Selangor hari ini memutuskan untuk menghentikan penyertaan para pelajar institusi pengajian tinggi miliknya ke program anjuran Biro Tatanegara (BTN), kata exco pendidikan tingginya Dr Halimah Ali.
Keputusan yang berkuatkuasa serta-merta itu dibuat dalam mesyuarat exco kerajaan negeri susulan desakan sekumpulan ADUN Pakatan Rakyat di negeri itu yang mendakwa program kendalian biro bawah Jabatan Perdana Menteri itu membangkitkan sentimen perkauman.
Tiga buah pusat pengajian tinggi yang dimiliki kerajaan negeri itu: Universiti Industri Selangor (Unisel), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Kolej Antarabangsa INPENS.
Dalam sidang medianya di Shah Alam selepas mesyuarat itu, Dr Halimah menyifatkan program BTN sebagai "indoktrinisasi kerajaan (pusat) BN untuk menimbulkan fenomena yang agak racist (perkauman) dan memecah belah penduduk pelbagai bangsa."
Selasa minggu lalu, sekumpulan wakil rakyat muda Pakatan Rakyat menulis surat kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membuat desakan demikian.
ADUN-ADUN yang membuat desakan itu: Amirudin Shari (PKR-Batu Caves), Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku), Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR-Seri Setia), Jenice Lee Yin Ha (DAP-Teratai), Hannah Yeoh Tseow Suan (DAP-Subang Jaya) dan Gan Pei Ni (PKR-Rawang).
2 comments:
APA NI? DAH JADI KERAJAAN NEGERI PUN MASIH DITULIS SEBAGAI GABUNGAN PEMBANGKANG KE? Kenapa si Blogger PKR NS ni masih lagi tak perihatin dengan perkara ini? atau tak faham? atau memang mentaliti pembangkang si blogger ni dah tebal? Harap hati-hati bila menulis ye..
---------------------
Selasa minggu lalu, sekumpulan wakil rakyat muda tiga parti dalam (gabungan pembangkang) itu menulis surat kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membuat desakan demikian. ADUN-ADUN yang membuat desakan itu: Amirudin Shari (PKR-Batu Caves), Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku), Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR-Seri Setia), Jenice Lee Yin Ha (DAP-Teratai), Hannah Yeoh Tseow Suan (DAP-Subang Jaya) dan Gan Pei Ni (PKR-Rawang).
Terima kasih atas ingatan saudara itu. Mohon maaf atas kecuaian kecil tersebut.
Post a Comment