Friday, August 22, 2014

Wanita yakin Wan Azizah mampu tadbir Selangor lebih baik

SHAH ALAM 22 OGOS: Wanita KEADILAN yakin pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar (MB) Selangor merupakan pilihan tepat dan beliau layak serta mampu menggalas jawatan itu demi pentadbiran Selangor yang lebih baik.
Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, tiada isu yang perlu dibangkitkan dan dipersoal untuk menolak Wan Azizah sebagai MB yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
“Presiden kita Datuk Seri Wan Azizah layak memegang jawatan MB, beliau sudah 19 tahun memimpin dalam parti.
black logo-01-01
“Jangan pula kita lupa bahawa beliau adalah wanita pertama di  Dewan Rakyat dalam membahaskan isu-isu semasa dan beliau juga seorang yang tabah mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim berdepan kesnya itu,” kata Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Kongres Nasional KEADILAN Wanita di Stadium Malawati, Shah Alam, hari ini.
Menurut Zuraida, tiada faktor yang boleh menolak Wan Azizah sebagai MB, malah kebolehan Wan Azizah diyakini mampu meneraju pentadbiran Selangor.
“Jangan persoalkan kebolehan beliau kerana saya yakin kami barisan wanita akan turut membantu beliau bersama-sama dan memastikan bahawa Selangor ini terus mara dengan agenda-agenda terbaru yang kita akan bawa supaya ia lebih baik dengan pentadbiran yang ada sekarang,” katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=62578

No comments: