Banyak pihak mengkritik Naib Presiden KEADILAN Azmin Ali mendedahkan bahawa beberapa anggota Umno terlibat dalam pembakaran sebuah gereja di Desa Melawati. Beliau akan mengumumkan nama mereka pada ketika yang sesuai. Mungkinkah kerana itu pihak Menteri Dalam Negeri dan polis tidak mahu memanggil beliau untuk siasatan?
Berikutan peristiwa kepala babi hutan diletakkan dekat masjid di Taman Datuk Harun dan Seri Sentosa pula didapati banyak perbualan mengenainya di kalangan orang ramai setempat. Sehubungan perbualan-perbualan di Taman Medan beberapa kesimpulan dapat dirumuskan, antaranya:
Pertama, kawasan di sekeliling masjid di Taman Medan itu didiami oleh orang Melayu dan tidak mungkin bagi seorang bukan Melayu yang dikenali atau tidak dikenali berani memasuki kawasan untuk membuat kerja buruk ini.
Kedua, kepala babi hutan itu dimasukkan dalam plastik dan diikat dengan tali, menunjukkan kemungkinan besar ia diletak dekat masjid oleh seorang atau lebih Muslim yang tidak mahu memegangnya kerana tahu ia dilarang dalam Islam.
Ketiga, ramai penduduk Taman Medan menganggap kerja ini mungkin dilakukan oleh beberapa orang extremis, termasuk ahli Umno, kerana mereka biasa dengan cara lama Umno ini untuk mengapikan kemarahan kaum.
Keempat, KPN Musa Hassan mengandaikan bahawa kepala babi itu mungkin dibeli dari restoran, dan ekoran dari andaian ini ramai penduduk mengesyaki ada anasir polis yang boleh jadi terlibat, kerana mereka saja – tidak orang biasa – yang boleh mendapatkan empat kepala babi hutan dari restoran sekaligus.
Saya menggesa pihak-pihak berkuasa menyiasat dengan segera dan teliti segala kesimpulan orang ramai ini sebelum ia merebak sebagai yang sebenarnya.
DR SYED HUSIN ALI
Timbalan Presiden KEADILAN
ARE ELEMENTS FROM UMNO AND POLICE INVOLVED WITH PIG HEAD INCIDENT?
Many have criticized KEADILAN Vice President Azmin Ali for exposing that several Umno members were involved with the burning of a church in Dewa Melawati. He promised to disclose their names at an appropriate time. Is it possible that because of this the Home Minister and the police are not calling him for investigation?
Following the placing of wild boar heads near the Taman Datuk Harun and Seri Sentosa mosques, there have been a lot of talk among the local people. As regards the common talk among the people in Taman Medan, several conclusions can be made, as follows:
First, the area surrounding the Taman Medan mosque is resided entirely by Malays and it is well-nigh impossible for a non-Malay – familiar or not to them – to be brazen enough to enter the area to do this provocative job.
Second, the wild boar heads were put in plastic bags and tied, showing that they were placed by one or more Muslim who did not want to handle them since handling pork or pig with bare hands is forbidden in Islam.
Third, many residents in Taman Medan consider that the work could only be undertaken by some extremists, including some members of Umno, since they have been familiar with this old Umno modus operandi aimed at inciting racial anger.
Fourth, IGP Musa Hassan suggested that the wild boar heads might have been bought from restaurants, and arising therefrom many residents suspect that only the police could handle such operation because only they – not any ordinary people – could get the four heads from restaurants at the same time.
I urge the authorities to investigate speedily and carefully all ordinary people’s conclusions before they spread and taken as the whole truth.
DR SYED HUSIN ALI
Deputy President, KEADILAN
Friday, January 29, 2010
Thursday, January 28, 2010
Program Pakatan Rakyat NS Hari Ini
Ceramah Umum Sempena Pelancaran PR NS
Tarikh: 28/1/2010 (Hari Ini-Khamis)
Masa: 9.00 malam
Tempat: Kg Ismail, Ampangan, Seremban.
Penceramah utama:
YB Azmin Ali, YB Salahudin Ayyob, Yb Loke Siew Fook, YB Dato' Kamarul Baharin Abbas.
Hotline info: Sabaruddin (019-261 2519) & Zaharuddin (012-616 7819)
Tarikh: 28/1/2010 (Hari Ini-Khamis)
Masa: 9.00 malam
Tempat: Kg Ismail, Ampangan, Seremban.
Penceramah utama:
YB Azmin Ali, YB Salahudin Ayyob, Yb Loke Siew Fook, YB Dato' Kamarul Baharin Abbas.
Hotline info: Sabaruddin (019-261 2519) & Zaharuddin (012-616 7819)
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat N.Sembilan dilancarkan
Mesyuarat pertama Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Sembilan (MPPR NS) telah dilangsungkan secara rasminya pagi tadi. Ia secara langsungnya telah mengesahkan kewujudan rasmi Pakatan Rakyat Negeri Sembilan. Mesyuarat dan Pelancaran MPPRNS telah diadakan di Hotel Royale Bintang, Seremban pada jam 11.30 pagi tadi.
Wednesday, January 27, 2010
Serangan kepala babi mencurigakan
ADUN Taman Medan, Haniza Talha menyifatkan provokasi yang direncanakan UMNO Barisan Nasional gagal membangkitkan kemarahan orang melayu.
Pagi tadi, 2 kepala babi diletakkan diperkarangan 2 masjid berasingan disyaki didalangi UMNO Barisan Nasional.
Haniza berkata UMNO Barisan Nasional lupa kaum Melayu kini bukan berfikiran jumud. Mereka kini pandai menilai situasi semasa.
"Ini adalah usaha untuk membangkit kemarahan orang Melayu. Tapi orang melayu sekarang tidak bodoh. Mereka tahu ini adalah provokasi. Ini taktik lama," katanya.
Beliau berpendirian tindakan ini satu perbuatan khianat untuk melagakan rakyat Malaysia kerana cara bagaimana kepala babi itu ditemui.
"Kalau difikir logik, babi itu dibungkus elok- elok dalam plastik. Menunjukkan bahawa orang yang letakkan kepala babi itu sendiri takut hendak memegang kepala babi itu. Kalau orang bukan islam, mereka tidak takut untuk pegang kepala babi itu. Ini jelas satu provokasi," tambahnya lagi.
Beliau berharap rakyat tidak lagi tertipu dengan taktik kuno UMNO Barisan nasional ini yang mana sangat terdesak mahu meraih sokongan rakyat negara ini khususnya kaum Melayu.
"Bagi saya nampak sangatlah ini adalah satu provokasi sebab, sehinggakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan datang hari ini. Saya harap rakyat sedarlah," jelas Haniza.
Tuesday, January 26, 2010
Pertemuan & Dialog Pimpinan PR N.Sembilan dengan Persatuan Kristian Seluruh N.Sembilan
Satu pertemuan dan sesi dialog Pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Sembilan dengan persatuan-persatuan Kristian Negeri Sembilan telah diadakan dengan jayanya di Chinese Assembly Hall, Seremban malam semalam (25 Januari 2010).
Sesi pertemuan ini telah bermula jam 8.00 malam dihadiri oleh pimpinan utama Pakatan Rakyat Negeri Sembilan iaitu Pengerusi PKR Negeri, YB Dato Kamarul Baharin Abbas, Pengerusi DAP Negeri, YB Look Siew Fook dan Pesuruhjaya PAS Negeri, Saudara Hj. Zulkifly Omar.
Antara pimpinan PR N.Sembilan yang turut hadir adalah ADUN Senawang, YB Gunasekaran, Timbalan Pengerusi PKR Negeri merangkap ADUN Chuah, YB Chai Tong Chai, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Hj Zakaria dan Setiausaha PKR Negeri, Saudara Sabaruddin Mohd Yassim.
Sesi pertemuan ini bertujuan menerangkan pendirian PR Negeri Sembilan berkenaan isu kalimah "Allah".
MB Perak: Mahkamah Persekutuan putuskan 9 Feb
Mahkamah Persekutuan akan memutuskan pada 9 Februari depan kes pertikaian berhubung siapakah menteri besar Perak yang sah.
Ketika dihubungi, peguam Nizar mengesahkan keputusan tersebut akan diumumkan pada tarikh tersebut. Mereka menerima faks dari pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan mengenai perkara itu pagi ini.
Kes tersebut didengar oleh panel lima hakim yang terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sherif, Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria dan hakim Mahkamah Persekutuan Datuk
Zulkefli Ahmad Makinudin, Datuk Wira Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong.
Panel tersebut menangguhkan kes tersebut pada 5 November tahun lalu selepas mendengar hujah kedua pihak.
Sebelum ini, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.
Pada Julai, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan Mohammad Nizar untuk rayuan selepas responden, Zambry melalui peguam belanya Datuk Cecil Abraham dan pencelah, kerajaan Malaysia yang diwakili oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail, tidak membantah berhubung permohonan itu.
Pertikaian bagi jawatan menteri besar Perak bermula selepas tiga anggota dewan undangan negeri meninggalkan pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS dan memberikan sokongan kepada BN pada Februari.
Mohammad Nizar, 52, kemudian memfailkan semakan kehakiman menuntut writ "quo warranto" dikeluarkan terhadap Zambry untuk tunjuk sebab berhubung atas asas apa atau hak beliau (Zambry) adalah Menteri Besar yang sah.
Pada 11 Mei, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah tetapi keputusan itu diubah oleh Mahkamah Rayuan pada 22 Mei.
Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak boleh memecat Mohammad Nizar atas alasan beliau tidak boleh memegang jawatan itu tanpa perkenan Sultan, dan sebaik seorang menteri besar dilantik, beliau dan Ahli Majlis Mesyuaratnya hanya bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri dan tidak kepada mana-mana pihak yang lain.
Mahkamah Rayuan pula memutuskan bahawa Sultan Azlan Shah, adalah betul dalam melantik Zambry sebagai Menteri Besar yang baru mengikut Artikel 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, selepas berpuas hati Zambry mendapat sokongan majoriti daripada Dewan Undangan Negeri Perak.
Monday, January 25, 2010
Zaid saran Zulklifi dipecat
Penyelaras Pakatan Rakyat, Zaid Ibrahim(kiri) mencadangkan ahli parlimen PKR dari Kulim- Bandar Baharu, Zulkifli Noordin dipecat.
Menurut beliau, Pakatan tidak mampu mempunyai wakil rakyat yang menentang pembaharuan.
"Jika dia berkata cadangan pindaan undang-undang adalah salah, ia adalah okay. Tetapi apabila dia membuat laporan polis, tindakan itu satu bentuk ugutan,” katanya pada sidang media.
Zaid yang juga ahli majlis pimpinan PKR mengulas laporan polis yang difailkan ke atas ahli parlimen PAS, Khalid Samad yang mencadangkan enakmen agama Selangor dipinda.
Zaid juga memberi amaran imej Pakatan sebagai juara demokrasi akan tercalar jika gabungan itu tidak bertindak ke atas Zulklifi (kanan).
"Jika tidak 'Middle Malaysia' akan tanya apa pendirian kita dan parti kita akan menjadi bahan ketawa. Kita bukan Umno atau Barisan Nasional," katanya.
Polis naik pentas hentikan ceramah Anwar
Siri ceramah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kampung Kerinci malam tadi kecoh ekoran polis bertindak menaiki pentas untuk memberhentikan ceramah tersebut.
Polis yang diketuai oleh Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid bersama-sama beberapa anggotanya bertindak menaiki pentas ceramah itu di Blok L Flat PKNS Kampung Kerinci meminta ketua pembangkang itu berhenti menyampaikan ceramah.
Kejadian itu berlaku kira-kira jam 11.35 malam, selepas setengah jam Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh memulakan ceramahnya.
Kejadian tersebut disaksikan kira-kira 500 hadirin yang hadir di situ sejak jam 8.30 malam.
Ketika itu Anwar sedang mengulas mengenai pertuduhan liwat terhadapnya serta usaha beliau mendedahkan isu-isu antaranya seperti pembelian kapal selam, kematian Teoh Beng Hock dan kehilangan enjin Jet.
"Sebab itulah tema ceramah saya bulan ini adalah 'Selamatkan Malaysia'," katanya.
Tiba-tiba beliau terdengar teriakan daripada hadirin "Polis datang", lantas Anwar yang menyedari kehadiran polis berkata: "Tak apa, tak apa serahkan saya."
Selepas itu kelihatan Wan Abdul Bari bersama beberapa anggotanya menaiki pentas meminta Anwar menghentikan ceramahnya menyebabkan para penyokong dan pengawal peribadinya mengerumumi beliau.
Kedengaran juga teriakan daripada hadirin dan penyokong membantah tindakan polis itu.
Keadaan menjadi lebih tegang apabila Anwar cuba untuk mengakhiri ceramah dengan bacaan doa tetapi tidak dibenarkan oleh polis.
Selepas itu kelihatan Anwar bertegang urat Wan Abdul Bari. Namun tidak dapat dipastikan apa yang diperselisihkan pada waktu tersebut.
Kekecohan itu berlaku selama 10 minit di atas pentas tersebut.
Ekoran itu, majlis tersebut terpaksa dihentikan dan para penyokongnya membawa ketua pembangkang itu ke dalam sebuah rumah yang terletak bersebelahan dengan pentas tersebut.
Kemudiannya para penyokong Pakatan Rakyat pula berteriak dengan menyuruh pihak polis yang masih berada di pentas supaya beredar dari situ.
Pihak urusetia juga bertindak menutup lampu dipentas tersebut, menyebabkan para penyokong bersorak dan melaungkan 'Reformasi' kepada beberapa kali kepada anggota polis yang masih berada di atas pentas.
Sementara itu Wan Abdul Bari ketika ditemui pemberita selepas kejadian tersebut berkata pihaknya terpaksa memberhentikan ceramah tersebut kerana "ucapannya tidak selaras dengan program mesra rakyat".
"Ia adalah program perjumpaan dengan rakyat. Pada peringkat awalnya, okay, tetapi bila beliau (Anwar) hadir, ucapan-ucapannya lebih berunsurkan politik yang tidak selaras dengan program mesra rakyat, jadi kita terpaksa memberhentikannya," katanya.
Sementara itu ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang turut berceramah ditemui pemberita mengecam tindakan polis naik ke atas pentas.
Mahfuz yang juga naib presiden PAS berkata tindakan polis itu pentas adalah "tidak wajar".
Ini kerana katanya tindakan itu "tidak menampakkan profesionalisme" dan "mengundang keadaan yang lebih kecoh".
Bagaimanapun beliau tidak mengetahui apa yang diperselisihkan oleh Anwar dan Wan Abdul Bari kerana pada waktu itu beliau berada jauh dari pentas sewaktu dikerumuni oleh para penyokong bekas timbalan perdana menteri itu.
Manakala ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar turut mengecam polis tindakan polis tersebut.
Nurul Izzah yang juga anak sulung ketua pembangkang itu berkata polis harus menunjukkan profesionalisme mereka, lebih-lebih lagi di hadapan khalayak ramai.
Beliau juga menjelaskan pihak urusetia juga memohon permit untuk mengadakan ceramah tersebut tetapi tidak diberikan.
Beliau juga berkata urusetia turut memohon dewan berdekatan dengan flat tersebut tetapi tidak dibenarkan untuk menggunakannya.
Sebelum itu, sepanjang pemerhatian Malaysiakini, terdapat dua sekatan polis diadakan sebelum majlis ceramah itu bermula.
Sekatan yang pertama dari arah Universiti Malaya (UM) menuju ke tempat ceramah tersebut iaitu betul-betul di hadapan Pangsapuri Vista Angkasa,
Sekatan itu dibuat kira-kira 50 meter dari tempat ceramah itu diadakan, manakala satu lagi sekatan dibuat dari arah Pantai Dalam, kira-kira 400 meter dari tempat ceramah itu diadakan.
Lebih 30 anggota polis termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) kelihatan di tempat ceramah tersebut.
PERLANTIKAN PENGARAH PILIHANRAYA DAN KETUA BIRO LATIHAN
Mesyuarat Biro Politik Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) pada 20hb Januari yang lalu telah membuat rombakan penting di dalam pimpinan tertinggi parti sebagai usaha memantapkan organisasi bagi menghadapi PRU 13 yang dijangka akan diadakan pada pertengahan tahun hadapan.
YB Puan Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan telah dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya bagi menggantikan YB Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail yang akan memegang jawatan Setiausaha Agung berkuatkuasa 1 Februari 2010.
Portfolio Ketua Biro Latihan yang sebelum ini di pegang oleh YB Puan Fuziah Salleh kini diamanahkan kepada Sdr Mustaffa Kamil Ayub yang juga adalah Ketua Biro Hal Ehwal Antarabangsa.
KEADILAN percaya dengan rombakan ini persediaan awal dapat dilakukan bagi merealisasikan KEADILAN bertapak di Putrajaya.
WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden
Parti Keadilan Rakyat
Thursday, January 21, 2010
Cabang PKR Kuala Selangor tarik ribuan ahli baru
Majlis pimpinan PKR Selangor akan menyiasat dakwaaan bahawa Cabang PKR Kuala Selangor yang diketua Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahm dibubarkan ekoran peletakan jawatan 13 ahli jawatankuasanya.
Sebaliknya, timbalan pengerusi PKR Selangor, Syed Shahir Syed Mohamud berkata perkembangan di cabang tersebut mutakhir ini adalah sangat positif dengan penyertaan ribuan anggota baru berbanding dengan sebelum pilihan raya umum lalu.
“Namun, saya mengesyaki bahawa perkembangan ini adalah merupakan sebahagian daripada agenda terdesak pihak tertentu untuk menekan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mengulas dakwaan timbalan ketua PKR cabang Kuala Selangor, Arshad Abu Bakar, bahawa cabang itu telah terbubar, ekoran tindakan 11 anggota jawatankuasanya yang dipilih serta ketua pemuda dan wanitanya, telah meletak jawatan.
Semalam, Abdul Khalid telah menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai 'sandiwara Umno'.
Mengulas lanjut, Syed Shahir berkata perlembagaan PKR jelas menyatakan bahawa pembubaran cabang hanya boleh dibuat menerusi mesyuarat agung khas cabang, selaras dengan fasal 25.8 perlembagaan parti.
“Jika sekiranya benar majoriti AJK Cabang meletak jawatan, ini bermakna mesyuarat agung khas cabang harus diadakan bagi melantik semula barisan AJK baru bersesuian dengan fasal 25.9 perlembagaan parti,” katanya.
Syed Shahir berkata hasil siasatan itu akan dimaklumkan kepada majlis pimpinan pusat agar tindakan yang bersesuaian dapat diambil, selaras dengan perlembagaan parti terhadap mana-mana anggota part yang bertindak di luar perlembagaan.
Semalam, Arshad dilaporkan mendakwa cabang itu telah terbubar, berasaskan tindakan 11 anggota jawatankuasanya yang dipilih serta ketua pemuda dan wanitanya telah meletak jawatan.
Arshad mendakwa, hanya tinggal tiga pemimpinnya yang dipilih terdiri beliau sendiri, Khalid serta seorang AJK, Faridah Abdul Rahman.
Arshad mendakwa 11 AJK cabang serta Ketua Angkatan Muda, Nazarudin Darmawan, dan Ketua Wanita, Fauziah Sulaiman, meletak jawatan antara November tahun lalu dan 18 Jan tahun ini.
Katanya mereka yang meletak jawatan itu bagaimanapun masih kekal sebagai anggota PKR tetapi mereka telah hilang kepercayaan terhadap Khalid untuk menerajui cabang Kuala Selangor.
Mereka mendakwa Khalid telah meletakkan PKR Kuala Selangor dalam keadaan 'penuh kecelaruan' tanpa asas tadbir urus yang kukuh.
Khalid juga dituduh tidak mengambil inisiatif memperkukuhkan parti meskipun ada ahli bukan Melayu di Ijok dan Batang Berjuntai telah keluar parti.
Tutup mulut jika tak faham - Tun Salleh
Menteri dan mana-mana ahli politik terutama dari Umno yang tidak mahir tentang undang-undang pembangunan petroleum dinasihatkan supaya menutup mulut kerana ia boleh mengelirukan rakyat berkaitan pertikaian wang royalti antara kerajaan negeri dan pusat khususnya dalam tuntutan Kelantan sekarang.
Sehubunag itu, bekas ketua hakim negara Tun Mohd Salleh Abas menyarankan kepada mereka yang tidak terlibat dalam bidang perundangan supaya berhenti bercakap hal tuntutan royalti yang dibuat kerajaan Kelantan kerana rakyat bukannya bodoh.
"Lagi banyak mereka bercakap hal ini, makin jelaslah kedangkalan mereka terhadap undang-undang negara ini," katanya.
Oleh itu tegas beliau, dari segi undang-undang, rakyat kini seolah-olah dikelirukan oleh ahli-ahli politik yang berfikiran sempit tentang selok-belok perundangan dalam isu tuntutan royalti minyak oleh Kelantan dan Terengganu.
Beliau berkata isu yang ada kini berkaitan hak sesebuah negeri dalam menuntut royalti dari Petronas, bukannya dari kerajaan pusat.
"Orang ramai mesti faham perkara ini. Sekali lagi saya tegaskan, bukanya dari kerajaan pusat.
"Kerajaan pusat juga mendapat royalti dari Petronas," kata beliau ketika ditemui Oleh Malaysian Insider di kediamannya di sini.
Timbulnya penafian hak oleh kerajaan pusat terhadap Terengganu dan Kelantan dalam isu tersebut, beliau berkata adalah kerana terdapat unsur politik, lantaran dendam kesumat pemimpin Umno terhadap PAS.
Salleh merujuk sejarah pembayaran royalti minyak kepada Terengganu sebanyak lima peratus, yang dibayar dua kali setahun semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Namun kata beliau, hak itu disekat selepas berlaku peralihan kuasa kerajaan negeri kepada PAS pada 1999. Terengganu dikuasai PAS pada 1999 manakala Kelantan diambil alih oleh PAS sejak 1990.
Salleh antara individu terlibat langsung dengan penubuhan Petroliam Nasional Berhad pada 1974 yang terikat dengan Akta Pembangunan Petroliam 1974 amat memahami matlamat awal penubuhannnya terlalu kecewa terhadap kesulitan yang sedang berlaku sekarang ini. "Ia tidak lain semata-mata kerana hati busuk sesetengah pemimpin Umno. Dulu Terengganu. Sekarang Kelantan pula dinafikan haknya," katanya.
Mengulas lanjut, isu tuntutan royalti minyak kini dicemari pelbagai tafsiran tidak jelas dari mereka yang tidak mahir dengan undang-undang kerana politik telah mengatasi kepentingan rakyat.
Tegasnya, bab undang-undang perlu ditelaah secara mendalam oleh ahli politik sekiranya perkara itu ingin dicanangkan kepada rakyat bukannya bercakap berdasarkan kepentingan politik peribadi kerana semata-mata ingin menonjolkan diri di mata ketua.
"Saya amat berharap kepada Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Pengerusi Petronas akan membuat penjelasan yang sebaik mungkin demi kebaikan rakyat terhadap hak sebenar dalam menuntut royalti minyak ini," katanya.
Tengku Razaleigh dijadual memberi penerangan berhubung perkara berkaitan itu di Stadium Sultan Mohd IV di Kota Baru pada 28 Jan ini.
Ditanya beberapa kerat pemimpin Umno Kelantan cuba menjadi hero menafikan hak itu, Saleh berkata, "itulah sifat rakyat yang cuba derhaka pada negeri sendiri."
Menurutnya situasi begitu tidak menjadi satu perkara yang menghairankan jika tentangan itu datangnya daripada rakyat negeri lain.
"Kalau itu boleh dikira sebagai hasad dengki tetapi kalau dari rakyat negeri sendiri, susahlah nak kata apa pada mereka ini," ujarnya.
Sebelum ini dua rakyat kelahiran Kelantan dalam jemaah iaitu Datuk Mustapha Mohamad dan Datuk Dr Awang Adek Husein dilabel sebagai tidak ‘cakna’ terhadap kepentingan rakyat negeri sendiri apabila mengambil langkah cuba menolak hak royalti Kelantan sebaliknya terus mempertahan pemberian wang ihsan.
Pemberian wang ihsan kepada Kelantan diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tahun lalu sebagai ganti royalti dan ia akan dibayar tahun ini.
Ketika diminta mengulas cabaran pemimpin Umno agar isu tersebut dibawa ke mahkamah beliau berpendapat langkah itu adalah pilihan terakhir selepas gagal menemukan titik penyelesaian melalui perundingan.
"Kalau kita tengok kes Terengganu, kes sama lah tu, hingga sekarang masih belum selesai," katanya.
Menyentuh mengenai pembayaran wang ihsan, Salleh menambah, ia wujud setelah Kelantan membuat tuntutan Royalti.
"Kenapa dulu tidak diberi wang ihsan itu?" soalnya.
"Apa-apa pun yang penting sekarang ini kita semua perlu kembali kepada undang-undang yang dibuat. Khususnya yang berkaitan dengan hak sesebuah negeri terhadap hasil mahsul mereka.
"Dan sesungguhnya itu lah hasrat sebenar penubuhan Petronas," katanya sambil menyifatkan selagi politik keperibadian menguasai nafsu individu, selagi itu hal ini akan berpanjangan.
Sandiwara Enjin Jet Hilang
Enjin jet Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hilang telah "dihilangkan" dengan tercetusnya kontroversi penggunaan kalimah "Allah", sebermulanya tahun 2010.
Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC), Azmi Khalid (gambar kanan) hari ini menggilap ingatan rakyat Malaysia terhadap isu ini, apabila memanggil mesyuarat untuk mendengar taklimat daripada Kementerian Pertahanan berhubung prosedur penyelenggaraan kelengkapan tentera.
Walau bagaimanapun, beliau enggan mengulas secara mendalam, malah meminta agar "jangan membuat kesimpulan terlebih dahulu", apabila diajukan soalan sama ada Perdana Menteri Najib Abdul Razak, yang juga Menteri Pertahanan ketika kejadian itu berlaku, akan dipanggil untuk menghadap PAC.
Bahkan, Azmi Khalid berterus terang bahawa pihaknya tidak akan memanggil pihak-pihak tertentu untuk menghadiri mesyuarat ini, sebaliknya menyerah kepada Kementerian Pertahanan untuk mengaturkan segala-galanya.
Analisis Gong Zheng Bao
Kehilangan enjin jet yang bernilai kira-kira 100 juta ringgit Malaysia ini digemparkan pada hujung tahun 2009, bagaimanapun berakhir dengan pendakwaan terhadap seorang sarjan dan seorang pengarah syarikat sahaja di mahkamah, pada 6 Januari tahun ini.
Satu analisis yang tersiar di Gong Zheng Bao, atau Suara Keadilan edisi bahasa Cina (keluaran 15-30 Januari 2010), telah menyenaraikan 10 soalan yang tidak terjawab sehingga kini berhubung misteri kehilangan dua enjin jet pemintas F-5E TUDM ini. Antaranya,-
1. Iran menyelidik model pesawat F-5 ini mulai tahun 1995. Model asal ini ditampilkan buat kali pertama pada Julai 2004, malah cubaan penerbangan dilakukan pada September 2007. Menurut laporan, enjin jet TUDM hilang pada tahun 2007, iaitu tahun yang sama dengan cubaan penerbangan yang berjaya di Iran. Persoalannya, apakah ada hubungan antara kedua-duanya?
2. Setelah isu kehilangan enjin jet ini terdedah, Amerika Syarikat meminta agar laporan dikemukakan. Menteri Pertahanan Malaysia pula menjawab bahawa laporan akan diserahkan. Persoalannya, mengapa Amerika Syarikat begitu cemas dengan kes kehilangan ini, dan mengapa pula Menteri Pertahanan "cukup bekerjasama" kali ini?
3. Pendedahan ini dilakukan lidah rasmi, iaitu Berita Harian dan New Straits Times. Perkara ini cukup meragukan, memandangkan pendirian kedua-dua akhbar ini amat konservatif, dan biasanya hanya melaporkan apa yang positif terhadap kerajaan. Persoalannya, mengapa pula media ini membuka pekong di dada kerajaan?
4. Sekali imbas, kejadian ini berlaku pada tahun 2007. Mengapa Berita Harian dan New Straits Times memilih untuk mendedahkan kejadian ini dua tahun kemudian, apabila orang sudah tidak ada pada tempatnya? Bahkan, wartawan New Straits Times mendedahkan kejadian ini setelah menemuramah Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi (gambar kanan), selepas tamatnya persidangan mesyuarat Dewan Rakyat musim ini. Persoalannya, mengapa wartawan tidak mengajukan soalan ini dalam tempoh ketika dewan rakyat bersidang?
5. Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi adalah orang kanan Perdana Menteri Najib Abdul Razak, yang sepatutnya tidak akan mengaibkan PM dengan mendedahkan skandal yang berlaku ketika zaman beliau menerajui kementerian tersebut. Namun, setelah Zahid Hamidi melontarkan sesuatu yang menggemparkan, berita ini pula dikendalikan secara sambil lalu. Persoalannya, apakah tujuan beliau sebenarnya?
6. Kedua-dua Menteri Pertahanan dan Perdana Menteri tetap menafikan penglibatan pegawai tinggi dalam kerajaan atau TUDM dalam kejadian ini. Tetapi, dari peringkat mengeluarkan enjin, mencari pembeli sehinggalah dibawa ke luar negeri, kesemuanya memerlukan tandatangan pegawai tinggi sebagai lampu hijau. Malah, pembelian dan penjualan enjin jet yang sebesar ini semestinya akan menarik perhatian perisik antarabangsa. Persoalannya, apakah pegawai bawahan dapat bertahan untuk menanggung risiko yang sebesar ini? Betulkah tiada pegawai tinggi yang terlibat?
7. Penyelenggaraan pesawat dipertanggungjawabkan kepada syarikat tempatan. Jadi, semua kerja penyelenggaraan dilakukan di dalam negara. Menurut laporan Berita Harian pada 28 Disember 2009, syarikat penyelenggara pesawat mudah menggunakan sesebuah pengkalan tentera, malah tidak perlu membuat pengisytiharan kastam ketika dibawa keluar negara. Tetapi, kelengkapan tentera adalah maklumat sulit untuk negara. Persoalannya, sejauh manakah benarnya kejadian enjin hilang ini hanya melibatkan Kementerian Pertahanan, tanpa melibatkan kementerian yang lain?
8. Menteri Pertahanan mendakwa bahawa enjin jet telah diseludup ke Amerika Selatan pada 20 Disember 2009, dan dilaporkan oleh Berita Harian. Pada 4 Januari 2010, Peguam Negara, Abdul Gani Patail (gambar kiri) pula mengumumkan bahawa enjin jet yang hilang telah diseludup ke Uruguay.
Perbincangan di alam siber pula menyatakan bahawa model pesawat F-5 ini adalah pesawat utama yang digunakan di dunia Barat, semasa zaman perang dingin pada tahun 1980-an. Pembelinya hanya Malaysia, Singapura, Korea, Taiwan dan Iran. Menurut laman tentera China, Argentina sudah tidak menggunakan model pesawat ini sejak tahun 1990-an. Malah, Singapura, Taiwan dan Korea juga merancang agar model pesawat ini tidak digunakan lagi. Persoalannya, apakah benar enjin ini telah diseludup ke Amerika Selatan?
9. Pasaran enjin pesawat terbatas kepada Kementerian Pertahanan negara, dan hanya Kementerian Pertahanan yang mampu menampung kos penyelenggaran pesawat ini. Jadi, pembeli hanya akan mengangguk apabila enjin telah melalui ujian keselamatan. "Jual-beli" sebesar ini hanya akan dicapai apabila kedua-dua pihak saling mempercayai. Persoalannya, bagaimana sindiket jenayah melakukannya?
10. Ahli parlimen Indera Mahkota-PKR, Azan Ismail pernah mempertikaikan mengapa Laporan Audit Negara 2008 tidak merangkumi laporan dari Kementerian Pertahanan? Ketua Audit Negara Malaysia, Haji Ambrin bin Buang menjawab pihaknya tidak menerima laporan daripada Kementerian Pertahanan. Apa yang berlaku di sebaliknya?
*Tulisan Lim Hong Siang Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Melayu.
70 juta penduduk Malaysia menjelang 2100
Malaysia dijangka mempunyai 70 juta penduduk menjelang tahun 2100.
Tahun lalu negara menyambut kedatangan 516,645 bayi, iaitu peningkatan 3.9 peratus atau 20,231 berbanding tahun 2008.
Selangor kekal dengan kadar kelahiran paling tinggi iaitu 80,110 diikuti dengan Sabah mencatatkan 60,190 dan Johor seramai 58,597, menurut statistik yang diperolehi daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Pada 2008, Selangor mendahului dengan 76,932, Johor 58,517 dan Sabah 51,773.
Jumlah kematian tahun lalu ialah 129,922 berbanding 123,335 pada tahun 2008, peningkatan 5.1 peratus atau 6,587.
Selangor juga negeri yang mencatat kadar kematian yang paling tinggi iaitu 16,494 diikuti Johor 15,749 dan Perak 15,467.
Menurut laman web Jabatan Perangkaan Negara, jumlah penduduk Malaysia pada 2007 mencapai 27.17 juta dan meningkat kepada 27.73 juta pada 2008 dan dianggarkan bertambah kepada 28.31 juta bagi 2009.
Sejak beberapa tahun lalu, penduduk dalam lingkungan umur 15 hingga 64 tahun merupakan 63 peratus daripada jumlah penduduk negara, 32 peratus berumur bawah 15 tahun manakala selebihnya berumur 65 tahun ke atas.
Cina mempunyai saiz keluarga paling kecil
Pensyarah Pusat Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia Marshitah Mohd Radzi berkata Malaysia mempunyai kadar kelahiran yang sihat sejak 10 tahun kebelakangan ini.
"Ini merupakan satu pertumbuhan yang sihat jika dilihat dari segi kemampuan rakyat Malaysia yang boleh menampung kelahiran tersebut," katanya.
Beliau berkata mengikut Dasar Kependudukan 1985, Malaysia dijangka mempunyai 70 juta penduduk pada 2100.
Marshitah berkata kadar kelahiran haruslah bersifat positif dan mempunyai kadar kelahiran yang bersifat serata di kawasan bandar mahupun luar bandar.
"Saiz keluarga yang makin bertambah akan mengakibatkan perbelanjaan sesuatu keluarga turut bertambah. Maka kependudukan yang positif dicapai ketika elemen saiz keluarga dan pendapatan dicapai sama-sama,” tambah beliau.
Marshitah berkata menurut analisis demografi, saiz keluraga yang paling kecil di Malaysia ada daripada etnik Cina, diikuti oleh kaum India.
Kaum Melayu masih mempunyai saiz keluarga yang ramai, katanya.
Banci penduduk dan keluarga dijangka diadakan sekali lagi pada tahun ini.
- Bernama
Wednesday, January 20, 2010
29 Januari Keputusan Dapatkan Dokumen, Sekali Lagi Perbicaraan Anwar Ditunda
Keputusan permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anawar Ibrahim untuk mendapatkan dokumen penting dari pihak pendakwaan berhubung dakwaan liwat ke atasnya terhadap bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan ditunda kepada 29 Januari.
Sementara itu, kes perbicaraan tuduhan liwat ke-2 Anwar yang dijadualkan akan berlangsung pada 25 Januari ini ditunda kepada 2 Februari bagi membolehkan keputusan mendapatkan dokumen itu didengar.
Panel 3 hakim Mahkamah Persekutuan yang bersidang hari ini memutuskan demikian selepas mendengar penghujahan kedua-dua pihak.
Perunding Imej Najib adalah Israel
dipetik daripada PerakExpress.com
APCO Worlwide, sebuah syarikat yang di bayar oleh Perdana Menteri untuk meningkatkan imej beliau yang semakin luntur, didakwa menawarkan perkhidmatan yang serupa kepada diktator dan pemimpin-pemimpin korup diseluruh dunia, demikian menurut The Times Of India.
Akhbar terkemuka tersebut baru-baru ini melaporkan, selain daripada Najib, syarikat yang berpengkalan di Washington itu juga memberikan perkhidmatan kepada Diktator Nigeria, Sani Abacha dan Presiden seumur hidup Kazakhstan, Nursultan Abishuly Nazarbayev.
Pelanggan-pelanggan APCO juga termasuk jutawan Mikhail Khodorkovsky, yang merupakan seorang pemimpin muda dari Parti Komunis Rusia dan mempunyai kaitan dengan mafia.
The Times of India juga melancarkan siasatan terhadap APCO Worlwide selepas mendapati Ketua Menteri Gujarat, Narendra Modi juga merupakan pelanggan syarikat tersebut.
Narendra didakwa menjadi penyebab kepada pergaduhan ugama pada Februari 2002, dimana 1,000 terbunuh, majoritinya orang-orang Islam. Kerajaan Negeri Gujarat membayar APCO Worldwide untuk memulihkan imej Narendra, dengan bayaran sebanyak US$25,000 sebulan.
“Walaupun perkhidmatan APCO tiga kali lebih mahal dari firma-firma PR yang lain, APCO dipilih kerana ia mempunyai ramai ahli-ahli Democrat dan Republican yang berkhidmat sebagai perunding.
Kerajaan Malaysia dipercayaai telah memilih APCO dengan kontrak bernilai RM20 juta sebaik saja Najib menjadi Perdana Menteri.
Sejak ditubuhkan pada tahun 1984, APCO Worldwide merupakan syarikat komunikasi global dengan jaringan ke 25 ibukota ternama di dunia. Pelanggan mereka termasuk kerajaan, syarikat-syarikat korporat, pertubuhan industri dan agensi-agensi yang tidak berasaskan keuntungan.
APCO Worldwide telah pun mempunyai pejabat di Kuala Lumpur pada 1 September 2009 selepas perjanjian yang ditandatangani dengan kerajaan Najib.
Diantara penasihat utama APCO ialah pakar-pakar yang pernah berkhidmat dengan rejim Zionis Israel. Mereka termasuk Shimon Shein, bekas duta Israel ke Jerman. Itamar Rabinovich, bekas Duta Israel ke US dan Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Agensi Keselamatan Israel.
Diterjemah dari artikel asal di Free Malaysia Today.
JUSTICE FOR ANWAR Di Telok Kemang
Saudara saudari seluruh rakyat dijemput hadir ke program ini seperti butiran berikut:
Justice For Anwar di Cabang Telok Kemang
Tarikh: 20 Januari 2010/Rabu (Hari ini)
Masa: 8.30 malam
Tempat: Rumah En.Zainal, Kg Desa Sirusa, Batu 4, Jalan Pantai, Port Dickson.
Penceramah utama:
YB Nik Nazmi Nik Ahmad (ADUN Seri Setia)
Shamsul Iskandar Akin (Ketua AMK PUSAT)
Dato Kamarul Baharin Abbas (Ahli PArlimen Telok Kemang)
Hotline: 019-357 2986 (Rebin) & 013-263 6034 (Rusli Abdullah)
Justice For Anwar di Cabang Telok Kemang
Tarikh: 20 Januari 2010/Rabu (Hari ini)
Masa: 8.30 malam
Tempat: Rumah En.Zainal, Kg Desa Sirusa, Batu 4, Jalan Pantai, Port Dickson.
Penceramah utama:
YB Nik Nazmi Nik Ahmad (ADUN Seri Setia)
Shamsul Iskandar Akin (Ketua AMK PUSAT)
Dato Kamarul Baharin Abbas (Ahli PArlimen Telok Kemang)
Hotline: 019-357 2986 (Rebin) & 013-263 6034 (Rusli Abdullah)
Tuesday, January 19, 2010
Isu Peruntukan
dipetik daripada telokkemang.blogspot.com
'Isu diskriminasi Kerajaan Persekutuan menyekat peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen (AP) Pakatan Rakyat jelas mengingkari amalan federalisme negara ini'.
'Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad menyifatkan pemimpin UMNO-BN berfikiran jumud dan kolot hingga sanggup mempolitikkan isu peruntukan yang akhirnya menindas kebajikan rakyat selaku pembayar cukai......'
'Wang yang disalurkan oleh Kerajaan itu bukan wang parti, tetapi wang rakyat, dan ini bertitik tolak daripada perkara yang lebih asas lagi iaitu tentang isu pembiayaan politik dan sebagainya di Malaysia masih lagi tidak ada peraturan yang jelas, dan sebab itu hari ini disalurkan dalam peringkat parti....'
Di atas adalah ungkapan sebahagian dari kenyataan YB Nik Nazmi dipetik dari TV Selangor.
Saya bersetuju sepenuhnya bahawa di atas prinsip keadilan, peruntukan harus diberi kepada semua wakil-wakil rakyat ADUN dan AP tidak kira dari parti mana sekali pun kerana mereka-mereka ini ,telah pun dipilih dan di amanahkan oleh rakyat untuk melaksanakan tugas-tugas mereka termasuk menggunakan dana yang diperuntukan kerajaan untuk kebajikan rakyat.
Beliau juga menekankan bahawa kerajaan PR Selangor bersedia akan serta merta ikut sama menyalurkan kepada semua wakil-wakil rakyat sekiranya Kerajaan Pusat terdahulu berbuat demikian.
Dalam perkara ini saya dulu lagi pernah menyuarakan kepada kepimpinan parti bahawa di atas prinsip keadilan yang ditekankan, kerajaan PR harus melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dengan mengamalkan sikap terbuka dan bersedia menyalurkan peruntukan terus kepada semua ADUN dan AP tidak kira dari parti mana, walau pun Kerajaan Pusat enggan melaksanakannya.
Ini akan mencerminkan keikhlasan dan kewibawaan kerajaan PR yang bersedia dan berkemampuan melaksanakan amalan kebertanggungjawaban dan keterbukaan pentadbirannya. Secara langsung, PR menghormati bahawa rakyat telah membuat pilihan siapa wakil-wakil mereka di kawasan masing-masing. Kita akur kepada amanah rakyat.
Kerajaan PR mempunyai kepakaran untuk memantau penggunaan peruntukan tersebut dan dapat mempastikannya sampai ke sasaran yang dimaksudkan. Justeru, tidak ada halangan bagi kerajaan PR untuk bertindak dan melaksanakan dasar tersebut.
Ayuh PR, kita tidak seperti mereka yang berfikiran jumud dan kolot.
MEMIMPIN PERUBAHAN MENJANA KEMENANGAN !
'Isu diskriminasi Kerajaan Persekutuan menyekat peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen (AP) Pakatan Rakyat jelas mengingkari amalan federalisme negara ini'.
'Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad menyifatkan pemimpin UMNO-BN berfikiran jumud dan kolot hingga sanggup mempolitikkan isu peruntukan yang akhirnya menindas kebajikan rakyat selaku pembayar cukai......'
'Wang yang disalurkan oleh Kerajaan itu bukan wang parti, tetapi wang rakyat, dan ini bertitik tolak daripada perkara yang lebih asas lagi iaitu tentang isu pembiayaan politik dan sebagainya di Malaysia masih lagi tidak ada peraturan yang jelas, dan sebab itu hari ini disalurkan dalam peringkat parti....'
Di atas adalah ungkapan sebahagian dari kenyataan YB Nik Nazmi dipetik dari TV Selangor.
Saya bersetuju sepenuhnya bahawa di atas prinsip keadilan, peruntukan harus diberi kepada semua wakil-wakil rakyat ADUN dan AP tidak kira dari parti mana sekali pun kerana mereka-mereka ini ,telah pun dipilih dan di amanahkan oleh rakyat untuk melaksanakan tugas-tugas mereka termasuk menggunakan dana yang diperuntukan kerajaan untuk kebajikan rakyat.
Beliau juga menekankan bahawa kerajaan PR Selangor bersedia akan serta merta ikut sama menyalurkan kepada semua wakil-wakil rakyat sekiranya Kerajaan Pusat terdahulu berbuat demikian.
Dalam perkara ini saya dulu lagi pernah menyuarakan kepada kepimpinan parti bahawa di atas prinsip keadilan yang ditekankan, kerajaan PR harus melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dengan mengamalkan sikap terbuka dan bersedia menyalurkan peruntukan terus kepada semua ADUN dan AP tidak kira dari parti mana, walau pun Kerajaan Pusat enggan melaksanakannya.
Ini akan mencerminkan keikhlasan dan kewibawaan kerajaan PR yang bersedia dan berkemampuan melaksanakan amalan kebertanggungjawaban dan keterbukaan pentadbirannya. Secara langsung, PR menghormati bahawa rakyat telah membuat pilihan siapa wakil-wakil mereka di kawasan masing-masing. Kita akur kepada amanah rakyat.
Kerajaan PR mempunyai kepakaran untuk memantau penggunaan peruntukan tersebut dan dapat mempastikannya sampai ke sasaran yang dimaksudkan. Justeru, tidak ada halangan bagi kerajaan PR untuk bertindak dan melaksanakan dasar tersebut.
Ayuh PR, kita tidak seperti mereka yang berfikiran jumud dan kolot.
MEMIMPIN PERUBAHAN MENJANA KEMENANGAN !
Monday, January 18, 2010
Kenyataan Media: Keputusan Mahkamah Rayuan, Nizar MB Perak yang sah?
Merujuk kepada isu yang disebarkan melalui sms mengenai keputusan Mahkamah Rayuan yang berpihak kepada MB Pakatan Rakyat Perak, Ds. Hj. Muhammad Nizar Jamaluddin, maka saya suka untuk memberi beberapa kenyataan media seperti dibawah ;-
1. Saya menafikan bahawa pihak Mahkamah Rayuan telah mengumumkan bahawa siapakah MB Perak yang sah.
2. Namun begitu, pendengaran kes dihadapan 5 hakim pada 5hb November, 2009 telah pun telahpun lengkap dan habis bagi peguam dipihak MB Pakatan Rakyat dan MB Kudeta Perak, namun sehingga kenyataan ini dikeluarkan saya mengesahkan bahawa Ds. Nizar masih belum dipanggil ke mahkamah yang sama bagi mendengar keputusan yang telah ditentukan. Oleh itu isu dan berita angin siapakah pemenangnya tidak berbangkit.
3. Namun begitu, Pakatan Rakyat Perak mengambil sikap dan suka menghebahkan kepada umum dimana kami berpendirian bahawa besar kemungkinan keputusan adalah memihak kepada Ds. Nizar sebagai MB Perak yang sah, sehingga telah melebihi dua bulan masih tidak diumumkan oleh hakim mahkamah rayuan. Satu tempoh yang begitu lama dan tidak munasabah yang diambil oleh hakim mahkamah rayuan bagi menentukan siapakah MB yang sah menguatkan lagi jangkaan itu.
4. Selain itu sekiranya keputusan mahkamah memihak kepada Zambry, kenapakah ianya tidak diumumkan dan mengambil masa yang begitu lama untuk disahkan. Satu persoalan yang pada pandangan kami menyebabkan wajar timbul isu dan cakap-cakap yang mengatakan keputusan memihak kepada Ds. Nizar.
5. Kerana itu saya menyeru kepada seluruh penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat di Perak supaya terus mempertingkatkan usaha untuk menyusun seluruh kekuatan melalui semua jentera di semua Parti PAS, DAP dan PKR serta pada gabungan sekretariat Pakatan Rakyat di peringkat Parlimen bagi menghadapi sebarang kemungkinan pembubaran DUN Perak.
6. Segala langkah yang perlu bagi memastikan semua calon Pakatan Rakyat yang bertanding menang adalah keutamaan yang mesti didahulukan. Seterusnya merialisasikan hasrat Parti dan rakyat untuk melihat Pakatan Rakyat kembali memegang tampuk pemerintahan di Negeri Perak yang kita cintai. Kenyataan Media 14hb Januari, 2010
YB.Drs. Khalil Idham Lim
Sekretariat Pakatan Rakyat Perak.
P'raya kampus: Pro-M kuasai UMT
Calon pro-Mahasiswa (pro-M) menguasai kampus Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dalam pilihan raya kampus universiti tersebut semalam.
Selepas keputusan diumumkankan, pro-M menang besar apabila merampas sebelas daripada 12 kerusi yang dipertandingkan.
Kerusi yang dimenanginya ialah tiga daripada empat kerusi umum dan kesemua lapan kerusi fakulti yang dipertandingkan.
Calon pro-Aspirasi hanya berjaya mempertahankan satu umum sahaja.
Kini pro-M menguasai kerusi fakuti ago-teknologi dan sains makanan, fakulti pengurusan ekonomi, fakulti ekonomi dan sains marin, dan fakulti sains dan teknologi. Setiap fakulti mempertandingkan dua kerusi.
Menurut jurucakap pro-M memberitahu Malaysiakini, inilah adalah kali pertama pro-M menguasai kampus UMT selepas ia dinaik taraf sebagai universiti pada 2007.
Beliau mendakwa, antara faktor kemenangan mereka ialah ketidaksefahaman di kalangan calon pro-Apirasi atau dikenali sebagai Akasia (Angkatan Anak Seni).
Malah, katamya, maklum balas daripada pelajar menunjukkan calon pro-Aspirasi "tidak bekerja dan menganjurkan program".
Ekoran itu, katanya, warga UMT mengambil kesempatan daripada pilihan raya kampus kali ini untuk membawa perubahan dengan memberi sokongan padu kepada calon pro-M.
Katanya, ini ditambah pula dengan manifesto kumpulan pro-M yang berjanji untuk menjaga kebajikan pelajar di kolej kediaman dan fakulti.
"Antaranya ialah masalah bekalan air di kolej kediaman yang sering terputus," katanya.
Program Keadilan N.Sembilan Minggu ini
Justice For Anwar
19 Januari 2010/Selasa
Palong 16, Jempol.
9.00-12.00 malam.
Penceramah utama: Ustaz Badrul Amin
Justice For Anwar
20 Januari 2010/Rabu
Rumah En.Zainal, Batu 4, Jalan Pantai, Kg Desa Sirusa, Port Dickson.
9.00-12.00 malam.
Penceramah utama: YB Nik Nazmi Nik Ahmad & Shamsul Iskandar Akin
19 Januari 2010/Selasa
Palong 16, Jempol.
9.00-12.00 malam.
Penceramah utama: Ustaz Badrul Amin
Justice For Anwar
20 Januari 2010/Rabu
Rumah En.Zainal, Batu 4, Jalan Pantai, Kg Desa Sirusa, Port Dickson.
9.00-12.00 malam.
Penceramah utama: YB Nik Nazmi Nik Ahmad & Shamsul Iskandar Akin
Sunday, January 17, 2010
Umno Membuktikan Kebodohannya di Jelebu
Laporan sebelum ini telah mendedahkan Umno cuba mengganggu program 'Justice For Anwar' yang berlangsung di Balai Rakyat PKR, Kg Petaseh, Jelebu. Usaha Ketua Pemuda kawasan tersebut untuk menghalang pemasangan bendera PKR tidak berjaya.
Namun, keesokan harinya iaitu pada hari program ini akan dijalankan, Umno kawasan tersebut telah menunjukkan sikap tidak profesional dan kebodohan yang memalukan kredibiliti Umno itu sendiri.
Beberapa jam sebelum program 'Justice For Anwar' peringkat Cabang Jelebu dimulakan, beberapa banner yang menghina PKR dan menjengkelkan telah dipasang di tepi-tepi jalan sekitar kawasan program.
Umno jelas menyalahgunakan kemudahan rakyat.
Untuk makluman dan membuktikan keboohan Umno Cawangan Petaseh khususnya kumpulan Pemuda Umno Petaseh; PKR Cabang Jelebu TELAH menjalankan program ini:
1. Dibuat di tapak yang menjadi milik PKR iaitu Balai Rakyat PKR Petaseh yang boleh memuatkan kapisiti maksimum 300-400 orang dan kapisiti luar balai tersebut sekitar 400-500 orang.
2. Program ini telah dimaklumkan kepada pihak Polis Daerah Jelebu dan TELAH mendapat permit sah untuk mengadakan program serta POLIS juga telah mengesahkan keselamatan di sekitar kawasan program.
3. Program ini TIDAK melibatkan mana-mana penggunaan kemudahan awam seperti balai raya,dewan kemasyarakatan atau padang awam. Oleh itu, secara LOGIK dan JELAS kepentingan material Umno TIDAK SAMA sekali diganggu gugat.
Sikap TIDAK PROFESIONAL Umno Petaseh telah memalukan mereka sendiri dan kebanyakan penduduk sekitar melihat perkara itu tidak baik dan cuba mencetuskan provokasi. PKR Cabang Jelebu memang sengaja tidak mahu menanggal banner terbabit kerana mahu semua kelompok rakyat di Jelebu melihat KEBODOHAN ketara dengan sikap kebudakan-budakan melampau PEMUDA Umno Petaseh.
PKR juga mahu Ahli Parlimen Jelebu, Dato Seri Rais Yatim supaya "mengajar terlebih dahulu" tentang kesopanan, budi bahasa dan sikap menghormati kepada PEMUDA UMNO Jelebu. Jangan angkuh melaung hal-hal kesopanan dan menunding jari kepada Pakatan Rakyat walhal Pemuda Umno Jelebu tidak bersikap profesional dan masih kebudak-budakan.
Friday, January 15, 2010
Umno Cuba Ganggu Program PKR di Jelebu
Program 'Justice For Anwar' yang akan diadakan hari ini di Balai Rakyat PKR, Kg Petaseh, Jelebu telah cuba diganggu oleh Umno.
Semalam, menurut Setiausaha AMK Negeri Sembilan,saudara Zulrisyah Zulkifly (gambar),Ketua Pemuda Umno Petaseh telah cuba menghalang beberapa anggota AMK yang sedang memasang bendera PKR di sepanjang jalan raya berhadapan dengan tapak program.
Setelah campurtangan beliau, niat Ketua Pemuda Umno terbabit telah berjaya dihalang. Agak melucukan kata saudara Zulrisyah, Ketua Pemuda itu dengan angkuhnya mengatakan semua tiang-tiang elektrik tepi jalanraya di kawasan tersebut adalah milik Umno. Beliau turut dimaklumkan oleh penduduk setempat Ketua Pemuda Umno tersebut adalah seorang guru sekolah menengah.
"Betapa teruk mentaliti seorang guru sekolah menengah yang boleh berkata tiang-tiang elektrik tepi jalanraya ini milik Umno, sedangkan ini adalah kemudahan rakyat yang disediakan oleh kerajaan dan bukan dimiliki oleh sesebuah parti." tegas beliau lagi.
Untuk makluman, program 'Justice For Anwar' ini diadakan di dalam kawasan Balai Rakyat PKR, Kg Petaseh dan tidak melibatkan mana-mana kemudahan awam seperti balai raya atau dewan orang ramai.
Tambah saudara Zulrisyah lagi adalah tidak wajar bagi Umno untuk menghalang program PKR ini kerana ia dijalankan dalam kawasan milik PKR. Jelas sekali Umno cuba mengganggu program PKR.
Menurut maklumat daripada pihak polis, dikatakan Umno akan merancang mengadakan demonstrasi aman berhampiran Balai Rakyat PKR sebagai bantahan.
Wednesday, January 13, 2010
Krisis di Kelantan gagal gugat Nik Aziz: Penganalisis
Walaupun diasak hebat dengan pelbagai tuduhan penyelewengan dan nepotisme, tanggapan rakyat terhadap PAS Kelantan dan menteri besarnya Datuk Nik Aziz Nik Mat tetap tidak berubah, kata penganalisis politik.
"Biar dalam PAS sendiri berpecah, tetapi imej kerajaan Kelantan tidak terjejas. Rakyat (negeri itu) takut bahawa ini semua mainan media. Rakyat tidak berasa beliau (Nik Aziz) bersalah," kata Prof Dr Mohd Agus Yusoff, seorang pensyarah sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia.
"Ia tidak memberikan kesan besar jika hendak dibandingkan dengan penyelewengan lain (dalam negara) yang lebih besar. Dakwaan seperti Nik Aziz menerima kek bernilai RM500 ini akhirnya jadi bahan lawak sahaja."
Sementara ahli akademik di Universiti Malaya Dr Abu Hassan Hasbullah pula berkata, asakan demi asakan terhadap kerajaan Kelantan memberikan kesan yang luar biasa terhadap kepercayaan politik orang ramai kepada Nik Aziz.
Penceramah popular itu berkata, data terkini menunjukkan, sokongan terhadap kerajaan Kelantan meningkat sebanyak 8 hingga 12 peratus (kepada 73.6 peratus) pada November lalu berbanding hanya 5 hingga 8 peratus (63 peratus) sebelum pilihan raya umum dua tahun lalu.
"Sesetengah media tidak mempunyai data ini dan menunjukkan bahawa sokongan terhadap kerajaan Kelantan merosot.
"Mereka lupa, krisis adalah bisnes, bisnes adalah (tentang) tumpuan (masyarakat)," katanya, seorang pensyarah di Fakulti Pengajian Media.
Dr Mohd Agus dan Dr Abu Hassan diminta mengulas asakan konsisten terhadap kepemimpinan Nik Aziz, terbaru apabila beliau didakwa menerima hadiah kek bernilai RM500 daripada menantunya Abdul Ariffahmi Ab Rahman, yang menerajui Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Sejak beberapa bulan lalu, Nik Aziz dihimpit dengan pelbagai isu, antaranya melibatkan isu tajaan hajinya daripada seorang ahli perniagaan, pengaruh ahli keluarganya dalam pertadbiran kerajaan negeri dan desakan agar beliau menyediakan pelan peralihan jawatannya.
Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, kedua-dua ahli akademik tersebut berpendapat, sekiranya pilihan raya diadakan dalam masa terdekat, Nik Aziz dan PAS dapat mengekalkan penguasaan mereka di negeri yang telah ditadbir selama 20 tahun itu.
"Kalau buat pilihan raya sekarang pun PAS menang lagi. Sukar untuk Umno menang biarpun Nik Aziz dibebani dengan pelbagai isu.
"Semua ini akhirnya akan mati sendiri. Tunggu masa sahaja," kata Dr Mohd Agus.
Qazaf: Mahkamah dengar bantahan 17 Feb
Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan hari ini menetapkan 17 Februari depan untuk mendengar bantahan awal tiga responden berkaitan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendakwa bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan atas kesalahan qazaf atau tuduhan palsu berhubung kes liwat yang dihadapinya.
Hakim Mohd Shukor Sabudin menetapkan demikian selepas peguam responden, Zainul Rijal Abu Bakar meminta satu tarikh lain ditetapkan untuk memfailkan bantahan awal mereka.
Bantahan awal itu, katanya, adalah berasaskan tiga alasan:
1. Bidang kuasa mahkamah untuk mendengar perkara itu.
2. Prosedur permohonan tidak dipatuhi.
3. Status Zulkifli Noordin sebagai peguam yang mewakili Anwar kerana berlaku percanggahan kepentingan dan pelanggaran etika amalan Syariah.
Tiga orang responden yang dinamakan dalam permohonannya Anwar ialah ketua pendakwa syarie, Shamsuddin Hussain; pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.
Anwar memfailkan permohonan qazaf itu pada 9 Julai 2008 di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan terhadap Mohd Saiful yang didakwa membuat "tuduhan palsu terhadapnya".
Anwar, 62, berdepan dengan perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap tuduhan meliwat Mohd Saiful, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.
Ketiga-tiga responden tersebut dinamakan dalam permohonan Anwar kepada Mahkamah Syariah Tinggi Kuala Lumpur untuk mendapatkan perintah dan relif supaya mahkamah mendakwa Mohd Saiful atas kesalahan qazaf di bawah Seksyen 41, Akta Jenayah Syariah 1997 dan/atau hukum Syarak dalam tempoh 14 hari dari tarikh perintah mahkamah.
Anwar juga memohon mahkamah memastikan agar responden kedua dan ketiga, tidak menghalang dan/atau mempengaruhi responden pertama daripada menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dalam pendakwaan terhadap Mohd Saiful.
Selain itu, Anwar juga meminta supaya kos permohonan dijadikan kos dalam kausa; relif-relif lain yang mahkamah fikirkan perlu; dan kegagalan mematuhi perintah mahkamah boleh dikenakan tindakan penghinaan mahkamah.
Program Keadilan N.Sembilan Minggu ini
Ceramah "Justice For Anwar"
15 Januari 2010/Jumaat
9.00 malam
Balai Rakyat PKR, Kg. Petaseh, Jelebu.
Hotline: 019-357 2986 (Rebin) & 019-224 4033 (Syed Hussein)
Bengkel Aktivis Muda
Tema:Penggiat Malaya Pasca 1900
16 Januari 2010/Sabtu
9.00 pagi-12.00 tengahari
Pejabat PKR N.Sembilan, Jalan Rahang, Seremban.
Hotline: 013-396 0393 (Nordin)
Media Trainning Siri 3
17 Januari 2010/Ahad
9.00 pagi-12.00 tengahari
Pejabat PKR N.Sembilan, Jalan Rahang, Seremban.
Hotline: 013-396 0393 (Nordin)
15 Januari 2010/Jumaat
9.00 malam
Balai Rakyat PKR, Kg. Petaseh, Jelebu.
Hotline: 019-357 2986 (Rebin) & 019-224 4033 (Syed Hussein)
Bengkel Aktivis Muda
Tema:Penggiat Malaya Pasca 1900
16 Januari 2010/Sabtu
9.00 pagi-12.00 tengahari
Pejabat PKR N.Sembilan, Jalan Rahang, Seremban.
Hotline: 013-396 0393 (Nordin)
Media Trainning Siri 3
17 Januari 2010/Ahad
9.00 pagi-12.00 tengahari
Pejabat PKR N.Sembilan, Jalan Rahang, Seremban.
Hotline: 013-396 0393 (Nordin)
Tuesday, January 12, 2010
DAP Kecam Tindakan Serangan Gereja
DAP mengutuk keras serangan ke atas Gereja Sidang Injil Borneo di Seremban pagi tadi.
sehubungan itu Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke meminta supaya polis mengambuil langkah lebih efektif dan mencari startegi terbaik untuk memberhentikan serangan yang ke atas gereja bermula Jumaat lalu.
Kita merasakan tindakan ini adalah tindakan yang keterlaluan dan serangan yang berterusan ke atas gereja ini bukan sahaja akan menjejaskan keharmonian negara tetapi juga akan memburukkan imej negara di mata antarabangsa.
"Kita mengharapkan tindakan polis yang lebih tegas, kerana selepas apa yang berlaku pada hari pertama di Kuala Lumpur, tiga hari lepas, seolah-olah orang yang tidak bertanggungjawab ini, ekstreamis-ekstreamis ini tidak takut kepada polis, termasuk di gereja pada pagi ini di Seremban, lokasinya terletak kurang daripada 1 km dri IPD Seremban,"katanya.
Dalam kejadian awal pagi tadi, gereja Sidang Injil Borneo (SIB) di bangunan rumah kedai dua tingkat di Lake View Square, Seremban mengalami kebakaran di pintu utamanya akibat perbuatan khianat pagi ini.
Timbalan Ketua Polis negeri Datuk Abd Manan Mohd Hassan berkata polis menerima laporan daripada seorang lelaki pada kira-kira pukul 8.30 pagi ini yang menyatakan terdapat kerosakan dipintu utama gereja itu.
Membakar Gereja Amalan Allah???
dipetik daripada telokkemang.blogspot.com
Seharusnya seorang Islam memahami bahawa ALLAH pemilik langit dan bumi serta segala yang ada di dalamnya. Ini jelas makna 'Allaahu nuurus samaawaati wal ardl, Lahuu Mulkus samaawaati wa ardl. Maka apa alasan dan hak orang Muslim menghalang orang lain mengguna nama ALLAH?
Seorang Islam yang berHaqiqat akan memahami bahawa Allah pemilik semuanya termasuk namaNya di dunia ini. Tidak ada firmanNya yang bermakna sebaliknya, tak mungkin namaNya pemilik mana-mana manusia yang dimilikiNya.
Justeru, membakar gereja bercanggah dengan perintah Allah. Seperti dalam ayat Al-Hajj: 40 bermaksud ' Orang-orang yang diusir dari kampung halamannya tanpa alasan, melainkan hanya kerana mereka berkata, 'Tuhan kami adalah Allah'. Jika Allah tidak membangkitkan sebahagian manusia menolak sebahagian yang lain, nescaya telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid-masjid di dalamnya banyak disebutkan nama Allah. Sesungguhnya, Allah pasti akan menolong orang yang menolong Agamanya, sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa'.
Kenapa kita mahu mengingkari perintah Allah ??
hamba ALLAH
Seharusnya seorang Islam memahami bahawa ALLAH pemilik langit dan bumi serta segala yang ada di dalamnya. Ini jelas makna 'Allaahu nuurus samaawaati wal ardl, Lahuu Mulkus samaawaati wa ardl. Maka apa alasan dan hak orang Muslim menghalang orang lain mengguna nama ALLAH?
Seorang Islam yang berHaqiqat akan memahami bahawa Allah pemilik semuanya termasuk namaNya di dunia ini. Tidak ada firmanNya yang bermakna sebaliknya, tak mungkin namaNya pemilik mana-mana manusia yang dimilikiNya.
Justeru, membakar gereja bercanggah dengan perintah Allah. Seperti dalam ayat Al-Hajj: 40 bermaksud ' Orang-orang yang diusir dari kampung halamannya tanpa alasan, melainkan hanya kerana mereka berkata, 'Tuhan kami adalah Allah'. Jika Allah tidak membangkitkan sebahagian manusia menolak sebahagian yang lain, nescaya telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid-masjid di dalamnya banyak disebutkan nama Allah. Sesungguhnya, Allah pasti akan menolong orang yang menolong Agamanya, sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa'.
Kenapa kita mahu mengingkari perintah Allah ??
hamba ALLAH
Monday, January 11, 2010
Perlantikan Saifuddin Direstui PKR
Parti Keadilan Rakyat (PKR) yakin pengalaman yang ada pada Setiausaha Agung barunya, Saifuddin Nasution Ismail mampu memantapkan keutuhan parti itu.
Keputusan yang diumumkan pada mesyuarat Biro Politik dan Majlis Pimpinan tertinggi parti itu oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut mendapat reaksi positif pemimpin PKR.
Bagi Naib Presiden PKR, Azmin Ali menyifatkan perlantikan Saifuddin bersesuaian dengan komitmen beliau dalam memperjuangkan perjuangan parti.
"Saya yakin Yang Berhormat Saifuddin dapat menjalankan tugas dengan baik berdasarkan pengalaman beliau dalam parti dan juga komitmen beliau yang tidak pernah luntur semenjak parti dibentuk pada tahun 1999."
Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian berharap Saifuddin dapat meneruskan agenda dan perjuangan setiausaha sebelum ini iaitu Datuk Sallehuddin Hashim.
"Baik, keputusan yang dibuat oleh MPP yang YB Saifuddin dilantik sebagai setiausa agung PKR. Saya harap dengan adanya setiuasaha agung baru ini, kerja-kerja yang sebelum ini dapat diteruskan dan juga efektif lagi. Saya rasa ini satu keputusan yang baik kita memang menyambut pelantikan YB Saifuddin sebagai setiausaha agung yang baru."
Perlantikan Saifuddin adalah sebagai usaha PKR mengekalkan keutuhan parti menjelang pilihan raya ke-13 nanti.
Kredibiliti beliau terbukti apabila pernah menyandang jawatan pengarah strategi dan pengarah pilihan raya.
Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang akan melaporkan diri sebagai setiausaha agung PKR berkuatkuasa 1 Feb ini.
Keputusan yang diumumkan pada mesyuarat Biro Politik dan Majlis Pimpinan tertinggi parti itu oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut mendapat reaksi positif pemimpin PKR.
Bagi Naib Presiden PKR, Azmin Ali menyifatkan perlantikan Saifuddin bersesuaian dengan komitmen beliau dalam memperjuangkan perjuangan parti.
"Saya yakin Yang Berhormat Saifuddin dapat menjalankan tugas dengan baik berdasarkan pengalaman beliau dalam parti dan juga komitmen beliau yang tidak pernah luntur semenjak parti dibentuk pada tahun 1999."
Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian berharap Saifuddin dapat meneruskan agenda dan perjuangan setiausaha sebelum ini iaitu Datuk Sallehuddin Hashim.
"Baik, keputusan yang dibuat oleh MPP yang YB Saifuddin dilantik sebagai setiausa agung PKR. Saya harap dengan adanya setiuasaha agung baru ini, kerja-kerja yang sebelum ini dapat diteruskan dan juga efektif lagi. Saya rasa ini satu keputusan yang baik kita memang menyambut pelantikan YB Saifuddin sebagai setiausaha agung yang baru."
Perlantikan Saifuddin adalah sebagai usaha PKR mengekalkan keutuhan parti menjelang pilihan raya ke-13 nanti.
Kredibiliti beliau terbukti apabila pernah menyandang jawatan pengarah strategi dan pengarah pilihan raya.
Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang akan melaporkan diri sebagai setiausaha agung PKR berkuatkuasa 1 Feb ini.
SNAP dijangka menyertai Pakatan Rakyat
Parti Kebangsaan Sarawak, SNAP, yang ditubuhkan lebih lima dekad lalu, dijangka mendapat nafas politik baru apabila menyertai Pakatan Rakyat secara rasmi tidak lama lagi.
Menurut sumber-sumber yang rapat dengan SNAP, kemasukan parti itu ke dalam gagasan pembangkang sudah dipersetujui oleh pemimpin kedua-dua belah pihak dan pengumuman rasmi mengenainya akan dibuat dalam tempoh terdekat.
Pakatan kini dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat, PAS dan DAP. Gagasan itu berusaha untuk mendaftar sebagai sebuah entiti politik, sekali gus membawa negara ke era sistem politik dua parti.
Keanggotaan SNAP dalam Pakatan Rakyat dilihat sebagai usaha memantapkan gagasan pembangkang dalam mencabar penguasaan Barisan Nasional di Sarawak. Pilihanraya negeri itu dijangka di adakan sebelum pertengahan tahun ini.
SNAP ditubuhkan pada tahun 1961 untuk mewakili kaum Dayak dalam Barisan Nasional.
Parti itu dipecat keluar daripada BN pada tahun 2004 kerana dilihat terlampau lantang memperjuangkan hak penduduk pri bumi negeri itu.
Anwar: Padam api kebencian melalui Musyawarah
Semangat musyawarah dan dialog harus mengatasi cubaan pihak tertentu yang mahu memecahbelahkan kerukunan rakyat serta meniup api permusuhan di negara ini demi memenuhi agenda politik sempit mereka, kata Mantan Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata “api kebencian” tindakan membakar gereja di Lembah Kelang yang kini menular ke Taiping Perak, “boleh dituding kepada kegagalan Barisan Nasional yang diketuai Umno.”
“Propaganda Umno yang berteraskan perkauman sempit terutamanya apabila berhadapan dengan isu penggunaan kalimah Allah serta retorika media yang dikongkong kerajaan, seperti Utusan Malaysia, yang meniupkan api kebencian, sewajarnya dipersalahkan berikutan dari serangan tersebut.
“Provokasi mereka bukan sahaja salah dari sudut undang-undang malah menzahirkan kempen 1Malaysia yang tidak tuntas serta bermuka-muka,” tegas Anwar.
Anwar berkata rakyat Malaysia mesti bersatu menentang pihak yang mahu memperalatkan sentimen perkauman sempit dan agama untuk menyemarakkan kebencian demi laba politik puak-puak tertentu.
“Kita mestilah memperkukuh tekad mempertahan kebebasan beragama,” tegas Anwar dalam satu kenyataan sebagai mengulas isu penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Kristian.
Setakat ini sekurang-kurangnya enam gereja termasuk sebuah di Taiping Perak menjadi sasaran perbuatan khianat pihak tertentu untuk mencetuskan provokasi agama dan kaum.
Sebuah surau di Kelang, turut dibaling batu, walaupun polis setakat ini enggan mengaitkannya sebagai serangan balas ke atas pembakaran gereja.
“Kejadian mutakhir ini menuntut kita agar segera memberi perhatian terhadap keperluan dialog antara agama.
“Semangat persaudaraan yang disarankan agama kita serta Perlembagaan Persekutuan perlu disemarakkan,” tambah beliau.
Anwar berjanji Pakatan Rakyat akan berusaha memastikan dialog dan rundingan diadakan di semua peringkat seluruh negara.
Beliau berkata masyarakat beragama Kristian harus berasa selamat dan aman serta sedar bahawa kebebasan mereka untuk beragama adalah terjamin di negara ini.
Berikut teks penuh kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim :
KAMI mengecam serangan ke atas saudara kami penganut agama Kristian dan ke atas beberapa gereja di Malaysia. Serangan terbaru ke atas All Saints Church di Taiping juga merupakan satu serangan terhadap salah satu warisan negara.
Sebagai sebuah negara kita masih bergelut untuk menjunjung semangat perpaduan yang dicita-citakan oleh pejuang kemerdekaan negara ini. Saya menyeru agar kita semua akur dengan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan beragama dan hak penganut agama-agama itu untuk menjaga hal ehwal agama mereka masing-masing. Ketika ini semangat musyawarah dan dialog mestilah mengatasi suara-suara mereka yang mahu memecah belahkan kerukunan rakyat serta meniup api permusuhan di negara ini.
Rakyat Malaysia mestilah bersatu menentang mereka yang mahu memperalatkan sentimen perkauman sempit dan agama untuk menyemarakkan kebencian demi laba politik puak-puak tertentu. Kita mestilah memperkukuh tekad mempertahan kebebasan beragama.
Kejadian ini merupakan satu ujian terhadap keazaman semua agama dan kepercayaan yang mahukan keamanan dan rasa saling hormat menghormati. Kita seharusnya sedar Tuhan yang kita sembah merupakan Tuhan yang sama, Allah SWT, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Sejarah menunjukkan kepada kita selama 14 abad ini, Muslim yang bertutur dalam bahasa Arab, penganut Kristian dan bangsa Yahudi, masing-masing menyembah Tuhan yang dikenal sebagai Allah.
Sementara diakui keresahan umat Islam di Malaysia terhadap penggunaan kalimah Allah di kalangan penganut agama lainnya, tindakan seumpama menyerang gereja dan mengadakan protes hanya membantut usaha mencari penyelesaian. Jalan terbaik adalah melalui rundingan dan dialog antara agama.
Saya mengajak umat Islam untuk kembali kepada ayat al Quran yang menyeru kita untuk hidup dalam kerukunan dan saling mengenali di antara agama.
“Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah " (Ali-Imran, 3:64)
Dan sepertimana yang termaktub di dalam surah al- Ankabut: Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan katakanlah (kepada mereka): "Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu; dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri (al-Ankabut, 29:46)
Nabi Isa al Masih merupakan antara Rasul Ulul Azmi yang begitu dikasihi umat Islam. Saidina Umar r.a yang melawati Gereja Holy Sepulcher pada tahun 638 masehi, menggesa umat Islam untuk menghormati tempat peribadatan dan suci penganut agama Kristian.
Oleh itu adalah tidak munasabah apabila pihak Polis teragak-agak untuk memberi jaminan keselamatan kepada gereja-gereja di seluruh negara.
Api kebencian ini bolehlah ditudingkan kepada kegagalan Barisan Nasional yang diketuai Umno.
Propaganda Umno yang berteraskan perkauman sempit terutamanya apabila berhadapan dengan isu penggunaan kalimah Allah serta retorika media yang dikongkong kerajaan, seperti Utusan Malaysia, yang meniupkan api kebencian, sewajarnya dipersalahkan berikutan dari serangan tersebut.
Provokasi mereka bukan sahaja salah dari sudut undang-undang malah menzahirkan kempen 1Malaysia yang tidak tuntas serta bermuka-muka.
Walaubagaimanapun saya terharu dan gembira kerana serangan tersebut dikecam keras oleh organisasi Islam dan pimpinan umat. Saya juga menyambut baik saranan wakil-wakil penganut Kristian yang menyeru agar sentiasa bertenang dan menolak sebarang tindakan pembalasan serta keganasan.
Kejadian mutakhir ini menuntut kita agar segera memberi perhatian terhadap keperluan dialog antara agama. Semangat persaudaraan yang disarankan agama kita serta Perlembagaan Persekutuan perlu disemarakkan.
Pakatan Rakyat akan berusaha memastikan dialog dan rundingan diadakan di semua peringkat seluruh negara. Saudara kita yang beragama Kristian perlu merasa selamat dan aman serta sedar bahawa kebebasan mereka untuk beragama adalah dijamin di negara ini.
ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat Kembali Bertugas
Berpantang maut sebelum ajal. Begitulah hakikat-Nya terhadap setiap hamba, terutama individu yang jelas berkhidmat mencari redha-Nya termasuk melalui kepemimpinan politik supaya rakyat Malaysia di Perak kecap nikmat dari negeri yang makmor ini.
Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaludin, dilaporkan dibenar keluar dari wad hospital untuk pulang namun beliau meneruskan kerja sebagai wakil rakyat dan ahli parlimen sebagaimana diamanahkan melalui peti undi sejak selepas PRU 12 dan pilihanraya kawasan parlimen dimenanginya.
Pemimpin yang mendahului populariti Perdana Menteri Malaysia, Mohd Najib Abdul Razak ini, dalam ranking carian Google, Nizar dilaporkan blogger PerakExpress.com, hadir menyampaikan ceramah di Bidor, dan kemudian di Sungai Pulai.
Jelas bahawa dalam dua ceramah tersebut, semangat juangnya untuk terus berkhidmat kepada rakyat tidak pernah luntur malah berterusan semaraknya.
Sementara 4 hari di wad hospital, Nizar sempat bertalian telefon secara langsung beberapa minit menerusi Apa Khabar Selangor hanya di TVSelangor.com, ringkasnya TVS, sehubungan isu penggunaan kalimah Allah.
TVS terus mengikuti perkembangan Nizar khususnya janji Bubar DUN Perak, seandainya keputusan Mahkamah kelak berpihak kepadanya sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Setiausaha Agung PKR- Kesinambungan Kepimpinan Mantap Salehuddin ke Saifuddin
Pengarah Strategi, Saifuddin Nasution Ismail, sebulat suara dilantik Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat, PKR berkuat kuasa 1 Februari depan.
Keputusan ini susulan Datuk Salehuddin Hashim meletakkan jawatan tersebut.
Demikian terkini diumumkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pada mesyuarat Biro Politik dan Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu.
Pengalaman Saifuddin sebelum ini penyandang Pengarah Strategi dan Pengarah Pilihanraya, diakui ramai memantapkan keutuhan PKR terutama menjelang PRU 13.
Saifuddin, Ahli Parlimen Machang dikenali ramai dengan hujjah berfakta sememangnya menyengat di Parlimen.
Kemampuan kerja Saifuddin sememangnya terbukti, dan mutakhir kejayaannya menyelaraskan Konvensyen Sulung Pakatan Rakyat baru berlalu.
Sementara itu, keputusan jelas menerima hasrat Salehuddin meletak jawatan berkuatkuasa 31 Januari ini, setelah berkhidmat cemerlang selama lebih 5 tahun.
Friday, January 8, 2010
Strategi Umno zaman-berzaman
1. Pada tahun 1959, PAS memenangi 13 kerusi Dewan Rakyat di bawah pimpinan Dr. Burhanuddin Al-Helmi dan Prof. Dato’ Dr. Zulkifli Muhammad. Ia adalah kejayaan yang sangat memberangsangkan bagi sebuah parti kerdil seperti PAS pada ketika itu.
2. Kekuatan kedua-dua sosok pimpinan utama PAS itu menyebabkan pimpinan UMNO tidak senang duduk. Kunci untuk melumpuhkan/melemahkan PAS adalah dengan melumpuhkan Dr. Burhanuddin dan Dr. Zulkifli.
3. Pelbagai cubaan dilakukan untuk mematikan karier politik kedua-duanya.
4. Dr. Burhanuddin ditahan di bawah ISA pada tahun 1964 hingga 1966. Walaupun dibebaskan pada 1966, beliau dikenakan tahanan terhad. Pada tahun 1969, beliau meninggal dunia akibat penyakit lelah dan kesan seksaan yang diterima sepanjang meringkuk dalam tahanan.
5. Perkara yang berlaku kepada Dr. Zulkifli juga menyayat hati. Beliau terlibat dalam kemalangan di Kuantan sewaktu dalam perjalanan dari Kelantan ke Perak. Peliknya, Tunku Abdul Rahman terpaksa membuat kenyataan penafian bahawa kemalangan yang meragut nyawa Dr. Zulkifli dan isteri itu didalangi oleh UMNO.
6. Samada benar UMNO terlibat atau tidak hanya Allah yang lebih tahu.
7. Pada tahun 1999, PAS memenangi kerusi 27 Dewan Rakyat. Undi Melayu jelas memihak kepada PAS dan Barisan Alternatif. Kegusaran itu adalah antara punca yang memaksa Dr. Mahathir meletakkan jawatan secara mengejut pada tahun 2002.
8. Sepanjang penggal 1999 – 2004, bukan sedikit usaha dilakukan untuk melemahkan PAS. Melaga-lagakan PAS dengan DAP melalui isu Negara Islam, menafikan hak rakyat Royalti Minyak untuk rakyat Terengganu serta paling utama – memburuk-burukkan pimpinan utama PAS secara agresif.
9. Dua pemimpin utama PAS yang diburuk-burukkan oleh UMNO pasca PRU 1999 adalah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
10. Amanat Haji Hadi yang disunting dari satu ucapan Ustaz Hadi pada pada 7 April 1981 diangkat menjadi suatu amanat semata-mata untuk memburuk-burukkan pimpinan PAS tersebut bagi melemahkan PAS. Peranan Ustaz Hadi selaku Menteri Besar Terengganu juga dilumpuhkan melalui penafian hak royalti minyak Terenganu yang merupakan sumber utama kewangan kerajaan negeri. Hasilnya, PAS tumbang di Terengganu pada tahun 2004.
11. Serangan terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga dilancarkan secara agresif. Ucapan-ucapan Ustaz Nik Aziz disunting dan diolah semata-mata untuk menimbulkan kekeliruan dan kebencian di kalangan rakyat terhadap sosok utama PAS itu.
12. Untuk mengaitkan Ustaz Nik Aziz dengan isu rasuah, penyalahgunaan kuasa, isu ‘komisen Kapal Selam’,isu Liwat’ atau isu ‘Bawa Lari Anak Raja’ sudah tentu rakyat tak akan percaya. Oleh itu, UMNO berusaha menimbulkan keraguan di kalangan rakyat terhadap peribadi Ustaz Nik Aziz sebagai seorang Ulama’.
13. Isu ‘Tuhan Samseng’, ‘Undi Pas Masuk Syurga’, ‘Sanggup Berkawan dengan Syaitan’, ‘Tuhan Mencarut’ sebagainya digunakan untuk menggambarkan Ustaz Nik Aziz sebagai seorang Ulama’ yang sesat lagi menyesatkan. Terbaru, isu ‘Doa Bala Untuk PM’ pula dimainkan.
14. Semua itu akan terus dilakukan oleh UMNO selagi mana Ustaz Nik Aziz masih bernyawa.
15. Walaupun tidak semua termakan dengan dengan propaganda itu, tidak dinafikan bahawa ada juga yang percaya. Bukan sedikit anak muda, belia, kaum ibu dan orang tua yang memandang serong Ustaz Nik Aziz. Bukan sedikit manusia yang tergamak melabelkan beliau sebagai ‘Ulama’ Sesat’, ‘Kambing Tua’, ‘Tok Guru Sesat’ dan sebagainya. Dan tidak sedikit yang membenci beliau.
16. Namun itulah asam garam perjuangan yang sedang ditanggung oleh seorang insan yang sudah berusia 78 tahun itu.
17. Semoga Tok Guru terus diberikan kekuatan oleh Allah dalam meniti usia yang masih bersisa. Mudah-mudahan.
Kumandangnya Takbir 'Umno' - Siapa yang perlu disalahkan ?
Oleh : Zaid Ibrahim
Semakin sukar untuk Malaysia menjadi sabuah Negara aman damai selagi UMNO terus memerintah. UMNO bila tersepit mempergunakan isu kaum dan agama di negara ini. UMNO yang ada hari ini tak sama dengan UMNO zaman Tunku Abdul Rahman dahulu yang lebih terbuka dan dihormati banyak pihak. Hari ini cara politik UMNO telah meluaskan jurang perbezaan kaum dan agama.
Jika UMNO dibiarkan terus memerintah, ia akan menyebabkan negara dan rakyat sentiasa dilagakan kerana kesempatan ini akan diambil oleh pemimpin mereka untuk mempolitikkan perbezaan kaum dan agama. Kita tahu bukan semua ahli UMNO setuju dengan permainan politik seperti ini. Tapi kita juga tahu ada golongan dalam UMNO mahu orang Melayu mengangkat mereka menjadi wira pembela agama. Golongan ini melalui kuasa kerajaan telah melarang akhbar The Herald, yang hanya dijual di gereja-gereja Katolik saja, daripada menggunakan perkataan “Allah”, dan mereka yakin Mahkamah Rayuan akan “memperbetulkan” keputusan yang ada sekarang.
Kita mesti sentiasa waspada bila ada kumpulan menggelarkan diri mereka pembela agama dan Allah. Seperti kata Allahyarham Gus Dur, bekas presiden Indonesia dan pemimpin besar Nahdatul Ulama;
Tuhan yang Maha Besar, Maha Agung dan Maha Berkuasa tidak perlu dibela, yang memerlukan pembelaan adalah manusia yang dianiayai dan ditindas.
Jadi bila ada kumpulan NGO yang dibiayai oleh UMNO ini berkumpul dan berteriak “Islam dinodai” atau “Selamatkan agama kita”, rakyat mesti berhati-hati dan perlu waspada tentang apa motif sebenar mereka.
Soal penggunaan perkataan Allah (God) atau Tuhan Allah (the Lord God) oleh orang Kristian Bumiputera di Sabah dan Sarawak mesti difahami dari perspektif sejarah pra-Merdeka dan sebelum mereka menyertai Malaya untuk membentuk Malaysia pada tahun 1963. Semasa membaca doa di gereja, ramai penganut Kristian di sana tidak tahu berbahasa Inggeris; lagi pula mereka dari berbagai kaum seperti Iban, Kadazandusun, Bidayuh, Murut, Melanau, Kelabit, Kedayan dan sebagainya yang mempunyai bahasa dan dialek yang berbeza.
Jadi mereka memilih satu bahasa yang difahami semua pihak, iaitu Bahasa Melayu. Kitab Bible berbahasa Melayu yang mereka gunakan datangnya dari Indonesia. Bible mereka menggunakan perkataan Allah. Sejak zaman-berzaman orang Islam di Sabah dan Sarawak tidak menghadapi apa-apa masalah tentang hal ini. Begitu juga orang UMNO di Semenanjung yang tak rasa sensitif. Kalau benar orang UMNO marah, mengapa isu ini tak timbul pada masa dahulu?
Mungkin kerana sebelum ini kuasa UMNO dan Barisan Nasional di Parlimen sangat kuat, maklumlah mereka ada 2/3 kerusi, iaitu boleh buat apa saja yang mereka suka. Sekarang banyak hal dengan tiba-tiba menjadi “sensitif”. Ini kerana kedudukan politik UMNO sudah goyang. Persoalannya ialah, mengapa UMNO membenarkan nama Allah digunakan sejak sekian lama. Mengapa tidak arahkan semua doa dan percakapan dalam gereja supaya jangan guna nama Allah? Bila orang bukan Islam diminta menyanyi Ya Allah Selamatkan Sultan Kami adakah mereka melakukan kesalahan? Mengapa hanya The Herald diharamkan daripada menggunakan perkataan Allah? Sudah tentu The Herald tidak akan menggunakan perkataan itu kalau penganut dan pembacanya menggunakan perkataan lain dalam ritual sembahyang dan doa mereka. Jadi Perdana Menteri Najib dan Menteri Dalam Negeri Hishamuddin kena semaklah doa orang Kristian di Sabah dan Sarawak – jika didapati mereka menggunakan perkataan Allah, mungkin tindakan keras harus diambil.
Tapi sebelum mengambil tindakan keras, kena semak juga sejarah. Saya difahamkan bahawa pada abad ke-17 sudah ada perkataan Allah untuk Tuhan dalam kamus Melayu-Latin. Allah juga disebut dalam kitab doa Katolik yang dibawa ke Tanah Melayu pada abad ke-19. Persoalannya, jika tindakan keras diambil, adakah ia akan membantu usaha dakwah Islamiah atau mencacatkan imej Islam semata-mata kerana ada orang tertentu mahu jadi wira agama tanpa kajian yang mendalam.
Para alim ulamak seluruh dunia Islam sudah lama menerima orang dari agama lain menggunakan nama Allah sebagai nama Tuhan. Antaranya yang diguna pakai oleh umat Kristian Koptik di Mesir dan Kristian di Lubnan, Palestin, Iraq dan beberapa negara umat Islam yang lain. Sudah tentu ulamak-ulamak UMNO juga sedar perkara ini kerana mereka sudah jauh berjalan dan banyak pengalaman.
Tak kan lah ulamak UMNO yang amat tinggi ilmu agama mereka buat-buat tak faham semata-mata nak “bersihkan” Islam dari segala unsur-unsur kaum, budaya dan agama lain. Tak kan mereka tak sedar Bahasa Melayu kita masih lagi mengekalkan Bahasa Sanskrit dari asal usul Hindu untuk Islam seperti perkataan sembahyang, puasa, syurga, neraka, dosa, pahala dan sebagainya.
Kita telah ada cukup undang undang melarang sesiapa sekali pun yang berusaha untok menarik minat orang Islam kapada agama lain. Ini larangan yang jelas. Kepercayaan kapada ajaran agama kita yang tulin adalah benteng untuk kita memberhentikan mana mana usaha untuk membawa orang Islam keluar dari akidah Islam. Kalau ini belum cukup itu bererti pegangan agama kita lemah. Siapa yang perlu disalahkan?
Ketua Umum Keadilan, Dato' Seri Anwar Ibrahim Mengecam Serangan Ke Atas Tempat Peribadatan
Tarikh: 8 Januari 2010
Saya mengecam tindakan pihak tertentu yang menyerang beberapa gereja di sekitar Lembah Klang. Serangan keji sedemikian merupakan satu tindakan yang dikecam keras Al-Quran. Agama Islam jelas menggesa umatnya untuk menghormati rumah peribadatan penganut agama lain.
Sehingga kini saya difahamkan sebanyak tiga gereja dijadikan sasaran serangan. Manakala itu aras bawah Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati telah hangus terbakar akibat dari siri serangan tersebut. Saya menyatakan rasa syukur kerana serangan tersebut tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa.
Saya menyeru semua pihak agar bertenang dan jangan sesekali terjerumus ke dalam api kebencian. Sebarang tindakan tidak boleh sama sekali didasari politik perkauman sempit. Saya mempunyai keyakinan kita rakyat Malaysia akan menyelesaikan isu ini tanpa diiringi sebarang konflik. Insha-Allah usaha kita untuk mengekalkan keamanan diberkati jua.
ANWAR IBRAHIM
Thursday, January 7, 2010
Kenyataan Media Dato' Seri Anwar Ibrahim Selepas Memfailkan Tuntutan Agar Tuntutan Qazaf Tidak Dilengahkan Lagi.
Responden bagi tuntutan ini ialah Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan (“KPS”), Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (“JAWI”) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengenai hal-ehwal Agama Islam, Mejar Jeneral (B) Dato’ Hj Jamil Khir bin Baharom.
Tarikh: 7hb Januari 2010
Pagi ini saya telah memfailkan suatu Permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur terhadap tiga pihak iaitu, Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan (“KPS”), Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (“JAWI”) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengenai hal-ehwal Agama Islam, Mejar Jeneral (B) Dato’ Hj Jamil Khir bin Baharom.
Permohonan saya adalah untuk mendapat suatu perintah daripada Mahkamah Tinggi Syariah terhadap KPS supaya menggunakan kuasanya bagi mendakwa MOHD SAIFUL BUKHARI BIN AZLAN (“MSB”) di atas kesalahan jenayah Qazaf di bawah Seksyen 41 Akta Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997.
Saya juga memohon kepada Mahkamah Tinggi Syariah memerintahkan Pengarah JAWI dan Menteri tersebut supaya tidak menghalang dan/atau mempengaruhi KPS daripada menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dalam pendakwaan terhadap MSB.
Permohonan saya tersebut adalah lanjutan daripada Qazaf saya bertarikh 9 Julai 2008 kepada Bahagian Penguatkuasa dan Pendakwaan JAWI terhadap MSB yang telah membuat suatu pengataan palsu bahawasanya saya telah melakukan perbuatan liwat ke atas dirinya pada tarikh 26 Jun 2008.
Saya telah disiasat sebanyak dua kali dan saya telah menyerahkan kepada JAWI kesemua bukti-bukti, di antaranya laporan polis, Sumpah Laknat Saiful, laporan perubatan dan senarai saksi-saksi yang bersama saya pada waktu kejadian.
Dalam bulan Ogos 2009 saya mendapat maklumat pihak JAWI telah selesai menjalankan siasatan mereka namun sehingga sekarang KPS masih belum mengambil apa-apa tindakan Mahkamah terhadap MSB. Kesemua surat-surat peguam syarie saya yang bertanyakan mengenai status Laporan Qazaf saya, tidak dijawab KPS.
Oleh itu saya agak terkejut apabila YB Menteri telah memberitahu Parlimen pada 27 Oktober 2009 bahawa KPS memutuskan bahawa pendakwaan Qazaf terhadap MSB hendaklah menunggu perbicaraan Liwat di Mahkamah Tinggi Sivil selesai terlebih dahulu.
Saya ingin menegaskan bahawa kesalahan jenayah Qazaf adalah berbeza dengan kesalahan jenayah Liwat. Qazaf adalah kesalahan jenayah syarie yang tidak mempunyai persamaan dengan mana-mana kesalahan di bawah Kanun Jenayah yang digunakan di Mahkamah Sivil.
Saya memohon kepada Mahkamah Tinggi Syariah kerana Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa eksklusif untuk membicarakan kesalahan Qazaf.
Mahkamah Syariah juga mempunyai kuasa untuk memerintahkan Responden-Responden supaya menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka ke atas kesemua pendakwaan dan pelaksanaan undang-undang jenayah Syariah di Wilayah Persekutuan.
Sebagai seorang Islam saya berhak untuk mendapat perlindungan terhadap maruah dan nama baik saya daripada dicemari seperti yang dijamin oleh Hukum Syarak.
ANWAR IBRAHIM
Tarikh: 7hb Januari 2010
Pagi ini saya telah memfailkan suatu Permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur terhadap tiga pihak iaitu, Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan (“KPS”), Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (“JAWI”) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengenai hal-ehwal Agama Islam, Mejar Jeneral (B) Dato’ Hj Jamil Khir bin Baharom.
Permohonan saya adalah untuk mendapat suatu perintah daripada Mahkamah Tinggi Syariah terhadap KPS supaya menggunakan kuasanya bagi mendakwa MOHD SAIFUL BUKHARI BIN AZLAN (“MSB”) di atas kesalahan jenayah Qazaf di bawah Seksyen 41 Akta Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997.
Saya juga memohon kepada Mahkamah Tinggi Syariah memerintahkan Pengarah JAWI dan Menteri tersebut supaya tidak menghalang dan/atau mempengaruhi KPS daripada menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dalam pendakwaan terhadap MSB.
Permohonan saya tersebut adalah lanjutan daripada Qazaf saya bertarikh 9 Julai 2008 kepada Bahagian Penguatkuasa dan Pendakwaan JAWI terhadap MSB yang telah membuat suatu pengataan palsu bahawasanya saya telah melakukan perbuatan liwat ke atas dirinya pada tarikh 26 Jun 2008.
Saya telah disiasat sebanyak dua kali dan saya telah menyerahkan kepada JAWI kesemua bukti-bukti, di antaranya laporan polis, Sumpah Laknat Saiful, laporan perubatan dan senarai saksi-saksi yang bersama saya pada waktu kejadian.
Dalam bulan Ogos 2009 saya mendapat maklumat pihak JAWI telah selesai menjalankan siasatan mereka namun sehingga sekarang KPS masih belum mengambil apa-apa tindakan Mahkamah terhadap MSB. Kesemua surat-surat peguam syarie saya yang bertanyakan mengenai status Laporan Qazaf saya, tidak dijawab KPS.
Oleh itu saya agak terkejut apabila YB Menteri telah memberitahu Parlimen pada 27 Oktober 2009 bahawa KPS memutuskan bahawa pendakwaan Qazaf terhadap MSB hendaklah menunggu perbicaraan Liwat di Mahkamah Tinggi Sivil selesai terlebih dahulu.
Saya ingin menegaskan bahawa kesalahan jenayah Qazaf adalah berbeza dengan kesalahan jenayah Liwat. Qazaf adalah kesalahan jenayah syarie yang tidak mempunyai persamaan dengan mana-mana kesalahan di bawah Kanun Jenayah yang digunakan di Mahkamah Sivil.
Saya memohon kepada Mahkamah Tinggi Syariah kerana Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa eksklusif untuk membicarakan kesalahan Qazaf.
Mahkamah Syariah juga mempunyai kuasa untuk memerintahkan Responden-Responden supaya menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka ke atas kesemua pendakwaan dan pelaksanaan undang-undang jenayah Syariah di Wilayah Persekutuan.
Sebagai seorang Islam saya berhak untuk mendapat perlindungan terhadap maruah dan nama baik saya daripada dicemari seperti yang dijamin oleh Hukum Syarak.
ANWAR IBRAHIM
Subscribe to:
Posts (Atom)