Saturday, August 2, 2008

ADUN PKR Negeri Sembilan-N29 Chuah

YB Chai Tong Chai
Fakta Kemenangan:
Undi Diterima: 4415
Majoriti: 1324
Jumlah pemilih: 10,159
Kemenangan YB Chai Tong Chai di Dun Chuah telah menjadi kesinambungan kepada kemenangan bergaya Parti Keadilan Rakyat di Parlimen Teluk Kemang. Tanpa diduga, pengundi-pengundi di Chuah telah memberi undi kemenangan kepada YB Chai Tong Chai.
Sebagaimana yang diketahui, kawasan Chuah merupakan kawasan luar bandar dan agak terpencil kerana ia adalah kawasan perladangan kelapa sawit dan juga kawasan penternakan. Seringkali kawasan luar bandar akan menjadi lubuk kepada Barisan Nasional mendominasi undi tetapi keadaan sebaliknya di Chuah. Ternyata sekali, pengundi-pengundi Chuah mempunyai kesedaran kepada politik semasa negara. Mereka juga tidak ketinggalan untuk bersama-sama melakukan reformasi politik negara bersama Parti Keadilan Rakyat.
Yb Chai Tong Chai juga adalah Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Negeri Sembilan. Kelantangan beliau menyuarakan permasalahan rakyat Negeri Sembilan semasa sesi persidangan di Dewan Undangan Negeri turut menjadi perhatian utama oleh ADUN-ADUN BN. Malah, permasalahan yang disuarakan dalam persidangan tersebut adalah berdasarkan fakta yang tepat dan tidak bersifat politikal. Kebanyakan ADUN BN juga mengakui keberanian YB Chai yang mengemukakan soalan-soalan yang lebih proaktif.
Kebolehan YB Chai bertutur dalam bahasa Tamil, Cina, Inggeris dan Melayu telah memberi suatu kelebihan komunikasi kepada beliau dengan masyarakat. Kelebihan ini telah membantu beliau memahami permasalahan dan merapatkan hubungan antara Parti Keadilan Rakyat dengan seluruh masyarakat pelbagai kaum di Negeri Sembilan.
Direktori Adun Chuah:

213 Jalan Besar, Bukit Pelandok,
71960 Port Dickson,
Negeri Sembilan.
(Pusat Khidmat ADUN Chuah)

HP: 016-631 3232
HP: 012-682 5662 (Shamsiah)
Faks & No Tel: 06-667 2317
Email: adunchuah@gmail.com

No comments: