Thursday, August 2, 2012

KEADILAN tubuh Now untuk lindungi pemberi maklumat


(Oleh Mohd Martin Kahar)
PETALING JAYA 2 Ogos: KEADILAN menubuhkan Pusat Perlindungan Pemberi Maklumat Nasional (Now), bertujuan melindungi dan menjaga kebajikan pemberi maklumat mengenai salah guna kuasa kerajaan.
Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat sedia ada tidak berkesan melindungi pemberi maklumat.

“Pemberi maklumat sepatutnya dilindungi kerajaan. Sebaliknya mereka diburu, diugut dan didakwa oleh kerajaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini.

No comments: