Thursday, January 10, 2013

Sah! Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka


KUALA LUMPUR 9 Jan: Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) sah diadakan di Stadium Merdeka, Sabtu ini, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.
Ia ekoran pihak pengurusan stadium membenarkan himpunan tersebut berlangsung di situ.
“Pihak pengurusan balas kepada panitia Perhimpunan Kebangkitan Rakyat bahawa pemohonan mengguna Stadium Merdeka dibenarkan. Hidup rakyat,” tulis Tian pada twitternya sebentar tadi.
Menurut Tian, Jawatankuasa Panitia HKR kini sedang mengadakan mesyuarat bagi persiapan terakhir susulan perkembangan itu.
“Ini peristiwa bersejarah, Stadium Merdeka kembali milik rakyat!” kata Ahli Parlimen Batu itu.
Dengan perkembangan tersebut, bermakna inilah kali pertama himpunan mega rakyat diadakan dalam stadium.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=42711

No comments: