Monday, November 12, 2012

Umno BN jahat fitnah Izzah seolah-olah suruh Melayu murtad – Anwar


KUALA LUMPUR 12 Oktober: Umno BN berperangai jahat memfitnah Nurul Izzah Anwar kononnya Naib Presiden KEADILAN itu suruh orang Melayu murtad, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Umum KEADILAN berkata, anak sulungnya itu dinafi untuk pertahan tohmahan Umno BN menerusi media kawalannya dan agensi kerajaan dalam isu agama.
“Kita jangan hairan siapa yang kuasai media? Umno…siapa yang buat fitnah? Umno…Dia akan pertahankan. Kita nak jawab lima minit pun tak boleh, mana boleh guna jabatan agama, (dia) terus hukum.
“Perangai Umno nak lawan tak boleh…yang (mereka) mampu hanya fitnah, seolah-olah Nurul Izzah suruh orang Melayu murtad. Tapi nak heran apa yang AES (Sistem Penguatkuasaan Automatik) itu kita bantah di Parlimen. Pagi tadi Chua Soi Lek buat kenyataan dia syak sebenar AES ini Anwar Ibrahim pun ada bertanggungjawab, pulak dah…,” katanya disambut
gelak tawa hadirin.
“Walbahlulam waltololam, maknanya Umno dan sahabat-sahabat MCA ini sampai macam tu sekali. Seingat saya, aku dah tinggal menteri 15 tahun dah..dan Umno anggap saya musuh utama, tapi saya boleh buat AES ni,” katanya sambil disampuk hadirin mengatakan BN nyanyuk.
“Bukan nyanyuk, (tapi) jahat, nyanyuk kita tak boleh marah tapi jahat kita boleh marah,” sambut Anwar lagi pada Ceramah Merdeka Rakyat di Kampung Gelugor, Kerteh, Jumaat lalu.
Beliau memetik pesanan Pengerusi Ulama SeDunia, Sheikh Yusof al-Qaradawi dalam buku tulisannya berjudul ‘Khaulah Sha’ab’.
“Sheikh Qaradawi pesan dalam buku terbarunya, apa makna kemerdekaan di Mesir, dunia Islam di Malaysia atau Indonesia, negara merdeka tapi wang negara dibolot oleh pimpinan, suara rakyat tidak didengar, pimpinan controlsemua, wang dia control, tanah dia control, kemudian fitnah dia boleh buat dan tidak ada jawapan (penjelasan) bagi dia.
“Sebab itu Syeikh Qaradawi pesan kepada umat Islam terutamanya, kalau kamu bicara soal Islam, kalau betul istiqad kamu, kalau istiqamah dalam perjuangan, maka Islam mesti mendorong kepada pertama hurriyah (kebebasan), mesti angkat supaya rakyat merasa bebas dan rakyat tentukan masa depannya dengan izin Allah.
“Kedua…walizzah, kekuatan yang dibina, kerajaan yang dilantik oleh rakyat sepatutnya bina kekuatan rakyat, kekuatan politik, kekuatan ekonomi. Ini politik apa tiada kebebasan, media dia control, ini ekonomi apa?” soalnya.
“Ini masalah kita…Terengganu di antara negeri paling kaya kerana hasil minyak, (tetapi) minyak dikuasai, Sabah negeri terkaya termasuk Sarawak, tetapi rakyat miskin kerana pendekatan yang diguna oleh pimpinan Umno BN,” kata Anwar.

No comments: