Tuesday, April 26, 2011

Program Bulan Mei

'Sepetang Bersama Timbalan Presiden'
1 Mei 2011/Ahad
Felda Jelai 3, Tampin
3-5 petang.

'Mengombak Kemenangan Kuala Pilah'
8 Mei 2011/ Ahad
Kg Seri Pilah, Senaling, Kuala Pilah
9.00 malam

Penceramah:

YB Azmin Ali, YB Saifuddin Nasution,

YB Zuraida Kamaruddin, Dato’ Kamarul Baharin Abas,

Sdr. Zulkefli Omar (PAS) YB Anthony Loke (DAP). Sdr. Zaharuddin Othman (YDP PAS KP)


'DSAI bersama Rakyat Jelebu'
8 Mei 2011/ Ahad
Jamuan Makan Malam Bersama Masyarakat Tionghua & Pengundi
Pekan Simpang Pertang, Jelebu
8.30 malam


'Pembongkaran Habis-Habisan Isu Video Seks'
13 Mei 2011/Ahad
Lot 1047, Kg Lambar Batu 11 Labu.

9.00 malam

Penceramah:

YB Dato' Johari Abdul
YB Yusmadi Yusof
YB Dato' Kamarul Baharin Abbas


Saturday, April 16, 2011

PRN Sarawak: PKR mendahului di kawasan Miri

Sehingga jam 12.00 pm, beberapa keputusan tidak rasmi telah diperolehi dan PKR telah mendahului BN di Dun Layar, Kakus, Tamin, Meluan dan Ba'kelalan.

Menurut maklumat daripada Bilik Gerakan Utama (BGU) di Miri, keputusan-keputusan yang telah diperolehi adalah seperti berikut;

DUN Tamin. DM Sukuau : PKR 113 BN 38 Undi.

N53.Kakus,Polling station SK kuala penyarai kakus BN 70,PKR 122,PCM 1,Bebas 5.

N52 Tamin - Keputusan X rasmi. Saluran di Rumah Tujoh Bejait Ulu Oya : PKR - 113 , BN - 38 , Undi rosak - 5

Keputusan X rasmi. N31 Dun Layar, saluran di Rumah Empeni Bungkang dan Rumah Pagah Pelepok: PKR-28, BN-8 undi

Friday, April 15, 2011

Video seks: 7 soalan yang perlu dijawab

Berikut beberapa perkara yang mencurigakan berhubung pita video yang memaparkan seorang lelaki yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita.

1) Catatan masa di vedeo: Sekejap ada, sekejap tiada

Apabila Datuk Shazryl Eskay Abdullah, yang mendalangi kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai 'Datuk T' menayangkan video berkenaan kepada Malaysiakini Hazlan Zakaria di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac, beliau menarik perhatian wartawan berhubung catatan masa yang dirakamkan pada video berkenaan.

NONE"Sila perhatikan tarikh dan juga kod masa,” kata Eskay (kanan) sambil menegaskan tarikh rakaman adalah pada 21/2/2011 dan kod masa video adalah 22:23.

Apabila versi yang disunting selama dua minit itu disiarkan di YouTube minggu lalu, kod masa telah ditampal dengan perkataan bahasa Thai yang berbunyi, "Phaholyothin Road, Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011".

Eskay agak berhati-hati dan mendakwa hanya beliau mempunyai satu-satunya rakaman video itu. Malah, wartawan yang dijemput menonton tayangan video berkenaan juga diminta meninggalkan telefon bimbit, pen dan buku nota di luar bilik. Mereka juga dikehendaki memakai jaket khas sehingga paras lutut.

Soalan No 1: Jika Eskay hanya mempunyai hanya salinan klip video itu yang kemudiannya diserahkan kepada polis, siapa yang membocorkan video yang telah disunting kepada YouTube? Dan kenapa ada perkataan bahasa Thai pada rakaman itu bagi menutup kod masa rakaman.

2) Buatan Malaysia atau Thailand?

"Video ini dirakamkan di sebuah spa di KL," kata Eskay, yang sebelum ini pernah berkhidmat sebagai konsul kehormat Thai di Langkawi kepada Hazlan.

NONESebaik Eskay disiasat oleh polis, terdapat laporan mereka telah mengunjungi beberapa tempat sekitar Ampang bagi mencari bukti.

Wartawan Malaysiakini juga menunggu sehari suntuk di sebuah apartmen selepas diberitahu polis mungkin mengunjungi lokasi itu tetapi gagal merakamkan sebarang aksi.

Pihak polis bagaimanapun memaklumkan mereka telah menyiasat di tempat di mana video berkenaan dikatakan dirakamkan.

Walaupun polis agak liberal dengan maklumat siasatan video seks itu dan mengatakan video berkenaan adalah 'tulen' dan mereka sedang mencari pemilik jam Omega - tetapi polis membisu mengenai tempat video seks itu dirakamkan.

Visual berkenaan tidak mempunyai audio dan tidak diketahui jika tiga orang yang dirakamkan dalam tersebut bertutur dalam bahasa asing.

Yang menarik, Eskay mendakwa beliau dan Anwar telah melawat Thailand beberapa kali dan menuntut ketua pembangkang itu mendedahkan semua lawatan berkenaan.

Soalan No 2: Adakah video itu dirakamkan di Malaysia ataupun tempat lain?

3) Stamina lelaki 63 tahun

Eskay tegas mengatakan aksi seks itu dirakam pada 21 Februari 2011. Pada hari berkenaan, Anwar Ibrahim menghabiskan masa sepanjang hari menghadiri perbicaraan mahkamah kes dakwaan liwat - dari jam 8.35 pagi hingga 4.15 petang.

NONEMengikut catatan masa di video yang ditunjukkan oleh Eskay, aksi seks berlaku pada 10.23 malam hari berkenaan dan berlangsung selama 17 minit.

Menurut wartawan Malaysiakini, Hazlan - antara wartawan terpilih yang menyaksikan video berkenaan - pasangan itu terbabit dengan pelbagai aksi. Bermula dengan wanita itu di atas diikuti beberapa aksi lain di bahagian-bahagian tertentu katil.

Dipercayai lelaki itu 'sampai kemuncaknya' sebanyak dua kali tetapi ini tidak dapat dipastikan.

Soalan No 3: Mampukah lelaki berusia 63 tahun dan pernah menjalani rawatan sakit tulang belakang melakukan aksi seks ganas, lebih-lebih lagi dengan kedudukan wanita di atasnya?

Saturday, April 9, 2011

PKR dijangka menang besar di Sarawak

Kehangatan PRN Sarawak kian dirasai dan gelombang perubahan terserlah di kalangan rakyat Sarawak khususnya kaum Dayak. Jika laporan-laporan media massa kawalan BN kerap melaporkan kepincangan dan kelemahan gerakan PR, mungkin bayangan kekalahan akan berlaku kepada PR tetapi harus diingat rakyat Sarawak kini bersemangat menyokong PR.

Kempen-kempen dan gerakan terus ke akar umbi memperlihatkan sokongan padu orang-orang Iban dan Orang Ulu di kawasan Miri, Bintulu, Lawas, Kapit dan Limbang. Isu tanah adat (NCR) begitu terkesan kepada masyarakat luar bandar kesan penipuan tanah yang telah dilakukan oleh Taib Mahmud sejak 30 tahun lalu.

Kawasan Belaga khususnya yang terletak jauh di pedalaman Bahagian Kapit telah menyerlahkan semangat sokongan yang luar biasa kepada PKR. Pembalakan hulu Rajang dan pembinaan Empangan Bakun telah memberi kesan negatif kepada kehidupan masyarakat Iban. Sungai menjadi nadi kehidupan penting di kawasan ini, namun pencemaran akibat pembalakan haram dan apungan sisa-sisa pembalakan di sepanjang Sungai Rajang telah mencetuskan kebimbangan penduduk-penduduk sepanjang sungai ini hingga laluan bot terjejas teruk. Keyakinan PKR cukup tinggi kawasan ini bakal memberi undi kemenangan kepada PKR.

Sumber tidak rasmi daripada pendokong utama SPDP (Parti Demokratik Progresif Sarawak) di kawasan Miri cukup gusar dan bimbang dengan kempen dan gerakan aktif PKR di kawasan tersebut. Malah, menurut sumber tersebut kemungkinan peluang mereka agak tipis dan dijangka tewas. Bagaimanapun, semua jentera PKR yang berada di kawasan Miri perlu meningkatkan gerak-kerja kempen dan menyusun strategi yang baik agar tidak menjadi selesa walaupun mengetahui potensi kemenangan bakal memihak kepada PKR.

Kawasan-kawasan bandar yang ditandingi PKR seperti Batu Lintang, Senadin, Nangka dan Satok dijangka tidak berhadapan masalah untuk mendapatkan undi Cina. Batu Lintang umpamanya hanya perlu merebut undi daripada 2,450 pemilih Bumiputera untuk mengundi PKR. Selebihnya sokongan pemilih Cina mampu dilonjakkan sehingga 80%. Satok walaupun kerusi kawasan bandar tetapi ia merupakan kawasan majoriti Melayu, hanya gerak kerja dan strategi yang menentukan peralihan sokongan pemilih Melayu kepada PKR kerana penyandang Dun ini, Abang Johari Abang Openg dikatakan bakal pengganti Taib Mahmud sekiranya BN menang lagi di Sarawak. Itu jelas menunjukkan BN melalui PBB akan mempertahankan Satok sehabis mungkin.

PKR dijangka memenangi sekurang-kurangnya 20 dun dan jika itu berlaku, peluang memenangi sekurang-kurangnya lima kawasan Parlimen pada PRU-13 akan datang amat cerah!

Sunday, April 3, 2011

Dari Meja SU MPN: Mengharungi Gelombang Perubahan di Sarawak

Semua telah maklum Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak bakal berlangsung pada 16 April 2011 ini. Hari penamaan calon diadakan pada 6 April 2011.

PKR Negeri Sembilan turut sama menyertai pasukan jentera Pakatan Rakyat bagi membantu gerak-kerja di Sarawak. Kali ini, PKR Negeri Sembilan telah ditugaskan di Dun Asajaya dalam zon Kuching. Seramai 20 orang petugas tetap telah dihantar untuk membantu jentera PKR tempatan.

Gelombang perubahan kuat dirasai khususnya di kalangan masyarakat Dayak kesan daripada isu tanah adat Orang Asal (NCR). Imej PKR sebelum ini dilihat sebagai bermasalah oleh rakyat Sarawak tetapi kini PKR telah menjadi harapan baru buat rakyat Sarawak terutama masyarakat Dayak. Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian menjadi pelopor dalam perjuangan membela hak masyarakat Dayak yang kehilangan tanah adat akibat penipuan yang dijalankan oleh Taib Mahmud.

Semoga kali PRN Sarawak kali ini memberi satu anjakan baru yang bermakna buat rakyat Sarawak demi kemakmuran mereka dengan memberi mandat kepada PR memerintah negeri ini.