KUALA LUMPUR 16 November: Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin mempersoal sikap hipokrit kerajaan dalam membela mangsa rogol, tetapi tidak menyiasat kes rogol amah yang didakwa membabitkan Menteri Kabinet.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dilapor mengecam kes rogol warga Indonesia di Pulau Pinang dan terbaru, Seremban, Negeri Sembilan.
“Kedua-dua isu itu melibatkan hubungan antarabangsa dengan Indonesia, tapi mentang-mentang ia berprofil tinggi semua takut untuk siasat, bukankah ini menganiya mangsa juga?” soalnya.
Pada awal 2011, Malaysia digemparkan dengan beberapa pendedahan mengenai keterlibatan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim dalam kes rogol melibatkan pembantu rumahnya, Robengah yang berasal dari Indonesia.
Isu tersebut dihebahkan sebuah NGO kebajikan pekerja Indonesia, Migrant Care yang memberitahu kejadian tersebut berlaku pada 19 Februari 2007 dan mangsa dikatakan telah diugut untuk mendiamkan perkara tersebut.
Banyak pihak termasuk KEADILAN membuat laporan polis berhubung kes itu namun sehingga kini, tiada siasatan.
“Justeru, kita minta Perdana Menteri hentikanlah dari pentadbiran hipokrit dan diskriminasi dalam menjatuhkan hukuman,” kata Zuraida.
Robengah sebelum ini mendakwa diperkosa majikannya di Malaysia, seperti mana laporan NGO Migrant Care pada 23 Julai 2007.
Bagaimanapun, beliau kemudian menafikan perkara itu dalam surat ditandatangani bertarikh 7 Januari 2011, menyatakan beliau tidak menghadapi sebarang masalah sewaktu bekerja di Malaysia.

Ketua Koordinator NGO Jingga 13, Fariz Musa mempersoal bagaimana Robengah, yang bekerja selama lapan tahun di kediaman Rais mampu membina rumah mewah di Banjanegara, Indonesia.
Sedangkan, katanya, gaji Robengah hanya sekitar RM300 sebulan, sebelum dinaikkan RM500 selepas beberapa tahun.
Dalam satu kenyataan, Jingga 13 turut mendedahkan bukti gambar rumah berkenaan.
“Rakaman video Jingga 13 dengan Robengah juga menunjukkan sehingga kini beliau masih tidak bekerja,” kata Fariz.
Dalam pada itu, Fariz mendakwa, surat yang muncul selepas empat tahun kes itu berlaku secara tidak langsung ‘menyelamatkan’ Rais daripada tuduhan itu.
No comments:
Post a Comment