajuk utama.

Malah mereka cuba memaparkan tindakan itu sebagai tanda PKR tengah bergolak.
Media kawalan umno-BN tidak pun cuba menyiasat prestasi Badrul sebagai ADUN pelabuhan Kelang.

Malah mereka memperkecilkan rasional Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim disebalik tindakan kerajaan negeri mengusulkan Badrul meletak jawatan.

Tindakan berani itu diambil kerana penduduk pelabuhan Kelang hilang kepercayaan terhadap adun yang dipilih mereka pada pilihanraya umum 2008.

Susulan keluhan penduduk Pelabuhan Kelang, Pakatan Rakyat, khususnya Parti Keadilan Rakyat mengambil pendirian tidak akan melindungi Adun yang gagal membela rakyat
Badrul enggan berjumpa dengan kepimpinan parti mahupun kerajaan negeri untuk membincangkan prestasinya.

Susulan itu Tan Sri Khalid mengambil inisiatif mengusulkan supaya Badrul meletak jawatan supaya memberi laluan kepada pihak yang lebih ikhlas tampil membela penduduk Pelabuhan Kelang.

MB Selangor: Badrul Tidak Layak Wakili PKR

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata ADUN Pelabuhan Klang Badrol Hisham Abdullah tidak lagi layak mewakili Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat kerana beliau gagal berkhidmat untuk rakyat walaupun berulang kali ditegur oleh pimpinan parti.

Tan Sri Khalid berkata beliau mengalu-alukan pengumuman Badrol bahawa beliau kini akan menjadi ADUN bebas dan menyokong Barisan Nasional.

"Kita merasakan YB Badrul Hisham tidak boleh mewakili Pakatan Rakyat, melihat kepada rekod kerja beliau yang tidak memuaskan," kata Khalid.

"Beliau dilihat tidak boleh, dan tidak mahu berkhidmat kepada rakyat. Demikian itu, Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat tidak boleh bertolak-ansur," tambahnya.

Khalid berkata Badrul sepatutnya mengambil langkah terhormat dengan meletak jawatan dan memberi laluan kepada pihak yang mampu melaksanakan amanah penduduk Pelabuhan Kelang.

"kita tidak halang beliau menjadi wakil rakyat bebas, tetapi belia dianggap telah menyalahguna parti untuk menjadi calon," kata Khalid.

"Mungkin cara yang dia lakukan ini adalah apa yang beliau fikirkan terbaik untuk dirinya. Tetapi ada yang lebih baik iaitu meletak jawatan dan membuka ruang kepada orang yang boleh bekerja, kerana beliau berkhidmat untuk semua rakyat," tegas beliau.

Khalid berkata demikian ketika ditemui TV Selangor di Hotel Blue Wave, Selangor. Beliau berada di situ menemui delegasi usahawan dan perniagaan terkemuka negara dan antarabangsa.

Badrul bertindak mengumumkan keputusan keluar dari Keadilan dan menjadi ADUN bebas menyokong Barisan Nasional setelah Tan Sri Khalid mengusulkan kepada pucuk pimpinan Keadilan supaya Adun itu meletak jawatan.

Usul itu dibuat setelah Badrul gagal membela penduduk Pelabuhan Kelang, malah enggan membuka pusat khidmatnya.

Keadaan itu memaksa Setiausaha Politik menteri Besar Nik Nadzmi untuk memikul tanggungjawab memberi khidmat kepada penduduk di situ.

Meskipun Badrul diberi surat tunjuk pada 20 Ogos 2008, beliau tidak menunjukkan komitmen untuk memperbaiki diri.

Khalid dan pimpinan Pakatan Rakyat mengambil pendirian tidak mahu bertolak-ansur dengan wakil rakyat yang tidak bertanggungjawab seperti Badrul.

Mengenai laporan memetik Ketua Pembangkang Khir Toyo sebagai mengalu-alukan sokongan Badrul kepada Umno-BN, Khalid berkata kenyataan Khir toyo itu hanya menyerlahkan budaya dalam Umno.

"Tidak jadi masalah bagi saya kerana jumlah Pakatan Rakyat lebih ramai dari wakil rakyat BN," katanya.

"Dan jika benar dia bersekongkol dengan Umno-BN, dengan sikapnya yang sebegitu, maka tidak menjadi masalah kepada kita kerana kita hanya pilih mereka yang boleh bekerja," tambah Khalid.

Nukilan Petang Jumaat

Adun Pelabuhan Klang jadi Bebas.
Semalam, ADUN Pelabuhan Klang, saudara Badrul Hisham Abdullah telah mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi ADUN Bebas yang menyokong BN. Dalam sidang medianya semalam, beliau telah menyatakan sebab keluar dari PKR kerana tidak percaya kepada kepimpinan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan turut menyebut berkenaan isu perbicaraan liwat DSAI & Saiful Bukhari.

PKR sebenarnya mengalu-alukan individu seperti saudara Badrul ini keluar daripada parti daripada terus mencemar kedudukan parti. Malahan Majlis Pimpinan Negeri Selangor telah maklum bahawa beliau tidak menjalankan tugas beliau sebagai ADUN di kawasan yang diwakilinya.


DR Jeffery Kitingan & PKR Sabah

PKR menerima tamparan ekoran peletakan jawatan naib presidennya Datuk Jeffrey Kitingan dan timbalan ketua Wanita Sabah, Christina Liew serta desas-desus mengenai kemungkinan setiausaha agung Datuk Salehuddin Hashim juga akan meletak jawatan.

Salehuddin bagaimanapun menafikan beliau telah meletak jawatan.

Jeffrey dan Liew meletak jawatan kerana kecewa dengan keputusan pimpinan tinggi PKR berkaitan beberapa isu - yang terbaru berhubung pelantikan Ahmad Thamrin Jaini sebagai pengerusi PKR Sabah yang baru-
dipetik daripada Malaysiakini.com

Laporan media di atas seolah-olah mengeksploitasi situasi yang terjadi dan berlaku manipulasi yang melampau oleh media utama kepada PKR. Semalam, Buletin Awani yang bersiaran jam 7.00 malam telah menyebut Dr Jeffery Kitingan dan Christina Liew disebut telah keluar parti sedangkan kedua-dua individu ini HANYA menletakkan jawatan sebagai tindakan protes kepada lantikan baru Pengerusi MPN Sabah.

BN seperti mengambil kesempatan hal yang berlaku dengan menyerang PKR sebagai berkeceramuk sedangkan ini hanya tindakan biasa yang berlaku dalam mana-mana parti politik. Dalam situasi ini, BN harus menyedari ikatan dalam barisan mereka kini lebih rapuh dan goyah terutama situasi dalaman MCA. Semalam juga, Ahli Parlimen Seri Gading turut menempelak dan menggesa Presiden Gerakan, Koh Tsu Koon dan Presiden MCA, Ong Tee Kiat meletakkan jawatan secara terhormat kerana kredibiliti mereka telah ditolak oleh rakyat dan ahli parti sendiri.

Kepada semua penyokong PR dan anggota PKR harus lebih peka dan bijak melihat isu-isu kegoncangan dalaman PKR yang dimainkan oleh media-media BN adalah suatu usaha melemahkan keyakinan yang dijalankan oleh BN. Jangan terpedaya dengan mainan propaganda media BN ini.

Thursday, October 29, 2009

ADUN PKR diminta letak jawatan


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengusulkan kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR supaya ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah melepaskan jawatan wakil rakyat kawasan tersebut.

Menurut kenyataan pejabat menteri besar hari ini, kerajaan Selangor prihatin terhadap aduan penduduk di Pelabuhan Klang mengenai ketidakupayaan Badrul Hisham menjalankan kewajipan beliau sebagai wakil rakyat.

"Sejak surat tunjuk sebab dikeluarkan kepada beliau pada 20 Ogos 2009. Beliau tidak mengambil sebarang langkah untuk memperbaiki prestasi kerja beliau

"Dalam surat jawapannya. Badrul Hisham telah menyatakan kesudian untuk berjumpa dengan pimpinan negeri dan parti..

"Namun demikian beliau masih enggan berjumpa dengan pimpinan kerajaan negeri ataupun parti, menjawab panggilan telefon dan SMS, serta membuka semula Pusat Khidmat beliau untuk penduduk Pelabuhan Klang," kata kenyataan tersebut.

Berikutan itu, Khalid hari ini membuat satu usul kepada MPP PKR supaya Badrul Hisham meletakkan jawatan sebagai ADUN Pelabuhan Klang.

"Menteri besar juga akan menghantar satu delegasi untuk memaklumkan pendirian tersebut kepadanya dalam masa terdekat.

"Kerajaan Negeri tidak akan bertolak ansur dengan pemimpin yang tidak bertanggungjawab kerana mereka ini hanya akan menggagalkan usaha kerajaan negeri dalam meningkatkan taraf ekonomi dan sosial rakyat," kata kenyataan itu lagi.

Perubahan Kepimpinan: kenyataan media Presiden PKR


Rombakan kepimpinan Keadilan telah menimbulkan kekeliruan dan keresahan di kalangan tertentu. Saya sepenuhnya menyedari bahawa tidak semua akan berpuas hati dengan keputusan yang dibuat kepimpinan parti serta menghargai betapa sukarnya kami untuk membuat keputusan dengan meneliti setiap pandangan yang disampaikan, termasuk dari cabang-cabang yang menjadi tulang belakang parti, di samping memastikan parti mencapai matlamatnya.

Tatkala parti kita mulai berkembang dan menjelma menjadi sebuah organisasi yang disegani dan dihormati, sememangnya kita akan menempuh saat sukar untuk mencipta kesimbangan kepimpinan yang terbaik dan strategi yang ampuh untuk mengangkat kita ke tahap perjuangan seterusnya. Sepanjang itu kita telah menempuh pelbagai cabaran serta menemui bakat-bakat baru yang komited dengan perjuangan parti. Kita perlu bekerja kuat untuk mencapai apa yang dicita-citakan dan keputusan yang dibuat minggu ini dibuat selepas mendapat mandat dan berdasarkan semangat musyawarah dalam parti.

Keadilan ditubuhkan untuk menjadi wadah penyatu kepada semua Rakyat Malaysia merentasi batas agama dan kaum serta mengembalikan keutuhan keluhuran Perlembagaan Persekutuan. Perjuangan ini ternyata bukan tugas mudah dan merupakan satu tanggungjawab serta cabaran kepada semua pendokong Keadilan.

Beberapa tahun lalu ramai yang mencemuh kita kerana kesungguhan perjuangan Keadilan yang berhasrat untuk menamatkan politik perkauman sempit dan membanteras amalan rasuah. Namun bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, kita telah melakarkan kejayaan bersejarah demi memulihkan demokrasi, kebebasan dan kedaulatan undang-undang. Kejayaan tersebut kita kecapi walaupun tidak mendapat sokongan media arus perdana dan berhadapan dengan segala kekuatan serta serangan bertali arus institusi kerajaan yang dikongkong pimpinan Umno-Barisan Nasional.

Sememangnya kita terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah yang mengecewakan selepas pilihanraya umum Mac lalu. Perjuangan politik kepartian terbukti berhadapan dengan jalan berliku, dan permuafakatan politik tidaklah menjelma sekelip mata. Kekecewaan yang diluahkan oleh sebilangan rakan dan ahli parti ada asasnya. Walau bagaimanapun saya sedia berbincang dengan semua pihak didasari rasa hormat, persefahaman dan iltizam menegakkan keadilan.

Masa hadapan negara ini, perjuangan kita serta Pakatan Rakyat tidak bergantung kepada mana-mana individu. Saya menyeru agar semua berpegang teguh dan tetap bersabar memastikan kejayaan perjuangan kita demi Rakyat Malaysia.


WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden
Parti Keadilan Rakyat

------------------------------------------------------------------------------

Recent changes to the leadership in Keadilan have caused confusion and consternation among some. I recognise that not everyone will be pleased with decisions made by the party’s leadership and not everyone will appreciate the difficulty we face in seeking to accommodate all views, including those of the divisions and branches which make up the backbone of the party, while striving to guide our party towards achieving its goals.

As our party grows in number and transforms into a national organization we have struggled at times to identify right strategy and mix of leadership that will carry us to the next level. Along the way we have encountered great challenges and have also uncovered promising new talent. Our task remains a work in progress and the announcements made this week are based on consensus and consultation within the party to work towards a better future.

Keadilan was established with a mission to be a unifying force for Malaysians of all races and religions and restore the integrity of the principles enshrined in the Federal Constitution. This mission carries unprecedented import and its pursuit confronts us with unparalled challenges.

Over the years many have poured scorn on our aspirations for a brighter future and have derided our belief in an end to racial politics and rampant corruption. And yet we, with our partners in the Pakatan Rakyat, made historic progress towards restoring democracy, freedom and the Rule of Law. We have done so despite a hostile media and the relentless attacks on us by the institutions of the government and the unlimited resources of the UMNO-led BN coalition.

I acknowledge the setbacks that we have faced since the March elections. Political parties are complex organisms and political coalitions are neither crystallised overnight nor even in a fortnight. The frustrations which have been expressed by some colleagues within the party and by some supporters are valid and I remain open to engaging all parties on the principle of mutual respect, understanding and an unrelenting commitment to the principles of justice and fairness.

The future of the nation does not lie in the hands of any one individual nor does our party nor does this coalition. I continue to ask the ongoing faith and patience of the people in supporting the mission of Keadilan and of Pakatan Rakyat.


WAN AZIZAH WAN ISMAIL
President
Parti Keadilan Rakyat

Dr Mansor dilantik Pengerusi PKR Pulau Pinang

Ali Hashim
Thu | Oct 29, 09 | 11:58:27 am MYT
PULAU PINANG, 29 Okt: Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dr.Mansor Othman telah dilantik sebagai Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru negeri Pulau Pinang bagi menggantikan Datuk Zahrain Mohamed Hashim.

Menurut Dr.Mansor rombakan yang dibuat ini adalah bagi memantapkan lagi pengaruh PKR dan juga Pakatan Rakyat di negeri ini.

"Rombakan ini adalah penting dalam usaha PKR untuk mengukuhkan lagi jentera parti bagi menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

"Ia juga adalah untuk memberi fokus dan tumpuan sepenuhnya kepada kawasan-kawasan Dewan Undangan Negeri yang gagal mencapai kemenangan dan mengekalkan kemenangan di kawasan yang telah dimenangi sebelum ini," katanya.

Dr.Mansor juga menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa peralihan tampuk kepimpinan di beberapa buah negeri adalah kerana kegagalan pemimpin tersebut melaksanakan tannggungjawab sebagai Pengerusi PKR negeri.

"Sebenarnya peralihan ini adalah sebagai salah satu usaha untuk memantapkan parti bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan datang. Datuk Zaharain juga telah diserapkan ke Biro Politik Pusat bagi merancang dan merencanakan pergerakan PKR Pusat disamping membuat pemantauan PKR negeri Pulau Pinang."

Beliau juga akan membuat beberapa rombakan kecil kepimpinan parti peringkat negeri setelah mengadakan mesyuarat dengan semua ketua cabang parti tidak lama lagi.

"Saya yakin dengan pertemuan yang akan diadakan bersama-sama dengan semua ketua cabang adalah salah satu jalan untuk menyelesaikan apa jua masalah dalaman parti yang dihadapi oleh mana-mana cabang PKR dalam negeri ini,"katanya lagi._

Press Release by Datuk Kong Hong Ming on Jeffry Kitingan quitting his PKR post, and the appointment of Ahmad Thamrin as Keadilan Sabah State Chief

TAWAU, October 28, 2009: Parti Keadilan Rakyat (PKR) is not a ‘one-man’ political party and will go beyond any single personality or his or her personal agenda, in order to stay relevant and true to its struggle for the people, said PKR Sabah deputy chief, Datuk Kong Hong Ming.

He stressed this while speaking at a news conference held here after chairing the Tawau Divisional Committee meeting endorsing the appointment of PKR Sabah Secretary cum Libaran division chief, Ahmad Thamrin Hj Jai by PKR Central leadership as the new State Liaison Chief for Sabah.

“We believe and practice team leadership and collective responsibility. PKR leaders and members in Sabah are mature enough to reject any form of personal agenda or desperate conduct that is inconsistent with the party’s objectives and struggle. As a reformist political party where the party’s central struggle is people supremacy (ketuanan rakyat), race or religion is a non-issue insofar as the appointment of Thamrin as our new State Chief is concerned.

“As a relatively young and vibrant political party having the second largest representation in the Parliament after UMNO, we do have internal conflicts and differences from time to time. However, we can always agree to disagree. As responsible party leaders and members, we do not publicize our internal domestic problems to the media,” he articulated.

He continued that PKR Sabah may be an opposition party for now, but its state leadership are determined to develop good political culture and values to gain the confidence and trust of the people.

“Any internal conflicts and differences can be and will be resolved through proper internal channels holding party’s interest as our guiding principle. I am confident that PKR will evolve as a better and more progressive party.” he said.

Asked about Datuk Dr Jeffrey Gapari Kitingan’s decision to quit his post as PKR Vice President, Kong who is also PKR Tawau division chief said while he respected and accepted Dr Jeffrey’s decision, he however disagreed with the reasons cited by Dr Jeffrey that he has lost confidence over the party’s central leadership, claiming that it had ignored or disrespected the state leadership’s majority decision over the appointment of the new State Liaison Chief for Sabah.

Kong pointed out that this was not true as there was a motion to recommend someone among the state divisional chiefs to become the new state chief during the State Liaison Committee meeting held at its office in Penampang on 22 October, but it was rejected by the state leadership. Thus, a consensus was reached among the divisional chiefs to give full mandate to the Party President to elect one in accordance to the Party constitution, hence the appointment of Thamrin.

He categorically asserted that the meeting on October 22nd was the only official meeting of proper forum and authority according to the Party Constitution, adding that as far as he knows there was no other formal meeting attended by Divisional chiefs to select any candidate for the Sabah chief post.

“In any event, Thamrin has the majority support of the Sabah Divisional Chiefs.” Kong said.

He then revealed that his Divisional Committee has expressed unanimous support to the appointment of Thamrin as the new Chairman of PKR State Liaison Committee.

“PKR Tawau, Kalabakan, Semporna and Silam Divisions welcome and support the appointment of Thamrin as our new PKR Sabah Chief by the Party President.” Kong said after chairing the Tawau Divisional Committee meeting confirming that Thamrin’s appointment is well received.

“Thamrin is a very experienced and committed PKR leader. To Thamrin, party interest is always first and last. He has the quality of a good leader. I am not surprised that he is appointed by the Party President as the new State chief even though he has never demanded for any post in the party. For the record, he has served as the state secretary for the three immediate past PKR State Chiefs, including Tuan Hj Ansari Abdullah, Dato’ Seri Anwar Ibrahim and Azmin Ali” Kong said.

While noting that no doubt that there are many experienced leaders in PKR Sabah who are qualified and eligible as PKR State chief, Kong nonetheless said in this present situation where party unity is one of their main concerns, the appointment of Thamrin as the new Sabah chief, is the best choice.

Thamrin, who is the Sabah PKR Secretary cum Libaran Chief succeeded PKR Vice President who was the interim Sabah Chief for a period of the past four months.

Wednesday, October 28, 2009

MB: Biar penduduk Memali ambil tindakan pada Kosmo!

Menteri besar Kedah menyerahkan isu tuduhan ajaran sesat dalam Kosmo! kepada penduduk Kampung Memali untuk mengambil tindakan sewajarnya kepada akhbar tersebut.

"Mungkin mereka akan mengambil tindakan undang-undang kerana menyamakan kes Memali dengan ajaran sesat. Ia merupakan satu perkara yang tidak betul dan perkara itu sudah selesai," kata Datuk Seri Azizan Abdul Razak

"Biarlah orang Memali mengambil tindakan yang wajar kepada mereka," katanya, sambil menambah beliau sendiri mengetahui kontroversi ini selepas dimaklumkan oleh penduduk kampung terbabit.

"Kalau (di) Memali itu ajaran sesat, bagaimana (Sultan Kedah) Sultan Abdul Halim sendiri menziarahi pusara Ibrahim Mahmud dan kawannya di Parit Panjang (di Baling)?"

Beliau mengadakan sidang media di Kuala Lumpur petang ini selepas mempengerusikan mesyuarat kerajaan Kedah di pejabat Kedah Business Centre di ibu negara.

Azizan, yang juga pesuruhjaya PAS Kedah, berkata isu Memali selesai sejak 24 tahun lalu dan mempersoalkan kewajaran tragedi berdarah yang mengorbankan 14 orang itu ditimbulkan semula.

Ditanya tindakan PAS Kedah berhubung itu tersebut, Azizan berkata: "Memali jangan dikaitkan dengan PAS. Kebetulan mereka (ini) ahli PAS, tapi perjuangan mereka bukan perjuangan PAS."

"Perjuangan (yang menyebabkan) peristiwa Memali bukan perjuangan PAS tetapi mereka adalah sebahagian daripada ahli PAS," katanya.

Sementara itu, PAS Baling mendesak akhbar terbitan kumpulan Utusan Melayu (M) Bhd itu menarik balik artikel yang bertajuk 'Jangan Pandang Rendah Ajaran Sesat' yang mengaitkan tragedi itu dengan ajaran sesat.

Ketua penerangannya Mat Juki Ahamad juga mendesak harian itu memohon maaf berhubung penyiaran artikel kelmarin.

"Mereka menulis dengan mengaitkan (allahyarham) Ustaz Ibrahim (Mahmud) dengan ajaran sesat dalam peristiwa Memali.

"Perkara ini sudah lama selesai, kerajaan sudah bayar pampasan, tiba-tiba mereka mengingatkan semula," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Selain PAS kawasan itu, aduan polis turut dibuat oleh balu Ibrahim, penceramah PAS yang lantang dan juga bekas seorang pegawai agama di Jabatan Perdana Menteri.

Aduan polis tersebut dibuat di balai polis Baling, kira-kira jam 3 petang kelmarin.

Mat Juki, yang juga pengetua sekolah yang diasaskan oleh allahyarham, turut menggesa akhbar tersebut mendapatkan maklumat perinci mengenai tragedi itu yang mengorbankan 14 orang pada penghujung 1985.

"Kalau ajaran sesat takkan (Sultan Kedah) Sultan Abdul Halim, sebagai ketua agama Islam di Kedah mahu mencemar duli datang menyiram air mawar (di kuburan Ibrahim dan pengikutnya).

"Ini bermakna allahyarham (Ibrahim) tak sesat," katanya.

Thursday, October 22, 2009

KEADILAN Rembau Fundrising and Charity Dinner


KEADILAN Rembau Fundrising and Charity Dinner
October 31, 2009
8.00 pm
Rest. Teratai, Seremban 2, Seremban

VIP guest :
Dato Zaid Ibrahim, YB Tian Chua, YB Sivarasa Rasiah, YB Elizebeth Wong & YB Ronnie Liu

Also present :
che'GuBard, YB Antony Loke, YB Taufek, YB Ravi & YB Chai Tong Chai

get RM 35 / RM 50 tickets from 0123696474 (Azizi)

please help us to help people in need.

Wednesday, October 21, 2009

Hari ini Nik Aziz 19 tahun mentadbir Kelantan


Wan Nik Wan Yussof
Wed | Oct 21, 09 | 2:34:55 pm MYT
ANALISA


Hari ini, Rabu, 21 Oktober 2009 adalah ulang tahun ke-19 pentadbiran kerajaan negeri Kelantan di bawah kepimpinan ulamak.

Sekaligus mengesahkan telah 19 tahun Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan. Ia juga adalah ulang tahun ke-19 bagi pelaksanaan slogan Membangun Bersama Islam yang dijadikan panduan perancangan pembangunan negeri.

Ia satu slogan yang mendahulukan nilai-nilai ad-din di dalam memenuhi harapan rakyat. Ini juga bermakna, selama 19 tahun prinsip pentadbiran berteraskan ubudiah, masuliah dan itqan telah dijadikan amalan oleh seluruh agensi kerajaan negeri Kelantan.

Maka, selayaknya telah berlaku kesan nyata daripada perancangan dan pelaksanaan ke atas tiga aspek perjalanan kerajaan negeri � falsafah kepimpinan, slogan dan prinsip pentadbiran � sekaligus menobatkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai menteri besar yang ulung menerajui eksekutif kerajaan negeri.

Justeru itu, sempena mengingati ulang tahun ke-19, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz menerajui kepimpinan ulamak mentadbir negeri Kelantan, semua laluan sejarah lepas sewajarnya dijadikan pengalaman, demi menyongsong kejayaan untuk dinikmati oleh generasi akan datang.

Pengorbanan untuk generasi muda

Laluan kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sejak menjawat Ketua Ulamak PAS Pusat dan kini selaku Mursyidul Am PAS amatlah terukir indah di setiap wajah rakyat Kelantan.

Ilmunya adalah cahaya, perwatakannya adalah idola dan sentuhan pentadbirannya adalah keberkatan untuk seluruh rakyat.

Justeru itu, ilmu agama yang ada di dadanya sentiasa dicurahkan kepada rakyat Kelantan menerusi kuliah pagi Jumaat, khutbah Jumaat dan ceramah yang segar serta tulisan yang tercetak.

Atas kapasiti keilmuan yang dicurahkan dan ratusan ribu rakyat menelaah ilmunya, layaklah rakyat menobatkan menteri besar yang mengemudi kepimpinan ulamak itu adalah seorang ulamak sebenar bergelar 'Tuan Guru'.

Kerana di sebalik itu, cukup ramai individu ulamak yang kaya ilmu agamanya, tetapi loket di dalam mencurahkan ilmunya untuk diraih oleh rakyat. Justeru itu, tidak mungkin ditemui dalam dekad ini menteri besar seumpama menteri besar Kelantan.

Sesungguhnya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah 19 tahun bergelar 'Yang Amat Berhormat Tuan Guru Menteri Besar' yang sentiasa mengorbankan ilmunya untuk rakyat.

Inilah wajah kepimpinan ulamak yang dipaparkan kepada generasi rakyat Kelantan hari ini. Mudah-mudahan �ilmu tuan guru� bakal membina generasi muda masa kini untuk mencipta kejayaan masa depannya.

Berkat taburan ilmu itu, kini Kelantan bukanlah negeri yang terpinggir dengan isu-isu pembangunan. Daripada ilmu yang ditaburkan, Kelantan sudah menjadi negeri yang seiringan dengan negeri lain dari segi pembangunan fizikal dan rohani.

Meskipun, masih ada tohmahan dan cakap-cakap sinis kononnya Kelantan adalah negeri termundur dan ketinggalan dari segi pembangunan sosio-ekonomi, namun kualiti hidup rakyatnya sudah menjawab dengan tepat bahawa kesemua tohmahan itu adalah cakap politik yang berniat memburuk-buruk keupayaan kepimpinan ulamak sejak Tuan Guru Nik Abdul Aziz dilantik menteri besar.

Justeru itu, kepimpinan ulamak era Tuan Guru Nik Abdul Aziz sudah menobatkan (establishment) 20 nilai pembangunan negeri Kelantan seperti mana berikut:

1. sifat cakna rakyat penuh berkebajikan,

2. bangunan pejabat dan gudang bertambah dan tersergam,

3. prasarana kesejahteraan awam tersirat kukuh,

4. ladang getah dan kelapa sawit luas menghijau,

5. sawah bendang menguning setiap musim,

6. hutan dan lurah sedia ditereskan,

7. kadar kemiskinan menjunam turun,

8. kuasa beli rakyat mampu menyara survival pasaraya,

9. pertambahan kenderaan bersimpang siur,

10. taman perumahan melebar ke serata negeri,

11. bandar lama dan baru makin berkembang,

12. kehadiran pelancong terus melonjak,

13. pesta, ekspo dan karnival terlaksana setiap tahun,

14. gaji kakitangan awam tidak pernah dikurang,

15. pendidikan Islam terbaik dan pelajar cemerlang terserlah setiap tahun

16. kolej, universiti dan sekolah bestari makin bertambah bilangan

17. kilang dan produknya terus beroperasi melonjak peluang ekonomi

18. perancangan pembangunan sentiasa berlaku

19. punca hasil baru terus diterokai

20. baki hutang kerajaan dahulu sudah terlunas. Kesemua nilai pembangunan dinyatakan di atas adalah ukuran mutlak bagi mengiktiraf betapa pembangunan dan pertumbuhan ekonomi dan sosial sudah berlaku dan tidak terpinggir.


Oleh kerana itu, negeri Kelantan sepanjang 19 tahun di bawah kuasa politik PAS telah melakukan yang terbaik untuk rakyat Kelantan. Di atas 20 establishment itu, amatlah tidak adil untuk meletakkan status pembangunan negeri Kelantan sebagai negeri mundur.

Maka, sempena ulang tahun ke-19 kepimpinan ulamak mengurus-tadbir kerajaan negeri Kelantan ini, diharapkan bersama-samalah kita dapat membuka mata dan telinga untuk menerima realiti, betapa negeri Kelantan hari ini adalah sebuah negeri yang sudah jauh maju setanding dengan negeri-negeri lain di negara ini.

--------------

Penulis adalah Pengarah, Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan. _

Pakar: 80% kemungkinan Teoh dibunuh

Seorang pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand membuat pendedahan yang mengejutkan dalam inkeus kematian Teoh Beng Hock pagi ini dengan menyatakan bahawa setiausaha politik itu mungkin telah dicekik sebelum jatuh dari tingkat 14 Plaza Masalam.

Katanya, terdapat tanda bulat pada leher Teoh yang menunjukkan dia 'dicekik'.

Menurutnya lagi, retakan pada tengkorak Teoh bukan satu kecederaan akibat terjatuh.

Manakala kecederaan pada lubang dubur Teoh, katanya, boleh disebabkan dicucuk dengan objek sebelum dia jatuh.

Ini, katanya, berdasarkan kepada gambar-gambar yang diambil di tempat Teoh ditemui jatuh.

Dr Pornthip membuat kesimpulan bahawa kemungkinan 80 peratus Teoh dibunuh dan 20 peratus dia membunuh diri.

Beliau juga tidak bersetuju dengan pandangan pakar-pakar forensik bahawa Teoh "jatuh dalam keadaan sedar" tetapi sebaliknya menegaskan bahawa mangsa mungkin tidak sedar.

Beliau memberi tiga sebab dalam membuat kesimpulan tersebut, iaitu:

1) Laporan bedah siasat menyatakan mangsa masih hidup ketika jatuh di tanah, tetapi beliau (Dr Pornthip) tidak menemui kecederaan untuk melindungi diri.

2) Beliau menemui luka-luka yang kelihatan berlaku sebelum mangsa jatuh.

3) Kecederaan pada bahagian dada adalah akibat impak awalan.


Beliau memberi keterangan sebagai saksi pakar di inkues tersebut yang diadakan untuk menentukan punca kematian Teoh.

Dr Pornthip adalah pengarah dan pengasas bersama Institut Pusat Sains Forensik Kementerian Keadilan Thailanad dan dianggap pakar dalam siasatan kes-kes pembunuhan yang rumit.

Teoh - setiausaha politik kepada exco Selangor, Ean Yong Hian Wah - ditemui mati selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14 Plaza Masalam berhubung dakwaan salahguna wang negeri pada 15 Julai lalu.

Tuesday, October 20, 2009

Pakatan hadapi spekulasi pilihanraya Perak

Pakatan Rakyat di Perak terus bersedia menghadapi pilihan raya mengejut peringkat negeri – seperti yang mereka tuntut – walaupun tidak sepenuhnya yakin BN berani mengadakannya dalam masa terdekat.

Desas-desus mengenai kemungkinan pilihan raya negeri dipanggil muncul semula susulan perkembangan terkini di negeri ini, antaranya sambutan besar sehingga 50,000 orang di program pelancaran 1Malaysia di Ipoh kelmarin.

Ia diperkuatkan lagi dengan semakan daftar pemilih baru peringkat Perak selama seminggu sehingga Isnin depan, selain kesediaan Pakatan Rakyat menyediakan manifesto baru untuk berdepan dengan pilihan raya mengejut.

Difahamkan, gabungan tiga parti pembangkang itu juga sedang menggiatkan jentera mereka.

Ura-ura lebih 20 ADUN BN sudah mengambil foto terbaru masing-masing menguatkan spekulasi negeri ini bakal menghadapi pilihan raya.

Satu sumber Pakatan Rakyat menyebut, masih tidak jelas tujuan foto itu diambil sama ada untuk dijadikan poster atau sebab-sebab lain.

Krisis politik terus berlarutan di Perak, antara yang penting perebutan jawatan menteri besar antara Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dengan penggantinya Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir melalui proses mahkamah akan didengar awal bulan depan.

Sementara persidangan DUN untuk pembentangan belanjawan negeri bermula 28 Oktober di tengah-tengah pertikaian siapa Speaker yang sah – sama ada V Sivakumar atau penggantinya Datuk R Ganesan.

Walaupun mengalu-alukan pilihan raya negeri, Mohamad Nizar berkata, perdana menteri tidak seharusnya melihat kejayaan menganjurkan program 1Malaysia sebagai penanda aras sokongan rakyat Perak kepada BN.

"Kalau nak tengok populariti di satu program saja, kalau tengok (keputusan) Bagan Pinang saja tidak boleh kata (BN) boleh menang," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

"Kita tahu rakyat masih menyokong Pakatan Rakyat."

BN bagaimanapun, tegasnya, masih perlu menghadapi rakyat untuk mendapatkan mandat sahih daripada rakyat.

"Kalau ia betul-betul yakin dengan persepsi itu, ia kena uji. Ia kena berani menghadap ke bawah duli Tuanku (Sultan Perak) dan mohon untuk adakan pilihan raya," kata ADUN Pasir Panjang.

Mohamad Nizar menambah, Pakatan Rakyat menjangka pilihan raya itu akan diadakan dan telah "lama bersedia" untuk menghadapinya. "Pakatan Rakyat sudah ada manifesto untuk pilihan raya ini," katanya, dengan menjelaskan ia disediakan sejak dua bulan lalu.

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham pula berkata BN mungkin akan memanggil pilihan raya berkenaan berdasarkan pemerhatiannya terhadap beberapa tanda awal.

Katanya, beliau difahamkan wakil-wakil rakyat BN Perak telah menjalani satu sesi rakaman foto di sebuah kedai gambar di negeri itu, kira-kira dua bulan lalu.

"Secara tradisinya, apabila wakil rakyat diambil gambar seperti itu, pilihan raya akan diadakan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Gambar itu diambil lebih awal kerana ia perlu disunting bagi memastikan muka wakil-wakil rakyat BN tersebut kelihatan lebih menarik apabila dicetak pada bahan kempen, tambahnya.

Jelasnya lagi, DAP negeri membuat persediaan sejak tujuh bulan lalu dengan memberikan latihan berterusan.

Ngeh berkata, BN dipercayai akan mengambil kesempatan untuk mendapatkan sokongan rakyat daripada perkembangan kes Mohamad Nizar-Zambry di Mahkamah Persekutuan, 5 November ini.

"Mereka boleh gunakan keputusan mahkamah untuk tunjukkan kepada rakyat bahawa Zambry adalah menteri besar yang sah dan popular," katanya.

"Tetapi bajet negeri pula akan dibentangkan pada 28 Oktober (oleh Zambry). Jika mahkamah putuskan Nizar sebagai menteri besar yang sah, apa akan jadi dengan pembentangan bajet itu, adakah ia juga sah?"

Katanya, BN hanya akan memanggil pilihan raya jika keyakinan rakyat di negeri itu dilihat memihak kepada parti berkenaan.

"Setakat ini, situasi sekarang menunjukkan mereka akan meneruskan dengan cara sedia ada sehingga wujud keadaan lebih baik. Mereka mesti hendak wujudkan faktor feel good di kalangan rakyat dahulu," katanya.

Walaupun tidak menolak kemungkinan pilihan raya negeri, PKR Perak masih belum pasti BN benar-benar ingin membubarkan DUN dan mengadakan pilihan raya semula.

Pengerusinya Mustaffa Kamil Ayub berkata tanda-tanda bahawa pilihan raya baru akan diadakan kini masih belum jelas.

"Nak kata 'tidak lama lagi pun, tidak boleh juga', BN sendiri pun nampaknya tidak berapa yakin (untuk adakan pilihan raya)," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Seperti Mohamad Nizar, yang juga timbalan I pesuruhjaya PAS Perak, Mustaffa Kamil tidak yakin kempen 1Malaysia pada Ahad lalu sebagai petanda penting pilihan raya dengan menyifatkan ia satu "proses biasa".

Beliau juga tidak pasti sesi rakaman gambar wakil-wakil rakyat BN ke arah mengadakan satu pilihan raya baru.

"Saya fikir (foto) itu proses biasa, mereka perlu juga sentiasa bersiap sedia kerana kerajaan sedia ada masih tidak stabil dan sentiasa dicemuh oleh rakyat," jelasnya.

Beliau mengakui PKR sedang mempergiat latihan kepada jentera parti bagi menghadapi kemungkinan pilihan raya, antaranya, ejen tempat mengundi.

Mengapa Pakatan Rakyat Perak dijatuhkan?

dipetik daripada PerakExpress.com terjemahan daripada artikel Malaysia-Today.net

Kita semua tahu apa yang berlaku di Perak. Tetapi ramai yang tidak tahu, mengapa ia berlaku.

Sekiranya anda masih ingat, ianya mengambil masa seminggu untuk kerajaan baru di Perak dan Selangor mengangkat sumpah selepas pilihanraya umum Mach 2008. Kedua-dua Sultan dinegeri ini mahu ‘membincangkan’ terlebih dahulu dengan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat.Sultan kemudiannya meletakkan beberapa syarat sebelum bersetuju untuk melantik Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri yang baru.

Jurang masa selama seminggu itu telah memberika masa kepada kerajaan negeri yang lama iaitu Barisan Nasional untuk memindah dan memusnahkan banyak bukti-bukti penyelewengan yang dilakukan sebelum ini.

Kelewatan selama seminggu ini juga membolehkan Barisan Nasional menawarkan kemungkinan untuk Umno bergabung dengan Pas untuk membentuk kerajaan baru di Selangor dan Perak. Malah, Umno bersetuju memberikan kerusi Menteri Besar kepada Pas dikedua-dua negeri ini. dan kemuncaknya, Umno malah bersetuju untuk membenarkan Pas melaksanakan undang-undang Islam dikedua-dua negeri ini.

Tetapi, Pas terus bersama dengan dua rakan mereka, PKR dan DAP didalam Pakatan Rakyat dan menolak tawaran Umno. Akhirnya, kedua-dua Sultan tidak mempunyai pilihan melainkan menerima Pakatan Rakyat sebagai kerajaan baru di Perak dan Selangor. Tetapi ini tidak menghentikan mereka dari terus merancang dibelakang tabir tentang bagaimana untuk menjatuhkan kedua-dua kerajaan ini.

Sultan Selangor agak bersedia untuk menerima keadaan yang berlaku. Tambahan pula, Pakatan Rakyat Selangor mempunyai majoriti yang cukup banyak dan agak susah untuk membeli ramai Ahli Dewan Undangn Negeri. Tetapi, Perak agak berlainan sama sekali. Majoriti yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat Perak amat sedikit berbanding Selangor.

Sebaik saja kerajaan baru dibentuk di Perak, Sultan Perak mula meminta macm-macam. Kerajaan Pakatan Rakyat Perak bersedia bertolak ansur, demi menjaga hubungan baik dengan istana. Tetapi apa yang diminta oleh Sultan dan kerabat diraja agak berlebihan dan kerajaan Pakatan Rakyat Perak tidak mempunyai pilihan melainkan menolak permintaan Sultan.

Dan ini menyebabkan Sultan murka. Dan apabila Pakatan Rakyat Perak kehilangan majoriti di Dewan Undangan Negeri, Barisan Nasional mempunyai jalan yang amat mudah untuk mendapatkan perkenan untuk Barisan Nasional membentuk kerajaan baru.

Pada mulanya, Sultan Perak tidak begitu pasti sama ada hendak menyingkir kerajaan Pakatan Rakyat dan memilih Barisan Nasional. Apabila Menteri Besar, Nizar Jamaludin berjumpa dengan Sultan dan memohon Dewan Undangan Negeri dibubarkan untuk membolehkan pilihanraya baru diadakan, Sultan meminta masa untuk membuat pertimbangan. Tetapi sebaik saja selepas itu, Najib Tun Razak berjumpa Sultan dan mempengaruhi Sultan untuk menolak permohonan Pakatan Rakyat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri, sebaliknya melantik Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan yang baru.

Taktik Najib amat mudah. Nazrin, anak kepada Sultan Azlan Shah, tidak sepatutnya menjadi Raja Muda. Dan ini bermakna, dia tidak sepatutnya menjadi Sultan kelak. sekiranya Sultan Azlan mangkat. Kerajaan Pusat tidak akan menyokong Nazrin sebagai Sultan Perak seterusnya. Lihatlah apa yang berlaku di Negeri Sembilan. walaupun Yamtuan melantik anaknya sebagai Raja Muda, tidak bererti dia akan menjadi Yamtuan.

Oleh itu, sama ada Nazrin boleh menjadi Sultan atau tidak bergantung kepada hubungan baik dengan kerajaan Pusat. Tetapi hubungan baik itu hanya boleh diperolehi sekiranya Barisan Nasional menjadi kerajaan negeri. Kalau Pakatan Rakyat masih lagi menjadi kerajaan negeri, maka Nazrin terpaksa membayar harganya apabila tiba masa untuk menggantikan bapanya.

Tambahan pula, Sultan dan keluarganya telah meminta banyak perkara dari kerajaan Pakatan Rakyat, semuanya telah ditolak. Umno pula akan memastikan bahawa semua permintaan Sultan dan keluarganya akan dipenuhi sekiranya Barisan Nasional dipilih sebagai kerajaan negeri.

Dan dengan itu, Pakatan Rakyat menemui ajalnya di Perak. Sultan memilih Barisan Nasional sebagai kerajaan negeri yang baru dan Pakatan Rakyat menjadi pembangkang.

Apakah permintaan Sultan dan keluarganya yang ditolak oleh Pakatan Rakyat dan sebaliknya diterima oleh Barisan Nasional? Mari kita tengok, dalam masa beberapa bulan saja, Sultan dan keluarganya tiba-tiba menjadi salah satu keluarga diraja yang terkaya di Malaysia, sebaik saja Pakatan Rakyat tumbang.

1. Umno menghadiahkan kepada Sultan sekeping tanah yang dikenali sebagai lot 183578. Tanah seluas kira-kira 600 ekar ini terletak di Tanjung Tualang, dalam daerah Kinta. Tanah ini telah di berikan kepada salah seorang proksi Sultan yang bernama Mohamed Khaair Johari Hj. Osman.

2. Umno menghadiahkan kepada Sultan konsesi balak seluas 1,000 ekar yang terletak di Ulu Kenderong, Gerik, Hulu Perak, disepanjang lebuhraya Gerik-Kupang. Konsesi ini pada mulanya diberikan kepada Universiti Utara Malaysia. Walaubagaimanapun, pemberian ini ditarik balik dan diberikan kepada Pusat Kreatif Kanak-Kanak dimana Pengerusinya ialah Raja Datuk Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah.

3. Umno menghadiahkan kepada Sultan tujuh konsesi balak di kompartmen 39, 41, 42, 43, 44, 45 dan 49 di Hutan Simpan Kenderong di Hulu Perak. Ketujuh-tujuh lot ini, yang berjumlah kira-kira 600 ekar, diberikan kepada dua syarikat proksi Sultan - Syarikat Zotonjaya Sdn Bhd dan Kibaran Wang Sdn. Bhd.

4. Umno akan meluluskan satu cadangan penghutanan semula (reforestation) yang melibatkan 10,781 hektar. 5,781 hektar terletak di Hutan Simpan Gunung Besout, di selatan Perak wementara 5,000 hektar lagi di Pondok Tanjung dalam daerah Larut Matang. Syarikat yang akan mendapat projek ini ialah Permatang Utama Sdn. Bhd (nombor syarikat 513583-D) dimana Pengerusi Eksekutifnya ialah Datuk Seri Ismail Farouk Abdullah, menantu kepada Sultan Azlan Shah).

5. Berikutan dengan itu, Datuk Seri ismail Farouk Abdullah dibenarkan untuk mengambil alih Hotel Casuarina milik kerajaan negeri dengan harga yang paling murah iaitu RM43 juta dimana harga sebenar jauh lebih tinggi dipasaran terbuka. Hotel tersebut terletak dikawasan paling strategik di Ipoh malah harga tanah lapang saja mempunyai nilai yang amat tinggi.

Keluarga Diraja Perak bukan orang susah. Tetapi nampaknya mereka tamak. Raja datuk seri Eleena Azlan Shah merupakan Pengarah kepada Gamuda Berhad dan juga merupakan orang ke 25 kaya di Malaysia dengan harta bernilai RM773 juta. Ini menjadikan beliau wanita kedua terkaya di malaysia selepas Puan Sri Chong Chook Yew, yang menduduki tangga ke 18 dengan harta bernilai RM1 billion.

Gamuda Berhad juga telah diberikan kontrak bernilai lebih RM10 billion. Ia juga mengurus dan menyelenggara lebuhraya sepanjang 230 kilometer dan juga merupakan pemaju hartanah di empat projek bandar baru yang melibatkan lebih dari 30,000 rumah.

Itulah kisahnya. Rakyat Perak, khususnya orang Melayu, merasakan bahawa pembangkang tidak menunjukkan hormat kepada Sultan. Apa yang tidak diketahui oleh mereka ialah Sultan tidak seharusnya diberikan penghormatan. Dan ramai juga yang tidak tahu mengapa Sultan mahukan Pakatan Rakyat disingkir di Perak.

Sekarang, kita berharap, rakyat Perak tahu apa yang berlaku.

Monday, October 19, 2009

Tiada Sebarang Kepincangan Berlaku Dalam PKR

Permohonan cuti mantan Menteri Undang-Undang Zaid Ibrahim disensasikan media arus perdana, walhal ia bukan sesuatu yang luar biasa.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Dr Syed Husin Ali berkata desas-desus pergeseran antara Zaid dan pihak tertentu dalam PKR tidaklah separah yang dikhabarkan.

Syed Husin berkata demikian merujuk kepada liputan media hari ini yang melaporkan Zaid menghadapi kesukaran susulan pergeserannya dengan Naib Presiden Azmin Ali.

Pengumuman cuti Zaid ini dibuat sewaktu muncul khabar bahawa beliau berkemungkinan meninggalkan PKR.

“ Sememangnya adalah satu perkara biasa pihak BN mengambil peluang secara opotunis, sekiranya kalau ada perkembangan dalam Pakatan terutamanya dalam keadilan. Saya nampak berita tentang Zaid ini sudah terlalu dibesar-besarkan dan diselewengkan untuk kepentingan BN dan untuk menunjukkan seolah-olahnya ada krisis besar” ujarnya.

Zaid dibawa masuk ke PKR oleh Ketua Umum Anwar Ibrahim pada Jun lalu dengan tanggungjawab untuk menyatukan Pakatan Rakyat menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.

Zaid ketika disoal media menafikan keseriusan pergeseran seperti yang dilaporkan media.

Beliau berkata permohonan cuti ini perlu bagi menumpukan perhatian merumus platform asas Pakatan Rakyat.

Syed Husin menyatakan kekesalan dengan liputan sensasi yang diberikan dan berharap semua pihak supaya bertenang sehingga kertas kerja platform Pakatan Rakyat yang diusahakan Zaid di bentang pada Persidangan Pakatan Rakyat Disember depan.

“ Saya rasa ambil cuti bukan masalah, ramai yang kadang-kadang ambil cuti. Hendak cuti naik haji, hendak cuti sabbatical dan sebagainya. Jadi tidak ada sebab untuk diperbesar-besarkan. Tetapi ia telah dibesar-besarkan. Dan oleh kerana zaid telah menghantar surat kepada Setiausaha Agung untuk minta cuti, saya rasa dalam mesyuarat akan datang, surat dia akan dibentangkan dan kita akan berbincang jika perlu dan buat keputusan sama ada hendak terima atau tidak”.

“ Yang saya lihat perkaranya kecil. Seperti yang telah diterangkan oleh saudara Zaid sendiri, beliau mengambil cuti enam bulan dan waktu itu tidak akan menghadiri biro pilitik dan mesyuarat MPP, tetapi tugas-tugas lain sebagai ahli PKR, sebagai anggota PKR akan diteruskannya. Bahkan beliau akan memperkukuh dan memperkasakan Pakatan Rakyat sebagai parti yang lebih kuat dan bersatu”ujarnya mengakhiri perbualan.

Anwar: Media Arus Perdana Putar Belit Isu Zaid

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata media massa arus perdana telah memutarbelitkan cuti enam bulan yang diambil oleh Zaid Ibrahim dari tugas-tugasnya di dalam biro politik parti.

Anwar berkata beberapa perkara mengenai program di Sabah yang dikaitkan dengan Zaid turut diselesaikan tanpa masalah.

Anwar berkata demikian selepas menghaidiri majlis Sambutan Aidilfitri dan Deepavali anjuran Keadilan Wilayah Persekutuan.

"Benda ini tidak berbangkit kerana dia baru telefon saya dari Sarawak bersama Presiden ada program parti. Kemudian dia hendak bercuti menunaikan haji. Program di Sabah itu kerana dianjurkan oleh cabang tanpa negeri. Dua hari lalu negeri bermesyuarat dan mengesahkan sebagai program negeri jadi selesai," katanya.

Di Sabah Zaid mengesahkan bahawa beliau hanya bercuti daripada tugasan biro politik. Selain menunaikan ibadah haji, beliau akan terus memikul tanggungjawab untuk memantapkan Pakatan Rakyat.

Ini sebagai persediaan untuk membentuk sebuah perlembagaan yang didokong oleh ketiga-tiga parti berkenaan iaitu, Keadilan, Pas dan DAP bagi membolehkan ia mendaftar sebagai satu entiti politik.

UMNO – PERUBAHAN BESAR TIDAK AKAN BERLAKU

Slogan “perubahan” berulang kali dijeritkan dalam perhimpunan Umno baru lalu – oleh ramai pemimpin dan pengikut. Kesan jangka panjangnya mungkin tidak akan ada. Meminjam kata-kata Shakespeare segalanya “penuh dengan jeritan dan kemarahan, tetapi tidak mempunyai apa-apa erti” (full of sound and fury but signifying nothing).

Perubahan yang banyak dilaungkan ialah berkaitan pindaan perlembagaan. Ada pemimpin Umno yang mendakwa ia merupakan pindaan yang tidak pernah dilakukan oleh pihak-pihak lain. Jelas mereka hendak menyembunyikan suatu hakikat yang memalukan jikalau terdedah dalam Perhimpunan itu,

Hakikatnya ialah bahawa KEADILAN telah membuat pindaan perlembagaan yang lebih menyeluruh dan demokratik dalam Kongres Khas yang diadakan sehari suntuk pada 13 Jun 2009. Pindaan perlembagaan itu dibincang dengan teliti dan telus oleh para perwakilan selama kira-kira lima jam. Salah satu perkara penting yang diluluskan ialah pindaan yang memberi setiap anggota Parti hak mengundi untuk memilih pimpinan.

Ini berbeza dengan keputusan yang dicapai oleh Umno. Pindaan perlembagaan mereka diterima dalam masa kurang sejam tanpa perbincangan mendalam oleh perwakilan. Ini membuktikan tradisi Pak Turut dalam Umno masih kuat. Presiden Umno mengisytiharkan bahawa pindaan perlembagaan yang mereka lakukan akan menjadikan Umno lebih demokratik.

Sebenarnya, seperti ditegaskan oleh Tengku Razaleigh, pindaan perlembagaan Umno itu tidak cukup demokratik. Ia membataskan bilangan yang boleh mengundi untuk memilih pucuk pimpinan hanya kepada 146,500 orang wakil saja. Kenapakah hak mengundi dibataskan kepada cuma kira-kira 5% dari jumlah ahli Umno yang didakwa berjumlah 3.4 juta? Kenapakah tidak demokrarik sepenuhnya dan berikan hak mengundi kepada seluruh ahli? Bilangan besar tidak harus menjadi alasan.

Seterusnya Presiden Umno juga mendakwa pindaan yang mereka luluskan boleh menghapuskan “politik wang”. Dr Mahathir secara terus terang dan tepat menyatakan beliau tidak percaya ini akan berlaku. Apa yang disebut sebagai “politik wang” adalah sebenarnya rasuah atau korusi politik. Ia merupakan sebahagian dari amalan korupsi yang meluas berlaku di kalangan terutama sekali para pemimpin Umno, termasuk Presidennya.

Korupsi terdapat dalam pelbagai bentuk yang melibatkan: wang (harta), moral (wanita) dan politik (kuasa/takhta). Penumpuan ketiga-tiga bentuk korupsi ini terdapat di kalangan ramai pucuk pimpinan Umno dan juga mereka di peringkat negeri dan bahagian. Bagaimanakah pemimpin yang korup arau rasuah berupaya untuk menghapuskan korupsi, termasuk apa yang dikatakan “politik wang itu”? Bapak perompak manakah yang mahu dan bersedia menghapuskan kerja merompak yang memberikan kekayaan dan kedudukan tinggi kepada mereka?

Korupsi hanya boleh dihapuskan atau setidak-tidak dikurangkan jikalau mereka yang berkuasa bersih dan dituduh korup bersedia untuk disiasat oleh badan bebas dan sanggup dihukum jika didapati berasalah. Mereka juga harus bertindak untuk menghukum semua yang korup tanpa memilih bulu. Jikalau ini tidak dilakukan maka segala ucapan, seruan dan janji menghapuskan korupsi akan tinggal sebagai retorik berdegar yang kosong saja.

Apabila pemimpin-pemimpin besar Umno tidak sanggup mengambil tindakan yang betul-betul demokratik dan tidak mampu bertindak tegas terhadap korupsi dalam parti, masyarakat dan negara, sudah pasti perubahan tidak akan berlaku. Seruan seperti yang dibuat oleh Timbalan Presiden Umno Muhyiddin supaya ahli-ahli Umno “buang perangai lama demi perubahan” tidak akan bererti.

DR SYED HUSIN ALI
Timbalan Presiden KEADILAN

PERUTUSAN KETUA UMUM KEADILAN, DATO' SERI ANWAR IBRAHIM SEMPENA HARI DEEPAVALI

Saya sekarang berada di Sri Lanka dan dijadualkan memberi syarahan sempena memperingati Dudley Sinanyanke; mantan Perdana Menteri Kedua, Sri Lanka. Tatkala di Kerala, pernah dicoret bagaimana saya terkenang bacaan karya klasik seumpama Mahabharata dan Hikayat Ramayana.

Sudah tentu teladan dan nasihat yang sarat terkandung diambil menjadi pengajaran dan sempadan. Berpeluang menelaah dan merenung karya klasik dari pelbagai warisan dan tamadun membantu saya mengolah agenda kalimat as sawa.'

Ketika ini masih terkesan kupasan Sheikh Ighsan Hendricks, bagaimana akhirnya kezaliman ditundukkan jua serta pesanan almarhum Maulana Syed Abul Hassan Ali Hasani Nadwi yang dirangkumkan dalam jilid Saviours of Islamic Spirit.

Bumi Sri Lanka menyorot saya kepada kisah terkenal kemenangan Rama terhadap Ravana; Raja Pulau Lanka (nama purba Sri Lanka) yang menculik Sita. Rama diperikan dalam kisah Ramayana susunan Rishi Valmiki sebagai seorang yang tulus, ikhlas, bijak dan menjunjung prinsip Keadilan.

Makanya kemenangan Rama menumpaskan Ravana itu umpama kemenangan Keadilan ke atas kezaliman dan seperti cahaya mengalahkan kegelapan.

Buat semua yang meraikan hari Deepavali di Malaysia, saya mengucapkan Deepavali Nal Valthukal!


ANWAR IBRAHIM

Friday, October 16, 2009

Ucapan Ketua Wanita Keadilan, YB Hjh. Zuraida Kamaruddin sempena Deepavali 2009


Salam sejahtera,

Sempena Perayaan Deepavali yang bakal disambut masyarakat beragama Hindu di Malaysia pada 17 Oktober ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada seluruh yang menyambutnya. Pastinya rumah-rumah yang menyambutnya meriah dengan hiasan Rangoli yang berwarna warni serta hidangan makanan yang lazat menyambut kehadiran tetamu.

Jika dilihat dari kanta sejarah, perayaan Deepavali yang juga dikenali sebagai Diwali atau Pesta Cahaya disambut dengan penuh kegembiraan sebagai tanda kemenangan menurut kepercayaan masyarakat Hindu. Watak-watak seperti Rama dan Ravana serta Ram, Sita dan Laxman yang membayangi latar sejarah disebalik perayaan ini dapat dijadikan rujukan kepada soal universal yang berkaitan dengan manusiawi dan keadilan sejagat. Kegembiraan pesta cahaya ini dipancarkan dengan tafsiran bahawa sinaran cahaya yang menerangi itu dijadikan sebagai simbol yang dapat memadamkan kegelapan yang mewakili kejahatan dan penindasan.

Saya berharap agar melalui perayaan yang disambut ini, masyarakat India khususnya dapat menyemai nilai-nilai keadilan, toleransi dan menentang kezaliman serta penindasan dalam apa jua bentuk. Kegelapan lampau yang terbentuk akibat dari kongkongan sosial serta pengasingan perlu diterangi dengan cahaya kebangkitan yang bersemarak. Peluang pertemuan antara ahli keluarga yang jauh dan dekat, pertemuan antara pemimpin dan rakyat serta pertemuan antara sahabat handai perlu dijadikan landasan untuk bermaaf-maafan serta mengukuhkan perhubungan.

Dalam konteks Malaysia yang berbilang kepercayaan. Masyarakat lain terutamanya Muslim juga harus turut mengimbangi sikap toleransi mereka supaya cenderung kearah seperti yang dianjurkan Islam sendiri. Syak wasangka, perasaan curiga serta sikap yang menjuruskan kepada perkauman perlu dihapuskan.

Janganlah gusar untuk memberi ucapan perayaan kepada mereka, sesuai dengan pendapat Ulama’ Islam terkenal Al-Qaradhawi yang menyebutkan bahawa,“Ini (ucap tahniah) termasuk dari hak-hak bersama. Jika seorang ahli kitab datang dan mengucapkan tahniah kepada kamu dengan perayaan kamu, dan dia berkongsi kedukaan dan musibah kamu, dan dia mengucapkan ta’ziah kepada kamu dengan kedukaan dan musibah tersebut. Maka apakah pula yang melarang kamu dari memberi tahniah dengan perayaannya dan dalam kegembiraannya dan kamu ucap takziah dalam musibah yang menimpanya."

Pendapat beliau itu disandarkan pada Surah An-Nisa’ ayat 86 “Apabila kamu dihormati dengan satu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah dengan yang serupa.”

Oleh itu, saya mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada seluruh masyarakat India, semoga semangat perubahan dan membebaskan dari dari kesuraman serta kegelapan dapat dapat diteruskan.

Deepavali Nal Valthukal!


YANG BERHORMAT PUAN HAJJAH ZURAIDA KAMARUDDIN
Ahli Parlimen Ampang
Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat

Wednesday, October 14, 2009

Tee Keat Mangsa Politik Najib ?

Adakah Ong Tee Keat menjadi mangsa permainan politik Umno dan Najib Razak? Persoalan itu kini kian rancak ditanya berikutan keputusan perwakilan meluluskan undi tidak percaya terhadap presiden MCA itu.

Keputusan pada mesyuarat tergempar MCA pada Sabtu lalu bererti Tee Keat berkemungkinan besar terpaksa meletakkan jawatan dan pemilihan baru diadakan. Beliau dijangka mengumumkan keputusannya Khamis depan.

Perwakilan turut menolak Chua Soi Lek sebagai timbalan presiden tetapi mahukan penggantungan empat tahun ke atasnya ditarik balik, bererti Soi Lek masih ahli MCA dan boleh bertanding jawatan presiden jika pemilihan semula diadakan.

Umum tahu bahawa Najib lebih senang dengan kepimpinan Soi Lek yang dicalar dengan skandal video lucah berbanding Tee Keat yang dilihat sebagai sukar untuk "dikawal" oleh Umno.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN Shamsul Iskandar Md Akin tidak menolak apa yang berlaku terhadap Tee Keat adalah permainan politik yang direstui oleh Najib.

Beliau menjelaskan tindakan Najib amat janggal dimana beliau seolah-olah tidak selesa bekerja dengan Menteri Pengangkutan itu.

"Bermula dengan isu PKFZ, Najib hanya membiarkan Tee Keat bergelut sendirian menyelesaikan perkara itu. Malahan sehingga kini beliau langsung tidak mengeluarkan kenyataan berhubung masalah parti terbesar masyarakat Cina itu tetapi hanya berkata beliau hanya mahukan sebuah MCA yang kuat," katanya.

Ternyata kenyataan seperti ini bertentangan dengan semangat kerjasama yang diamalkan BN sebelum ini. Restu Najib ini seakan membuktikan usahanya mengantikan kepimpinan MCA yang dilihat tidak akur dengan kehendaknya.

"Najib mahu pemimpin yang mengikut telunjuknya sahaja barangkali," dakwa Shamsul.

Sementara itu, penganalisis politik Dr Sivamurugan Pandian pula menyatakan bahawa masalah MCA tidak akan selesai melainkan pemilihan semula diadakan.

"Perwakilan sudah menolak politik angkuh Tee Keat dan masalah moral Soi Lek, dan jika bergantung kepada Jawatankuasa Pusat(CC), tentunya yang dilantik adalah Naib Presiden yang kanan. Beliau pula tentunya ada hubungan mereka (sama ada Tee Keat atau Soi Lek)," kata Dr Siva lagi.

Tee Keat yang kalah dalam undi tidak percaya dalam mesyuarat agung khas lalu enggan membuat keputusan berkenaan masa depan politiknya sebelum berbincang dengan jawantankuasa pusat(CC) yang akan bermesyuarat 15 oktober ini.

Mahathir berkata MCA kini perlu memilih calon berkecuali di kalangan mereka serta mendapat sokongan akar umbi bagi memulihkan semula kekuatan parti berkenaan.

"Dari segi moral, kedua-dua mereka patut berundur."Pilih seorang yang tidak tercemar dan kedua-dua pemimpin itu beri sokongan penuh kepada orang baru," katanya.

Bangkrap: Mahkamah Arah Pahang Bayar RM65 Juta

Kerajaan Pahang di ambang bangkrap apabila Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 9 Oktober lalu mengekal keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan yang mengarahkan mereka membayar RM65 juta kepada syarikat pembalakan, Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd.

Seruan Gemilang adalah antara empat syarikat yang menyaman kerajaan Pahang membabitkan nilai keseluruhan RM300 juta ketika Datuk Seri Adnan Yaacob menjadi Menteri Besar (MB), antara April dan Ogos lalu.

Syarikat lain ialah Asia Chart Sdn Bhd (RM200 juta), Spag'n Plantation Sdn Bhd (RM209 juta) dan Upayapadu Sdn Bhd (RM24 juta), selain tuntutan pelbagai pihak ketika Tan Sri Khalil Yaacob sebagai MB.

Jumlah keseluruhan saman yang ditanggung kerajaan negeri ialah kira-kira lima bilion berikutan amalan penyelewengan, rasuah dan konisme yang membudayai parti pemerintah itu.

Walaupun Mahkamah Rayuan Putrajaya melepaskan Adnan sebagai responden dan diganti Pegawai Kewangan Negeri tapi keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan pada 2007 supaya membayar RM65 juta, kekal.

Keputusan itu dibuat tiga panel hakim diketuai oleh Datin Paduka Zaleha Zahari bersama Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha.

Berikutan pertukaran responden itu, Karpal Singh yang mewakili syarikat itu akan mengeluarkan suatu perakuan baru bagi menuntut pembayaran daripada Pegawai Kewangan Negeri Pahang.

Di luar mahkamah, Pengarah Seruan Gemilang, Saiyeed Ali berkata, pihaknya hanya mahu pihak terbabit membayar seperti yang diputuskan mahkamah.

"Sebelum ini, kita memohon perintah mandamus (perintah akur bayar) kepada kerajaan negeri dan tiada bantahan sehingga mahkamah mengeluarkan sijil mengikut Seksyen 33(1) APK, 1956 (Akta) pada Mac 2008," katanya.

Pada 12 Oktober lalu, Saiyeed Ali Al-Habsyee menghantar sijil perintah mandamus yang diterimanya pada 7 Mac 2008 untuk diserah kepada Pegawai Kewangan Negeri Pahang dan perlu dilunaskan dalam 14 hari.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail menganggap keputusan mahkamah berkaitan pengekalan keputusan dan penukaran responden, tepat dengan mengambil kira kapasiti Adnan sebagai Menteri Besar.

"Jika Adnan tidak mampu membayar wang atau diisytihar bankrap, masalah lain timbul," katanya.

Pada 27 Ogos 2007, syarikat itu menghantar surat tuntutan kepada defendan yang menuntut bayaran bagi jumlah penghakiman sehingga sijil mengikut Seksyen 33(1) APK, 956 (Akta) dikeluarkan tapi bayaran itu tidak diterima.

Pada 25 Mei 2007 pula, Mahkamah Tinggi Kuantan mengarahkan kerajaan Pahang membayar syarikat itu RM37,127,471.60 bersama faedah lapan peratus setahun mulai 31 Dis 2000 kerana melanggar kontrak konsesi pembalakan di kawasan seluas 4,000 hektar milik Umno negeri di Pekan.

Daftar Pakatan Rakyat: Draf di peringkat akhir

Mohd Khalil Abdullah
Tue | Oct 13, 09 | 3:11:08 pm MYT


KUALA LUMPUR, 13 Okt: Pakatan Rakyat ketika ini sedang meneliti dan dalam tahap akhir merangka draf mengenai penggabungannya sebagai sebuah parti di peringkat nasional.

Demikian kenyataan yang disebut oleh Datuk Zaid Ibrahim, salah seorang anggota sekretariat yang ditubuhkan khusus untuk merangka dan meneliti soal penggabungan Pakatan Rakyat di peringkat nasional.

Ini ekoran lampu hijau yang diberikan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk pendaftaran Pakatan Rakyat sebagai satu parti politik gabungan yang rasmi.

Selain Zaid, turut menganggotai sekretariat khas itu adalah Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub dan Anthony Loke dari DAP.

"Ketika ini pihak sekretariat sedang meneliti semua aspek penting dalam proses gabungan terutamanya mengenai dasar-dasar bersama dan kita akan selesaikan beberapa persoalan pokok sebelum dibawa ke Konvensyen Pakatan Rakyat pada Disember kelak," jelas Zaid semasa dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Salahudin pula berkata, pertemuan terdekat yang akan diadakan oleh sekretariat ini adalah minggu ini atau minggu depan.

Proses mendraf mengenai soal gabungan ini akan disiapkan dalam minggu ini dan selepas itu akan diserahkan kepada pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat untuk membuat keputusan dalam konvensyen akan datang.

"Kenyataan daripada ROS amatlah dialukan dan kita berterima kasih," kata Zaid, bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal undang-undang.

Sementara itu, salah seorang lagi anggota sekretariat berkenaan, Anthony Loke Siew Fook juga mengalu-alukan kenyataan daripada ROS.

"Kenyataan daripada ROS amat dialu-alukan, kita hargai kenyataan sedemikian.

"Selain itu kita berharap apa yang disebut akan dikota," jelasnya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi sambil merujuk kepada soal tujuh anggota yang menjadi halangan sebelum ini.

Selain itu, beliau juga melahirkan harapan agar pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga tidak bermain kata sebaliknya menunaikan janji sekiranya Pakatan Rakyat telah ditubuhkan sebagai satu gabungan di peringkat nasional kelak.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, PAS akan berbincang segera dengan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat mengenai kenyataan ROS itu.

Sebelum ini, timbalan pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, bahawa Pakatan Rakyat boleh membentuk satu parti jika mereka benar-benar mahu berbuat demikian walaupun hanya ada tiga anggota.

"SPR perlu kota kata-kata mereka...jangan kata tak boleh pula selepas ini,"kata Anthony yang merujuk kepada insiden di Bagan Pinang apabila SPR hanya membenarkan parti bertanding menaikkan bendera dan sepanduk.

Dalam pilihan raya kecil tersebut, selain PAS, Parti Keadilan Rakyat dan DAP telah tidak dibenarkan untuk menaikkan bendera dan sepanduk bagi tujuan kempen atas alasan tidak berdaftar sebagai satu gabungan di peringkat nasional.

Ketua pengarah ROS, Datuk Md Alias Kalil sebelum ini dalam satu kenyataan menjelaskan, Pakatan Rakyat boleh mendaftar sebagai sebuah parti gabungan kerana syarat tujuh anggota yang digariskan tidak terpakai bagi parti politik.

Katanya, syarat itu hanya terpakai untuk pertubuhan tidak berstatus kebangsaan yang ingin menjadi pertubuhan kebangsaan sedangkan parti politik sudah berstatus nasional.

"Saya nak jelaskan di sini, syarat itu tak terpakai untuk parti politik sebab mereka sudah bertaraf nasional, tetapi kalau pertubuhan tidak berstatus kebangsaan mahu menjadi pertubuhan kebangsaan mereka perlu ada tujuh wakil dari negeri-negeri," katanya.

Md Alias diminta mengulas laporan media yang memetik kenyataan timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar bahawa pakatan pembangkang boleh membentuk satu parti jika mereka benar-benar mahu berbuat demikian walaupun hanya ada tiga anggota.

Kenyataan Wan Ahmad itu rentetan dakwaan bahawa Pakatan tidak boleh berbuat demikian kerana tidak memenuhi syarat iaitu perlu ada tujuh anggota sebelum boleh didaftarkan sebagai sebuah gabungan.

Md Alias juga menolak dakwaan bahawa syarat-syarat pendaftaran yang ada menyukarkan mereka untuk merasmikan pakatan mereka.

"Syarat-syaratnya biasa sahaja seperti mesti ada perlembagaan parti seperti BN dan ini mereka kena usahakanlah. Tapi tak adalah menyusahkan seperti yang didakwa mereka.

"Tapi bagi saya soal ini tidak timbul kerana sehingga kini kami tidak menerima permohonan daripada mereka untuk membentuk satu gabungan," katanya.

Selasa lalu, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyarankan supaya Pakatan Rakyat mendaftarkan gabungan itu dengan ROS bagi membolehkan mereka meletakkan bendera parti masing-masing sebagai tujuan kempen semasa pilihan raya kecil diadakan.

Ini kerana berdasarkan peraturan SPR hanya parti politik yang bertanding sahaja boleh berbuat demikian.

Bagaimanapun kenyataan Abdul Aziz mencetuskan kemarahan beberapa pihak yang mendakwa pakatan pembangkang tidak boleh mendaftar dengan ROS kerana tidak memenuhi syarat tujuh anggota.

Pakatan Rakyat dianggotai PAS, PKR, dan DAP.

Ikrar Pemuda sekat Anwar jadi PM

Pemuda Umno hari ini berikrar akan sedaya-upaya menghalang kemaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang disifatkan sebagai "sesumpah lidah bercabang" menjejakkan kakinya di pejabat perdana menteri di Putrajaya.

"Mungkin Anwar telah berjaya dengan helahnya terhadap sebahagian generasi muda yang tidak pernah kenal siapa Anwar yang sebenar – seorang chameleon politik, sesumpah yang berubah warna mengikut musim dan ketika melompat dari pohon ke pohon; makhluk pelbagai alam.

"Tetapi Umno dan Pemuda Umno ingat sejarah sebenar Anwar, dan kami akan memastikan Penglipurlara Lidah Bercabang Dua ini tidak akan sekali-kali sampai ke Putrajaya," kata ketua pergerakan itu Khairy Jamaluddin di persidangan agung Pemuda Umno 2009 hari ini.


Khairy Jamaluddin seperti ketiadaan agenda penting untuk bangsa Melayu. Taksub kepada menghalang politik DSAI sebagai agenda utama Pemuda Umno. Sedangkan dalam suasana ketika ini, Pemuda Umno seharusnya bangkit memperjuangkan meluaskan peluang pekerjaan kepada golongan muda lepasan IPT, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran golongan muda, memperjuangkan peningkatan dan naik taraf kehidupan golongan luar bandar.

Apakah agenda utama Pemuda Umno ini adalah suatu usaha KJ membodek Najib untuk mendapatkan jawatan Menteri dalam kabinet? (sepatutnya seorang Ketua Pemuda Umno paling kurang pun dapat jawatan Timbalan Menteri)

Tuesday, October 13, 2009

Umpama cuba rampas kerusi Anwar di Permatang Pauh

Zulkifli Sulong
Tue | Oct 13, 09 | 11:49:00 am MYT
KUALA LUMPUR, 13 Okt: PAS sememang sedar dari awal lagi, percubaan mereka untuk memenangi pilihan raya kecil Bagan Pinang umpama cuba merampas Permatang Pauh dari Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini kerana, Tan Sri Mohd. Isa Samad sudah bertapak di situ sekian lama dalam keadaan dia juga adalah bekas pemimpin utama Umno Negeri Sembilan.

Sebab itulah, PAS lebih senang dengan pendekatan untuk menang negara walaupun terpaksa kalah di Bagan Pinang.

Menjelang pilihan raya, PAS sudah berusaha agar Isa yang dicalonkan Umno dengan harapan akan mendapat manafaat besar dalam pilihan raya umum nanti.

Namun, kemenangan berganda Isa mengejutkan PAS kerana mereka menjangkakan akan dapat mengurangkan majoriti Umno dalam pilihan raya kali ini.

Isa mendapat undi 8,013 berbanding calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar yang mendapat 2,578 undi dengan undi rosak sebanyak 223.

Ini bermakna, Isa mendapat majoriti 5, 435 iaitu kemenangan berlipatganda berbanding calon BN dalam pilihan raya umum 2008 lalu yang menang dengan majoriti 2,333.

Isa menang ketika semua pihak mempertikaikan personaliti beliau yang pernah digantung jawatannya oleh Umno selepas Lembaga Disiplin Umno mendapati beliau bersalah dalam politik wang dalam pemilihan Umno.

Bagi Pengarah Operasi PAS untuk pilihan raya Bagan Pinang, Dr Dzulkefli Ahmad, Umno tidak boleh berbangga dengan kemenangannya di sini kerana yang menang adalah Isa Samad bukannya Umno.

"Jadi membuat satu kesimpulan umum bahawa orang Melayu, Cina atau India sudah kembali kepada Umno adalah satu yang tidak tepat," kata Dr Dzul.

Beliau juga menyifatkan, walaupun calonnya menang dalam pilihan raya ini, "Umno kalah dalam perangnya melawan korupsi."

Beliau juga yakin, kini Umno terjerat dengan keputusannya meletakkan Isa di Bagan Pinang.

"Apakah ini yang pimpinan Umno mahukan selepas melaungkan pendekatan 'Kita mesti berubah atau kita rebah'?

"Umno bagi saya kini terjerat dengan keputusannya sendiri," tegas Dr Dzul bekas Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP). Beliau kini adalah anggota Parlimen Kuala Selangor dan merupakan anak kelahiran Negeri Sembilan.

Bagi Dr Dzul juga, penyelesaian yang Umno capai dalam pilihan raya ini adalah penyelesaian jangka pendek dan sekadar untuk menang sahaja.

"Padahal banyak yang terpaksa umno korbankan kerananya...termasuk agenda perubahan yang Umno nak buat...kini terikat dengan pemimpin kitar semula yang ditolak sendiri Umno sebelum ini," katanya.

Ketika ditanya apakah yang berlaku di Bagan Pinang sehingga kekalahan PAS berlipatganda, Dr Dzul berkata, Bagan Pinang amat unik.

"Ketika saya mula sampai di Bagan Pinang dan cuba bercakap dengan penduduknya, kita diterima dengan negatif sekali..cold shoulders (sambutan dingin)...," katanya.

Sebab itu, kata beliau, apabila pemimpin PAS bercakap soal isu nasional termasuk skandal PKFZ (Zon Perdagangan Bebas Perlabuhan Klang), penduduk di sini tidak melayannya.

"Bahkan, apabila kita bercakap soal isu kepala lembu yang panas di Selangor kepada masyarakat India di sini, mereka tidak melayannya," kata beliau.

"Puncanya kerana kesilapan kita yang tidak memberikan perkhidmatan sebagaimana yang sepatutnya selepas mereka memberikan undi kepada kita dalam pilihan raya umum lepas," kata Dr Dzul lagi.

Namun, apabila PAS bercakap soal isu tempatan, mereka juga tidak memberikan respon yang positif.

Berkaitan dengan isu orang Cina pula, beliau bersetuju dengan analisis sesetengah pihak bahawa orang Cina di sini terkilan dengan kenyataan beberapa pimpinan PAS di Selangor.

Mengikut laporan itu, mereka mahu ajar PAS dalam pilihan raya kali ini dengan tidak mengundi calonnnya.

"Bagi saya ini adalah isu yang real dan pimpinan perlu mengambil tindakan segera dan jangan membuat tidak kesah sahaja," katanya. _

MENGENAL KONTRADIKSI DAN MUSUH

Oleh Hishamuddin Rais
dipetik daripada Dari Jelebu

Ramai aktivis politik dalam negara kita ini tidak memiliki pandangan politik yang tepat. Ini berlaku kerana tidak wujudnya budaya pemikiran kritikal yang ampuh. Keadaan ini bertambah hodoh apabila bercampur dengan budaya malas membaca.

Budaya malas membaca, malas mengkaji dan malas metelaah ini telah dilahirkan oleh budaya suka mendengar. Mendengar bukan satu kesalahan. Mendengar bukan satu jenayah. Kita semua mendengar. Ketika kita kecil kita dididik untuk mendegar. Kita itu tidak digalakan untuk berfikir.

Bayangkan berapa juta pembohongan dan kelentongan hantu dan polong yang telah dihamburkan kepada kita semasa kita membesar. Cerita makhluk halus hantu dan puaka semuanya didodoikan kepada anak kecil. Tidak cukup dengan ini kita ditakut takutkan. Bermula dengan hantu, kemudian dengan polis dan akhir dengan api neraka. Anak kecil tidak memiliki peluang untuk mencerna pemikiran.

Kalau anak kecil banyak bertanya akan dianggap kasar – kurang ajar dan tidak sopan. Sebenarnya mendengar tanpa bertanya adalah permulaan proses pembodohan yang ingin disebatikan ke dalam susuk jiwa kita.

Memang tepat - ketika itu kita masih kanak-kanak. Maka, apa yang kita dengar – kita terima – sebagai fakta. Apabila telah bersunat, besar bersekolah, boleh membaca dan sudah pandai bertenet dan berinternet maka seharusnya timbul nilai wajib berusaha untuk mencerahkan fikrah dari pandangan karut marut yang didengari ketika membesar. Membuang dan membakul sampahkan segala karut marut yang bersidai dalam otak kita.

Mendewasa ertinya meninggalkan budaya suka mendengar yang kita terima semasa kanak-kanak. Mendewasa ertinya memulakan budaya suka membaca dan meyelidik. Melopong mendengar – masuk lalat keluar langau – tanpa melakukan pembacaan, rujukan dan kajian akan menjadikan fikrah bonsai. Bonsai fikrah ini adalah satu penyakit yang tidak berkuman, tidak berjangkit tetapi boleh diubati

Dalam suasana politik kita - budaya melopong mendengar ini telah diperkuatkan pula dengan budaya ceramah yang telah menjadi darah daging budaya politik tanah air kita. Ceramah sebenarnya adalah monolok – jalan sehala – dimana si pendengar tidak ada peluang untuk bertanya kembali. Pelbagai sampah seranah masuk ke telinga kita. Sama seperti kita dizaman kanak-kanak - tidak ada langsung peluang untuk menapis atau bertanya.

Seyugia diingati ceramah ini hanya boleh berfungsi dengan baik sebagai satu senjata untuk memanaskan rapat dengan pidato yang hebat. Pidato bertujuan untuk menaikan semangat - untuk melanggar musuh. Ceramah dan pidato berperanan untuk membakar semangat. Ceramah tidak menjanjikan penemuan ilmu atau mengembangkan akal.

Justeru ceramah satu hala amat berbahaya kerana berkemungkinan ianya menjadi ajen pembodohan. Tidak kira siapa si penceramah – berjubah atau berdastar – monolok sehala adalah tidak mengasah fikrah. Beribu-ribu rakyat yang datang melopong mendengar labun si penceramah tidak mungkin akan melahirkan pemula atau perobek bingkai budaya yang mengongkong. Lihat bagaimana monolog tv sehala yang telah terbukti bekerja sebagai ejen pembodohan.

Hasil dari budaya mendengar ini ramai warga terlali dan terlalai dari membaca dan mencari sumber pengetahuan. Otak semakin jarang digunakan - akhirnya lembab dan mamai. Justeru jangan hairan kenapa ramai yang menjadi pelupa dan nyanyok.

Perangai lupa dan nyanyok lahir dari susuk yang tidak lagi menggerakan otak mereka. Perhatikan orang pencen dan berumur – kerana mereka tidak lagi menggunakan fikrah maka mamai akan menyerang. Ini tidak menghairankan. Tetapi apabila aktivis politik yang masih muda menjadi mamai maka ada sesuatu yang tidak kena dalam badan politik tanah air
kita ini.

Dalam gerombolan United Malays National Organistion bonsai fikrah adalah syarat utama untuk diterima sebagai ahli – jadi kita tidak perlu hairan. Apa yang menakjubkan ialah bonsai fikrah ini juga wujud dalam kelompok aktivis yang ingin melawan gerombolan.

Ciri utama yang dapat membuktikan betapa bonsainya fikrah aktivis politik kita hari ini ialah kegagalan mereka untuk megenali siapa musuh utama dan siapa kawan. Siapa kawan utama dan siapa pula kawan sampingan. Siapa kawan sepanjang perjuangan dan siapa kawan sementara. Siapa musuh dan seteru abadi dan siapa pula musuh sementara.

Mengenal musuh dan mengenal kawan adalah wajib dalam ilmu politik. Asas ilmu politik juga mewajibkan kita mengenal kontradiksi sosial. Mengenal kontradiksi sosial manusia adalah ilmu awal wahid sebelum membuat apa apa kerja politik. Gagal mengenal kontradisi sosial maka segala kerja politik adalah kerja mencurahkan teh tarik ke batu nesan.

Kontradiksi adalah pertembungan atau pertentangan dua unsur untuk melahirkan unsur ketiga. Kontradiksi adalah ibu segala-galanya dalam dunia ini. Dunia ini berputar dan bergerak kerana kontradiksi. Manusia wujud kerana kontradiksi. Politik wujud kerana kontradiksi. Wujud tidak akan wujud kalau tidak wujud kontradiksi.

Kerja politik ialah kerja untuk mengenal, mengurus dan menyelesaikan kontradiksi.
Justeru dalam kerja politik wajib di ketahui apa dia kontradiksi utama dan apa dia kontradiksi sampingan. Mana yang primer dan mana yang sekonder.

Kecelaruan – tidak dapat mengenal musuh dan tidak dapat mengenal kontradiksi - muncul kerana fikrah tidak terdidik untuk berfikir secara tersusun rapi. Sampa larau dan porak peranda – raba sana pekik sini - memperlihatkan daya fikrah yang tidak terurus.

Kecelaruan ini juga lahir kerana otak mereka tidak dilatih untuk berfikir secara kritikal. Otak - sama seperti program komputer – hanya akan mengeluarkan kembali apa yang telah dirakam. Perakaman yang tepat bukan dengan mendengar surah dan labon tetapi dengan membaca dan mengkaji.

Ilmu pengetahuan yang telah dikaji dan di baca akan disimpan dalam template dan program otak. Jika program itu tidak wujud berapa ratus kali pun diklik yang muncul hanya angka 404. Ini dunia ilmiah – yang berasaskan ilmu pengetahuan yang dikumpul melalui kajian, cubaan di bilik makmal dan penulisan pengalaman terkumpul. Ilmu pengetahuan yang
ilmiah ini bukan datang dari mimpi atau angan-angan.

Hari ini musuh utama rakyat satu Malaysia ialah gerombolan United Malays National Organisation. Musuh sampingan rakyat satu Malaysia ialah Barisan Nasional. Malah dalam gerombolan itu sendiri tidak semuanya perlu dianggap musuh utama. Bagitu juga Barisan Nasional - bukan semua mereka musuh utama kita – banyak juga sering tidak sebulu dengan gerombolan United Malays National Organistion – ini kerana ada kontradiksi antara sesama mereka.

Contohnya rakyat Sabah dan Serawak ingin bebas dari cengakaman United Malays National Organisation. Parti Gerakan ingin menjadi lebih demokratik. MCA ingin lebih banyak mendapat projek. Semua ini adalah kontradiksi dikalangan Barisan Nasional sendiri yang wajib kita ekploit untuk menguntungkan orang ramai.

Sekarang mari kita fahami siapa pula musuh utama rakyat dunia. Jawapnya tidak lain dan tidak bukan ialah kaum imperialis Anglo-Amerika. Kuasa ekonomi Anglo-Amerika inilah yang sedang mengancam rakyat dunia. Kuasa ekonomi Anglo- Amerika sedang mendominasi ekonomi negara-negara dalam dunia ini. Inilah kontradiksi induk. Inilah punca segala masalah yang sedang menghuru harakan dunia.

Satu ketika nanti jika gerombolan United Malays National Organistion bangun menentang kepentingan ekonomi kaum imperial Anglo-Amerika kerana kepentingan ekonomi mereka terdesak maka kita patut bersama menyokong. Musuh kita yang menjadi musuh kepada musuh utama kita adalah kawan sampingan. Semua ini adalah asas taktik dan strateji
politik yang paling minima.

Inilah penting memahami kontradiksi. Inilah pentingnya membaca dan mengkaji bukan hanya mendengar surah dan labon. Justeru apabila Thunderbirds tim bala tentera tentera udara Amerika datang membuat pertunjukan mereka di Kuala Lumpur – tim ini wajib dicap sebagai musuh utama. Air Force America adalah pendukung utama kuasa Anglo-Amerika. Manakala Beyonce seorang penyanyi adalah manifestasi budaya dari sistem ekonomi kapitalis Anglo-Amerika bukan pendukong utama. Dalam politik yang wajib kita tentang dan lawan bukan manifestasinya tetapi punca yang melahirkan manifestasi itu.

Sistem eknomi kapitalis melahirkan banyak manifestasi budaya. Adalah bangang untuk melawan manifestasinya. Kita juga akan dilihat sepuluh kali bangang dan bodoh politik jika berjuang menuntut agar kedai toto di Jalan Yap Kwang Teng ditutup. Ini kerana perjudian adalah manifestasi utama dari sistem ekonomi kapitalis. Malah bursa saham itu sendiri adalah sarang perjudian utama. Justeru apa yang harus digudam bukan manifestasi kapitalis tapi sistem kapitalis itu sendiri.

Salah satu dari kejayaan manifestasi budaya kapitalis ini ialah melahirkan warga yang tumpul akal dan bonsai fikrah hinggakan tidak dapat mengenal yang mana kontradiksi utama dan yang mana kontradiksi sampingan. Tidak berupaya untuk mengenal apa manifestasi dan apa yang melahirkan manifestasi itu. Akhirnya muncul perjuangan menuntut pengharaman penjualan buger kerana terdengar cerita adanya gelatin tak halal dalam burger. Tetapi tidak berjuang untuk melupuskan Mac Donald dan Burger King . Ini tanda awal bahawa fikrah yang bonsai tak kesampian untuk berfikir

Monday, October 5, 2009

Bukti bergambar, Azeez bukannya ditumbuk!


(Gambar1:Ketibaan Azeez dan rombongannya di kawasan penyokong PAS)


(Gambar 2: Azeez disapa penyokong PAS)


(Gambar 3: Azeez dan rombongan berlaku pergi tanpa sebarang insiden)

Ustaz Idris Ahmad
Mon | Oct 05, 09 | 3:38:09 pm MYT
Laporan Ketua Pemuda Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang mendakwa telah ditumbuk oleh lebih kurang 10 orang penyokong Parti Islam Se-Malaysia (PAS) semasa hari penamaan calon mengemparkan seluruh negara.

Penyokong PAS dikatakan menyerang beliau ketika beliau bersama Datuk Ismail Sabri berjalan berhampiran dengan kawasan penyokong PAS yang sebenarnya menjadi kawasan larangan bagi penyokong Umno-BN semasa hari penamaan calon sabtu lalu.

Beliau telah membuat laporan Polis pada hari yang sama dan mendakwa mengalami lebam di tengkuknya. Beliau juga dilaporkan mengalami muntah-muntah dan telah dimasukan ke Hospital sehari selepas kejadian.

Bagaimanapun 3 keping gambar yang menunjukkan kejadian sebenar telah diterima dan mengesahkan bahawa Azeez telah berbohong. Beliau melalui kawasan penyokong PAS walaupun sudah ditegur oleh pihak Polis.

Undi Pos diguna menangkan BN sejak PRU Pertama 1959

Nazri Abdullah
Mon | Oct 05, 09 | 2:58:04 pm MYT
KUALA LUMPUR, 5 Oktober:
Percaya atau tidak, itulah realiti sebenar bermulanya penyelewengan undi Pos yang diguna parti pemerintah untuk meneruskan legasi kekuasan mereka.

Seorang bekas pegawai tentera, Brigadier Jeneral (B) Datuk Zakaria bin Hj Dahlan menceritakan, pada hari tersebut beliau berada di dalam hutan untuk latihan.

Beliau dimaklumkan kertas undi pos akan dihantar dengan helikopter kepada semua anggota yang terlibat dengan latihan tersebut.

"Perkara yang saya tidak boleh lupa adalah pada Pilihan Raya Umum pertama tahun 1959. Waktu itu saya dalam hutan, helikopter sampai dan saya berada di bawah untuk sambut bungkusan kertas undi pos.

"Malangnya ia jatuh dalam paya. Saya dapatkan bungkusan itu dan keringkan kesemua kertas undi pos itu untuk dibahagi kepada anggota yang terlibat.

"Tiba tiba dapat arahan supaya sarjan mengumpulkan semua kertas-kertas undi itu, dan pangkah kesemuanya tanpa perlu diberi kepada anggota, " ceritanya sepenuh hati.

Beliau yang terlibat dalam ketenteraan lebih dari 30 tahun berkata, undi pos sememangnya talian hayat pemerintah sejak dari dulu.

Mereka mengarahkan pegawai-pegawai atasan supaya memastikan undi pos memberi kelebihan kepada mereka.

"kadang-kadang anggota tidak tengok pun kertas undi, tetapi bila dicek, dia sudah membuang undi, katanya lagi

Pada beliau, amalan undi pos sudah menyimpang jauh dari maksud sebenar. Melihat zaman sekarang ini katanya, undi pos tidak lagi sesuai kepada anggota yang menetap dalam kem.

"Pada zaman saya dahulu, undi pos adalah melalui pos, ataupun diterbangkan dengan helikopter dijatuhkan dari udara kepada anggota dalam hutan sahaja.

"Tapi sekarang, undi pos adalah anggota-anggota yang bermastautin dan bermukim dalam kem, sepatutnya tidak perlu undi pos kerana mereka boleh hadir mengundi seperti orang awam lain mengundi," katanya.

Seorang lagi bekas pegawai tentera Brig Jeneral Hj Abdul Ghani B Hj Mahluddin, turut mendedahkan perkara sama.

Beliau yang tidak bersetuju dengan pengendalian undi pos mengakui, pernah diadu oleh rakan rakan tentera yang lain berhubung tindakan salah guna undi pos tersebut.

Mereka menceritakan bagaimana mereka diarah memangkah kesemua kertas undi pos untuk anggota anggota bawahan.

"Tidak kurang dari 10 orang berpangkat koperal dan sarjan datang minta maaf pada saya. Mereka beritahu pada Pilihan Raya lepas mereka telah diarah bangun tengah malam, waktu anggota lain sedang tidur.

"Beberapa pegawai atasan mengarahkan mereka menuang semua kertas undi atas meja dan menyuruh mereka memangkah BN kesemuanya," katanya.

Isu pengundian pos kembali menjadi tumpuan menjelang pilihan raya kecil Bagan Pinang 11 Oktober ini.

Berdasarkan daftar pemilih setakat 4 September lalu, daripada sejumlah 13,664 orang yang layak mengundi pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, seramai 4,604 merupakan pengundi pos.

Beberapa tindakan telah dibuat Pakatan rakyat khususnya dalam usaha membebaskan anggota tentera dari dikongkong parasaan takut akibat beberapa prosedur undi pos.

Antaranya cetakan no siri anggota pada Borang 2 yang membolehkan mereka dikesan mengundi parti pilihan mereka._

Kesepaduan Umno NS hancur??



Nampaknya pengaruh MB Mohamad Hasan telah diketepikan. Jelas calon-calon cadangan beliau ditolak oleh MT Umno...

Kemungkinan yang timbul: Jika Isa Samad menang di Bagan pinang;
1. beliau dijangka mengganti Mohamad Hasan sebagai MB N.Sembilan?

2. pengaruh & karier politik Mohamad Hasan akan berakhir?

3. akan berlaku krisis politik kritikal sesama Adun Umno di Negeri Sembilan sebagaimana yang berlaku di Terengganu?

Bekas sarjan akui undi bagi pihak tentera

Seorang bekas sarjan hari ini mengakui pernah terlibat memangkah BN bagi pihak anggota-anggota tentera dalam dua pilihan raya umum semasa bawah pentadbiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Abu Kassim, yang bertugas sebagai "sarjan gaji", berkata beliau dan beberapa kakitangan tentera dalam bahagian pentadbiran, seperti ketua kerani, mendapat arahan bagi memanipulasikan undi pos daripada pegawai pentadbir kem.

Abu, sudah kira-kira 10 tahun menyertai PAS, bagaimanapun tidak ingat tarikh tepat dan tempat peristiwa itu dengan alasan ia "sudah lama" berlaku.

"Saya tidak ingat. Lama sudah. Tetapi dalam pilihan raya besar (umum), zaman Dr Mahathir dulu," katanya kepada Malaysiakini pagi ini.

Anak kelahiran Kuala Pilah itu menganggotai tentera darat selama 23 tahun daripada 1969 sehingga 1989. Beliau paling lama berkhidmat di Markas Stesen Staf Port Dickson.

Abu kini seorang ahli jawatankuasa undi pos Pemuda PAS yang diketuai oleh ketua penerangan dewan itu Suhaizan Kaiat.

Friday, October 2, 2009

PAS dakwa hanya 1,200 pengundi pos tinggal di Bagan Pinang

PAS mendakwa semakannya mendapati hanya 1,200 daripada 4,604 pengundi pos di DUN Bagan Pinang yang masih tinggal di situ.

Mereka terdiri daripada anggota tentera yang tinggal di Kem Seri Rusa - satu-satunya kem tentera dalam DUN Bagan Pinang.

Manakala yang lainnya merupakan mereka yang pencen atau yang telah berpindah atau berkhidmat di tempat lain, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

"(Bagan Pinang) antara DUN paling besar yang banyak undi pos, yang berdaftar sebanyak 4,604 orang.

"Tetapi semakan PAS sendiri, kita dapati yang benar-benar berada dalam kem Seri Rusa ini, hanya 1,200 orang, ini mengikut semakan kita.

"Maksudnya orang yang ada dalam kem tersebut. Senarainya ada 4,604 tetapi berdasarkan semakan kita ada 1,200 pengundi. Yang lainnya, sebahagian besarnya sudah bersara," kata Mustafa dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negera, pagi ini.

"Mengikut kaedah pilihanraya, yang tidak tinggal lagi dalam kem, sepatutnya dia mengundi sebagai pengundi biasa, sepatutnya begitulah.

Bersihkan senarai

"Tetapi nama dia masih lagi kekal dalam senarai. Sebahagian yang lain bukan duduk daripada kem Seri Rusa, DUN Bagan Pinang.

"Saya minta SPR, supaya pastikan apa yang boleh, bahawa orang yang tidak hadir, tidak layak mengundi.

"Waktu kertas undi diberikan, dia tidak hadir, seharusnya dia tidak boleh mengundi. Ini yang minta supaya ia dipastikan oleh SPR sendiri," katanya.

Menurut Mustafa, apa yang menjadi kebimbangan PAS ialah pengundi pos yang tidak berada dalam kem tersebut tetapi dibenarkan mengundi di situ.

"Saya boleh jangka bahawa SPR akan jawab siapa yang ada dalam senarai, maka dia sah sebagai pengundi.

"Tetapi sebagai satu persiapan dan peringatan kepada SPR supaya dia benar-benar nak pastikan daftar pemilih ini bersih, dia sendiri pastikan orang yang sebenarnya tidak ada, didaftarkan di mana dia berada," katanya

Ditanya sama ada pengundi yang bersara tinggal di kem tersebut, Mustafa berkata mereka memang tidak tinggal di kem tersebut.

Sudut undang-undang

"Mereka yang boleh tinggal di kem tersebut adalah pegawai dan kakitangan yang berkhidmat. Yang tidak berkhidmat, tidak boleh duduk situ," katanya.

Ditanya sama ada terdapat peruntukan undang-undang, sekiranya pengundi tidak meminta nama mereka dipindah, maka mereka tetap untuk mengundi di situ, Mustafa berkata:

"Dari sudut undang-undang, ya, yang itu saya tidak nafikan."

SPR tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan nama pengundi buat masa sekarang mengikut undang-undang, sebaliknya memikirkan satu cara untuk membolehkan orang yang benar-benar layak mengundi adalah orang yang tinggal kem tersebut, tambah Mustafa.

Calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar bekal berdepan dengan calon BN Tan Sri Isa Samad untuk merebut kekosongan kerusi DUN Bagan Pinang ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor.

Azman Mohamad Noor dari BN yang juga naib ketua bahagian Teluk Kemang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.

Azman menewaskan Ramli Ismail yang juga timbalan yang dipertua PAS kawasan Teluk Kemang yang mendapat 4,097 undi.

SPR juga menetapkan esok adalah hari penamaan calon, manakala 11 Oktober pula adalah hari pengundian.

Kerajaan Hong Kong Rampas Wang Musa Aman?

Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Md Akin berlepas ke Hong Kong sebentar tadi untuk mendesak Badan Pencegah Rasuah Hong Kong menyoal siasat sekutu Ketua Menteri Sabah Musa Aman berhubung kes penyeludupan dan pengurupan wang RM16juta.

Michael Chia ditahan di Hong Kong pada Ogos lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa di Hong Kong apabila cuba berlepas dari wilayah China itu menuju Kuala Lumpur, membawa wang berkenaan.

Shamsul mengesahkan beliau akan membuat laporan terhadap Chia dengan pihak berkuasa Hong Kong esok. Laporan itu bertujuan mendesak supaya siasatan terperinchi dijalankan terhadap Chia dan Musa bersabit wang berkenaan.

Wang itu dikatakan mempunyai hubung kait dengan lesen membalak di Sabah yang membawa pulangan lumayan kepada ahli politik Barisan Nasional di negeri itu.

Blog-blog di Sabah telah memberikan liputan meluas kepada penangkapan Chia.

Berikut disiarkan satu daripada laporan itu yang dipetik dari blog "Deep Throat Sabah" yang mendakwa Chia ialah adik angkat Ketua Menteri Sabah.

Penangkapan adik angkat Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman iaitu Michael Chia di Hong Kong pada jam 2.35 petang khamis (14 Ogos 2008) telah membongkar misteri di sebalik enigma.

Michael Chia ditangkap polis Hong Kong di Lapangan Terbang Chek Lap Kok, Hong Kong ketika ingin menyertai penerbangan ke Kuala Lumpur.

Menurut sumber rapat Polis Hong Kong dan Interpol, mereka telah memantau kegiatan haram Michael Chia sejak tiga tahun lalu dan akhirnya berjaya menangkap Michael bersama bukti wang tunai Singapura bernilai RM16 juta yang diseludup keluar daripada Hong Kong di dalam beg pakaiannya.

Setelah disoalsiasat, Michael merayu agar dibebaskan kerana wang berkenaan milik Musa Aman dan beliau hanyalah agen membawa keluar wang berkenaan ke Kuala Lumpur bagi membantu meringankan beban kewangan Barisan Nasional dalam proses penamaan calon di Permatang Pauh dan sebahagiannya untuk kegunaan pilihanraya kecil berkenaan.

Penangkapan ini membuatkan Musa Aman berang dan bimbang beliau akan terjerat berikutan penahanan Michael Chia bersama bukti dan lebih malang lagi apabila akaunnya di beberapa bank di Hong Kong dibekukan serta merta.

“CM (Musa) marah betul atas kebodohan Michael Chia kerana bawa wang tunai. Kenapa tidak TT (Telegraphic Transfer) saja? Saya rasa CM kita dalam bahaya,” ujar Datuk Amin Khan, seorang proksi Musa Aman ketika memberitahu rakannya yang juga Datuk melalui telefon di sebuah coffe house hotel terkemuka yang sempat didengar wakil Malaysia Today di Sabah yang secara kebetulan menikmati makan malam di situ.

Penangkapan suspek ini mengejutkan semua pihak terutama Badan Pencegah Rasuah Sabah kerana Michael Chia tidak boleh meninggalkan Negara ini tanpa mendapat izin BPR kerana pasportnya dalam simpanan BPR atas beberapa pertuduhan rasuah bersama Loh Man Heng.

Michael yang sebelum ini ditangkap bersama rakan kongsi Musa Aman, Loh Man Heng dan Chong ‘Khung Long’ (Chong Dinasour) kemungkinan akan dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Hong Kong pada hari ini bagi menghadapi pertuduhan penyeludupan wang dan pengurupan wang haram (Money Traficking dan Money Laundering).

Penangkapan Michael ini memberi tamparan hebat kepada Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan kerana desas desus yang tersebar meluas mengatakan bahawa Kes Rasuah Loh Man Heng telah ditutup berikutan pengakuan Loh Man Heng sendiri bahawa beliau telah membayar sejumlah RM4 juta melalui pegawai kanan BPR, Mohd Jamidan Abdullah yang sebelum ini menutup kes Musa Aman dalam kegiatan pembalakan haram di Keningau.

Sebelum ini, Pengurus Besar Operasi Kumpulan Yayasan Sabah, Mohd Daud Tampokong yang sering kelihatan bersama dengan Michael Chia di Hong Kong dan Singapura untuk menjalankan transaksi kewangan bagi pihak Musa Aman.

Namun bak kata pepatah moden, sepandai-pandai ayam melompat, akhirnya menjadi KFC, Michael Chia terjebak walaupun sebelum ini telah berjaya melakukan traksaksi pemindahan wang dalam jumlah yang besar, namun kali ini tertangkap kerana gelojoh membawa wang tunai dengan jumlah melebihi had yang dibenarkan.

Musa Aman begitu mempercayai Michael Chia kerana syarikat bapa Michael, Chia & Sons telah banyak membantu Musa di era beliau membina kerjaya dalam bidang pembalakan dan kontrak, terutama penyewaaan skau (tongkang) untuk menarik kayu balak Musa.

Apabila Musa menjadi Pengarah Yayasan Sabah dan Ketua Menteri Sabah, Michael telah menjadi ‘Taiko’ dalam bidang perhutanan terutama di konsesi Yayasan Sabah.

Michael turut dibantu oleh Chong ‘Khung Long’ atau yang digelar ‘Dinosour’ kerana kegiatannya dalam bidang pembalakan haram untuk membekalkan balak kepada Michael selain daripada konsesi dengan kerjasama Pengarah Perhutanan Sabah, Datuk Sam Mannan @ Sam Singh.

Berita penangkapan Michael Chia belum diketahui umum namun tidak mengejutkan penduduk Sandakan kerana selama ini beliau menunjukkan kekayaan luar biasa dan hidup mewah dengan memiliki sekurang-kurangnya dua bungalow dan 17 kereta mewah, selain harta yang dibeli di Hong Kong dan Singapura.