Tindakan tidak demokratik dan bersifat provokatif telah berterusan di DUN Palong yang dipercayai didalangi oleh samseng-samseng upahan Umno.
Sebelum ini, telah berlaku kejadian bendera-bendera PKR dibakar dan papan tanda Ranting dirobohkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Agak menghairankan juga kerana pihak Umno mengakui bahawa mereka cukup kuat dan berpengaruh di seluruh Palong namun hanya kerana PR Jempol mula memasang bilboard dan bendera, mereka seperti mengelabah hilang pedoman!
Jika benar Umno merasakan mereka kuat dan bakal menang lagi di Dun Palong, seharusnya mereka tidak perlu gusar, takut dan bertindak seperti kanak-kanak kecil dengan membuat provokasi sebegini.
Rakyat sekitar Palong kini mampu menilai baik-buruk yang telah dilakukuan oleh kedua-dua samada PR atau Umno. Persoalannya, apakah kaedah tidak demokratik ini bakal berlaku ketika PRU-13 nanti?
No comments:
Post a Comment