Thursday, January 17, 2013

Bekas Pengarah JPN dedah Megat Junid arah beri IC pada pendatang


KUALA LUMPUR 16 Jan: Bekas Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Sabah, Ramli Kamaruddin mendedahkan, beliau mula merekrut pengundi hantu selepas secara peribadi menerima arahan dari Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub.
Ketika memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang di Sabah hari ini, Ramli mendakwa, beliau diarahkan untuk mengeluarkan resit kad pengenalan (IC) kepada pendatang asing menggunakan butiran mereka yang sudahpun ada dalam daftar pemilih tetapi tidak pernah mengundi sebelumnya.

Beliau mendakwa menerima panggilan dua minggu sebelum pilihan raya negeri Sabah pada 1994 untuk menemui Megat Junid di sebuah hotel.
Beliau mendakwa telah diarahkan untuk membantu memastikan akan kemenangan kerajaan negeri yang disokong oleh kerajaan Persekutuan.
Ramli mendakwa telah diarahkan untuk mengeluarkan resit JPN menggunakan nama dan nombor IC pengundi yang sudah ada dalam daftar pemilih dengan tujuan bagi membolehkan mereka mengundi.
Resit JPN adalah slip kad pengenalan sementara yang dikeluarkan sebelum menerima kad pengenalan sebenarnya. Dokumen tersebut adalah memadai untuk mengundi, jelas beliau. – Malaysiakini
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=43332

No comments: