Thursday, August 2, 2012

KEADILAN desak tubuh Suruhanjaya Diraja siasat pemberian kontrak LRT


(Oleh Mohd Martin Kahar)
PETALING JAYA 2 Ogos: KEADILAN mendesak Suruhanjaya Diraja ditubuh bagi menyiasat salah guna kuasa membabitkan Datuk Seri Najib Razak dalam pemberian kontrak bagi projek tambahan LRT Ampang bernilai RM1.1 bilion kepada Konsortium George Kent.
Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata, ia ekoran kegagalan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkara itu walaupun laporan telah dibuat.

“Jelas sekali polis dan SPRM tidak berkuasa menyiasat Perdana Menteri sehingga anugerah kontrak tersebut dibuat tanpa mengira kemarahan rakyat,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di sini hari ini.

No comments: