KUALA LUMPUR 7 MAC: Pihak berkuasa perlu menyiasat laporan media Filipina yang mendedahkan perbuatan Datuk Seri Najib Razak menjanjikan tanah kepada tentera Sulu hingga menyebabkan mereka menceroboh Lahad Datu, Sabah.
Jika benar, Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin, berkata Najib juga perlu mendedahkan kandungan perjanjian itu kerana melibatkan kedaulatan Malaysia dan tanah milik Sabah.
Katanya, rakyat berhak tahu kandungan perjanjian itu, apatah lagi ia membawa kepada pencerbohan tentera Sulu yang diterajui Sultan Jamalul Kiram III hingga mengancam keselamatan rakyat Sabah.
Beliau juga kesal kerana Perdana Menteri sehingga kini tidak membuat sebarang penafian terhadap pendedahan yang dibuat pengasas MNLF, Nus Misuari sebelum dipetik media Filipina.
“Kita anggap perkara ini serius. Isu ini jadi masalah apabila berlaku pencerobohan wilayah,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.
Mengikut Manila Bulletin Publishing Corporation, Nur Misuari mendapat tahun kumpulan Raja Muda Agbimuddin Kiram yang mengetuai penceroboh Sulu, datang ke Sabah untuk menuntut janji dari Najib Razak sebelum kenyataan itu dipetik sebagai tajuk muka depanSuara Keadilan.
Justeru itu, Shamsul berkata, AMK akan memulakan siri laporan polis terhadap Perdana Menteri dengan Ketua AMK Sabah, Serman Hassnar esok, diikuti seluruh pelusuk negeri.
“Kita minta polis siasat dakwaan ini,” katanya yang turut mendesak sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi memberi penjelasan mengenai situasi semasa khususnya isu keselamatan rakyat.
“Saya desak Musa Aman selaku Ketua Menteri memanggil sidang khas. Kerana boleh timbul maklumat yang membimbngkan dan apa tindakan seterusnya.
“Ini kerana kerajaan negeri ada akses untuk pantau keadaan dan pembangkang di Sabah berhak mendapat penjelasan,” kata Shamsul.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=46654
No comments:
Post a Comment