Wednesday, August 27, 2008

Keputusan Penuh PRK Parlimen Permatang Pauh P44

Keputusan rasmi SPR yang diterima adalah Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim menang sebanyak 31,195 undi manakala calon BN mendapat 15,524 undi manakala calon bebas hanya 92 undi. Majoriti undi yang dimenangi Anwar adalah 15,671 undi.

Fakta Kemenangan:

DSAI (PKR) : 31,195
ARIF SHAH (BN) : 15,524
HANAFI MAMAT : 92
Majoriti : 15,671

3 comments:

Cikgu Din Sakura said...

Tahniah DS Anwar Ibrahim dan PKR,

Memang kemenangan ini sudah dijangkakan. Semoga DS berjaya dalam agenda yang seterusnya.

Cikgu Din Sakura said...

Izinkan saya menempatkan sedikit komen dari blog saya yang juga saya telah kirimkan satu salinan ke suarakeadilan. Terima kasih. Cikgu Din Sakura.

Sudah sangat dijangkakan DS Anwar Ibrahim untuk memenangi kerusi parlimen Permatang Pauh yang kali pertama beliau duduki pada tahun 1982. Penyerahan kerusi PP kepada isteri beliau DS Dr. Wan Azizah adalah kerana dipaksa merengkuk di Sungai Buluh.

Majoriti 16,000 yang diperolehi DS Anwar itu melambangkan kesungguhan orang-orang Melayu di PP yang rindukan perubahan drastik dilakukan ke atas kerajaan yang dipimpin oleh DS Abdullah Ahmad Baidawi sekarang, yang sudah tidak mempunyai seorang pun pemimpin berwibawa seperti Tun Mahathir.

Orang-orang Melayu di negara ini memang mengakui kelebihan Dasar Ekonomi Baru yang pelopori Tun Mahathir. Dasar yang memberi keistimewaan kepada bumiputera telah merubah masyarakat Melayu yang berkeadaan sangat daif dan miskin di era sebelum 1970. Rata-rata pegangan kekayaan seluruh orang melayu di Malaya pada masa itu berkisar kurang dari 2 peratus. Tiada seorang pun orang Melayu harus menyanggah yang membawa perubahan positif ini. Perubahan-perubahan amat jelas lagi di bidang-bidang seperti pendidikan, kesihatan dan keselamatan. Sektor awam juga menunjukkan bilangan kakitangan kaum bumiputera yang sangat ketara tinggi jumlahnya.

DS Anwar adalah orang Melayu. Pak Sheikh adalah orang ‘Tanjung’, yang tidak mungkin tergamak mengkhianati kaumnya sendiri. Beliau tahu itu adalah satu pembelotan yang sangat mengaibkan. Agenda kesamarataan, ketelusan dan ‘good governance’ ada asas perjuangannya yang membolehkan beliau menyatukan parti-parti komponen di dalam Pakatan Rakyat. Agenda ini bernilai universal, yang dapat diterima oleh sesiapa pun. Artikel 153 Perlembagaan Malaysia, berhubung dengan keistimewaan orang Melayu akan tetap utuh di bawah kerajaan yang akan dipimpin oleh DS Anwar Ibrahim. Istilah ‘ketuanan melayu’ atau ‘the malay supremacy’ ini adalah akronim yang digembar-gemburkan dan boleh menyebabkan kaum minoriti berasa sebagai warganegara kelas kedua. Tidak ada satu kaum yang patut mengatasi kaum yang lain, dan akronim sebegini tidak diperlukan. Kemasukan pelajar-pelajar kaum minoriti tidak menjejaskan sama sekali Artikel 153.

Kesepakatan yang cuba dimainkan UMNO untuk bekerjasama dengan PAS bagi mengekalkan majoriti Melayu adalah dari ego ‘ketuanan melayu’ ini. PAS sebagai parti Islam yang bersifat universal tidak harus terpancing dengan janji-janji manis UMNO yang perkauman ini. PAS juga seharus melupakan sementara waktu agendanya untuk sebuah negara Islam, sehingga nilai universal yang dipelopori bersama difahami sesungguhnya

Merujuk kepada agenda DS Anwar pasca kemenangannya di PP nampaknya seperti sudah diaturkan. Beliau mengharapkan agar beliau segera mengangkat sumpah sebagai seorang wakil Parlimen, supaya dapat pula dengan segera berhadapan dengan Perdana Menteri semasa perbentangan Bajet 2009 pada 29 Ogos ini. Wakil-wakil rakyat khusus dari Sabah dan Sarawak tentunya sudah menganalisis pilihan pengundi-pengundi di PP khususnya kaum Melayu, gambaran yang ingin dilihat ialah sokongan orang Melayu terhadap DS Anwar Ibrahim, sebagai sokongan simbolik daripada seluruh rakyat Melayu si semenanjung. Ini adalah untuk perkiraan mereka sama ada sesuai atau tidak untuk bernaung di bawah Pakatan Rakyat. Mereka tahu hanya PR rakyat yang bermajoritikan Melayu sahaja yang viable untuk dihuni.

Sasaran DS Anwar untuk ke Putra Jaya serta tanggal 16 Sepember 2008 itu adalah sesuatu yang ‘real’, bukanlah satu angan-angan kosong. PR yang bermajoritikan Melayu adalah idaman seluruh rakyat Malaysia. Seruan DS kepada wakil-wakil rakyat UMNO yang mewakili majoriti Melayu juga amat penting untuk memenuhi agenda PR. Dasar Ekonomi Baru yang sesungguhnya telah merubah kaum Melayu itu sebenarnya sudah tidak relevan lagi. Keburukannya hasil dari salah guna DEB terlalu amat menyerlah sekarang. Majoriti orang Melayu masih terpinggir. Segelintir yang menjadi kaya raya akibat nepotisme dan kronisme sudah menjadi begitu sombong dan bongkak. Apa yang diperlukan adalah satu agenda ekonomi yang baru iaitu Agenda Ekonomi Malaysia yang disarankan oleh Pakatan Rakyat.

Walaupun begitu ranjau yang sedang ditabur oleh UMNO(BN) untuk menghalang perjalanan DS Anwar Ibrahim ke Putra Jaya dirasakan bagai menyesakkan dada penyokong-penyokong Pakatan Rakyat. Berdoalah, semoga segalanya berjalan seperti yang kita kehendaki. Amin!

PKR Negeri Sembilan said...

Terima kasih cikgu din sakura atas pandangan bernas..
sama2 kita doakan kejayaan seterusnya demi kemakmuran negara ini.