Thursday, August 21, 2008

Umno Terdesak, Menjaja Fitnah!

Permatang Pauh,
2.25 petang,
21 Ogos 2008/Khamis.

Kempen PRK Parlimen Permatang Pauh jelas memihak kepada Pakatan Rakyat. Rakyat Permatang Pauh bersikap positif terhadap kempen-kempen PKR yang secara terang-terangan menolak kempen-kempen BN yang penuh provokasi perkauman.

Tepat jam 12.20 tengahari tadi, pihak kami telah menerima info mengenai sebaran bahan kempen yang memaparkan senarai kabinet Kerajaan Pakatan Rakyat yang bertujuan mengucar-kacirkan persefahaman antara PKR dan PAS. Bahan kempen itu telah memaparkan senarai kabinet Malaysia Pakatan Rakyat yang tidak menyenaraikan nama Dato' Seri Tuan Guru Hadi Awang sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Jelas sekali UMNO sudah makin terdesak untuk meraih sokongan pengundi Permatang Pauh. Mereka telah menggunakan sebaran-sebaran kempen yang berbaur perkauman.

Ceramah umum di Sama Gagah malam tadi (20 Ogos 2008) telah membuktikan sokongan bukan hanya datang daripada pengundi Melayu tetapi mendapat perhatian daripada pengundi-pengundi bukan Melayu sekitar Sama Gagah. Penyatuan sokongan seluruh rakyat berbilang kaum ini adalah bukti penafian nyata rakyat kepada BN dan Umno!

No comments: