Tuesday, November 20, 2012

Rumusan perjumpaan MP Pakatan dengan SPR berkenaan kajian data daftar pemilih


Kajian dilaksanakan ke atas (Daftar Pemilih Induk) DPI  2010, DPI SK2 2012 dan kesemua RDPT (Rang Daftar Pemilih Tambahan) di antara tarikh tersebut didapati beberapa kejanggalan yang tidak seharusnya berlaku, boleh menjurus kepada manipulasi data di dalam daftar pemilih.
1. Sejumlah 7958 pemilih baru didapati tiba-tiba muncul di dalam DPI SK2 2012 semenjak daripada DPI2010 tanpa di pamerkan di dalam mana-mana RDPT di antara tempoh tersebut. Ada sejumlah yang agak besar di sesetengah kawasan Parlimen yang boleh menjejaskan keputusan pilihanraya.
2. Nama pemilih yang sudah dipotong dimasukkan semula kedalam DPI (Daftar Pemilih Induk). Kategori adalah seperti berikut;

a. Warganegara hilang kerakyatan di daftarkan semula setelah di pamer POTONG nama mereka dari Daftar Pemilih
b. Polis/Tentera yang sudah dipotong nama sebab pencen, didaftarkan semula dan nama mereka dimasukkan semula sebagai pemilih didalam Daftar Pemilih Induk SK2 2012
c. Nama Pemilih yang sudah dipamer potong diatas sebab kematian di daftarkan semula sebagai pemilih (contoh Ja’afar Bin Tahir)
3. Nama Pemilih yang dipamerkan sebagai awam diragui, dipotong nama mereka dalam daftar pemilih, tiada bantahan. Akan tetapi dimasukkan semula ke dalam DPI SK2 2012. Sejumlah 40,786 nama pemilih awam di ragui yang rekod dalam JPN tidak aktif dan diragui terlibat. Kebanyakan mereka berumur diantara 90-100 tahun. (contoh di sediakan)
4. Sejumlah 2709 pmilih di pindahkan keluar dari DUN/Parlimen kawasan mereka mengundi tanpa mereka menukar alamat dan tanpa mereka memohon untuk ditukarkan. SPR mungkin akan menggunakan alasan pembetulan lokaliti seperti  alas an yang terdahulu (diantara 2008-2010 seramai 31,274 pemilih terlibat). Akan tetapi kajian Pakatan Rakyat menunjukkan bahawa ada sejumlah pemilih, kedudukan mereka sudah betul lokaliti tempat mengundi di lapangan akan tetapi di tukar kepada lokaliti yang tidak betul. (Contoh P083 Kuantan dibekalkan)
5. Pemilih dari kalangan satu keluarga tinggal didalam satu rumah dan satu alamat akan tetapi mengundi di DUN dan Parlimen yang berbeza (contoh P083 Kuantan di bekalkan)
Melihat kepada kejanggalan diatas, serta juga segala kejanggalan yang telah didedahkan sebelum ini adalah didapati bahawa SPR tiada kemampuan untuk memastikan bahawa Daftar Pemilih Induk yang dibekalkan oleh SPR adalah bersih dan bebas dari manipulasi. Menjurus juga kepada hilangnya integriti SPR sebagai agen pengurus pilihanraya. Seluruh Jawatankuasa SPR wajib bertanggungjawab di atas perkara ini dan letak jawatan serta merta.
Sekretariat Pakatan Rakyat

No comments: