Tuesday, August 26, 2008

Anwar mahu ke Parlimen secepat mungkin untuk bentuk kerajaan


Dipetik dari Suara Keadilan Online
Selasa, 26 Ogos 2008 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Nasional, P44 Permatang Pauh

Lagi penipuan

Petugas-petugas Pakatan Rakyat membantah seorang pengundi bernama Azhar Halim nombor Kad Pengenalan 660428 085521, nombor Kad Pengenalan lama A 0381797 dibenarkan mengundi oleh SPR walau pun namanya tiada dalam senarai pemilih.

Kejadian berlaku di Sekolah Kebangsaan Guar Perahu Daerah mengundi Kuala Mengkuang, Penanti.

Kenderaan membawa pengundi hantu dikesan

[12.40 PETANG]PERMATANG PAUH, 26 OGOS (SK) - KeADILan hari ini mengesan usaha-usaha untuk membawa hantu bagi mengundi di sini.

Menurut sumber, Van Inokom, berwarna putih dengan nombor pendaftaran WJP 3975 yang membawa pengundi hantu dari Johor baru sahaja keluar dari Bertam menuju ke Permatang Pauh.

Najib disambut ‘boo’ dan laungan reformasi
[12.30 PETANG]Hampir setiap lawatan Najib sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil P44 Permatang Pauh, Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak di’boo’.

Di Sekolah Rendah Kebangsaan Permatang To Kandu, Permatang Pasir pagi ini, Najib juga sambutan ‘boo’ ketika melawat bilik gerakan yang berhampiran.

Selain kata-kata biasa yang didengar seperti Altantuya dan C4, Najib juga memekakan telinga kerana laungan ‘Reformasi’.

Beliau juga dijangka akan di boo di semua lokasi yang beliau lawati hari ini.

Penyokong-penyokong Pakatan Rakyat lebih kreatif untuk menangani provokasi BN. Bukan sahaja membawa banner dan bendera, Pakatan Rakyat turut membawa kain pelekat dan batik serta menayangkan wang ringgit kepada penyokong BN.

Anwar akan ke Parlimen secepat mungkin

[11.20PAGI, KEMASKINI]PERMATANG PAUH, 26 OGOS (SK) - Anwar umumkan untuk ke Parlimen secepat mungkin dan akan mengadakan perbincangan dengan ahli-ahli Parlimen dari Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan.

Beliau berkata sedemikian selepas membuang undi di luar perkarangan Sekolah Kebangsaan Sri Penanti pagi ini.

anwar ke parlimen akan segera mengadakan perbincangan dgn mp bn utk form kerajaan secepat mungkin

Tidak rasmi 50% keluar mengundi


[11.15 Pagi]Sehingga kini, laporan dari wartawan kami yang berada disana, kira-kira 50 peratus pengundi P44 Permatang Pauh telah melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang warganegara.

Dengan keadaan cuaca yang begitu baik, pengundi turut berasa gembira untuk melakukan perubahan yang besar untuk negara!
Anwar adakan lawatan ke pusat pembuangan undi.

[11 PAGI]PERMATANG PAUH: Anwar kini dalam lawatan ke pusat-pusat pembuangan undi. Ketika berita ini ditulis Anwar berada di Sekolah Seberang Jaya 2.

Kira-kira 3000 penyokong berada di Sekolah berkenaan. Anwar disambut dengan laungan reformasi.

Anwar bersyukur sokongan rakyat, terjemah melalui undi

[10.45 pagi]PERMATANG PAUH, 26 OGOS (SK) - Calon KeADILan, Anwar Ibrahim, merasakan syukur dan gembira terhadap sokongan yang ditunjukan rakyat kepada beliau walaupun tidak dibayar, namun sokongan yang diberikan terlalu besar.

Bercakap ketika di luar pusat pengundian, Anwar turut mengutuk tindakan-tindakan lawan yang mengunakan platform ini bagi menyerang beliau secara peribadi.

“Saya tentu terlalu syukur dan gembira terhadap sokongan dikalangan rakyat dan massa dan sentimen itu bukan pura-pura dan dibayar tetapi ia harus diterjemah dalam bentuk undi dan pilihan raya mesti dijalankan dengan adil tetapi ada problem terutama serangan media itu terlalu besar,” katanya.

Anwar turut menyelar tindakan kempen BN yang terlalu jijik dan kotor.

“Saudara lihat sendiri banner2 mereka kita terangkan agenda ekonomi mereka serang peribadi serang peribadi secara jelik,” katanya lagi.

Cuaca Berkeadaan lebih baik

[10 pagi]Cuaca di Permatang Pauh dilaporkan lebih baik dari sebelum ini. Dijangka keadaan cuaca akan terus baik sehingga petang. Walaubagaimanapun pengundi dinasihat keluar awal ke pusat pengundian.

Anwar telah membuang undi

[[9.40 PAGI]]PERMATANG PAUH, 26 OGOS (SK)- Calon KeADILan, Anwar Ibrahim telah melakukan tanggungjawab sebagai pengundi di Sekolah Kebangsaan Sri Penanti pada jam 9.40 pagi ini.Beliau yang ditemani isteri Dr Wan Azizah yang turut mengundi di sekolah yang sama.

Anwar yang memakai baju kemeja biru dan bersongkok manakala Dr Wan Azizah pula mengenakan baju kurung biru muda dan bertudung merah jambu disambut meriah oleh penyokong beliau di sekolah berkenaan.

Pasangan berkenaan mengundi di saluran kedua sekolah berkenaan.

Ketika menghubungi wartawan kami di sana, turut kedengaran laungan reformasi bergema menandakan sokongan yang begitu meriah keatas Anwar.

Turut dilaporkan wartawan kami, kira-kira 1000 penyokong KeADILan berhimpun di sekolah berkenaan.

________________________

[9 pagi] Penyokong KeADILan berdisplin, BN mula timbul provokasi

PERMATANG PAUH, 26 OGOS (SK) - Walaupun di provok pelbagai cara oleh penyokong Barisan Nasional, penyokong Pakatan Rakyat yang ternyata lebih ramai menunjukan sifat displin dan berjaya mengawal diri.

Di Sekolah Kebangsaan Sri Penanti, penyokong dan perayu undi dari Pakatan Rakyat berkumpul dibawah jambatan sekolah berkenaan. Kira-kira 1000 orang berkumpul di sana.

Manakala kumpulan yang menyokong BN adalah lebih kurang 300 orang.

Anggota-anggota keselamatan, dilihat begitu ramai di kawasan sekolah berkenaan. Turut kelihatan helikopter polis yang berlegar-legar di sekolah berkenaan.

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin membuang undi pada jam 9 pagi di sekolah berkenaan. Wartawan kami turut melaporkan orang-orang kurang upaya dan warga tua turut menunaikan tanggungjawab mengundi.

No comments: