Bilik Gerakan Utama,
Dun Permatang Pasir.
Usaha Barisan Nasional memikat pengundi-pengundi di Parlimen Permatang Pauh menjelang detik hari pengundian semakin suka. Sekitar Dun Permatang Pasir telah memperlihatkan penguasaan ketara Pakatan Rakyat. Kerjasama antara PKR, PAS dan DAP kian utuh walaupun gerak kempen BN semakin kotor!
Pada pagi ini sahaja (Isnin/1.30-2.30 pagi), hampir 20 helai banner pelbagai saiz kepunyaan Umno telah dirampas dan diturunkan. Banner-banner tersebut jelas terpapar frasa-frasa provokasi perkauman yang turut menggunakan lambang-lambang parti gabungan Pakatan Rakyat.
Hasil kerjasama petugas-petugas PKR dan PAS telah berjaya merampas dan menurunkan banner-banner tersebut. Keadaan ini telah membuktikan BN khususnya Umno telah tersepit dan terdesak untuk mendapatkan sokongan pengundi-pengundi Parlimen Permatang Pauh.
Sekitar jam 10.45 malam tadi (24/8/2008), beberapa petugas upahan BN telah berjaya ditahan oleh petugas-petugas Pakatan Rakyat di Permatang Ara kerana telah menggunakan bendera DAP ketika berkonvoi menyebarkan risalah bertajuk "Kabinet Malaysia 16 September 2008" bermula jam 10.20 malam.
Mereka yang ditahan telah dibawa ke Balai Polis Kubang Semang.
No comments:
Post a Comment