Thursday, December 31, 2009

SELCAT Siasat Semua ADUN Termasuk PR


Sesi Pendengaran Awam Terbuka Jawatankuasa Pilihan Khas, Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan atau SELCAT akan bersidang 25 Januari ini.

Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Teng Chang Khim berkata siasatan keatas peruntukan Adun-Adun Selangor sesi 2008 dan 2009 akan disambung dalam persidangan ini.

Sesi sebelum ini menyaksikan pegawai-pegawai daerah serata Selangor dipanggil untuk memberi keterangan ke hadapan jawatankuasa SELCAT.

SELCATt mengundang kontroversi selepas membongkar penyelewengan wang pembayar cukai Selangor oleh isteri kepada bekas Menteri Besar Dr Mohd Khir Toyo.

Disiarkan secara langsung melalui siaran internet di www.tvselangor.com, Teng berkata SELCAT turut beriya-iya untuk menyiasat peruntukan di Dun-Dun Pakatan Rakyat.

"Ramai juga sengaja memutarbalitkan dan mengelirukan rakyat dengan menyatakan SELCAT ini membongkar kelemahan pemerintahan yang lalu. Ini sebenarnya adalah satu kenyataan yang jahat kerana dalam proses menyiasat peruntukan ADUN kita akan menyiasat peruntukan tahun 2008 bererti melibatkan zaman pemerintahan lalu dan sekarang,”katanya.

Teng berkata demikian ketika ditemubual Apa Khabar Selangor semalam.

Beliau menjelaskan peranan SELCAT pertama sekali adalah mendemokrasikan urustadbir kerajaan negeri untuk pemantauan pembayar cukai.

SELCAT turut berfungsi memastikan pentadbiran kerajaan negeri cekap, amanah dan berkesan setimpal dengan pungutan cukai tahunan kerajaan negeri.

“Jawatankuasa dewan bertujuan untuk membantu dewan kerana dalam proses menyemak pentadbiran dewan ia membuat rumusan, laporan dan membuat cadangan dalam laporan tersebut. Tujuannya adalah untuk membantu memperkemaskan lagi pentadbiran kerajaan,"katanya.

Suruhanjaya Diraja perlu dibentuk siasat kes hilang enjin jet F5E


Pakatan Rakyat menolak perlaksaan ‘Program Juara Rakyat’ sebaliknya menggesa pembentukan Suruhanjaya Diraja menyiasat penyeludupan jet enjin Tentera Udara Diraja Malaysia ke tangan syarikat asing.

Naib Presiden Pas Salehuddin Ayob menjelaskan kebocoran keselamatan negara tidak boleh diluruskan melalui kempen propaganda pemerintah, sebaliknya ia harus dibahaskan di Parlimen dan disiasat dengan telus oleh sebuah suruhanjaya dibawah kuasa Yang Di-Pertuan Agong.

“Saya tetap mengatakan bahawa satu suruhanjaya diraja dibentuk untuk menyiasat sebab perkara ini adalah kes yang melibatkan keselamatan negara yang berprofil tinggi, satu isu yang tidak boleh dipandang ringan sama sekali dan melibatkan maruah Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan perlu ada suatu penyiasatan yang high handed maksudnya mesti ditangani satu Suruhanjaya Diraja yang mesti dibentuk segera," katanya.

Salehuddin berpendapat ‘Program Juara Rakyat’ adalah usaha untuk menutup kesalahan pihak tertentu.

Beliau menggesa kerajaan untuk tidak ragu-ragu mengheret pengkhianat negara yang terbabit – berpangkat tinggi mahupun awam – ke mahkamah.

“ Kempen itu tidak akan dapat menyelesaikan masalah kerana yang perlu sekarang ini adalah kes tersebut dibongkar dan didedahkan apakah punca sebenarnya perkara itu boleh berlaku hingga menyebabkan kehilangan di kawasan yang dikatakan paling selamat dalam kawasan keselamatan tentera hingga enjin pesawat boleh hilang. Itu satu perkara yang besar," katanya. - FANSURINA ABDULLAH

Pakatan Rakyat tolak cadangan penamaan calon tiga hari


Cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya memanjangkan proses penamaan calon dari satu hari kepada tiga hari disifatkan sebagai tidak munasabah dan membuang masa.

Naib Presiden Pas Salehuddin Ayob menggesa SPR untuk tidak menghabiskan sumber meminda Penjalanan Pilihanraya 1981 bagi tujuan tersebut, sebaliknya merencana usaha memastikan keamanan sepanjang proses pilihanraya.

Jelasnya, Pakatan Rakyat menggesa satu peraturan khusus dirangka berhubung penyediaan tempat perhimpunan para penyokong calon pada hari penamaan.

“Mengarut dan tidak masuk akal kerana tidak pernah berlaku sebelum ini kejadian-kejadian hingga menyebabkan ketegangan di antara kedua-dua parti. Tetapi yang berlaku hanyalah perlu ada satu peraturan untuk memberikan tempat yang sesuai untuk penyokong-penyokong parti politik berhimpun pada hari penamaan calon. Bukan sampai tiga hari kerana ini hanya akan membuang masa, mengarut dan tidak masuk akal," katanya.

Pemimpin Pas itu mendesak SPR supaya melihat semula tuntutan Gabungan Pilihanraya Adil dan Bersih supaya undi pos dihapuskan, memperkenalkan dakwat khas, ketelusan perbelanjaan pilihanraya, kebebasan bersuara dan penyalahgunaan jentera kerajaan.

“Sebenarnya tidak ada perkara yang kecoh di Malaysia. Yang penting adalah tempat yang sesuai untuk berhimpun, demokrasi disuburkan, berikan hak yang sama, kemudian kawalan di peringkat keselamatan ditingkatkan. Itu akan dapat membendung kejadian-kejadian yang tidak diingini," katanya. - FANSURINA ABDULLAH

Mantan presiden, Gus Dur pulang ke rahmatullah


Mantan presiden Indonesia, Abdur Rahman Wahid meninggal dunia di Hospital Cipto Mangunkusumo, Jakarta petang ini di saat menerima kunjungan presiden Susilo Bambang Yudhoyono.

Setiausaha peribadi tokoh itu, yang juga dikenali Gus Dur, dilaporkan berkata cucu pengasas gerakan Nahdhatul Ulama (NU) itu mengembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 6.40 petang waktu Jakarta (7.40 malam Kuala Lumpur).

Gus Dur, presiden pertama selepas era kepemimpinan regim Golkar, meninggal dunia di depan Susilo, lapor laman web Liputan 6 SCTV.

Allahyarham menggantikan BJ Habibie yang menggantikan presiden Soeharto, yang dianggap memerintah dengan gaya autokratik, setelah ditumbangkan gerakan reformasi pada 1998.

Gus Dur, yang turut berpengaruh di kalangan ahli politik dan aktivis Malaysia, memperkenalkan beberapa undang-undang yang memungkinkan permulaan era lebih terbuka dan demokratik di republik itu.

Tokoh agama yang disegani ramai dan pejuang hak asasi itu dirawat di hospital berkenaan sejak Jumaat lalu.

Wednesday, December 30, 2009

X-Fail: Persoalan yang belum terjawab


Apakah sebenarnya '1Malaysia'?

Setiap kali perdana menteri baru dilantik, masing-masing menjanjikan pembaharuan, urustadbir dan negara Malaysia yang lebih baik.

Najib memulakan pentadbirannya dengan berulangkali menyeru kepada sebuah negara Malaysia yang bersatu padu, kali ini melalui platform yang digelar '1Malaysia'. Selepas lapan bulan berlalu, namun masih tidak jelas apakah yang Najib maksudkan dengan '1Malaysia'.

Sejak ucapan sulungnya sebagai perdana menteri, Najib memperagakan banyak slogan, agaknya ciptaan firma antarabangsa Apco Worldwide yang diupah untuk menggilap imejnya.

Tetapi musuh utama 1Malaysia ialah akhbar harian milik Umno Utusan Malaysia - yang terus menerus menyiarkan artikel-artikel yang berunsur rasis, sesetengahnya telah melabelkan rakyat India Malaysia sebagai 'keling' - satu istilah yang dianggap berunsur menghina.

Yang terbaru ialah isu Biro Tatanegara (BTN) yang turut mencetuskan kontroversi apabila ahli parlimen kerajaan dan pembangkang, menggesa supaya ianya dimansuhkan.

Bagaimanakah '1Malaysia' ini dapat disesuaikan dengan slogan 'Ketuanan Melayu' dan hak keistimewaan orang Melayu, masih belum dapat dilihat. Atau ianya satu lagi percubaan sinis untuk menyesuaikan mesej yang berbeza kepada penonton yang juga berbeza?

Tiada Anggota PKR Tampin Keluar Parti.



Keratan akhbar Sinar Harian hari ini.

Dipetik daripada Sinar Harian

TAMPIN-Parti Keadilan Rakyat Cabang Tampin menafikan anggotanya bertindak keluar parti untuk menyertai Umno seperti didedahkan akhbar Sinar Harian keluaran 25 Disember 2009.

Timbalan Ketuanya, Baharuddin Arif Siri berkata, laporan pengisytiharan dan penyertaan Abdul Rahim Abdullah, 36, ke parti Umno bersama empat rakannya di Pejabat Dewan Undangan Negeri(DUN) Gemencheh sekadar mencari publisiti murahan.

Menurutnya, keadaan lebih melucukan apabila wakil rakyat kawasan terpedaya dengan Abdul Rahim dan rakan yang didakwa mengambil kesempatan untuk kepentingan peribadi tanpa melihat latarbelakang terlebih dahulu.

"Saya menafikan laporan akhbar mendakwa anggota PKR di daerah ini keluar parti untuk menyertai Umno bersama empat rakannya di hadapan ADUN Gemencheh."

"Melalui siasatan dan penelitian rekod keanggotaan, saya percaya individu berkenaan bersama empat rakannya bukan ahli PKR, sebaliknya berkemungkinan ahli Umno masuk Umno atau Barisan Nasional menyertai BN."

Baharuddin Arif juga Pengerusi Penyelaras PKR DUN Gemencheh berkata, tindakan Abdul Rahim bersama empat rakannya bertemu wakil rakyat kawasan untuk menyertai Umno hanya bermotifkan agenda peribadi.

"Mereka kebanyakan menyatakan rasa tidak percaya dengan kepimpinan BN hari ini. Sedikit masa lagi, PKR akan membuka lima Ranting di DUN Gemencheh dengan penyertaan seramai 562 orang yang sudah mengisi borang keanggotaan." katanya.

Tuesday, December 29, 2009

Monday, December 28, 2009

Menyambut Cabaran Dr Mahathir

Walaupun kami tidak percaya mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad serius, namun Parti Keadilan Rakyat (KEDILAN) mengalu-alukan cabaran beliau supaya pemerintah membentuk sebuah Suruhanjaya Bebas untuk menyiasat pendedahan Barry Wain dalam buku tebarunya bahawa di bawah bekas PM itu lebih RM100 bilion lesap akibat rasuah dan pembaziran.

Sebenarnya Mahathir mencabar pemerintahan Umno-Bn yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Razak. Najib tidak perlu bertangguh-tangguh atau berdolak-dalik dan harus membentuk segera Suruhanjaya tersebut. Suruhanjaya itu hendaklah diberi bidang kuasa luas bagi menyiasat pendedahan Barry Wain dan juga mengkaji segela bentuk rasuah dan pembaziran yang dikaitkan dengan mantan PM Mahathir itu. Bahkan, jika perlu dan sesuai, Suruhanjaya ini boleh juga mengkaji segala yang belaku di bawah mantan PM Abdullah badawi, sebgaimana didakwa dan didesak oleh Mahathir.

Sesuai dengan “cabaran” Mahathir, Suruhanjaya ini hendaklah dianggotai bukan saja oleh hakim serta bekas hakim, tetapi juga tokoh-tokoh politik kerajaan serta bukan kerajaan dan tokoh-tokoh professional (misalnya dari golongan academia serta Majlis Peguam). Seharusnyalah ada jaminan supaya segala perakuan Suruhanjaya diambil tindakan oleh Kerajaan serta pihak berkuasa lain. Janganlah hendaknya ia ditimpa nasib seperti suruhajaya mengenai polis dan “Pita Lingam”.

Dr SYED HUSIN ALI
Timbalan Presiden KEADILAN

25 Disember 2009


Welcoming Dr Mahathir’s Challenge

Although we do not believe that former PM Dr Mahathir Mohamad is serious about it, nevertheless the People’s Justice Party (KEADILAN) welcomes his challenge that the government sets up an Independent Commission to investigate the exposure by Barry Wain in his latest book that under the former Prime Minister more than RM100 billion disappeared due to corruption and wastage.

Actually, Mahathir was throwing a challenge to the Umno-Bn government led now by Datuk Seri Najib Razak. Najib should not dilly dally or give excuses but instead quickly set up the Commission. It should be given wide powers to investigate the claims by Barry Wain as well as all forms of corruption and waste linked to former PM Mahathir. Indeed if necessary and appropriate, the Commission should also investigate into all hanky panky that occurred under former PM Abdullah Badawi, as claimed and urged by Mahathir.

Consistent with the challenge by Mahathir, the Commission members should consist not only of judges or retired judges, but also respected political personalities from government and opposition as well as from among the Professionals (like the academia and members of the Bar Council). Obviously there needs to be an assurance that all recommendations of the Commission will be acted upon. It should not suffer the fate of the police commission or the commission on “Lingam’s Tape”.


Dr SYED HUSIN ALI
KEADILAN Deputy President

25 December 2009

Friday, December 25, 2009

Ketua AMK NS ditahan polis ketika edar qazaf

Ketua AMK Negeri Sembilan, saudara Rebin Birham telah ditahan oleh polis ketika beliau bersama beberapa anggota AMK Negeri Sembilan mengedarkan risalah qazaf di Masjid Dato' Kelana Putra, Jalan Pantai(Jalan Seremban-Jelebu)tengahari tadi. Beliau kemudiannya telah dibawa ke Balai Polis Rahang untuk soal-siasat.

Namun, beliau dan seorang lagi anggota AMK yang turut ditahan iaitu saudara Asma telah dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira jam 7.00 malam tadi.

Kerajaan BN telah mencuba sedaya upaya untuk menyekat kebenaran berkenaan isu liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan mennghalang penyebaran risalah qazaf ini. Sebelum itu, minggu lepas di Selangor Ketua AMK Selangor, saudara Khairul Anuar@Jonah turut ditahan polis kerana mengedar risalah qazaf di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Bagaimanapun, beliau dibebaskan keesokan hari.

Thursday, December 24, 2009

Penduduk Resah Disajikan Jalan Berdebu


dipetik daripada telokkemang.blogspot.com

Masalah jalan berdebu serta keselamatan lalu-lintas di Jalan Masuk Utama Taman Politeknik telah mendapat perhatian Ahli Parlimen Telok Kemang. Setelah mengadakan perbincangan, Penduduk Taman Politeknik hari ini akan menghantar laporan kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Perbandaran Port Dickson dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) berhubung perkara berkenaan.

Wakil Penduduk melahirkan rasa dukacita oleh kerana pihak-pihak yang terlibat dalam projek ini telah mengabaikan 2 perkara: yang pertama kesan alam sekitar ekoran dari debu tanah merah yang didapati berpunca dari kegagalan kontraktor projek membuat semburan air secara kerap, dan yang kedua kegagalan pihak kontraktor menempatkan pengawal lalu-lintas bagi mengawasi pergerakan keluar-masuk lori yang melalui jalan masuk ke kawasan perumahan ini.
-
Difahamkan situasi ini telah menyebabkan berlakunya beberapa kemalangan. Baru-baru ini seorang pelajar semester akhir Politeknik Port Dickson terjatuh dari motosikal yang ditungganinya setelah mengelak dari kesan debu yang dibawa oleh sebuah lori dipandu laju yang melalui jalan di kawasan perumahan ini.

Secara umumnya penduduk di Taman Politeknik menyambut baik projek (Arterial Road A) Jalan Sambungan dari Lebuhraya Seremban - PD ke Laluan Persekutuan (5) di Pasir Panjang yang turut melalui Taman Politeknik ini disambung semula kerana akan memudahkan aksess perhubungan dari kawasan perumahan ini ke Lebuh Raya Seremban - PD dan seterusnya ke Lebuh Raya Utara - Selatan.
-
Walau bagaimanapun, pihak Penguasa Projek haruslah memastikan kerja-kerja yang dilaksanakan oleh pihak kontraktor tidak mengakibatkan kesusahan dan kacau-ganggu kepada kesejahteraan penduduk setempat.

Wacana Terbuka: BTN Anjur Cintakan Satu Kaum Sahaja



Susulan keputusan Selangor menghentikan serta-merta pegawai dan mahasiswanya daripada mengikuti kursus anjuran Biro Tata Negara, kerajaan negeri hari ini menganjurkan wacana terbuka bagi merungkai secara terperinci modul dakyah perkauman itu.

Bertemakan 'Biro Tata Negara: Patriotik atau Perkauman' panel jemputan Adun Batu Caves, Amirudin Shari memulakan perbahasan dengan dengan berhujah, pemimpin Umno-Barisan Nasional sendiri menolak kursus itu malah menyifatkannya sebagai bersifat perkauman.

Bagi Amirudin, kandungan modul BTN itu dipertikaikan apabila didapati ia menyelitkan unsur fitnah dan hasutan terhadap parti pembangkang serta memecahbelahkan kaum dengan menyemai sifat taksub kepada sesuatu kaum sahaja.

“Patriotisme satu unsur yang diperlukan kepada negara kita, semangat cintakan negara, tetapi Biro Tatanegara melahirkan sebenarnya patriotisme berdasarkan daripada semangat perkauman.

“Masalah Biro Tatanegara ini bermula daripada kandungannya yang mengajak semangat perkauman khususnya untuk orang-orang Melayu membentuk negara kita ini berasaskan kepada cintakan kepada bangsanya sahaja,"katanya.

Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad berkongsi pengalamannya mengikuti program BTN mendedahkan bahawa BTN diwujudkan semata-mata untuk menghalang pengaruh Anwar Ibrahim yang ketika itu aktif dalam ABIM.

“Anwar ialah Yahudi, orang Cina, Amerika, ejen Barat, PAS ialah satu parti ajaran sesat dan DAP ialah satu parti yang berasal dari Singapura. Saya malah dalam kuliah subuh, pihak peserta kena sampaikan kuliah subuh, tetapi malangnya kita diberikan set teks lebih kurang macam khutbah, tiada pilihan untuk melontarkan idea sendiri tapi kita diberikan teks ada dua yang masih saya ingat, Malaysia sebuah negara Islam dan ISA halal dari sudut Islam,"katanya.

Tambah Nik Nazmi lagi, jika BTN itu mahu diteruskan, tenaga pengajarnya perlu dipelbagaikan terdiri daripada lebih ramai wanita, bukan khusus kepada satu parti sahaja, orang bukan Melayu.

Malah katanya tidak salah jika tenaga pengajarnya terdiri daripada rakyat dari Malaysia Timur seperti dari Kelantan ataupun Terengganu.

Wacana anjuran kerajaan negeri ini juga menampilkan dua lagi panelis iaitu budayawan Eddin Khoo, penulis KJ John dan bekas calon Umno untuk Parlimen Tumpat Asyraf Wajdi Dusuki.

Turut hadir Exco Selangor, Teresa Kok dan Adun Kg Tunku, Lau Weng San serta Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff.

Seramai 200 peserta mengambil bahagian dalam dialog terbuka anjuran Pejabat Menteri Besar Selangor ini di Jaya One, Petaling Jaya.

Wednesday, December 23, 2009

Program PKR Rembau

1) Perasmian Ranting Sendayan (DUN Rantau)
No. 381, Jalan Utama, Bandar Sri Sendayan (Rumah Tanggam)
Jam 6.00 Petang
019-6428525 (Tapoi)

2) Perasmian Ranting Kampung Batu (DUN Kota)
Kampung Bintongan, Kota, Rembau (Rumah Yusof Tapa)
Jam 8.00 Malam
019-6602784 (Yusof Tapa)

3) Ceramah Umum Pakatan Rakyat
Dato' Fauzi Abd Rahman, YB Taufek Abd. Ghani, Aisah Lamsah & Che'GUBard
Kampung Semerbok, Kota, Rembau (Rumah Harun Manaf)
Jam 9.00 Malam
013-2101797 (Rasli), 017-2468258 (Harun)


Sebarkan. Sebarang pertanyaan : Norazizi 012-3696474

Friday, December 11, 2009

Thursday, December 10, 2009

Skandal PKFZ: Bekas Pengurus LPK Bakal Didakwa Hari Ini


Bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Datin Paduka OC Phang dan dua lagi ditahan berhubung skandal membabitkan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Selain OC Phang, dua lagi ditahan berhubung skandal PKFZ ialah Ketua Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd, Steven Abok dan seorang arkitek, Benard Tan Seng Swe.

Sumber berkata, penahanan ketiga-tiga mereka dilakukan hasil operasi bersama polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketiga-tiga mereka akan dituduh di mahkamah Klang, tengah hari ini.

NST dalam laporannya memetik sumber berkata, ia adalah siri penahanan pertama membabitkan skandal PKFZ dan sekurang-kurangnya lima lagi akan ditahan polis dan SPRM.

Zunar kartunkan krisis politik Perak


dipetik daripada Malaysiakini.com

Kartunis kontroversi, pemimpin majalah Gedung Kartun yang diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN), melancarkan karya terbarunya, satira politik semasa Perak Darul Kartun.

Zulkiflee Anwar Haque, atau lebih popular dikenali Zunar, berkata karya terbaru ini diterbitkan dalam bentuk buku yang tidak memerlukan permit penerbitan daripada KDN.

"Penyambungan penerbitan ini dalam bentuk buku membuktikan pihak kami tidak berhasrat untuk berkonfrontasi dengan KDN kerana itu bukanlah matlamat kami.

"Matlamat kami adalah menghasilkan karya-karya alternatif dalam konteks Malaysia dengan isu-isu dan pendekatan yang selama ini gagal diketengahkan oleh karyawan negara ini termasuk kartunis," katanya ketika mengumumkan karya itu di pejabatnya hari ini.

Buku setebal 80 muka surat itu hasil usaha enam kartunis – Ronasina (atau, Mohd Affandi Ramli), Jonos (Nor Azlin Ngah), Art (Azhar Saad), Orangorang (Azlan Isa) dan Naza (Nazruddin Abu Bakar) – yang diketuai kartunis popular dan berpengalaman luas itu.

Karya itu mensatirakan krisis politik di Perak sejak rampasan kuasa kerajaan Pakatan Rakyat oleh BN awal Februari lalu sebagai fokus utamanya, selain sumbangan beberapa penulis seperti Sasterawan Negera Datuk A Samad Said, penganalisis politik Dr Farish A Noor dan juga penulis kolum Malaysiakini Hishamuddin Rais.

Perak Darul Kartun memuatkan gelagat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mundar-mandir dalam kegelisahan sambil menyebut perkataan "bala, bala" apabila menyedari penyiasat persendirian P Balasubramaniam membuat dakwaan baru terhadap adiknya Datuk Mohamed Nazim dan isterinya Rosmah Mansor.

Balasubramaniam, mencipta kontroversi awal Julai tahun lalu, apabila menarik balik dalam tempoh 24 jam tuduhan awalnya bahawa Najib berskandal dengan Altantuya Shaariibuu, wanita Mongolia yang mati dibunuh 2006.

Buku humor itu juga memaparkan karikatur pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang membuat serbuan untuk menahan penceramah agama – dipercayai mensatirakan kes penangkapan Dr Mohd Asri Zainul Abidin, awal November lalu.

Selain itu, ia turut menyindir bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad, ADUN Bagan Pinang yang menang baru-baru ini dengan menggambarkan beliau sebagai "statue of liability" – satira 'statue of liberty' di New York – yang mejulang wang sambil memegang "kitab rasuah teknikal" Umno.

Selain itu, buku ini juga melanjutkan siri nostalgia era Gerakan Reformasi 1998 seperti yang dimuatkan dalam Gedung Kartun. Selain Datuk Seri Anwar Ibrahim, ahli-ahli politik lain yang disinggung termasuklah Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri S Samy Vellu, Datuk Seri Ong Tee Keat, dan Tian Chua.

Thursday, December 3, 2009

Manipulasi media punca ramai keliru isu doa-TG Nik Aziz

Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 3 Dis: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan manipulasi yang dimainkan media punca ramai keliru isu doa yang disebutnya sebelum ini.

“Saya sendiri tak faham kenapa perkara ini boleh berlaku, dalam doa tu saya sebut dua perkara, meminta Allah perbetulkan pemikiran Perdana Menteri serta menteri-menterinya supaya membayar royalti kepada Kelantan.

“Dan sekiranya Perdana Menteri masih enggan menyerah royalti kepada kerajaan negeri barulah saya mendoakan sesuatu yang tidak baik, itu kaedah biasa,” katanya selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Semalam segelintir penyokong Umno yang berselindung di sebalik Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan mengadakan perhimpunan di depan Kota Darulnaim bagi mendesak Menteri Besar supaya meletak jawatan.

Sebelum itu, akhbar melaporkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz mendoakan supaya dimusnahkan masa depan politik pemimpin Umno sekiranya enggan membayar royalti petroleum kepada Kelantan.

Oleh itu Menteri Besar hari ini melahirkan rasa dukacita kerana doa yang disebut sebelum ini tidak ditulis secara betul sehingga menyebabkan ramai tidak faham.

“Sekiranya ingin mengulas tentang doa, ia harus diambil isi doa tersebut secara keseluruhan iaitu meminta kepada Allah supaya memperbetulkan jalan berfikir Perdana Menteri agar menerima Islam yang syamil (menyeluruh),” katanya.

Malah kata beliau mana mungkin seseorang yang dikhianati mengambil sikap berdiam diri tanpa dilakukan sebarang tindakan.

Beliau menjelaskan Islam tidak pernah melarang umatnya mendoakan sesuatu yang buruk terhadap musuh atau atau kepada mereka yang berniat jahat.

“Jika kita rajin membaca sejarah doa-doa yang dilakukan para Nabi, kita tentu akan berjumpa dengan kandungan doa Nabi Musa dan Nabi Muhammad saw yang pernah mendoakan bala kepada musuh Islam.

“Saya juga merasa hairan kenapa sesuatu yang tidak baik sahaja digambarkan, yang elok tidak diperbesarkan,” ujarnya.

Katanya juga memandangkan Perdana Menteri agak terasa apabila berdoa menyebut namanya maka tidak perlu disebut sewaktu berdoa beramai-ramai kecuali secara individu.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz turut menempelak demontran yang mendesaknya melepaskan jawatan.

Kata beliau Umno Pasir Mas menggunakan topeng Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan untuk berselindung di sebalik perhimpunan tersebut.

“Ini lagi peliklah, kenapa dah malu ke nak menggunakan nama Umno sehingga terpaksa berselindung di sebalik nama lain pula.

“Malah CD yang disebutkan ada bersama memorandum tersebut untuk dijadikan bahan tidak pula disertakan.

“Biar pun tidak membaca kesemua kandungan bantahan itu, saya sudah dapat menyukat betapa tidak terurusnya sebuah rancangan yang kononnya mahu menggugat sebuah kerajaan,” katanya.

Menurut beliau juga isu membabitkan menantunya, Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman di Perbandanan Menteri Besar Kelantan dan tajaan haji sudah selesai.

Katanya juga mustahil baginya meletak jawatan semata-mata mengikut kerenah beberapa orang ‘budak nakal’ yang berhimpun semalam.

Wednesday, December 2, 2009

Cerita di sebalik tabir BTN


'Kami ditunjukkan gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama seorang rakyat Amerika. Jurulatih memberitahu kami yang beliau seorang pengkhianat kepada negara kerana beliau mempunyai hubungan yang baik dengan orang Amerika'.

Itulah antara isu-isu yang dibangkitkan sewaktu program pembinaan negara dijalankan oleh Biro Tatanegara (BTN), yang pernah diikuti seorang pelajar tahun empat jurusan ekonomi, Fakhrul Zaki Fazial.

Fakhrul yang belajar di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berkata, fokus kursus tersebut adalah mengenai bangsa Melayu.

"Mereka (jurulatih) juga mengkritik pembangkang dan menganggap kritikan mereka sebagai patriotik," tambahnya.

Ketua pelajar Universiti Malaya, Mohd Ridzuan Mohammad, yang pernah menghadiri program BTN pada 2004 berkata, malah terdapat ceramah yang mendakwa bahawa kaum lain menjadi ancaman kepada orang Melayu.

Menurutnya, BTN tidak seharusnya membangkitkan sentiman perkauman yang akan mencetuskan perpecahan kaum.

Katanya, ini kerana program tersebut boleh mempengaruhi sesetengah pelajar yang hadir berhubung ideologi perkauman tersebut.

Chin Shin Liang, seorang bekas pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang pernah menghadiri program BTN pada Disember 2008, turut berkongsi pengalamannya.

"Kami ditunjukkan klip video perhimpunan Bersih dan kemudian gambar negara Palestin yang dilanda perang dengan keterangannya: Apakah ini yang kita mahukan?... Kita juga ditunjukkan seorang pemprotes (tidak dikenalpasti) membaling batu," katanya.

Sambil menyifatkannya sebagai "amat berat sebelah", Chin berkata: "Ia tidak menyatakan siapa pembaling batu itu, (dia) mungkin seorang Mat Rempit yang mahu berseronok atau polis yang melakukan provokasi terhadap pemprotes dengan menggunakan meriam air."

Katanya, jurulatih juga mengajar bahawa kerajaan BN dipilih oleh rakyat dan oleh itu ia merupakan kerajaan yang sah, tetapi tidak berusaha untuk membezakan parti politik dan kerajaan.

"Ini jelas mengelirukan kerana ia menjadi peraturan bahawa agensi-agensi kerajaan harus bersikap berkecuali dan berkhidmat sepenuhnya kepada negara (bukan hanya parti/gabungan tertentu)," katanya.

Ianya seolah-olah menyatakan bahawa kerajaan BN 'mewakili' negara ini dan harus ditaati tanpa dipersoalkan, katanya.

Sementara itu, Fakhrul menyuarakan keraguannya mengenai pemilihan jurulatih BTN.

"Saya fikir sesetengah jurulatih tidak layak kerana mereka begitu beremosi dan tidak intelektual dalam ceramah mereka.

"Jika pelajar tidak bersetuju dengan pandangan jurulatih, mereka akan memarahinya di depan semua orang," katanya.

Sementara itu, sesetengah pihak merasakan bahawa kursus BTN telah dikecam secara tidak adil.

Semalam, satu kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai 'bekas peserta kursus BTN' mengadakan sidang akhbar di Kuala Lumpur untuk menyatakan pandangan mereka.

Ketuanya, Ahmad Shafei berkata mereka berasakan ia menjadi tanggungjawab sosial mereka untuk memperbetulkan pandangan berat sebelah terhadap kursus BTN.

Beliau menafikan bahawa modul BTN menyemai kebencian terhadap kaum lain, tetapi menurutnya, BTN mengajar peserta saling menghormati hak kaum lain seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

Oleh itu, katanya, adalah tidak adil untuk menyatakan bahawa BTN cuba mewujudkan perpecahan, sedangkan ia hanya mengajar mengenai sejarah rasmi negara ini.

Saya sudah lali dengan desakan letak jawatan-TG Nik Aziz


KOTA BHARU, 1 Dis: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu sudah lali dengan desakan supaya beliau meletakkan jawatan.

Tindakan sama sebelum ini katanya pernah beberpa kali dibuat pemimpin Umno negeri itu malah berpendapat tidak perlu melayan perkara tersebut.

"Kalau sebelum ini Tan Sri Annuar Musa yang membuat desakan seperti itu dan sekarang pemimpin Umno lain pula.

"Kalau hendak diikut dengan desakan mereka tidak boleh buat kerjalah kita. Saya sudah lali dengan desakan seperti itu," katanya ketika mengulas demonstrasi pagi tadi.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata, tiada sebab kenapa beliau harus tunduk kepada desakan tersebut kerana ianya datang dari Umno dan bukannya dari PAS sendiri.

"Saya ini pemimpin PAS dan bagaimana pula mereka (Umno) desak saya letak jawatan. Lainlah kalau PAS desak saya barulah saya boleh berhenti. Ini pemimpin parti lain yang tidak ada kena mengena," katanya lagi.

Malah kata beliau perhimpunan mendesaknya meletak jawatan diadakan bertujuan menutup banyak kepincangan lain yang berlaku termasuk pergolakan Umno di Terengganu, dua kerajaan di Perak dan perpecahan MCA serta PPP.

"Bagi melarikan perhatian rakyat terhadap isu tersebut maka dibuat perhimpunan di sini dengan harapan rakyat tidak ingat lagi terhadap isu yang lebih besar berlaku," ujarnya..

Memorandum itu diserahkan Setiausaha Politiknya Haji Anual Bakri Harun selepas menerima daripada Timbalan Ketua Umno Pasir Mas, Che Johan Che Pa.

Lebih 50 penyokong Umno berhimpun di hadapan pintu masuk ke Kota Darulnaim bagi mendesak Tuan Guru Nik Abdul Aziz meletak jawatan.

Desakan itu dibuat ekoran kenyataan Menteri Besar yang mahu mendoakan supaya Datuk Seri najib dibuka pintu hati dan mengembalikan royalti kepada rakyat Kelantan, namun sekiranya masih enggan dipohon dikenakan bala kepadanya.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga meminta penyokong PAS membaikot akhbar yang sengaja yang mengapi-apikan isu di Kelantan bagi menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.

"Baik tak usah baca suratkhabar terbabit yang sengaja menjadi kesalahan PAS dan kerajaan negeri," ujarnya.

Demontrasi yang didalangi Umno bermula jam 10.25 berlarutan sehingga 11.35 pagi. Pada awalnya mereka enggan bersurai biar pun diminta berkali-kali oleh pihak polis. Namun hujan lebat yang turun kemudian menyebabkan mereka beredar.

Perhimpunan terbabit difahamkan diketuai Che Johan dan kemudian menyerah memorandum kepada Setiausaha Politik Menteri Besar.

Selepas menyerah memorandum itu yang dinamakan atas Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan JRPK, mereka diminta bersurai oleh polis dan hanya seorang wakil sahaja dibenarkan berucap.

Namun mereka tetap berdegil biar pun pegawai polis mengarahkan mereka supaya bersurai dengan alasan ingin mendapat jawapan dari Menteri Besar.

Ekoran itu kira-kira jam 10.40 pagi Ketua Polis Kelantan, SAC 1, Datuk Abdul Rahim Hanafi hadir dan meminta mereka supaya bersurai kerana perhimpunan tersebut tiada permit.

Lebih 30 anggota polis dilihat mengawal keadaan.

"Polis terpaksa meminta mereka supaya bersurai segera dalam tempoh setengah jam memandangkan perhimpunan mereka tidak mempunyai permit.

"Walaupun penganjur memohon permit malam tadi namun kami tidak dapat meluluskan perhimpunan ini.

“Mana ada jabatan yang memohon malam tadi, pagi ini boleh luluskan. Sekurang-kurangnya kena tiga hari. Kena ikut prosedur," katanya kepada pemberita selepas itu.

Rombak BTN, Kabinet Akui Ada Yang Tidak 'Kena'

Keputusan Kabinet untuk merombak semula kursus Biro Tata Negara (BTN) jelas menunjukkan pimpinan Barisan Nasional mengakui adanya perkara yang tidak kena dalam kursus berkenaan.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Halimah Ali berkata kerajaan Barisan nasional seharusnya berfikiran lebih ke hadapan dengan tidak hanya menafikan setiap fakta yang diutarakan pembangkang.

“Akhirnya kabinet mengakui bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada kurikulum yang selama ini mereka gunakan untuk kursus-kursus BTN dan Nazri Aziz sendiri mengatakan apabila melihat BTN dijalankan memang ada unsur-unsur perkauman dan merosakan.

“Walaupun menteri lain termasuk Timbalan Perdana Menteri menafikan bahkan menteri wanita dan menteri dalam negeri menafikan tetapi apabila malihat, tetliti dan mendengar maklum balas bekas peserta jelas lihat ada unsur perkauman dan menanamkan satu konsep doktrin ketuanan Melayu,”katanya.

Halimah berkata pimpinan Barisan Nasional tidak seharusnya cepat melatah berdepan dengan keputusan Kerajaan Negeri Selangor menghentikan penghantaran penjawat awam dan penuntut isntitusinya dari menyertai BTN.

Beliau menyarakan pimpinan berkenaan menjalankan kajian terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan.

Halimah berkata, walaupun kursus itu akan dirombak, kerajaan negeri tetap meneruskan pengharaman berkenaan bagi melihat rombakan dan kesannya.

“Walaupun mereka hendak nak rombak, kita masih teruskan pengharaman kerana kita tahu PPSMI pun diberhentikan tetapi berkuatkuasa 2012, lama lagi,”katanya.

Menurutnya kerajaan negeri sedang mengkaji modul BTN dan sekiranya didapati terdapat modul yang sesuai untuk digunapakai, ia akan diterapkan ke dalam program SPIES anjuran kerajaan negeri.

Tuesday, December 1, 2009

Kursus BTN : Menteri Umno Makin Bercelaru

Anggota kabinet dari Umno hari ini mempamerkan keretakan dan percanggahan sesama diri dalam menangani isu kursus BTN.

Sehari selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz tampil mendedahkan bahawa kursus berkenaan akan dirombak atas arahan Perdana Menteri, Timbalan Menteri JPM Ahmad Maslan cuba memberi gambaran sebaliknya.

Beliau menafikan kurikulum BTN akan dirombak, sebaliknya cuma akan melalui proses “penambahbaikan’ minimum.

”Kita tambah baiklah...dalam ceramah kita tambah sebut 1Malaysia, lagu kita tambah,” kata timbalan menteri yangg bertanggungjawab atas BTN.

Ahmad Maslan bagaimanapun enggan mengulas lanjut, sekadar berkata beliau yakin Nazri tidak menyampaikan mesej tepat mengenai kursus BTN.

“Saya tidak yakin dia kata begitu, saya rasa dia maksudkan, (kursus BTN) harus diperbaiki,” tambah beliau.

Nazri semalam berkata Najib mengarahkan kursus BTN dirombak untuk memastikan ia tidak menggugat perpaduan kaum dan selaras dengan konsep 1Malaysia yang dibawanya.

Beliau memberi arahan itu meskipun timbalannya Muhyiddin Yassin mendakwa kursus BTN sudahpun disesuaikan dengan konsep 1 Malaysia dan tidak perlu diolah.

Najib memberi arahan itu selepas Selangor dan Pulau Pinang mengharamkan pegawai kerajaan negeri dan pelajar universiti menyertai kursus BTN.

Ini kerana kurikulum BTN didapati menjurus kepada memupuk sentimen perkauman di samping menggembleng sokongan untuk Umno-Barisan Nasional.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata larangan itu bertujuan melindungi pelajar dan pegawai kerajaan daripada dakyah politik yang boleh memecah-belahkan rakyat.

Bil Persendirian DSAI

YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM [Permatang Pauh] akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan agar Kerajaan Persekutuan mengambil langkah supaya Seksyen 10 Akta 144 Akta Pembangunan Petroleum 1974 dipinda dengan memasukkan perkataan seperti berikut (seperti yang dihitamkan):

“Seksyen 10A:

Terjemahan:

“di Luar Pantai”: Untuk maksud Akta ini, perkataan “di luar pantai” bermaksud sebahagian kawasan di tengah laut terbuka di luar pesisir pantai yang berada di dalam had Zon Ekonomi Ekslusif bagi Persekutuan dan di ukur menurut undang-undang yang di terima pakai oleh Persekutuan pada masa berkaitan”.

Bahawa Dewan mengambil maklum kontroversi berkaitan isu royalti daripada hasil dan kegiatan carigali minyak di luar tanah pesisir pantai dalam negeri-negeri di bawah Persekutuan kerana wujudnya kesamaran makna perkataan “di luar pantai (“Offshore”)” di dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974 (“Akta tersebut”).

Perkataan “di luar pantai” (offshore) dirujuk sebanyak 3 kali dalam Akta tersebut. Bagaimanapun ianya tidak ditafsirkan di mana-mana pun dalam Akta tersebut.

Oleh kerana Akta tersebut digubal dengan tujuan, antara lain, sebagai terma rujukan kepada penyerahan hak keatas sumber hydrocarbon daripada Negeri-Negeri dibawah Persekutuan, maka adalah wajar perkataan “di luar pantai” (offshore) merujuk kepada semua kegiatan carigali petroleum yang dilaksanakan di sesebuah negeri semasa Akta ini di rangka. Ini termasuk kawasan galian minyak di luar pantai Terengganu yang melangkaui hujah kawasan 3 batu nautika.

Persempadanan 3 batu nautika hanya timbul secara kesimpulan kerana wujudnya kesamaran kepada perkataan “di luar pantai” (offshore)”. Kerajaan menggunapakai definisi “kawasan perairan” atau “territorial water” yang terkandung dalam Akta Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 1969 untuk menghadkan sempadan “di luar pantai” (offshore)” sepertimana yang terkandung dalam Akta tersebut.


BIL PERSENDIRIAN AHLI INI BERMAKSUD UNTUK TUJUAN BERIKUT:

1. Memperjelaskan perkataan “di luar pantai (offshore)” agar ia mencerminkan maksud dan semangat sebenar semasa Akta tersebut digubal dengan pemahaman yang sama diantara Negeri-Negeri dan Kerajaan Persekutuan apabila bersetuju menyerahkan hak negeri-negeri keatas sumber hydrocarbon.

2. Mengelak kekaburan di masa hadapan agar suatu regim fiskal yang jelas dapat ditentukan dalam industri minyak dan gas – pertikaian masakini diantara Kerajaan Persekutuan dan Negeri-Ngeri khususnya Kelantan dan Terengganu memberi isyarat negatif kepada pelabur dalam sektor minyak dan gas dimasa hadapan. Salah satu ciri yang diambilkira oleh pelabur dalam industri minyak dan gas ini ialah kejelasan, kestabilan, dan kepercayaan kepada sistem perundangan berhubung hakmilik sumber hydrocarbon. Tindakan Kerajaan yang memutarbelit maksud dan semangat Akta tersebut dengan menggunapakai segala kelopongan perundangan memberi isyarat negatif kepada industri ini yang mesti dirumuskan dengan segera.

ASAS KEPADA PINDAAN DAN DEFINISI

1. Menghimbau kembali sumber rujukan kepada perkataan “di luar pantai” (offshore) semasa Akta tersebut di gubal pada tahun 1974. Ini adalah penting bagi meninjau kegiatan luar pantai Negara ketika itu samaada “di luar pantai” (offshore)” itu bermaksud had 3 batu nautika, atau melangkaui had tersebut.

2. Asas in penting untuk menentukan kedudukan operasi sebenar semasa Akta tersebut digubal yang sepatutnya dijadikan rujukan terbaik dalam mendefinasi semangat “di luar Pantai” (Offshore) dalam Akta tersebut.;

3. Kegiatan carigali di luar pantai di Terengganu bermula pada tahun 1968 dengan telaga Tapis-1 oleh Esso dan hanya pada tahun 1973 minyak di temui di luar pantai Terengganu;

4. Pengeluaran minyak mentah oleh Esso hanya bermula pada tahun 1978 daripada kawasan carigali Pulai di Terengganu.

5. Kawasan ini – Pulai dan Tapis – adalah kawasan carigali yang penting setakat maksud perkataan “di luar pantai” (offshore) kerana ia adalah kawasan luar pantai pertama di Semenanjung Malaysia; dan ini adalah asas utama rujukan perkataan “di luar pantai” semasa Akta tersebut di gubal pada tahun 1974;

6. Ini bermakna perkataan “di luar pantai” (offshore) di dalam Akta tersebut merujuk kepada kawasan carigali yang baru dibangunkan pada awal tahun 1970an, bukannya kawasan persempadanan kawasan perairan 3 batu nautika yang sehingga kini tidak wujud kegiatan carigali petroleum dan gas dalam Negara. Oleh yang demikian tidak ada sebab mengapa sesebuah Negeri tidak berhak kepada royalti menurut definasi masakini;

7. Kedua-dua kawasan carigali ini yang sudah pasti menjadi asas utama rujukan terletak di dalam kawasan Zon Ekslusif Ekonomi dan antara kawasan yang paling jauh daripada pantai Terengganu;

8. Oleh yang demikian, adalah jelas semasa Akta tersebut di rangka ia menggunapakai kaedah operasi sebenar pada masa itu (iaitu kawasan carigali awal oleh Esso Production Inc), yang merupakan kawasan carigali di luar pantai Terengganu melangkaui persempadanan 3 batu nautika;

9. Dalam konteks itulah perkataan “di luar pantai” (offshore) di dalam Akta tersebut di gubal; maka semangat Akta tersebut menghendaki sebahagian daripada bayaran tunai hendaklah di buat kepada Negeri-Negeri dimana aktiviti carigali petroleum dan gas di jalankan samaada di darat atau di luar pantai;

10. Untuk mengembalikan semangat Akta tersebut, pindaan untuk memperjelaskan perkataan “di luar pantai” (offshore) dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974” di perlukan.

Monday, November 30, 2009

KM Pulau Pinang kesal polis biarkan penyokong Umno demo di luar DUN

Mohd Sabri Said

GEORGETOWN, 30 Nov: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menempelak pasukan polis kerana membiarkan samseng jalanan tajaan Barisan Nasional (BN) membuat kecoh di luar Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini.

"Berdemo dibolehkan kerana ia adalah hak rakyat untuk melahirkan perasaan tidak puas hati terhadap kepimpinan tetapi biarlah bersopan bukan seperti samseng jalanan tanpa menghormati dewan yang sedang bersidang.

"Polis hendaklah bertindak wajar dengan tugasan mereka menjagai keamanan. Bukan membiarkan pendemo bertindak sesuka hati, riuh rendah dan memalukan, " terangnya dalam sidang akhbar ketika masa berehat Persidangan Kali Ke Tiga Dewan Undangan Negeri Penggal Ke Tiga Dewan Undangan Negeri Yang Ke Dua Belas pagi tadi.

Lim mengulas tindakan sekumpulan penyokong Umnoi yang berdemo dan membuat kecoh di luar Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Beliau berharap tindakan polis itu tidak berat sebelah terhadap demontrasi yang dijalankan oleh pendokong Pakatan Rakyat di mana juga.

Ini tidak tambahnya, bila pendokong Pakatan Rakyat berdemo, pihak polis cepat bertindak menahan, menangkap serta bertindak kasar atau mengurung mereka dalam lokap atau diletakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Lebih malang lagi ada yang cedera dipukul bertalu-talu oleh pasukan polis yang tidak berunifom.

Keadaan ini berbeza terhadap apa yang terjadi di hadapan Dun Pulau Pinang pihak polis seakan membiarkan pendemo mengeluarkan kata-kata keat terhadap kepimpinan negeri yang jelas mengamalkan sikap Cekap, Akautabiliti dan Telus (CAT).

Beliau hairan kenapa isu yang telah lama selesai khususnya Kampung Buah Pala ditimbulkan kembali di waktu persidangan dewan dan tentunya ada usaha merosakan nama baik Kerajaan Negeri yang sedaya upaya merancang sebuah negeri berkebajikan.

"Kerajaan Negeri sudah terbukti berjaya melakukan kelainan dengan kerajaan BN yang memerintah sebelum ini apabila mendapat pengiftirafan daripada Badan Anti Rasuah Dunia.

"BN patut akur dengan pengiftirafan tersebut kerana sepanjang mereka memerintah bukan rasuah
berkurangan bahkan berleluasa, " tegasnya.

Turut serta dalam sidang media pagi tadi ialah Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dr Mansor Othman dan Timbalan Ketua Menteri 2 Pulau Pinang, Prof Dr Ramasamy.

Kerana kroni, tiga projek terbengkalai di Port Dickson

Oleh: Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 28 Nov: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Badrul Hisham Shaharin mendesak kerajaan persekutuan menghentikan amalan kronisme dalam menaik taraf kawasan pelancongan Port Dickson.

Baginya, amalan kronisme dengan memberi tender secara tertutup kepada pihak tertentu merugikan rakyat dan negara.

Badrul mengulas kegagalan tiga projek iaitu membina dualebuh raya yang baru - Lebuh raya Seremban Port Dickson, Lebuh Raya Persekutuan 5 di Pasir Panjang dan projek penaiktarafan jalan raya utama dari Linggi ke Pasir Panjang.

Ketiga-tiga projek mega itu yang mula dibina pada 14 Februari 2005 dan dijadualkan siap pada 12 Ogos 2007, masih terbengkalai sehingga sekarang.

Badrul yang juga dikenali sebagai blogger CheguBard (http://chegubard.blogspot.com) mendedahkan kontraktor terbabit adalah Hartajaya-Genting Timur-AMR Sdn. Bhd.

Beliau mendedahkan, syarikat kontraktor terbabit turut diberikan peluang menyiapkan projek-projek mega itu sehingga bulan depan, tanpa sebarang denda sebagaimana yang dipersetujui antara kerajaan-kontraktor sebelum ini.

Beliau mendakwa ketirisan RM10 billion hingga RM20 billion setahun dalam belanjawan negara tahun lepas disebabkan beberapa projek terbengkalai seperti yang didedahkannya itu.

"Isu utama (adalah) runding terus...bila tender tertutup, syarikat kontraktor yang dapat projek belum tentu kompiten dan layak," tegas Badrul ketika dihubungi petang tadi.

"Bila runding terus, syarikat kroni yang dapat anugerah (projek) itu akan runding, reka jalan (dan) dia tetapkan (sebut) harga dan terus bina walaupun dia (syarikat) itu ada rekod gagal."

Beliau yang juga Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendakwa kerajaan sanggup memberi fasiliti dan keistimewaan kepada beberapa syarikat kontraktor yang dilihat kroni beberapa pemimpin tertentu Umno.

Beliau turut mendesak Perdana Menteri Malaysia yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan amalan kronisme di Port Dickson tersebut.

"Najib 1Malaysia kena jelaskan tentang kerja buat kroni-kroni ini kerana projek di Port Dickson bukan di bawah kuasa kerajaan negeri, (sebaliknya) di bawah Persekutuan (khususnya) Kementerian Kewangan," tegasnya.

"Sepatutnya beberapa projek itu siap Disember ini, itu pun tarikh yang ditunda (oleh) kementerian (pimpinan) Najib tanpa ada sebarang denda...apa yang dilihat sekarang, baru 60 peratus siap."

DUN Perak: Cawangan & ahli digesa siap sedia hadapi pilihanraya negeri.

Harakahdaily
TITI SERONG,28 Nov: Cawangan PAS digesa bersiap lebih awal untuk menghadapi kemungkinan pembubaran DUN berdasarkan kemelut suasana politik Perak yang tidak menentu.

Demikian antara penegasan ADUN Titi Serong yang juga Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim semasa memberi taklimat Pembubaran DUN Perak untuk Cawangan PAS Parit Kasa di sini semalam.

"Sejak BN merampas kuasa pada Februari yang lepas, saya ingatkan kepada Jentera PAS bahawa BN telah melakukan sesuatu untuk menghadapi Pilihanraya, kerana itu jentera parti PAS juga mesti melakukan sesuatu juga,"jelasnya sambil memuji langkah proaktif yang dilakukan oleh cawangan tersebut dan wajar dicontohi oleh cawangan PAS di DUN Titi Serong dan seluruh negeri Perak.

Hadir sama dalam taklimat itu ialah Ketua Cawangan dan Ajk Cawangan tersebut dengan petugas pilihan raya di kalangan pemuda cawangan yang terletak dalam DUN Titi Serong tersebut.

"Usaha yang dilakukan oleh BN termasuklah mempergunakan badan-badan seperti Suruhanjaya Pilihan raya,"kata Drs. Khalil.

Beliau juga mengharapkan cawangan perlu mengadakan sesuatu dan program tertentu seperti pergerakan jentera lebih awal seperti culaan undi dan pendaftaran pemilih yang baru.

"Pemuda perlu memeriksa setiap rumah penyokong PAS di cawangan dan memastikan kalau masih ada pengundi yang belum didaftarkan, kerana cawangan boleh tahu masalah ini berdasarkan pemeriksaan yang teliti yang dilakukan oleh cawangan," jelasnya lagi.

Tambahnya,PAS dan pakatan Rakyat perlu ada jentera yang kuat untuk menghadapi pilihan raya apalagi berdepan dengan BN yang mempergunakan sepenuhnya jentera kerajaan yang ada.

"Kemelut politik yang berlaku tidak akan dapat diselesaikan dengan perbicaraan di Mahkamah dan persidangan DUN...hanya pembubaran DUN yang mampu memyelesaikan krisis ini," tegasnya.

Gempa Bumi Lemah Di Kuala Pilah

Gempa bumi lemah berukuran 3.3 pada skala Richter berlaku di Kuala Pilah, Negeri Sembilan awal pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini hari ini, gempa bumi itu berlaku pada pukul 12.15 pagi dan berpusat di 22 kilometer timur Seremban.

Bagaimanapun tiada gegaran dirasai akibat gempa bumi itu, menurut kenyataan itu. - Bernama

Thursday, November 26, 2009

Siapa Bohong: Ayah atau Anak???

dipetik daripada RAKYAT MARHAEN.blogspot.com


Penasihat DAP yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat, Lim Kit Siang telah mempersoalkan, siapakah antara dua yang berbohong tentang hak mendapat bayaran wang royalti petroleum, adakah ayah atau anak?

Beliau berkata demikian di Parlimen baru-baru ini ketika membahaskan Bajet 2010 pada peringkat jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri.
Katanya pada 3 November lalu, ketika sesi menjawab soalan, Dato’ Seri Najib Razak berkata kepada Parlimen bahawa daripada aspek undang-undang, Kelantan dan Terengganu tidak berhak atas royalti minyak kerana pengeluaran minyak dilakukan di luar pantai kedua-dua negeri itu.

"Operasi pengeluaran dalam perairan mereka (Terengganu dan Kelantan) di definasikan sebagai kawasan tidak lebih tiga batu nautika yang diukur mulai dari tanda air rendah atau garis pantai negeri,

"ketika ini, tidak ada pengeluaran minyak di perairan Kelantan ataupun Terengganu. Oleh itu, dari sudut undang-undang, Kelantan tidak mempunyai hak untuk menuntut royalti minyak, sama seperti Terengganu ,"kata Najib.

Menurut Lim Kit Siang, jawapan Najib jelas bertentangan dengan jawapan yang diberikan oleh ayahnya, Tun Razak ketika beliau menjawab soalan beliau (Lim) sebagai Perdana Menteri kedua di Parlimen tentang isu yang sama pada tahun 1975, 24 tahun yang lalu.

Justeru dipaparkan Soal Jawab dari Hansard Parlimen pada 12 November, 1975:

Tuan Lim Kit Siang minta Perdana Menteri menyatakan samada semua negeri di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah telah menandatangani perjanjian dengan Petronas untuk mencarigali minyak di sepanjang pantai dan samada perjanjian tersebut mengandungi apa-apa syarat dan kepentingan bersama. Nyatakan juga keuntungan bersama yang akan diterima oleh tiap-tiap negeri.

Perdana Menteri (Tun Razak): Tuan Yang di-Pertua, semua negeri di Malaysia, melainkan Sabah dan Selangor, telah menandatangani perjanjian dengan Petronas sebagaimana yang dikehendaki oleh Akta Kemajuan Petrolium, 1974. Saya diberitahu Kerajaan Negeri Selangor pun telah bersetuju menandatangani perjanjian ini. Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5% daripada nilai petrolium yang dijumpai dan diperolehi di negeri masing-masing samada yang diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan negeri tersebut, yang dijual oleh Petronas ataupun ejensi-ejensi ataupun konraktor-kontraktornya.


Oleh yang demikian, beliau meminta Najib (anak) yang juga Perdana Menteri keenam untuk menjaga komitmen ayahnya, Tun Razak.

Katanya, ayah Najib (Tun Razak) yang juga kedua Perdana Menteri Kedua menyatakan Kelantan dan Terengganu adalah berhak keatas bayaran 5% royalti minyak bagi aktiviti pengeluaran minyak "samada di darat atau di luar pantai", sebagaimana termaktub dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974,

Lim berkata lagi, salah seorang arkitek Akta tersebut adalah Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang telah bercakap benar di atas hak-hak perundangan Kelantan dan Terengganu keatas 5% royalti minyak yang dihasilkan di luar pantai dan bukan sebagai "wang Ihsan".
“Jika tidak, slogan 1Malaysia Najib hanya akan menjadi bahan jenaka, jika hak-hak perundangan dan status negeri-negeri keatas bayaran royalty petroleum terus dipolitikkan,

”dan bergantung samada adakah UMNO / Barisan Nasional yang berkuasa, sebagaimana yang terjadi kepada Terengganu dan Kelantan,”katanya dalam satu kenyataan melalui laman blognya.

MB NS 'hilang kata-kata' isu penyeludupan RM10 juta ke luar negara.

dipetik daripada Chegubard.blogspot.com

Isnin lepas, YB Antony Loke telah membangkitkan isu mengenai kaitan Menteri Besar Negeri Sembilan yang dikaitan dengan Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd sebuah syarikat yang dibatalkan lesen oleh Bank Negara kerana terlibat dalam pemindahan wang 'melanggar undang undang ke luar negara dalam persidangan DUN NS.

Menurut maklumat yang diperolehi dari sumber dalaman Bank Negara cukup untuk mengaitkan Menteri Besar Negeri Sembilan terlibat dalam pemindahan wang dalam jumlah amat besar ke luar negara sekitar Mac 2008. YB Tian Chua telah membangkitkan perkara ini dalam Parlimen dan cheGuBard telah menulis surat terbuka mencabar penjelasan Menteri Besar.

Semalam semasa ucapan penggulungan dalam Dewan Undangan Negeri Sembilan, Menteri Besar NS kelihatan hilang kata - kata dengan hanya mengatakan dia tak berminat nak jawab soalan pembangkang mengenai penglibatan beliau dalam 'penyeludupan wang' ke luar negara tetapi sebaliknya mengakui beliau kini sedang di sisasat oleh pihak berkuasa.

Tanpa menyebut pihak berkuasa agensi mana yang menyiasat beliau mengenai penglibatan beliau dalam penyeludupan wang tersebut beliau telah diselamatkan dari asakan soalan dengan tindakan 'kurang ajar' beberapa ADUN Bn yang bangun menjerit - jerit malah speaker juga bertindak menyelamatkan Menteri Besar dari terus diasak.

Apa yang penting di sini Menteri Besar jika berani jawab surat terbuka cheGuBard !!

Keduanya yang pasti beliau mengakui terlibat dan takut hendak menafikanya dalam dewan kerana cheGuBard amat yakin Menteri Besar tahu apa bukti yang cheGuBard punya. Jika dia berani menafikan dalam dewan maka dia akan menjadi Menteri Besar pertama yang akan dihadapkan ke Jawatankuasa hak dan kebebasan Dewan kerana menipu.

Persoalan jauh lebih penting ialah wang siapa yang 'diseludup' keluar ? Wang tersebut 'diseludup' kepada siapa ? Transaksi berlaku sekitar Mac 2008, adakah ia berkaitan dengan wang dana kempen pilihanraya ?

Jika ia transaksi sah kenapa ia perlu diselindungkan sehingga melanggar akta Bank Negara sehingga menyebabkan Salamath Ali Manoy Changer dibatalkan lesen.... jika ia dilakukan secara sah terangkan kepada rakyat Negeri Sembilan segera !!

Walaubagaimana pun seperti biasa media seperti SINAR Harian diganggu tangan ghaib dari menyiarkan berita ini.

Surat terbuka sebelum ini yang dihantar kepada MB NS sebelum Bagan Pinang tidak dijawab oleh MB malah usaha dari pejabatnya menghalang media melaporkan surat tersebut.

Anwar Menang Saman Fitnah Terhadap New Straits Times Press

Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan New Straits Times Press (NSTP) membayar RM100,000 kepada Anwar Ibrahim kerana memfintah mantan timbalan perdana menteri itu.

NSTP juga diarah membayar RM20,000 bagi menampung kos mahkamah dan tambahan faedah 8 peratus selagi pampasan itu tidak dibayar.

NST diheret ke mahkamah selepas akhbar itu menyiarkan rencana pada 2 Mac 2002, mendakwa Anwar kononnya menyorokkan RM3 billion di akaun-akaun bank luar negara.

Akhbar itu turut menfitnah Anwar dengan melaporkan Anwar kononnya menggunakan pertubuhan tertentu di Amerika Syarikat untuk mempromosi dirinya.

Pesuruhjaya kehakiman Datuk Harminder Singh berkata akhbar itu gagal membuktikan kesahihan laporan yang disiarkannya.


Peguam Anwar, Sankara Nair menyambut baik keputusan penghakiman berkenaan yang disifatkannya sebagai adil.

“Datuk Seri Anwar Tidak dapat hadir hari ini. Kami Sangat gembira dan berpuas hati dengan keputusan hakim Harmindar Singh, beliau telah melakukan yang terbaik dengan menilai semua aspek dalam kes ini dan analisa semua isu perundangan dari kedua-dua pihak secara rapi,” katanya.

Harmindar berkata rencana tersebut berunsur fitnah kerana ia menggambarkan Anwar sebagai seorang yang tidak ada integriti, dan ahli politik yang tidak boleh dipercayai.

Beliau berkata New Straits Times dan ketua pengarangnya ketika s itu Datuk Abdullah Ahmad gagal membuktikan kesahihan tuduhan-tuduhan yang disiarkan akhbar berkenaan.

Mahkamah mendapati rencana NST ini turut berniat jahat dan lebih dari sekadar menerbitkan semula rencana New Republic.

Pampasan yang diberikan oleh mahkamah kepada Anwar jauh lebih rendah daripada 100 juta ringgit yang dituntut oleh peguam Ketua pembangkang itu.

Namun Sankara berkata Anwar berpuashati dengan keputusan mahkamah membela kredibilitinya.

“Seperti saya katakana, bukan duit sebab utamanya. Disebabkan marah anda akan letak jumlah untuk menunjukkan kemarahan dan kekecewaan, tetapi akhirnya duit tidak bernilai berbanding petunjuk,” katanya.

Beliau berkata, Anwar mahu kes ini menjadi pengajaran kepada mana-mana media supaya lebih berhati-hati dalam menyiarkan sebarang laporan.

Salam Aidiladha-Pengerusi MPN PKR NS

ALLAHHU AKBAR..

Bersempena dengan Eidhul Adha yang disambut pada 10 Zulhijjah ini, Parlimen Telok Kemang tidak ketinggalan dalam menganjurkan Ibadah Qurban. Program tahun ini akan diadakan di Kg. Bukit Pelandok (DUN Chuah), Kg. Telok/Pasir Panjang (DUN Linggi) & Tmn. Politeknik (DUN Bagan Pinang) pada Hari Raya Qurban yang ke 2. Setakat ini sebanyak 3 ekor lembu disumbangkan untuk dikorbankan dan dagingnya akan diagih-agihkan kepada asnaf di kawasan berhampiran.

Eidhul Adha atau Hari Raya Korban tersirat falsafah dan pengajaran bahawa Ibadah Qurban dan pengorbanan sangat mulia dan penting dalam kehidupan umat Islam. Pengajaran dan falsafah dari peristiwa Ibrahim A.S dan Ismail A.S menunjukkan kepatuhan mereka kepada perintah Allah SWT lebih daripada yang lain walaupun membabitkan ianya persoalan nyawa dan kasih sayang seorang ayah dan anak. Terdapat banyak hikmah dan pengajaran di sebalik ibadah korban, antaranya melatih diri sanggup berkorban pada perkara yang berkaitan kebaikan serta kebajikan.

Melaluinya ia akan membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak dalam diri seseorang manusia serta sebagai tanda kesyukuran atas nikmat Allah SWT yang dikurniakan samada kita sedari mahupun tidak.

Namun dalam takrifan yang lebih luas, Ibadah Qurban tidak semestinya dengan menyembelih haiwan semata-mata, tetapi juga bermaksud berkorban masa, tenaga dan harta benda bagi membantu golongan rakyat marhaen yang memerlukan pembelaan serta kesediaan kita untuk berjuang dalam menegakkan keadilan, menentang rasuah dan penyelewengan pemerintah atas niat kita semata-mata kerana Allah SWT.

Sesungguhnya pengertian dan falsafah ibadah korban yang lebih luas seharusnya kita fahami dan hayati. Natijah dari Eidhul Adha adalah kebahagiaan dan kejayaan perlu kepada pengorbanan.

Pengorbanan pula sangat berkait rapat dan perlu kepada ketabahan, kesabaran, dan diikuti dengan Tawakal. Inilah intipati falsafah Hari Raya Korban yang seharusnya kita manfaatkan.

Salam dari:
DATO’ KAMARUL BAHARIN BIN ABBAS
Ahli Parlimen Telok Kemang
10 Muharram 1430 Hijrah

Wednesday, November 25, 2009

Selangor rasmi boikot program BTN

Selangor hari ini memutuskan untuk menghentikan penyertaan para pelajar institusi pengajian tinggi miliknya ke program anjuran Biro Tatanegara (BTN), kata exco pendidikan tingginya Dr Halimah Ali.

Keputusan yang berkuatkuasa serta-merta itu dibuat dalam mesyuarat exco kerajaan negeri susulan desakan sekumpulan ADUN Pakatan Rakyat di negeri itu yang mendakwa program kendalian biro bawah Jabatan Perdana Menteri itu membangkitkan sentimen perkauman.

Tiga buah pusat pengajian tinggi yang dimiliki kerajaan negeri itu: Universiti Industri Selangor (Unisel), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Kolej Antarabangsa INPENS.

Dalam sidang medianya di Shah Alam selepas mesyuarat itu, Dr Halimah menyifatkan program BTN sebagai "indoktrinisasi kerajaan (pusat) BN untuk menimbulkan fenomena yang agak racist (perkauman) dan memecah belah penduduk pelbagai bangsa."

Selasa minggu lalu, sekumpulan wakil rakyat muda Pakatan Rakyat menulis surat kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membuat desakan demikian.

ADUN-ADUN yang membuat desakan itu: Amirudin Shari (PKR-Batu Caves), Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku), Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR-Seri Setia), Jenice Lee Yin Ha (DAP-Teratai), Hannah Yeoh Tseow Suan (DAP-Subang Jaya) dan Gan Pei Ni (PKR-Rawang).

Pemimpin Besar PRM Sertai PKR

Kemasukan bekas Presiden Parti Rakyat Malaysia, Hassan Abdul Karim ke Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberi makna baru kepada perjuangan parti.

Sebagai seorang yang cukup berpengalaman dalam bidang politik, Hassan juga terkenal dengan semangat jitu memperjuangkan prinsip kepedulian rakyat.

“ Kemasukan Hassan Kari ini pada pandangan saya ialah tindakan yang telah dijangka kerana Hassan Karim ialah seorang pejuang yang terkenal, pejuang tokoh sosialis yang memang terbukti dari segi ketahanan dia” ujar ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf.

Mengimbas kembali bertautnya hubungan di antara PRM dan Keadilan pada suatu ketika dahulu walaupun tanpa kehadiran Ketua Pembangkang adalah bukti kekuatan Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat.

“ Sebab itu ketika mana, Parti Rakyat Malaysia (PRM) bergabung dengan Keadilan ketika itu, sebenarnya pada waktu itu sudah ada kefahaman walaupun pada waktu itu Datuk Seri Anwar Ibrahim masih berada di dalam penjara. Maka kemasukan Hassan Karim membuktikan sekali lagi, ianya merupakan gabungan parti-parti yang mantap".

“ Yang lain-lain itu saya rasa, kemasukan Hassan Karim sekali lagi membuka ruang kepada tapak permulaan Pakatan Rakyat terus berkembang di Johor" tambahnya lagi.

Ahli parlimen Sungai Petani, Johari Abdul juga turut mengalu-alukan kemasukan Hassan ke dalam PKR.

Beliau berkata persiapan PKR menawan Johor Darul Takzim semakin mantap dengan kehadiran tokoh rakyat ini.

“ Kita mengalu-alukan kemasukan Hassan sebagai pemimpin yang telah lama berjuang. Dia seangkatan dengan syed Hussin Ali sebenarnya. Saya rasa ini akan memperkukuhkan lagi Keadilan khususnya di Johor”

Hassan sebelum ini telah meletakkan jawatannya dalam PRM apabila usulnya agar parti komponen itu menyertai Pakatan Rakyat ditolak.

Hassan telah mengemukakan usul agar PRM menyertai Pakatan Rakyat sewaktu menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Kongres Nasional PRM ke-41 yang di adakan 15 November lalu.

Tengku Razaleigh ketuai kaukus royalti minyak


Pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah akan mengetuai kaukus parlimen yang akan membincangkan isu royalti petroleum dan gas, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap kepada pemberita di lobi parlimen hari ini, Anwar berkata, Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang, telah menyatakan persetujuannya pagi ini.

Pakatan Rakyat mencadangkan penubuhan kaukus itu minggu lepas, ekoran pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa mulai tahun depan, kerajaan pusat akan membayar 'wang ehsan' kepada Kelantan dari hasil carigali minyak luar pantai di negeri itu.

Pengumuman itu mendapat tentangan wakil rakyat Pakatan, terutama dari Kelantan, yang berpendapat kerajaan pusat sepatutnya membayar royalti minyak dan bukannya wan ehsan.

Tengku Razaleigh tidak menghadiri sidang akhbar hari ini, tetapi telah meminta Anwar mengumumkannya.

"Ia merupakan isu panas sekarang dan saya fikir Tengku Razaleigh, yang pengalaman luasnya, akan dapat membantu kita," kata Anwar.

Kaukus itu juga akan menyediakan draf pindaan terhadap Akta Pembangunan Petroleum 1974.

"Kita baru sahaja mengedarkan draf tersebut. (Walaupun) terdapat peruntukan yang jelas (dalam akta asal)... terdapat kekaburan (di mana ia) tidak menyatakan secara khusus isu wilayah dan (sempadan) luar pantai," kata Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.

"Kita mahu membuatnya menjadi lebih jelas dalam undang-undang supaya tidak ada interpretasi yang bercanggah dengan kepentingan negeri-negeri.

"Kita akan cuba menyiapkan draf itu untuk dibahaskan dalam sidang parlimen sekarang," tambahnya.

Anwar berkata, beliau juga akan memaklumkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz mengenai penubuhan kaukus tersebut.

Kota Siputeh: Mahkamah tangguh DUN kosong

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan penangguhan sementara perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya mengadakan pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh.

Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin menolak permohonan SPR untuk menangguhkan perintah tersebut.

Keputusan Mahkamah Rayuan itu diumumkan kira-kira jam 7.30 malam. Esok merupakan tarikh akhir bagi SPR melaksanakan perintah mahkamah tinggi supaya mengeluarkan writ pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh.

Berikutan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini, SPR boleh menangguhkan pengeluaran writ tersebut untuk mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian.

Keputusan hari ini dibuat sebulat suara oleh panel hakim yang diketuai oleh Datuk Sulong Matjeraie. Dua lagi hakim ialah Datuk Kang Hwee Gee dan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abd Aziz Abdul Rahim.

Mengikut undang-undang, apabila SPR telah mengeluarkan writ tersebut, maka ia tidak boleh dibatalkan.

Sebelum itu, peguam kanan persekutuan, Kamaluddin Md Said berhujah bahawa wujud keadaan tertentu yang membolehkan penangguhan itu dibuat.

Katanya, jika SPR sudah menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian, dan jika rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi kemudiannya dibenarkan, maka pilihan raya kecil itu adalah satu pembaziran dana awam.

Kamaluddin juga menegaskan, jika pilihan raya kecil diadakan, ia mungkin menyebabkan ada dua wakil rakyat, jika rayuan SPR dibenarkan.

Manakala peguam kanan Sulaiman Abdullah, yang mewakili speaker DUN Kedah, Dr Abdul Isa Ismail pula berkata, jika mahkamah membenarkan penangguhan itu, ianya hanya menghalang perjalanan perlembagaan kerana kerusi tersebut telahpun diisytiharkan kosong.

"Apabila sesebuah kerusi diisytiharkan kosong, maka pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari dan writ pilihan raya hendaklah dikeluarkan esok," katanya.

Sulaiman berkata, juga tidak ada keperluan segera untuk memberi penangguhan kerana Mahkamah Rayuan boleh mendengar rayuan SPR sebelum tempoh 60 hari itu.

Maka katanya, tidak ada keperluan segera untuk mahkamah membenarkan penangguhan.

Tambahan lagi, katanya, mengikut undang-undang, mahkamah tidak boleh memberi sesuatu penangguhan terhadap mana-mana perintah yang dipohon.

Tuesday, November 24, 2009

SPR gagal tangguh perintah kosongkan Kota Siputeh


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal mendapat perintah untuk menangguhkan keputusan mengisytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh di Kedah sebagai kosong.

Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) hari ini menolak permohonan SPR bagi mendapatkan perintah penangguhan itu tetapi suruhanjaya itu telah merujuk perkara berkenaan kepada Mahkamah Rayuan dengan mengemukakan satu lagi permohonan untuk perintah penangguhan.

Jika ia tidak mendapat perintah itu, SPR perlu mengeluarkan writ menjelang Rabu ini bagi mengadakan satu pilihan raya kecil di situ.

Hakim Alizatul Khair Osman Khairuddin berkata beliau bersetuju dengan Sulaiman Abdullah, peguam utama bagi Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail, bahawa SPR gagal meyakinkan mahkamah berhubung isu keadaan luar biasa bagi mewajarkan permohonan itu dibenarkan.

Katanya, alasan mengenai implikasi kewangan yang dinyatakan oleh peguam kanan persekutuan Datuk Kamaruddin Md Said, yang mewakili SPR, tidak boleh ditakrif sebagai satu keadaan luar biasa.

"Mengikut undang-undang, menguruskan pilihan raya merupakan tanggungjawab biasa SPR dan suruhanjaya ini tidak merujuk mana-mana undang-undang kes untuk menyokong hujahnya," kata Alizatul.

Pada 17 Nov lepas, SPR mengemukakan permohonan itu setelah Alizatul membuat keputusan sehari sebelumnya bahawa kerusi berkenaan kosong kerana mendapati penyandangnya Datuk Abu Hassan Sharif daripada BN gagal menghadiri dua mesyuarat dewan itu berturut-turut tanpa mendapat cuti.

Mahkamah membuat keputusan itu ekoran tindakan Speaker DUN memfailkan semakan perundangan setelah SPR menerima sijil sakit Abu Hassan dan mengisytiharkan tidak berlaku kekosongan dan beliau masih mewakili kerusi itu.

Dalam penghakimannya hari ini, Alizatul berkata tanpa unsur keadaan luar biasa, mahkamah tidak dapat membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan keputusan itu.

Friday, November 20, 2009

Konvensyen PKR Negeri Sembilan 2009



PKR Negeri Sembilan akan menganjurkan satu konvensyen khas kepada anggota partinya pada hari Ahad ini. Semua anggota parti seluruh Negeri Sembilan dijemput hadir ke konvensyen ini.

Konvensyen akan bermula jam 9.00 pagi. Para anggota parti diminta hadir awal pagi kerana pendaftaran peserta akan bermula jam 8.00 pagi.

Ketua Umum, Dato' Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucapan amanatnya pada hari tersebut.

Pindaan Perlembagaan Umno mengukuhkan politik wang.



Perwakilan Umno hanya mengambil masa satu setengah jam untuk membahas dan seterusnya meluluskan pindaan perlembagaan parti tersebut di perhimpunan khas yang berlangsung pada 13 Oktober lalu. Tema perhimpunan “Menjana Transformasi” telah digebang-hebahkan oleh media sebagai suatu perluasan demokrasi dalam parti ini.

Namun begitu jika pindaan tersebut diamati dan diperhalusi terutama bagi perkara hak ahli Umno memilih kepimpinan pusat menjadi lebih terhad dan sebenarnya TIDAK melibatkan SEMUA tiga juta ahlinya tetapi sebahagian sahaja yang akan terlibat.

Rasionalnya, sebagaimana yang dimaklumkan oleh Dato’ Seri Hishamuddin Hussein selaku Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan Umno menyebut 95,500 orang perwakilan daripada 191 Bahagian Umno seluruh Malaysia dan 51,000 orang perwakilan dari 17,000 cawangan Umno seluruh Malaysia yang terdiri daripada ketua-ketua sayap parti (Ketua Pemuda, Wanita & Puteri) akan terlibat dalam proses pemilihan kepimpinan parti. Jumlah tersebut melibatkan 146,500 orang perwakilan keseluruhannya daripada tiga juta ahli Umno seluruh Malaysia!

Umno dengan bangganya mentakrifkan parti ini telah meluaskan demokrasi kepada ahlinya dalam pemilihan kepimpinan tetapi berdasarkan maklumat dinyatakan jelas ia telah mengehadkan walaupun hak memilih kepimpinan pusat telah melibatkan bahagian dan cawangan. Tujuan pindaannya memang baik dan ingin menghalang politik wang berlaku namun pindaan ini lebih memperlihatkan kawalan terus perwakilan-perwakilan yang terlibat dalam pemilihan. Ia sebenarnya akan lebih merancakkan politik wang yang sudah sedia subur dalam pemilihan Umno.

Berbeza dengan PKR yang lebih awal melaksanakan perluasan demokrasi dalam parti melalui pindaan perlembagaannya di Kongres Nasional Khas yang berlangsung pertengahan tahun ini. Pindaan tersebut melibatkan istilah-istilah parti seperti bahagian menjadi cabang, ranting (cawangan), anggota (ahli) dan hak memilih yang diluaskan kepada keseluruhan anggota PKR seluruh Malaysia.

Hak memilih kepimpinan pusat PKR telah diluaskan kepada 350,000 anggotanya seluruh Malaysia dan ia bermakna walaupun anggota itu bertaraf ahli biasa, ia tetap terlibat dan mempunyai hak memilih tanpa perlu menjawat sebarang jawatan dalam parti. Ia umpama pilihanraya umum dalam parti. Jelas berbeza dengan Umno yang kononnya meluaskan hak memilih kepimpinan pusat kepada ahlinya di bahagian dan cawangan tetapi HANYA melibatkan ahli-ahli yang berjawatan dalam kerangka pimpinan bahagian & cawangan.

Andainya, PKR memiliki keanggotaan seperti Umno, sudah pasti tiga juta anggota PKR layak mengundi dan memilih kepimpinan pusatnya! Pada landasan ini, PKR lebih demokratik dan progresif berbanding Umno.

Harus diingat, pindaan perlembagaan PKR dibahaskan selama 8 jam sebelum ia diterima oleh seluruh perwakilan cabang PKR. Pindaan tersebut telah menerima 90% sokongan perwakilan (daripada 1300 perwakilan yang hadir) dan 10% perwakilan menentang. Rasionalnya fakta ini, terdapat majoriti sokongan dan sebahagian menentang yang menggambarkan proses demokrasi berjalan dalam PKR dengan lancar berbanding Umno yang membahaskan pindaan perlembagaan dan disokong tanpa ada tentangan dalam tempoh satu setengah jam!

Ketakutan pimpinan utama Umno jelas kerana usul pindaan tempoh jawatan Presiden dihadkan kepada tiga penggal tidak disebut walaupun pernah dinyatakan sebelum perhimpunan khas diadakan. Logiknya, andainya benar Umno menjana transformasi dengan keseluruhan ahlinya diberi hak mengundi dan memilih kepimpinan pusat-akan pasti ada saf kepimpinan utama yang bakal tumbang dan ditolak secara total melalui undi itu. Sahihnya, Umno tidak bersedia ke arah itu.

Masih ada politikus-politikus dalam Umno yang berbisa, berpengaruh dan mempunyai sokongan kuat “ditempangkan” keupayaannya dengan syarat-syarat pertandingan seperti ‘kouta had kelayakan’. Jika hak memilih seluruh ahli berlaku dalam Umno, nescaya kejutan-kejutan yang maha hebat mengoncang Umno melampaui senario Pemilihan Umno 1988 dahulu. Mungkin lebih kencang berbanding pertelingkahan Mahathir-Anwar Ibrahim.

REBIN BIRHAM
Ketua AMK Negeri Sembilan

PKR desak SPR bersihkan daftar pemilih Pekan

Oleh Zukri Aksah

KUANTAN, Nov 20 — Suatu ketika dahulu, pernah dihebohkan akan wujudnya sebuah penempatan seakan kampung baru yang dihuni kebanyakannya oleh orang luar di Unit Peti Undi Sungai Miang dalam Parlimen Pekan.

Semakan terbaru terhadap Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Ketiga Tahun 2009 (1 Julai hingga 30 September 2009) yang dipamerkan bagi bahagian Parlimen Pekan memperlihatkan keganjilan.

Antaranya wujud ramai pengundi baru yang mendaftar sebagai pemilih di bahagian itu akhir-akhir ini.

Kebanyakan mereka dikesan mempunyai alamat asal negeri utara Semenanjung dengan kod negeri dalam kad pengenalan mereka adalah 02 iaitu merujuk kepada Kedah.

Kerusi Parlimen Pekan disandang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Ia merupakan kerusi tradisi beliau sejak awal lagi.

Mengulas tentang ini, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Pahang, Kamarul Hatta Mohamad Ali mendesak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) supaya segera membuat semakan dan pembersihan dalam senarai daftar pemilih.

Sungai Miang terus menimbulkan kecurigaan, apatah lagi dengan wujudnya kelompok masyarakat Myanmar dan Kemboja di situ yang jika dilihat seperti memperoleh keistimewaan untuk memiliki tanah dan mendirikan penempatan dalam waktu yang singkat — keistimewaan yang tidak pernah dirasai oleh penduduk tempatan sendiri.

Ini sejajar dengan penemuan Kamarul Hatta dalam semakannya yang mendapati wujud pemilih berdaftar yang mempunyai kod negeri kelahiran 71, negeri atau negara yang tidak diketahui.

Siasatan The Malaysian Insider mendapati yang kod negeri kelahiran 71 tidak wujud dalam senarai bagi negeri kelahiran seperti yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara, sama ada untuk negeri-negeri dalam Malaysia atau untuk negara-negara luar.

Keadaan sebegini menimbulkan tanggapan, termasuk di kalangan penduduk tempatan sendiri bahawa ini adalah perancangan rapi dalam usaha menetapkan keputusan pilihan raya umum.

Perkara ini adalah serius dan pemindahan pengundi secara begini adalah tindakan haram, kata Kamarul Hatta.

Justeru tegas beliau, SPR perlu bertindak secepat mungkin membuat pemantauan dan penapisan sebelum kewibawaannya dipertikaikan.

SPRM hanya boleh soalsiasat waktu siang sahaja


(Gambar: Tan dan peguamnya, Karpal di Mahkamah Tinggi. Gambar Malaysian Insider)

KUALA LUMPUR, Nov 19: Mahkamah Tinggi memutuskan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh membuat penyiasatan melampaui waktu pejabat yang biasa iaitu antara 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Keputusan ini dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Mohamad Ariff Md Yusof yang mentafsirkan maksud 'day to day' dalam Seksyen 30(3)(a) akta SPRM.

Keputusan ini dibuat oleh Mahkamah Tinggi ekoran saman yang dibuat oleh anggota Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah yang ditahan sepanjang malam oleh SPRM di Plaza Masalam, Shah Alam.

Mahkamah mengarahkan SPRM membayar gantirugi kepada Tan kerana salah menahannya antara 9.45 malam pada 15 Julai hingga 2.53 pagi 16 Julai.

Pendaftar Mahkamah akan membuat penilaian jumlah gantirugi yang patut dibayar kepada Tan termasuk faedahnya.

Keputusan ini selari dengan pekeliling yang dibuat oleh kerajaan negeri Selangor yang mengarahkan pegawai dan kakitangannya hanya boleh disiasat oleh SPRM di waktu pejabat sahaja.

Tan telah ditangkap oleh pegawai SPRM dan dibawa ke Plaza Masalam pada 15 Julai iaitu hari yang sama Setiausahja Politik Exco kerajaan negeri Selangor, Teoh Beng Hock disiasat SPRM.

Teoh juga telah disiasat sepanjang malam oleh SPRM dan dijumpai mati pada keesokan harinya di tingkat lima bangunan sebelahnya.

Kes ini sekarang dalam proses perbicaraan di mahkamah koroner Shah Alam.

Peguam Tan, Karpal Singh menyifatkan kes ini sebagai satu kes yang besar dan akan menentukan corak penyiasatan yang akan dibuat oleh SPRM selepas ini.

"Buat pertama kalinya kita mendapat penghakiman maksud 'day to day' dalam akta SPRM ini," kata Karpal.

Sehingga kini tidak diketahui apakah Peguam Negara akan membuat rayuan kepada kes ini kerana ia melibatkan banyak prosedur badan-badan seperti SPRM dan polis di negara ini.

Thursday, November 19, 2009

PKR NS sokong siapa sahaja calon Pakatan Kota Siputeh

dipetik daripada SinarHarian.com.my


SEREMBAN – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Sembilan, akan menyokong sesiapa sahaja individu yang dicalonkan pucuk pimpinan tertinggi bagi bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh.

Ketua Penerangan PKR Negeri, Ibrahim Yusof berkata, pihaknya akan memberi sokongan kepada sesiapa sahaja calon diletakkan, sekiranya pilihan raya kecil di DUN tersebut diadakan kelak.

“Kita di peringkat pimpinan negeri sentiasa menyokong sesiapa sahaja calon dinamakan, malah akan memberi sokongan penuh dalam setiap aktiviti berkempen.

“Tidak kira calon dari Pas, PKR atau DAP sekalipun, kita akan sokong. Soal siapa bertanding itu tidak penting, yang lebih penting kita dapat merampas kembali kerusi di Kota Seputih, sekali gus memantapkan lagi Pakatan Rakyat dalam kalangan masyarakat.

“Kita yakin, masyarakat setempat pasti akan menyokong PR, sekali gus memberi peluang kepada calon daripada PR mentadbir di kawasan berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, Ketua Pemuda Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan, Rebin Birham berpendapat, pihaknya juga akan memastikan setiap perancangan dan program diatur bagi pilihan raya kecil itu kelak berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

Katanya, pemuda akan sentiasa bekerja keras dan bersiap sedia membantu calon bertanding bagi mengecap kejayaan.

Tambah Rebin, Barisan Nasional atau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak perlu bersusah payah membuat rayuan dan menafikan keputusan mahkamah kerana itu adalah satu kerja yang sia-sia.

“Terimalah keputusan dengan hati terbuka dan bersikaplah profesional dengan apa yang diputuskan oleh mahkamah, tidak perlu rasa takut untuk berdepan dengan pilihan raya kecil di situ,” katanya.

PR cabar BN kosongkan Kota Siputeh


KUALA LUMPUR, 17 Nov: Pakatan Rakyat mencabar Umno agar tidak membuat rayuan di mahkamah bagi membolehkan pilihanraya kecil di Dun Kota Seputeh berjalan sebagaimana yang sepatutnya.

Demikian kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim petang tadi, selepas selesai mesyuarat Pakatan Rakyat di Parlimen. Turut serta dalam sidang media bersama PR itu ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan beberapa pimpinan tertinggi parti masing-masing.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menjelaskan bahawa PKR dan DAP sebulat suara akan membantu PAS, jika pilihanraya kecil berlaku kelak.

Beliau juga turut menjelaskan beberapa isu kehakiman berbangkit, termasuk dalam isu keputusan "tergantung" pengesahan Menteri Besar di Perak.

Ujarnya lagi, sistem kehakiman negara seharusnya hanya tunduk pada perlembangaan.

Beliau juga mengkritik segelintir hakim yang dilihat tunduk pada kuasa eksekutif.

Ditanya tentang konvesyen PR Disember depan, Anwar menjelaskan bahawa mesyuarat tersebut turut membincang isu-isu dasar yang disepakati bersama antara ketiga-tiga parti pembangkang tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, mahkamah akan memutuskan rayuan BN agar pilihanraya kecil Dun tersebut tidak berlaku.

Sekiranya mahkamah menolak rayuan BN sekali gus membangkitkan semula isu berkaitan yang lain, seperti di Dun Perak.

Ini kerana, Speaker Dun Perak V. Sivakumar sebelum ini pernah menghantar Surat Pengosongan Dun kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) ekoran beberapa Adun tidak menghadiri sidang Dun dan gagal dikenal pasti kedudukan mereka.

Namun, SPR mendahului kuasa mahkamah dengan memutuskan bahawa kepitusan tersebut adalah tidak sah.

Akhirnya, keputusan mahkamah Jumaat ini dilihat penting untuk memulihara semula institusi kehakiman itu sendiri.

Wednesday, November 18, 2009

PROJEK PEMBODOHAN ORANG MELAYU

oleh Hishamudin Rais
dipetik dari Tukartiub.blogspot.com

United Malays National Organisation berkhayal bahawa gerombolan mereka sahaja yang mewakili Orang Melayu. Ini sebenarnya satu dongeng. Kesah dongeng ini sengaja disebarkan untuk membodohkan fikrah orang Melayu.

Projek pembodohan Melayu ini adalah sebahagian dari strateji politik United Malays National Organisation. Selama lebih dari 50 tahun proses pembodohkan ini telah dilakukan. United Malays National Organisation amat amat sedar tanpa projek pembodohan ini mereka akan hilang kuasa untuk memerintah.

Kalau di zaman fedual dahulu – orang-orang Melayu dibodohkan dengan pelbagai dongeng tentang daulat raja, tentang hikmat raja, tentang kehebatan raja, tentang ilmu raja atau tentang raja yang mewakili tuhan di bumi ini. Ini semuanya dongeng. Semua ini adalah sebahagian dari projek membodohkan Melayu.

United Malays National Organisation tidak mahu orang Melayu memiliki fikrah dan berkeupayaan untuk berfikir secara bebas. Susuk yang memiliki fikrah dan berkeupayaan berfikir secara bebas pasti akan menjauhkan diri dari gerombolan ini. Manusia yang berfikir akan berkeupayaan untuk melihat tipu belit yang sedang dijalankan oleh gerombolan ini.

Projek pembodohan ini ada yang dijalankan dengan licik sehingga tidak dapat dilihat. Ada pula projek ini yang amat jelas dapat dilihat. Projek pembodohkan yang licik dan yang terang berjalan serentak untuk membonsaikan akal fikrah manusia Melayu.

Cara Pertama:

Menakut-nakutkan Melayu tentang bahaya orang asing. Orang asing yang dimaksudkan oleh gerombolan ini tidak lain dan tidak bukan ialah orang China. Orang-orang China akan dijadikan ‘hantu’ untuk terus menakut-nakutkan orang Melayu.

Akan ditimbulkan pelbagai cerita untuk membuktikan bahawa ekonomi negara ini dimiliki oleh orang China. Racun bencikan China ini telah memandulkan fikrah orang Melayu untuk melihat dengan jelas bahawa wujud persekongkolan yang maha intim antara kroni gerombolan United Malays National Organisation dengan para cukong China.

Para cukong China yang membuat harta kekayaan sebenarnya bekerjasama dengan gerombolan United Malays National Organisation. Kerjasama mereka seperti Abang dengan Adik.

Cuba kita kembali kepada kes Bank Bumiputera yang lingkup pada tahun 80’an dahulu. Nama seperti Hashim Shamsuddin dan Lorraine Osman akan muncul. Ini akan diikuti dengan nama George Tan. Siapakah Loraine Osman ini? Maloan ini tidak lain dan tidak bukan ialah bendahari gerombolan sendiri.

Ini hanyalah satu contoh dari bejuta juta contoh yang lain. Ini belum lagi diambil kira kes PKFZ, Bakun , Pewaja, Formula 1, Moonson Cup, KLCC – dimana wujud kerjasama antara gerombolan dengan ‘orang asing’ untuk menjarah negara.

Cara ke dua:

Menyebar berita dongeng bahawa sesiapa yang menentang United Malays National Organisation bererti menentang raja dan monarki. Ini bukan sahaja dongeng tetapi cerita lawak.

Orang-orang Melayu sengaja dibodohkan dan tidak diarifkan untuk memahami bahawa melawan/menentang/mengkrtitik sistem monarki ini bukan sesuatu yang pelik atau menghairankan.

Dalam sejarah negara Arab banyak raja-raja dalam telah dichampakkan ke dalam tong sampah sejarah. Raja Feisal dari Iraq, Raja Farouk dari Mesir, Raja Idris dari Libya, Raja dari Segala Raja Ahmad Reza Pahlevi dari Iran – semuanya dihumbankan. Justeru – menentang monarki bukan sesuatu yang asing dalam sejarah tamadun manusia. Malah menentang monarki adalah tindakan progresif dan maju.

Tetapi orang Melayu sengaja dibodohkan agar terus terperangkap untuk tunduk melutut tanpa berfikir. Orang Melayu tidak diberi kefahaman yang jelas bahawa : menjunjung ke bawah duli itu ertinya menjunjung tapak kaki. Orang Melayu tidak diberitahu bahawa : pacal itu ertinya anak anjing.

Patek pacal yang hina menyembah duli tuanku bermakna : saya ini anak anjing yang hina menjunjung tapak kaki kamu. Bukan kah ini kerja bodoh dan memperbodohkan diri sendiri. Kenapa orang Melayu dibodohkan sebagini. Kenapa orang Mealyu mahu menjadi bodoh dan terus dibodohkan.

Cara ketiga:

Sesiapa yang menentang United Malays National Organistion di katakan menentang Islam. Ini juga adalah projek membodohkan orang Melayu. Bagaimana menentang gerombolan ini disangkut pautkan dengan agama tidak pula dilakar dengan jelas.

Islam ialah agama kepercayaan. Manakala United Malays National Organistion adalah satu gerombolan politik. Islam telah wujud 1500 tahun dahulu. Gerombolan yang beroperasi hari ini hanya wujud semenjak tahun 1988 dahulu. Manusia Melayu telah menganut Islam 500 tahun dahulu dan tidak ada sangkut paut dengan United Malauys National Organisation.

Manusia Melayu menganut Islam bukan kerana United Malays National Organisation. Mereka menganut Islam kerana satu kepercayaan agama.

Tetapi orang Melayu di Malaysia ini terus ditakut-takutkan seolah-olah gerombolan ini adalah wakil tuhan di atas bumi ini. Ini karut. Tidak ada sesiapa yang mewakili tuhan diatas bumi ini. Menentang United Malays National Organisation bukan menentang agama, bukan menentang Islam dan bukan menentang Tuhan.

Yang Maha Esa tidak pernah melantik United Malays National Organistion untuk menjadi wakil. Malah Yang Maha Esa tidak juga melantik Pope, Sami, Dalai, Ayahtollah, Padri, Rabbai – untuk menjadi wakil.

Apa yang terjadi ialah para agamawan ini adalah orang-orang yang beramal dan beribadat. Mereka mengikut selurus dan setepat mungkin ajaran-ajaran dari kitab-kitab suci. Semua mereka adalah manusia yang sama seperti Mak Cik dan Pak Cik di Felda Sungai Rokan – bezanya mereka boleh befikir dan berilmu.

Ahkirnya:

Projek pembodohan Melayu ini telah dibudayakan. Ini bererti ianya telah menjadi sebahagian dari proses budaya pemikiran Melayu. Lembaga-lembaga daulah yang wujud telah diarahkan untuk terus menjalankan projek pembodohan ini.

Kaedah pembelajaran dan media adalah dua lembaga yang digunakan untuk projek membodohkan Melayu. Media Melayu jika dibandingkan dengan media yang bukan Melayu amat ketara bezanya. Tahap laporan berita, tahap tulisan rencana, tahap soal jawab agama dalam media Melayu – semuanya memiliki nilai bodoh yang amat tinggi.

Bagitu kaedah permbelajaran dan keilmuan. Anak-anak muda Melayu terus diperbodohkan dalam sistem pembelajaran yang sedia wujud. Justeru kerana itu ibu bapa dalam masyarakat China tidak mahu anak anak mereka masuk ke sekolah aliran Melayu. Mereka tidak mahu anak anak mereka jadi bodoh. Dalam masa yang sama , makin ramai ibu bapa Melayu telah mula menghantar anak-anak mereka ke sekolah aliran China. Di sekolah aliran bukan Melayu masih ada peluang untuk anak-anak sekolah ini diajar untuk berfikir bukan diajar untuk menjadi bodoh.

Kemelut politik hari ini adalah hasil dari projek pembodohan orang Melayu. Masih ramai lagi orang Melayu yang bodoh sehingga mereka gagal untuk membezakan apa yang betul dan apa yang salah. Apa yang hak dan apa yang batil. Projek bodoh ini telah juga memesongkan nilai budaya orang Melayu.

Orang Melayu yang telah dibodohkan gagal melihat bahaya rasuah malah mereka dengan bangga akan mengangkat pemimpin pengamal rasuah. Orang Melayu yang telah berjaya dibodohkan gagal melihat bagaimana sistem kehakiman dan keadilan dalam negara ini boleh dijual beli. Mereka ini terus ingin menjadi bodoh.

Orang Melayu yang ingin terus menjadi bodoh ini gagal melihat pembunuh, pencolek, pengambil rasuah – bukan satu pekerjaan salah. Budaya songsang lagi bodoh ini melihat kejahatan itu baik dan suci kerana ianya dilakukan oleh manusia Melayu beragama Islam yang memiliki kad gerombolan United Malays National Organisation.(TT)