Friday, January 15, 2010

Umno Cuba Ganggu Program PKR di Jelebu


Program 'Justice For Anwar' yang akan diadakan hari ini di Balai Rakyat PKR, Kg Petaseh, Jelebu telah cuba diganggu oleh Umno.

Semalam, menurut Setiausaha AMK Negeri Sembilan,saudara Zulrisyah Zulkifly (gambar),Ketua Pemuda Umno Petaseh telah cuba menghalang beberapa anggota AMK yang sedang memasang bendera PKR di sepanjang jalan raya berhadapan dengan tapak program.

Setelah campurtangan beliau, niat Ketua Pemuda Umno terbabit telah berjaya dihalang. Agak melucukan kata saudara Zulrisyah, Ketua Pemuda itu dengan angkuhnya mengatakan semua tiang-tiang elektrik tepi jalanraya di kawasan tersebut adalah milik Umno. Beliau turut dimaklumkan oleh penduduk setempat Ketua Pemuda Umno tersebut adalah seorang guru sekolah menengah.

"Betapa teruk mentaliti seorang guru sekolah menengah yang boleh berkata tiang-tiang elektrik tepi jalanraya ini milik Umno, sedangkan ini adalah kemudahan rakyat yang disediakan oleh kerajaan dan bukan dimiliki oleh sesebuah parti." tegas beliau lagi.

Untuk makluman, program 'Justice For Anwar' ini diadakan di dalam kawasan Balai Rakyat PKR, Kg Petaseh dan tidak melibatkan mana-mana kemudahan awam seperti balai raya atau dewan orang ramai.

Tambah saudara Zulrisyah lagi adalah tidak wajar bagi Umno untuk menghalang program PKR ini kerana ia dijalankan dalam kawasan milik PKR. Jelas sekali Umno cuba mengganggu program PKR.

Menurut maklumat daripada pihak polis, dikatakan Umno akan merancang mengadakan demonstrasi aman berhampiran Balai Rakyat PKR sebagai bantahan.

4 comments:

Anonymous said...

eh jang apo kono dengan ekau ni ha dah gila publisiti ko apo? baru setakat ni ekau dah nak jadi cam melatak plak. jangan nak belagak la oii ko ingat apo ekau nak jadi cam chegu bard ko hampeh ko nak bau kentut dio pun tak lopeh jang oii. ari 2 maso ketuo ekau keno tangkap mano ko pogi dah kecut telo ke apo menghilang plak mujurlah chegu bard ado menyolamatkan keadaan. jangan nak cakap bosar jo jang oii tapi kojo haprak.

PKR Negeri Sembilan said...

Utk makluman saudara yg memberi komen di atas, Chegubard TIDAK SAMA sekali terlibat dalam membebaskan Ketua AMK NS,saudara Rebin Birham.

Utk pengetahuan saudara juga, SU AMK NS, saudara Zulrisyah turut berada di Balai Polis Rahang bersama2 SU MPN, sdr Sabaruddin Mohd Yassim,peguam T.Kumar & Tang Jayson,Timb.Ketua Amk Pusat-Sdr Faris & SUK Amk Pusat-sdr Hasmuzair...Atas kapisiti SU MPN, Ketua AMK NS telah dibebaskan tanpa sebarang tekanan drpd pihak polis.

Sila dapatkan maklumat yg betul sebelum memberi komen yg boleh memalukan idola saudara itu.Mohon maaf dan harap maklum. Kita jgn jadi seperti UMno yg tak reti selidik maklumat betul n suka tembak rambang.

Ekau yang kono jadi botul jang...ekau yg patutnyo jgn jadi haprak sebolum ekau menghaprakkan org lain....

Anonymous said...

hello sedara ekau 2 ado ke maso kejadian?? takdo kan abih 2 yang cakap melobih 2 napo?? kenapo nak bicarakan tentang perkara yang bukan dalam pengetahuan sedara?hai takyah lah nak mengarut den tahu maso ketua amkns keno tangkap mano setiausahanya dah hilang kalau setakat nak tunjuk muka dokek balai 2 org umno pun boleh buat sheikh.takpo la setakat amkns yang 2-3 kerat orang je yang ado 2 nak wat apo takyah lah nak bercita2 bosar kalau setakat orang pun takleh nak cari huhuhu.Amk rasah 2 pun apo kurang ehh cuba crito cikit apo activiti yang korang dok buek setakat nak peram telo 2 semuo pun boleh buek ala hai sedara semuo ni tak layak lah nak crito ngan kito gi crito ngan budak yang baru masuk amk 2 yer ha mereka boleh percayo bukan den nilai dahulu diri sebelum nak ngato org!!!!!!!!!!!!

PKR Negeri Sembilan said...

fakta tetap fakta...saudara tak perlu melebong kenyataan yg benar.bukan persoalan saya ada atau tidak di tempat kejadian TETAPI kenyataan yg benar kejadian.

Adalah lebih merbahaya saudara mempersalahkan org lain dan membanggakan idola saudara yg JELAS tak membantu pun dalam membebaskan saudara Rebin Birham.Harap maklum ye..org yg berfikir seperti saudara sebenarnya yg merosakkan keadaan bila takde fakta cuba kait-mengait dengan hal2 lain..ISUNYA-idola saudara TIDAK TERLIBAT membebaskan KETUA AMKNS...tiada perkaitan ada aktiviti atau tidak...jgn melebong seperti umno.

Org yg byk bercakap mungkin seperti saudara tp kerja takde selalunya akan melalak perkara2 yg lain utk alihkan perkara yg sebenarnya...tolonglah jgn jd seperti cara umno...gemar mengalih isu utk tutup kelemahan nyata.