Monday, March 18, 2013

Pakatan yakin menang 23 kerusi DUN Negeri Sembilan – AMK


REMBAU 18 MAC: Pakatan Rakyat yakin dapat menawan Negeri Sembilan berdasarkan kaji selidik dan maklumat akar umbi, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Negeri Sembilan, kata Nazree Yunus.
Beliau berkata, ia hasil gerak kerja Pakatan berpandu maklumat dari pemandu teksi, peniaga dan semakan laporan pegawai awam.
“Kita ada berita gembira. Pakatan dijangka menang 23 kerusi. PAS dan KEADILAN tambah kerusi manakala DAP menang semua 11 kerusi yang disandang sekarang,” katanya.
negeri-sembilan-voting
Beliau berkata demikian depan ribuan rakyat pada ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Kampung Pedas Tengah, Rembau 16 Mac lalu.

Negeri Sembilan ada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Pakatan hanya memerlukan empat kerusi lagi untuk menawan negeri berkenaan.
Selain itu, Nazree berkata, hutang terkumpul RM1.4 bilion kerajaan negeri kepada kerajaan Pusat menjadi bukti kegagalan pentadbiran Umno BN yang diterajui Datuk Seri Mohamad Hasan.
“Tokoh korporat jadi Menteri Besar jaga Negeri Sembilan. Tapi apa jadi apabila diperintah Umno BN?” katanya.
Justeru, Nazree meminta rakyat negeri itu membandingkan pencapaian kerajaan Selangor yang memiliki rizab simpanan tunai RM2.3 bilion.
Sebelum ini, media kawalan Umno BN pada Jun 2012 melaporkan Adun BN Chembong, Mohamad Rais Zainuddin mencadangkan supaya Mohamad Hasan digugur sebagai calon PRU 13.
Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook pula pernah menggesa pejabat Peguam Negara menyiasat dakwaan Mohamad Hassan menyalur RM10 juta ke United Kingdom melalui perkhidmatan pengurup wang.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=47643

No comments: