Friday, November 16, 2012

TKM Pulau Pinang Mansor bertanding di Nibong Tebal

dipetik dari Malaysiakini.com


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menamakan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang I, Datuk Mansor Othman sebagai calon PKR bagi kerusi parlimen Nibong Tebal.

NONE
Kerusi itu dimenangi oleh Tan Tee Beng dalam pilihan raya umum 2008 tetapi  keluar PKR setahun kemudiannya untuk menjadi wakil rakyat bebas.

Tan (kanan), yang merupakan bekas pemimpin Pemuda Gerakan, kemudiannya menyertai parti KITA tetapi dipecat daripada parti awal tahun ini. KITA ditubuhkan oleh bekas pemimpin PKR, Datuk Zaid Ibrahim.

Bercakap dalam ceramah yang dihadiri kira-kira 2,000 di Sungai Udang malam tadi, Anwar memohon maaf kerana beliau yang memilih Tan bertanding di situ, sambill menambah, kali ini parti itu memilih seorang yang telah teruji dan berpengalaman.

Mansor mungkin berdepan dengan pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman, yang tewas hilang kerusi itu kepada Tan dengan majoriti 3,087 undi pada 2008.

anwar ibrahim ceramah in sungai udang penang
"Oleh kerana kita akan berdepan dengan ketua Umno negeri, maka kita akan hantar ketua PKR negeri, Datuk Mansor, untuk bertanding di sini," kata Anwar disambut tepukan gemuruh hadirin.

"Kita mahu Datuk Mansor membantu kita apabila kita menang Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang."

Mansor bertanding dua kerusi?

Dengan Mansor, yang merupakan ADUN Penanti, bertanding kerusi Parlimen, maka tidak jelas sama ada beliau akan digugurkan sebagai timbalan ketua menteri sekiranya Pakatan mempertahankan Pulau Pinang.

Bagaimanapun, bekas pensyarah universiti itu boleh bertanding di dua kerusi - mempertahankan DUN Penanti serta untuk merampas kembali Tebal Nibong.

NONE
Mansor baru-baru ini terbabit dalam kontroversi apabila rakaman audio sat mesyuarat tertutup dibocorkan dalam sebuah blog dan kemudiannya disiarkan di TV3.

Audio mesyuarat pada bulan Mac di kalangan beberapa pemimpin PKR tempatan mendedahkan Mansor menggambarkan Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai sombong, angkuh dan "tokong".

Pemimpin lain yang berucap di ceramah malam tadi termasuk Lim, Mansor, timbalan ketua PKR negeri, Law Choo Kiang dan ketua Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin.

No comments: