Thursday, August 7, 2008

TERKINI: Pendakwaan Terhadap Anwar-Pertuduhan Ditukar!




Pendakwaan terhadap Anwar: Pertuduhan ditukar
Khamis, 7 Ogos 2008 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Nasional
Suara Keadilan

[KEMASKINI] KUALA LUMPUR, 7 OGOS (SK)- Ketua Penerangan KeADILan, melahirkan rasa kesal dengan tindakan kerajaan yang mempermainkan badan kehakiman dengan menukar-nukar dakwaan terhadap Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim.

Menurut beliau ini membuktikan ada konspirasi dan campurtangan politik diatas pendakwaan yang menuduh Anwar Ibrahim melakukan liwat keatas Saiful Bukhari Azlan.

“Seperti yang disebut di kamar mahkamah Anwar telah berkata semalam Perdana Menteri berkata kes ini alah kes rogol dan ini telah memburukan imej Anwar, tetapi hari ini pula, mahkamah menukarkan pendakwaan dan menunjukan ianya adalah penyelewengan yang bertujuan untuk menghalang beliau dari mengambil bahagian dalam pilihan raya kecil,”katanya kepada Suara Keadilan.

Diatas pendakwaan keatas beliau hari ini, beliau dituduh dibawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan, bukan seperti sebelum ini dibawah Seksyen 377C.

Hakim, SM Komathy telah menetapkan 10 September depan dan ikat jamin sebanyak RM20,000 untuk sebutan kes semula bagi kes pendakwaan keatas Anwar Ibrahim.

Dalam perbicaraannya pagi ini di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur, Anwar mengaku tidak bersalah diatas tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii ke atas pembantunya, Saiful .

Anwar dituduh mengikut Seksyen 337B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Barisan peguam Anwar diketuai oleh Sulaiman Abdullah dan diangotai oleh Sankara Nair, R. Sivarasa, Saiful Izham Ramli, Amer Hamzah, Edmund Bon dan Leela J Jesuthasan.

Anwar yang ditemani isteri yang juga Presiden KeADILan Dr Wan Azizah Wan Ismail dan juga anak sulungnya Nurul Izzah tiba di Mahkamah Jalan Duta kira-kira jam 9.35 pagi.

Diantara pemimpin yang hadir di Mahkamah pagi ini ialah, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Naib Presiden KeADILan Azmin Ali, Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua, Naib Presiden PAS, Husam Musa dan Pemimpin DAP Lim Kit Siang.
Berikut adalah Kertas Pertuduhan terhadap Anwar:

Bahawa kamu, pada 26 Jun 2008 antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang di alamat Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, No 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan Mohd Saiful Bukhari bin Azlan dengan memasukkan zakar kamu ke dalam duburnya; dan oleh yang demikian kamu telah
melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Sekiranya disabitkan menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, kamu hendaklah dihukum dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebatan.

No comments: