Hari ini (20 Ogos 2008 / Rabu) pertembungan sengit di ceramah-ceramah kelompok telah memperlihatkan kehangatan para penceramah memperdebatkan isu-isu utama kempen PRK Parlimen Permatang Pauh P44.
Perkarangan Bilik Gerakan PKR Permatang Pauh di Pekan Permatang Pauh penuh sesak dengan kehadiran penduduk tempatan dan luar kawasan yang setia mendengar penjelasan isu-isu semasa. Jelas sekali isu-isu yang dimainkan oleh Barisan Nasional melalui media-media kawalan mereka tidak mampu menghalang penduduk Permatang Pauh datang menghadiri ceramah tersebut.
Kesesakan jalan raya bermula jam 9.30 malam apabila ceramah kelompok Bilik Gerakan PKR Permatang Pauh dimulakan. Kebetulan juga pada waktu yang sama, Bilik Gerakan BN di seberang jalan berhadapan Bilik Gerakan PKR Permatang Pauh turut mengadakan ceramah kelompok mereka.
Penceramah BN telah mula menyerang dengan isu-isu perkauman dan dengan secara sengaja menghalakan peti pembesar suara ke arah Bilik Gerakan PKR. Setiap hujahan BN dapat dipatahkan dengan lantang oleh penceramah-penceramah wanita Pakatan Rakyat. Tanpa diduga, keadaan ceramah kelompok kedua-dua bilik gerakan ini telah bertukar menjadi acara debat yang menghangatkan!
Kehebatan penceramah-penceramah wanita Pakatan Rakyat telah dimulakan oleh wakil Muslimat PAS, YB Dr.Mariah (ADUN Kota Raja) diikuti wanita-wanita besi PKR iaitu YB Zuraida Kamarudin (Parlimen Ampang), YB Elizabeth Wong (Exco Selangor) dan Puan Aishah Lamsah (wakil Wanita PKR Negeri Sembilan). Turut hadir berceramah menghangatkan
suasana YB P. Gobalakrishnan.
No comments:
Post a Comment