Monday, January 11, 2010
Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat Kembali Bertugas
Berpantang maut sebelum ajal. Begitulah hakikat-Nya terhadap setiap hamba, terutama individu yang jelas berkhidmat mencari redha-Nya termasuk melalui kepemimpinan politik supaya rakyat Malaysia di Perak kecap nikmat dari negeri yang makmor ini.
Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaludin, dilaporkan dibenar keluar dari wad hospital untuk pulang namun beliau meneruskan kerja sebagai wakil rakyat dan ahli parlimen sebagaimana diamanahkan melalui peti undi sejak selepas PRU 12 dan pilihanraya kawasan parlimen dimenanginya.
Pemimpin yang mendahului populariti Perdana Menteri Malaysia, Mohd Najib Abdul Razak ini, dalam ranking carian Google, Nizar dilaporkan blogger PerakExpress.com, hadir menyampaikan ceramah di Bidor, dan kemudian di Sungai Pulai.
Jelas bahawa dalam dua ceramah tersebut, semangat juangnya untuk terus berkhidmat kepada rakyat tidak pernah luntur malah berterusan semaraknya.
Sementara 4 hari di wad hospital, Nizar sempat bertalian telefon secara langsung beberapa minit menerusi Apa Khabar Selangor hanya di TVSelangor.com, ringkasnya TVS, sehubungan isu penggunaan kalimah Allah.
TVS terus mengikuti perkembangan Nizar khususnya janji Bubar DUN Perak, seandainya keputusan Mahkamah kelak berpihak kepadanya sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment