Wednesday, November 25, 2009

Tengku Razaleigh ketuai kaukus royalti minyak


Pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah akan mengetuai kaukus parlimen yang akan membincangkan isu royalti petroleum dan gas, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap kepada pemberita di lobi parlimen hari ini, Anwar berkata, Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang, telah menyatakan persetujuannya pagi ini.

Pakatan Rakyat mencadangkan penubuhan kaukus itu minggu lepas, ekoran pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa mulai tahun depan, kerajaan pusat akan membayar 'wang ehsan' kepada Kelantan dari hasil carigali minyak luar pantai di negeri itu.

Pengumuman itu mendapat tentangan wakil rakyat Pakatan, terutama dari Kelantan, yang berpendapat kerajaan pusat sepatutnya membayar royalti minyak dan bukannya wan ehsan.

Tengku Razaleigh tidak menghadiri sidang akhbar hari ini, tetapi telah meminta Anwar mengumumkannya.

"Ia merupakan isu panas sekarang dan saya fikir Tengku Razaleigh, yang pengalaman luasnya, akan dapat membantu kita," kata Anwar.

Kaukus itu juga akan menyediakan draf pindaan terhadap Akta Pembangunan Petroleum 1974.

"Kita baru sahaja mengedarkan draf tersebut. (Walaupun) terdapat peruntukan yang jelas (dalam akta asal)... terdapat kekaburan (di mana ia) tidak menyatakan secara khusus isu wilayah dan (sempadan) luar pantai," kata Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.

"Kita mahu membuatnya menjadi lebih jelas dalam undang-undang supaya tidak ada interpretasi yang bercanggah dengan kepentingan negeri-negeri.

"Kita akan cuba menyiapkan draf itu untuk dibahaskan dalam sidang parlimen sekarang," tambahnya.

Anwar berkata, beliau juga akan memaklumkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz mengenai penubuhan kaukus tersebut.

2 comments:

jay son tang said...

Ini menunjukkan dengan jelas bahawa PKR adalah sebuah parti yang tidak kecondongan di dalam dasar politiknya dan pemimpinnya pula tidak serong di dalam hal-hal kenegaraan. Sikat pemimpin kita di PKR betul-betul mencerminkan slogan 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamaka' dan tidak setakat melaung-laungkannya sahaja seperti orang yang 'menciptanya'. Cadangan untuk YM Tengku Razaleigh mengetuai kaukus adalah berdasarkan kewibawaan YM dan pengalaman YM dan bukan kepercayaan politiknya. Ini adalah cara politik PKR yang matang dan yang bertanggungjawab terhadap kepentingan rakyat serta ekonomi negara. Orang BN patut ikut cara Anwar menangani isu-isu penting negara dan bukan asyik nak mengkritik dan melaung-laungkan slogan yang mereka sendiri tak faham apa maksudnya.

PKR Negeri Sembilan said...

Utk info, YM Kuli pernah memegang jawatan Pengerusi Petronas era 70an dahulu...kearifan beliau dlm hal berkaitan perjanjian Petronas n kerajaan negeri kelantan ketika itu, adalah antara sebab utama beliau dipilih mengetuai kaukus ini...

Semoga rakyat Msia khususnya rakyat Kelantan memahami tuntutan royalti ini...jgn jadi bodoh seperti Bendahari Umno Kelantan, Hanafi Mamat yg mengatakan rakyat tidak tahu terma 'royalti', 'wang ihsan'...betapa jelasnya Hanafi Mamat sedang 'membahlolkan' diri sendiri sedangkan rakyat telah maklum memahami istilah tersebut.

Royalti minyak kpd kelantan=RM1billion...

Wang ehsan=suka hati Najib nak bagi berapa pun....sebagaimana terjadi di Terengganu era Pas (1999-2004)...royalti dirampas dan ditukar dgn wang ehsan....