Monday, August 25, 2008

Pengakuan Ramlang dedah kaitan langsung Najib - Anwar


Dipetik dari Suara Keadilan Online
Isnin, 25 Ogos 2008 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Nasional, P44 Permatang Pauh

PERMATANG PAUH, 25 OGOS (SK)- PENDEDAHAN Ustaz Ramlang Porigi bahawa sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan di atur oleh pejabat Najib Razak membuktikan pembabitan Timbalan Perdana Menteri di dalam perancangan konspirasi menurut Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim.

Najib bersama-sama kuncu Umno beliau akan berbuat apa sahaja untuk membuat fitnah dan melontar tohmah terhadap saya - Anwar Ibrahim

Anwar berkata sekarang jelas sudah terbukti setiap fasa yang beliau lalui dalam pertuduhan liwat ke atas beliau menunjukkan elemen konspirasi.

“Dalam setiap fasa pertuduhan terhadap saya dari laporan perubatan hospital, akuan bersumpah doktor yang memeriksa yang membuat tuduhan sehinggalah sekarang imam yang menyaksikan sumpah tersebut itu pun sudah tampil ke hadapan mempersoalkan perkara tersebut.

“Ini hanya membuktikan Najib bersama-sama kuncu Umno beliau akan berbuat apa sahaja untuk membuat fitnah dan melontar tohmah terhadap saya.

“Saya hendak lihat Najib nak atur apa pulak lepas ini,” beliau berkata kepada media di Yayasan Aman di Permatang Pauh tengahari tadi.

Beliau juga mengucapkan penghargaan terhadap tindakan Ustaz Ramlang yang beliau anggap ikhlas dan berani disamping menyuarakan kebimbangan beliau mengenai keselamatan imam Masjid Wilayah Persekutuan tersebut.

“Beliau amat runsing mengenai keselamatannya. Saya takut episod Bala sekali lagi akan berlaku dan berharap imam ini akan dijamin sewajarnya,”

Di dalam sidang media terakhir sebelum hari pembuangan undi esok bagi kawasan parlimen Permatang Pauh, beliau juga menyeru penyokong Pakatan Rakyat supaya keluar mengundi seawal mungkin untuk menyenangkan semakan dafter pengundi.

Dipercayai jentera Barisan Nasional telah menurunkan seramai lebih daripada 20,000 pengundi hantu ke Permatang Pauh untuk mengundi bagi BN.

Anwar juga menyeru penyokong Pakatan Rakyat supaya jangan melayani sebarabg tindakan provokasi dari pihak BN dan sentiasa menjaga aspek keselamatan dan tidam menimbul suasana tegang semasa pengundian esok.

Ditanya mengenai sambutan rakyat Permatang Pauh terhadap keempen pilihan raya kecil di mana belioau bertanding, Anwar gembira sambutan daripada semua lapisan masyarakat adalah amat menggalakkan.

“Sambutan rakyat adalah amat positif. Di mana saya bertemu mereka di Permatang Pauh, pengundi menunjukkan kesungguhan mereka untuk bergerak ke arah perubahan.

“Saya yakin sekiranya rakyat Permatang Pauh memberi kepercayaan kepada kita ia akan membawa kepada perubahan peta politik negara ,” kata beliau lagi

No comments: