Tuesday, January 12, 2010

DAP Kecam Tindakan Serangan Gereja


DAP mengutuk keras serangan ke atas Gereja Sidang Injil Borneo di Seremban pagi tadi.

sehubungan itu Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke meminta supaya polis mengambuil langkah lebih efektif dan mencari startegi terbaik untuk memberhentikan serangan yang ke atas gereja bermula Jumaat lalu.

Kita merasakan tindakan ini adalah tindakan yang keterlaluan dan serangan yang berterusan ke atas gereja ini bukan sahaja akan menjejaskan keharmonian negara tetapi juga akan memburukkan imej negara di mata antarabangsa.

"Kita mengharapkan tindakan polis yang lebih tegas, kerana selepas apa yang berlaku pada hari pertama di Kuala Lumpur, tiga hari lepas, seolah-olah orang yang tidak bertanggungjawab ini, ekstreamis-ekstreamis ini tidak takut kepada polis, termasuk di gereja pada pagi ini di Seremban, lokasinya terletak kurang daripada 1 km dri IPD Seremban,"katanya.

Dalam kejadian awal pagi tadi, gereja Sidang Injil Borneo (SIB) di bangunan rumah kedai dua tingkat di Lake View Square, Seremban mengalami kebakaran di pintu utamanya akibat perbuatan khianat pagi ini.

Timbalan Ketua Polis negeri Datuk Abd Manan Mohd Hassan berkata polis menerima laporan daripada seorang lelaki pada kira-kira pukul 8.30 pagi ini yang menyatakan terdapat kerosakan dipintu utama gereja itu.

No comments: