2 November 2012
SEREMBAN – Pakatan Rakyat (PR) tetap mengadakan Program Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dijadualkan esok ini di Taman Seremban Jaya kerana ia tidak melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012.
Setiausaha DAP negeri, Cha Kee Chin berkata, pihak penganjur telah memenuhi syarat yang dikehendaki pihak polis dan tidak timbul isu yang mengatakan ia adalah perhimpunan haram atau melanggar akta itu.
“Pihak sekretariat telah pun menghantar surat makluman kepada pihak polis 10 hari sebelum program itu iaitu 24 Oktober lalu mengikut Seksyen 9 (1) yang mensyaratkan penganjur memberi notis tersebut.
“Jadi bagi saya tidak timbul isu yang mengatakan ini perhimpunan haram atau menyalahi APA,” katanya pada sidang media diadakan dekat sini, semalam.
Malah katanya, dalam APA juga tidak disyaratkan sebarang permohonan permit dan sebab itu ia tidak boleh diklasifikasikan sebagai perhimpunan haram atau menyalahi udang-undang.
Manakala, Setiausaha Pas negeri, Mohamad Hasan Tamby berkata, semua pihak tidak sepatutnya menimbulkan spekulasi berhubung program itu kerana pihak penganjur telah mengikut prosedur ditetapkan.
Katanya, amat dikesali kain rentang dan poster yang digantung di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Paroi sempena program itu diturunkan.
“Saya berharap pihak berwajib dapat bersikap adil dan memberi peluang kepada PR sama seperti Barisan Nasional (BN),” katanya.
No comments:
Post a Comment