Kerancakan tempoh berkempen selama 10 hari sebelum hari mengundi pada 26 Ogos 2008 nanti telah diwarnakan dengan isu-isu hangat yang penuh provokasi terutama oleh Barisan Nasional.
Barisan Nasional khususnya UMNO telah memainkan sentimen-sentimen negatif melalui akhbar-akhbar kawalan mereka yang secara keseluruhannya cuba menggambarkan keburukan PKR. Isu liwat dan isu bersumpah Saiful Bukhari cuba dilaungkan tanpa mereka sedar telah melahirkan kemarahan membuak rakyat terhadap kepimpinan BN.
Hakikatnya di Permatang Pauh rakyatnya langsung tidak menghiraukan propaganda murahan Umno memancing perhatian para pengundi di Parlimen Permatang Pauh.
Semalam sahaja (18 Ogos 2008), di DUN Seberang Jaya dilaporkan sudah ada kempen meraih undi dengan memberi wang kepada peniaga-peniaga pasar malam supaya mengundi calon Umno. Mengikut laporan yang disampaikan itu, seorang bekas Menteri Besar sebuah negeri utara Semenanjung Malaysia telah memberi RM 150 kepada setiap peniaga-peniaga pasar malam yang ditemuinya.
Setiap bilik gerakan Pakatan Rakyat (PKR & PAS) di seluruh daerah mengundi Permatang Pauh sentiasa dipenuhi dengan kehadiran penduduk tempatan sedangkan keadaan sebaliknya berlaku kepada BN. Bilik gerakan BN hanya dipenuhi oleh jentera-jentera mereka yang datang dari luar Permatang Pauh dan negeri-negeri lain.
No comments:
Post a Comment