PETALING JAYA 11 Jan: KEADILAN mendesak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) menjelaskan tindakan mereka membeli saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) ketika majoriti penganalisis saham tidak menyarankan pembelian itu.
Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan KEADILAN, Wong Chen berkata, seawal 9 Ogos 2012 hingga 4 Januari 2013, pandangan majoriti pengalisis saham terhadap saham FGVH menjadi negatif dan harga sahamnya jatuh mendadak.
“(Namun) KWSP terus tambah 46 juta saham kepada portfolionya, manakala KWAP tambah 10 juta saham.
“Di samping itu, keseluruhan pembelian mereka dari 29 Jun 2012 hingga 4 Januari 2013 kira-kira RM455 juta bagi KWSP dan RM305 juta bagi KWAP. Pembelian ini akibatkan anggaran kerugian atas kertas sebanyak RM40 juta (KWSP) dan RM35 juta (KWAP,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN.
Justeru, katanya lagi, KWSP dan KWAP sebagai penjaga dana rakyat perlu beri penjelasan.
“KEADILAN percaya penyumbang KWSP dan penjawat awam berhak untuk tahu sama ada pembelian saham FGV yang bertentangan dengan pandangan penganalisis bermotifkan politik.
“KEADILAN menuntut KWSP dan KWAP jawab sama ada mereka pernah terima apa-apa arahan dari kerajaan atau ahli politik untuk membeli saham FGV,” katanya lagi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=42844
No comments:
Post a Comment