Sunday, January 17, 2010

Umno Membuktikan Kebodohannya di Jelebu


Laporan sebelum ini telah mendedahkan Umno cuba mengganggu program 'Justice For Anwar' yang berlangsung di Balai Rakyat PKR, Kg Petaseh, Jelebu. Usaha Ketua Pemuda kawasan tersebut untuk menghalang pemasangan bendera PKR tidak berjaya.

Namun, keesokan harinya iaitu pada hari program ini akan dijalankan, Umno kawasan tersebut telah menunjukkan sikap tidak profesional dan kebodohan yang memalukan kredibiliti Umno itu sendiri.

Beberapa jam sebelum program 'Justice For Anwar' peringkat Cabang Jelebu dimulakan, beberapa banner yang menghina PKR dan menjengkelkan telah dipasang di tepi-tepi jalan sekitar kawasan program.

Umno jelas menyalahgunakan kemudahan rakyat.

Untuk makluman dan membuktikan keboohan Umno Cawangan Petaseh khususnya kumpulan Pemuda Umno Petaseh; PKR Cabang Jelebu TELAH menjalankan program ini:

1. Dibuat di tapak yang menjadi milik PKR iaitu Balai Rakyat PKR Petaseh yang boleh memuatkan kapisiti maksimum 300-400 orang dan kapisiti luar balai tersebut sekitar 400-500 orang.

2. Program ini telah dimaklumkan kepada pihak Polis Daerah Jelebu dan TELAH mendapat permit sah untuk mengadakan program serta POLIS juga telah mengesahkan keselamatan di sekitar kawasan program.

3. Program ini TIDAK melibatkan mana-mana penggunaan kemudahan awam seperti balai raya,dewan kemasyarakatan atau padang awam. Oleh itu, secara LOGIK dan JELAS kepentingan material Umno TIDAK SAMA sekali diganggu gugat.




Sikap TIDAK PROFESIONAL Umno Petaseh telah memalukan mereka sendiri dan kebanyakan penduduk sekitar melihat perkara itu tidak baik dan cuba mencetuskan provokasi. PKR Cabang Jelebu memang sengaja tidak mahu menanggal banner terbabit kerana mahu semua kelompok rakyat di Jelebu melihat KEBODOHAN ketara dengan sikap kebudakan-budakan melampau PEMUDA Umno Petaseh.


PKR juga mahu Ahli Parlimen Jelebu, Dato Seri Rais Yatim supaya "mengajar terlebih dahulu" tentang kesopanan, budi bahasa dan sikap menghormati kepada PEMUDA UMNO Jelebu. Jangan angkuh melaung hal-hal kesopanan dan menunding jari kepada Pakatan Rakyat walhal Pemuda Umno Jelebu tidak bersikap profesional dan masih kebudak-budakan.

3 comments:

Anonymous said...

Masalahnya UMNO kini dipimpin oleh orang DUNGU, sebab itu apabila ada pihak lain yang menyanggah mereka, mereka akan memperlihatkan kedunguan mereka sendiri seperti apa yang berlaku di Jelebu.

Quantum Metal Consultant said...

Apalah sangat kamu ni, gentle le..banner lawan banner apa salahnya, kena herdik sikit dah nak nangis, jangan main politik, duduk jauh jauh..berbual dan berjuang kat blog je..

Anonymous said...

hey kluang apa yang tak salah ehh
ko tahu tak apa maksud gentle bro yang korang dok buat 2 bukan gentle tapi cara kepondanan. ialah korang kan dah biasa main kotor duduk pun tempat kotor(umno) makan pun yang kotor(rasuah)jadi otak pun kotor lah kan hahaha.hai dah tuhan jadikan manusia nak jadi binatang plak(kluangman) pikir la oiiiii