Parti Keadilan Rakyat (PKR) yakin pengalaman yang ada pada Setiausaha Agung barunya, Saifuddin Nasution Ismail mampu memantapkan keutuhan parti itu.
Keputusan yang diumumkan pada mesyuarat Biro Politik dan Majlis Pimpinan tertinggi parti itu oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut mendapat reaksi positif pemimpin PKR.
Bagi Naib Presiden PKR, Azmin Ali menyifatkan perlantikan Saifuddin bersesuaian dengan komitmen beliau dalam memperjuangkan perjuangan parti.
"Saya yakin Yang Berhormat Saifuddin dapat menjalankan tugas dengan baik berdasarkan pengalaman beliau dalam parti dan juga komitmen beliau yang tidak pernah luntur semenjak parti dibentuk pada tahun 1999."
Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian berharap Saifuddin dapat meneruskan agenda dan perjuangan setiausaha sebelum ini iaitu Datuk Sallehuddin Hashim.
"Baik, keputusan yang dibuat oleh MPP yang YB Saifuddin dilantik sebagai setiausa agung PKR. Saya harap dengan adanya setiuasaha agung baru ini, kerja-kerja yang sebelum ini dapat diteruskan dan juga efektif lagi. Saya rasa ini satu keputusan yang baik kita memang menyambut pelantikan YB Saifuddin sebagai setiausaha agung yang baru."
Perlantikan Saifuddin adalah sebagai usaha PKR mengekalkan keutuhan parti menjelang pilihan raya ke-13 nanti.
Kredibiliti beliau terbukti apabila pernah menyandang jawatan pengarah strategi dan pengarah pilihan raya.
Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang akan melaporkan diri sebagai setiausaha agung PKR berkuatkuasa 1 Feb ini.
No comments:
Post a Comment