Wednesday, August 1, 2012

Rafizi dikenakan ikat jamin RM15,000, bicara 10 Sept

dipetik dari Keadilan Daily


(Oleh Aisha Geoffrey)
SHAH ALAM 1 Ogos: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dilepas dengan dikenakan ikat jamin berjumlah RM15,000.
Beliau didakwa di bawah Seksyen 97(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 yang membawa hukuman maksimum tiga tahun penjara atau denda RM3 juta.
Turut didakwa, bekas kerani Public Bank, Johari Mohamad kerana dituduh bersubahat mendedahkan dokumen perbankan melibatkan skandal National Feedlot Corporation (NFC).
Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Tuan Aslam Zainuddin membenarkan ikat jamin dengan RM15,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.
Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad tampil sebagai penjamin Rafizi, manakala Johari diwakili abangnya.
Rafizi dan Johari diwakili peguam, N Surendran.
Turut hadir memberi sokongan, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.
Perbicaraan kes ditetapkan pada 10 September depan.
Rafizi sebelum ini disiasat mengikut Bafia berikutan keberaniannya mendedahkan butiran penyelewengan perbankan NFC dan ahli pengarahnya, 16 Februari lalu.
NFC dikendalikan suami dan anak kepada Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang menyalah guna peruntukan RM250 juta untuk penternakan lembu fidlot.

No comments: