Tuesday, November 3, 2009
Ahli Parlimen Sri Gading Pertahan Tindakan
Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamed Aziz tetap mempertahankan tindakannya mendesak Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Khoon berundur dari barisan Kabinet Najib Razak.
Mohamed Aziz berkata pihaknya berpandangan Koh tidak layak menduduki Kabinet, namun menyambut baik tindakan Najib mengenepikan saranan itu.
“ Nasihat TPM kita terima dengan baik. Terima kasih kepada beliau lah” katanya.
Manakala bagi ahli parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin pula, ujarnya beliau dan Aziz akan terus menegur sesiapa sahaja yang dirasakan perlu ditegur dalam parlimen. “ Soal tegur bukan hanya kepada Koh Tsu Khoon atau Tee Keat, kita tegur mana yang kita lihat ada kepincangan dan rakyat lihat perlu ditegur. Itu sahaja", ujar beliau.
Malah ujar Aziz, apa yang dilakukan hanyalah untuk kepentingan rakyat semata-mata.
“ Untuk rakyat. Kan kita kata rakyat didahulukan" ujar Aziz lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment