Friday, December 31, 2010

Gobala & Badrul Akan Tinggalkan PKR?

dipetik daripada msomelayu.blogspot.com

RIBUT dalam cawan PKR nampaknya belum berakhir. Bila ia akan berakhir sukar untuk diramalkan. Apakah ia akan berakhir apabila riwayat parti itu akan berakhir? Berakhirnya riwayat PKR maka berakhirlah segala ribut dalam cawan. Begitukah?

Kalau terjadi demikian alangkah malangnya nasib PKR?

Walaupun berbagai usaha untuk menstabilkan PKR tetapi tidak menjadi. Parti 'tiga kepala' ini benar-benar memusingkan kepala Penasihat Umumnya, Anwar Ibrahim. Sehebat-hebat Anwar nampaknya bukan mudah untuk beliau mententeramkan keadaan. Sebenarnya bukan saja Anwar tetapi kalau orang lain juga memiliki parti sepertinya payah untuk diatasi.

Kemampuan PKR bertahan dan muncul sebagai politik ketiga terbesar negara ini selama 10 tahun ini pun dikira satu kejayaan besar kepada Anwar dan pendokongnya. Belum tentu kalau orang lain memimpin parti berkapala tiga seperti PKR mampu mempertahankanya selama itu. Mungkin masuk tahun ke lima ia sudah memberai di tengah jalan.

Sebenarnya ketahan PKR hari ini kerana kekental Anwar Ibrahim yan tidak mudah berputus asa kandatipun berbagai cara diusahakan musuhnya untuk menghancurkan kerjayanaya dan juga PKR.

Seorang demi seorang ahli parti itu meninggalkan PKR. Kebanyakan meninggal bukan kerana perjuangan PKR atau perjuangan Anwar tetapi kerana mereka kecewa apabila mereka gagal mendapat apa yang diidamkan. Contohnya bila gagal untuk jadi pemimpin, mereka akan meninggalkan PKR sambil berjalan meninggalkan PKR mereka membuang najis di tengah jalan macam orang mabuk arak.

Kononnya mereka tinggal PKR kerana tidak percaya kepada perjuangannya itu adalah alasan semata-mata. Apa yang berlaku mereka tidak konsisten dan percaya kepada diri sendiri. Masakan mereka menyertai PKR tanpa membuat kajian dan penilaian ke atasnya. Jika ini berlaku maka jelas mereka menyertai itu hanya kerana terikut arus saja. Orang yang berjuang mengikut arus bukan pejuangan tulen, tetapi pencari makan di tepi gelanggang siasah.

Sehari dua ini saya tengok ada dua orang kuat PKR akan meninggalkan parti itu. Gelahat mereka membayangkan akan tindakan mereka itu. Mereka ialah Gobalakrishan dan Badrul Hisham Shahrin. Kedua mereka baru kalah dalam pertandingan merebut jawatan. Adalah dijangka mereka akan membuat pengumuman keluar PKR pada 19 Januari ini sempena pelancaran parti pimpinan Zaid Ibrahim. Tunggulah!

2011 : Janji PR 100 Hari Bawa Malaysia Yang Dinamik


SHAH ALAM 31 DIS: Kepimpinan Pakatan Rakyat menggesa warga Malaysia memilih kerajaan lebih adil dan sentiasa menjunjung tinggi prinsip perlembagaan demokrasi bagi menawarkan kehidupan lebih produktif dan saksama.

Penguasaan kerajaan Pakatan Rakyat ke atas empat buah negeri sejak tahun 2008 membuktikan peningkatan dalam sektor ekonomi melalui pengurusan cekap dan telus seraya menawarkan rakyat lebih nilai.

Ketua Wanita Keadilan, Zurida Kamaruddin dalam kenyataan media berkata, Janji 100 hari Kerajaan Pakatan Rakyat menuju Putrajaya menjadi iltizam untuk terus menjana momentum menawarkan suatu perubahan yang pastinya terarah kepada pembentukan sebuah Malaysia baru yang dinamik.

Justeru kata beliau lagi, rakyat harus terus menolak kerajaan Umno-Barisan Nasional yang sering membebani rakyat melalui kenaikan harga barang selain memanipulasi sistem negara untuk kepentingan politik.

Tambahnnya Ahli Parlimen Ampang itu lagi, 53 tahun pemerintahan penuh konflik dan pembaziran wang rakyat oleh Umno-Barisan Nasional merupakan alasan kukuh untuk rakyat menolak kerajaan itu pada Pilihnaraya Umum Ke-13 tidak lama lagi.

Tahun 2011 yang bakal menjelma memberi inspirasi baru kepada kerajaan Pakatan Rakyat untuk terus membela masib seluruh warganegara Malaysia seterusnya memegang tonggak pemerintahan negara menerusi janji kerajaan Pakatan Rakyat kepada rakyat Malaysia.

Polis sedia hadapi pilihanraya serentak

Polis Diraja Malaysia (PRDM) sentiasa berada dalam siap siaga termasuk menghadapi kemungkinan pilihan raya umum ke-13 dan pilihan raya negeri Sarawak diadakan serentak, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Hussin Ismail hari ini.

Beliau berkata polis akan memastikan proses demokrasi berjalan dengan lancar dan pada masa yang sama menjaga keselamatan dan ketenteraman awam sekiranya perkara seumpama itu berlaku.

Katanya polis Sarawak telah merangka perancangan rapi bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memastikan proses pilihan raya negeri akan datang berjalan dengan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Penggal sekarang bagi para anggota Parlimen akan berakhir awal 2013 manakala pilihan raya negeri Sarawak perlu diadakan sebelum Julai 2011.

Monday, December 27, 2010

Imbasan PRU-Ke Arah Menawan Negeri Sembilan

Apabila parti Umno mengumumkan penangguhan Pemilihan 2010 selama 18 bulan, ramai pemerhati politik tanah air telah membuat ramalan, telahan dan andaian bahawa Pilihanraya Umum ke-13 bakal berlangsung pada tahun 2011 antara bulan Mac hingga Jun.

Perkembangan itu telah menjadi titik perbincangan hangat politik. Teka-teki Pilihanraya DUN Sarawak juga sedang hangat bermain-main. Begitu juga dikhabarkan juga Pilihanraya DUN Perak juga dilaporkan bakal berlangsung pada bulan Mac 2011.

Namun, kehangatan perkhabaran itu telah memberi suatu isyarat kepada Pakatan Rakyat Negeri Sembilan bagi membuat persediaan awal dari segi jentera, gerak kerja dan penyusunan strategi menghadapi kemungkinan PRU-13 berlaku pada tahun 2011.

Imbasan PRU-12 lalu menyaksikan PR Negeri Sembilan hampir sahaja menawan negeri ini. Barisan Nasional hanya berkelebihan 4 kerusi dan kehilangan majoriti dua pertiga dalam DUN Negeri Sembilan. Tsunami politik 8 Mac 2008 telah menyaksikan PR menang 15 kerusi DUN manakala BN menang 21 kerusi DUN.

PKR memenangi 4 kerusi DUN iaitu Ampangan, Sikamat, Chuah dan Port Dickson serta Parlimen Telok Kemang. DAP pula unggul dengan memenangi 10 kerusi DUN daripada 11 kerusi yang ditandingi iaitu Nilai, Lobak, Temiang, Rahang, Bukit Kepayang, Mambau, Senawang, Lukut, Repah dan Bahau disamping menang Parlimen Seremban dan Rasah. PAS buat pertama kali dalam tempoh lima dekad telah berjaya memenangi DUN Paroi.

Jika kajian maklumat dinilai PRU 2008, terdapat beberapa DUN yang dimenangi oleh BN berada di bawah majoriti dua ribu undi. PKR berpotensi menang enam lagi DUN iaitu Labu, Linggi, Pertang, Jeram Padang, Pilah dan Juasseh. PAS pula berpotensi menang tiga DUN iaitu Klawang, Lenggeng dan Johol. Ketiga-tiga kawasan ini telah dikategorikan sebagai kawasan putih oleh PAS Negeri Sembilan sebagai DUN untuk menang pada PRU-13. Manakala DAP hanya perlu menang DUN Chennah.

Jika 10 DUN ini berjaya dimenangi disamping mempertahankan kemenangan DUN yang sedia ada pada PRU-13 nanti, PR Negeri Sembilan mempunyai kelebihan majoriti dua pertiga.

DUN kental majoriti BN (peratus undi menang 58% ke atas) seperti Sungai Lui, Palong, Gemas, Bagan Pinang mungkin kekal dimenangi BN. Namun begitu, bagi DUN yang peratus kemenangan BN berada pada paras 56-53% seperti Seri Menanti, Senaling, Serting dan Gemencheh mungkin jika gerak-kerja dan strategi yang betul, tidak mustahil kawasan-kawasan ini akan turut jatuh ke tangan PR.


Saturday, December 25, 2010

Dari Meja SU MPN: SELAMAT HARI NATAL

Salam sejahtera,

Selamat menyambut Hari Natal kepada seluruh warga Malaysia yang beragama Kristian. Semoga dengan sambutan perayaan ini akan memberi suatu harapan baru dan semangat dalam melalui detik-detik kehidupan seterusnya dalam tahun baru.
Sudah menjadi kelaziman setiap perayaan akan disambut bersama oleh warga rakyat yang lain. Ini menunjukkan semangat setiakawan dan persefahaman disamping timbang rasa antara kepelbagaian ras kaum yang ada di negara ini. Sikap ini penting bagi mengekalkan perpaduan antara kaum sebagai satu warganegara Malaysia.
Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan meletakkan harapan agar perpaduan ini dapat diterjemahkan dalam suatu bentuk sokongan jitu bagi mengubah haluan pentadbiran negara yang lebih telus, amanah dan progresif pada tahun hadapan demi kebajikan rakyat terpelihara dan kemakmuran ekonomi akan dapat dinikmati sebaiknya.
KE ARAH MENAWAN NEGERI SEMBILAN PRU-13

PRK Dun Tenang: 30 Januari 2011

SPR telah mengumumkan tarikh Pilihanraya Kecil (PRK) Dun Tenang di Labis, Johor pada 30 Januari bersamaan hari Ahad tahun depan.

Manakala hari penamaan calon pula telah ditetapkan pada hari Sabtu, 22 Januari tahun 2011 di Majlis Daerah Labis. Pusat penjumlahan undi pula akan dijalankan di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis.
Seramai 14,753 pengundi layak mengundi dengan 14,735 adalah pemilih biasa dan 18 pengundi pos.
Daripada jumlah tersebut, 7,014 orang (47.54%) adalah kaum Melayu, Cina (5,766), India (1,780), Bumiputera Sabah & Sarawak (11 orang) dan Orang Asal (171).

Monday, December 20, 2010

PKR Rasah buka Ranting Bandar Enstek di Dun Labu

Perasmian Ranting Bandar Enstek
(gambar: YB Loke Siew Fook turut hadir menyokong penubuhan Ranting Bandar Enstek)

Pada 18 Disember 2010 (Sabtu) lepas, PKR Cabang Rasah telah berjaya membuka sebuah lagi Ranting Bandar Enstek di Dun Labu. Perasmian ranting tersebut telah dibuat dalam suatu majlis minum petang bersama pimpinan Cabang Rasah yang turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Rasah, YB Loke Siew Fook, Pengerusi MPN Negeri Sembilan YB Dato' Kamarul Baharin Abbas, Adun Chuah YB Chai Tong Chai, Adun Ampangan YB Rashid Latiff, Ketua Cabang Rasah Hj Muhammad Kamel Yassin, Setiausaha MPN Negeri Sembilan Sabaruddin Mohd Yassim dan beberapa AJK Cabang Rasah.

Majlis jamuan minum petang tersebut bermula tepat jam 2.00 petang telah dihadiri 80 orang anggota Cabang Rasah dan penduduk sekitar. YB Dato' Kamarul dalam ucapannya menegaskan usaha menawan Dun Labu harus dipergiatkan dan dengan kewujudan Ranting Bandar Enstek ini telah menambah sokongan ke arah matlamat tersebut. Beliau menyatakan sekiranya Dun Labu berjaya ditawan dan dimenangi oleh PKR, maka seluruh Negeri Sembilan akan turut dapat dikuasai oleh Pakatan Rakyat dalam PRU-13 nanti.

Beliau turut menyeru supaya rakyat di Dun Labu khususnya di Bandar Enstek sama-sama memberi mandat kepada PR untuk mentadbir negeri ini akan datang. Beliau turut mengambil contoh kemajuan dan kemudahan negeri Selangor yang diperintah di bawah kerajaan PR antaranya pemberian air percuma 11 meter padu. Bandar Enstek hanya bersebelahan dan bersempadan dengan negeri Selangor yang cuma dipisahkan oleh jaringan pencawang eletrik tetapi melihat perbezaan ketara kemudahan yang diterima dari Negeri Sembilan berbanding Selangor.

Walaupun Adun Labu yang juga seorang Exco Kerajaan Negeri tetapi tiada perubahan besar yang mampu dibawa sedangkan Bandar Enstek dan Dun Labu berhampiran dengan kawasan pesat sekitar KLIA. Dato' Kamarul turut mengambil contoh yang berlaku di Dun Linggi yang wakil rakyat juga seorang Exco Kerajaan Negeri tetapi kawasan tersebut masih ketinggalan jauh daripada pembangunan.

"Jika dilihat dari satelit atau kapal terbang, kalau dari Bandar Melaka sampai ke sempadan Linggi cerah dengan lampu-lampu jalan, yang gelap-gelita selepas masuk sempadan Negeri Sembilan itulah Linggi!" tegas beliau sebagai memperlihatkan jauhnya ketinggalan kawasan Linggi daripada nikmat pembangunan.

Majlis petang itu tamat jam 5.00 petang.


Dato' Kamarul Kekal Pengerusi MPN Negeri Sembilan

Majlis Pimpinan Pusat mengumumkan jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan Keadilan Negeri Sembilan kekal dijawat oleh YB Dato' Kamarul Baharin Abbas.

Perlantikan semula YB Dato' Kamarul akan meneruskan kestabilan organisasi yang berlangsung sepanjang sesi 2007-2010 di Negeri Sembilan. Faktor hubungan dan kerjasama baik yang terjalin sejak penubuhan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Sembilan pada bulan Januari 2010 lalu antara beliau dengan pimpinan PR Negeri Sembilan.
Kepimpinan YB Dato' Kamarul diperlukan untuk memimpin PKR Negeri Sembilan dalam meneruskan matlamat menawan Negeri Sembilan pada PRU-13 akan datang.
Senarai Ketua Cabang selepas Pemilihan 2010:

1. Jelebu-Syed Hussein Idrus
2. Jempol-Karip Salleh
3. Seremban-Dr Ahmad Azam Hamzah
4. Kuala Pilah-Nordin Ismail
5. Rasah-Hj Muhammad Kamel Yassin
6. Rembau-Badrul Hisham Shaharin
7. Tampin-Hj Baharudin Arif Hj Siri
8. Telok Kemang-YB M. Ravi

Thursday, December 16, 2010

Ceramah Perdana: MENEBUS MARUAH BANGSA

CERAMAH PERDANA
'MENEBUS MARUAH BANGSA'
16 DISEMBER 2010/ KHAMIS
8.30 MALAM
DATARAN MUHIBBAH KG ISMAIL, AMPANGAN, SEREMBAN.

Orang ramai dan para penyokong PR dijemput hadir. DSAI dijangka berucap tepat jam 9.00 malam.

Menyusun saf & kekuatan

Semalam (15 Disember 2010) dua pengumuman penubuhan dan kemunculan parti politik telah disiarkan oleh media. Parti KITA (Kesejahteraan Ikatan Tanah Air) yang nama asalnya adalah AKIM dipimpin oleh Zaid Ibrahim. Manakala sebuah parti baru dari Sabah iaitu Parti Barisan Rakyat Sabah (SPF).

Namun, kemunculan sebegini adalah suatu yang lumrah berlaku dalam suasana politik lebih-lebih lagi semboyan ke arah PRU 13 kian rancak digetarkan yang kian dirasai hampir dekat.

Khabar-khabar politik ini tidak harus melemahkan seluruh anggota PKR. Ia seharusnya menjadi sebagai pemangkin semangat perjuangan dan memperkukuhkan saf organisasi disamping mempertajamkan semangat kerjasama-setiakawan dalam Pakatan Rakyat.

PKR sedang rancak diserang dengan fitnah dan manipulasi oleh media-media kawalan Umno-BN ketika ini. Suasana seperti ini persis penghujung tahun 2007 lalu sehingga Najib Razak waktu itu dengan angkuh mengatakan PKR akan berkubur selepas PRU 12. Laungan angkuh itu kembali dilontarkan walaupun berbeza patah ayatnya.

PKR Negeri Sembilan tenang berhadapan dengan suasana yang menyerang ini. Namun itu tidak bermakna PKR Negeri Sembilan berdiam diri tanpa melakukan persiapan. Langkah penyusunan saf dan kekuatan sedang rancak berlangsung. Sebijak Umno Negeri Sembilan menyembunyikan keretakan dalamannya, begitu jugalah PKR lebih bijak menyusup segala ruang lompang yang dicipta oleh krisis dalam Umno Negeri Sembilan.

Perebutan jawatan Menteri Besar negeri ini antara beberapa pemuka Umno Negeri Sembilan kedengaran walaupun dinafikan. Jika tidak berbunyi maka tak akan pulak orang bercerita. Siapa yang berceritanya? Biarlah ia menjadi rahsia politik sehingga pertempuran PRU 13 bermula.

Umno-BN Negeri Sembilan juga tidak boleh berasa selesa walaupun berjaya dalam usaha menyekat pembangkang sejak akhir-akhir ini. Kejayaan ceramah perdana anjuran PR NS "Semboyan Halilintar ke Putrajaya" menghadirkan kegusaran kepada mereka.

Harus diingat dan dijadikan panduan, Umno-BN juga mempunyai beberapa kerusi DUN yang dimenangi majoriti bawah daripada dua ribu undi. Dun-dun tersebut adalah Klawang, Chennah, Pertang, Labu, Lenggeng, Pilah, Juasseh, Johol dan Jeram Padang. Kesungguhan dalam memantapkan strategi dan gerak kerja pilihanraya dalam PR Negeri Sembilan tidak mustahil dun-dun tersebut bakal ditawan dalam PRU-13 nanti.

Maka sekali lagi kita laungkan SEMBOYAN HALILINTAR KE PUTRAJAYA!

Monday, December 6, 2010

Dari Meja Setiausaha MPN NS

Salam Reformasi!

Setelah PKR melalui proses pemilihan selama tiga bulan, akhirnya senarai kepimpinan peringkat Cabang dan kepimpinan pusat telah diisi melalui pemilihan yang penuh episod dan pengalaman yang membentuk kematangan seluruh anggota PKR.
Lebih membanggakan, Pemilihan PKR 2010 telah mencatat sejarah tersendirinya dengan PKR menjadi parti pertama di Asia malah di dunia melaksanakan pemilihan kepimpinan organisasinya melalui sistem 1 anggota 1 undi.
Bagi pemilihan kali pertama ini, perkara yang harus ditegaskan adalah KEUPAYAAN dan KEMAMPUAN parti melaksanakan sistem pemilihan seumpama ini. Kelemahan dan kekurangan yang terserlah sepanjang pemilihan ini perlu dijadikan panduan serta pelajaran berguna untuk memperbaiki segala aturan dalam melaksanakan pemilihan ini seterusnya pada tahun 2013.
Dalam tiap-tiap sesuatu sistem yang baru dan KALI PERTAMA dijalankan, sudah pasti adanya kelemahan dan kekurangan yang ketara. Namun itu bukan bermakna parti akan terus membiarkan ia menjadi duri yang berdarah kepada organisasi tetapi ia akan DIPERBAIKI bagi menambahbaik dan akan lebih diperkemaskan.
Beberapa fakta penting ingin dinyatakan di sini sebagai bukti dinamiknya PKR melaksanakan demokrasi secara berani berbanding Umno/BN:-
Bagi Pemilihan Cabang, seramai 70,000 anggota PKR daripada 400,000 keanggotaan keseluruhan telah keluar mengundi bagi memilih kepimpinan cabang masing-masing. Jika dinilai dalam angka peratusan, seramai 18% anggota yang keluar mengundi.
Jika dibandingkan dengan Umno, hanya 1.7% daripada 3.4 juta ahlinya yang terlibat untuk Pemilihan Umno! Hanya 60,000 ahli Umno yang akan terlibat dalam pemilihan kepimpinannya! Ini membuktikan PKR lebih demokrasi berbanding Umno.
Jika peratusan ahli Umno yang terlibat dengan pemilihan kepimpinan organisasinya sama dengan peratus keluar mengundi PKR (18%), angka yang pasti adalah 272,000 ahli Umno. Namun persoalannya, adakah Umno berani melaksanakannya???
Bagi Pemilihan Pimpinan Pusat, seramai 36,000 anggota PKR keluar mengundi memilih pimpinan pusat mereka. Memetik kata Setiausaha Agung PKR, YB Saifuddin Nasuiton Ismail hanya 0.03% daripada 3.4juta ahli Umno yang terlibat dalam memilih Presiden Umno! Dalam angkanya, HANYA 1,020 ahli Umno terlibat.
Keghairahan media kawalan BN menyerang secara berterusan PKR sedikit pun tidak melemahkan semangat seluruh anggota parti. Hanya jiwa-jiwa lemah yang berjuang kerana kepentingan kuasa, nama dan mencari peluang yang kian rancak meninggalkan parti. Hakikatnya serangan tersebut telah menambahkan minat rakyat keseluruhan ingin mengetahui PKR. Terbukti permohonan keanggotaan bulan Oktober 2010, seramai 20,000 permohonan keanggotaan telah diterima oleh Ibu Pejabat PKR.
Semoga dengan kepimpinan baru akan merancakkan semangat perjuangan dalam matlamat PKR menawan Putrajaya pada PRU 13 akan datang. Mari kita bersama-sama semarakkan semangat SEMBOYAN HALILINTAR KE PUTRAJAYA!

Tuesday, November 30, 2010

Exco AMK Malaysia: Dua calon Negeri Sembilan menang

Pengumuman senarai Exco AMK Malaysia yang menang pemilihan pada 27 November 2010 lepas telah menyaksikan dua calon dari Negeri Sembilan berjaya menempatkan diri.

Haji Ramlan Roes telah berjaya mempertahankan jawatan Exco dan muka baru saudara Sachinathan dari AMK Cabang Rembau terpilih sebagai anggota Exco AMK Malaysia yang baru bagi sesi 2010-2013.

Semoga dengan adanya wakil AMK Negeri Sembilan sebagai Exco akan dapat membawa suara akar umbi dan menjalankan tugas dengan amanah.

PKR umum keputusan rasmi pemilihan

Azmin Ali hari ini diumumkan secara rasmi sebagai timbalan presiden PKR yang baru, selepas menang jawatan tersebut dalam pemilhan parti itu dengan majoriti besar.

Berdasarkan keputusan yang diumumkan di Kongres PKR di Petaling Jaya awal petang ini, Azmin mendapat 19,543 undi.

Bagaimanapun jumlah undi yang diterima pencabarnya Mustaffa Kamil Ayub tidak diumumkan.

Bagi jawatan naib presiden, tiga pemenangnya ialah ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.

Selain Nurul yang juga anak sulung ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiga lagi pemenang jawatan tersebut ialah ahli parlimen Batu Tian Chua, ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mansor Othman.

Berikut keputusan rasmi pemilihan:

Presiden (menang tanpa bertanding)

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Timbalan presiden

Azmin Ali - 19,543 undi

Naib presiden

Nurul Izzah Anwar - 13,211

Tian Chua - 11,744

Fuziah Salleh - 8,927

Mansor Othman - 8,576

Majlis pimpinan pusat

  1. Elizabeth Wing 10,897
  2. Badrulamin Bahron 9,672
  3. Heee Loy Sian 8,473
  4. Khalid Jaafar 7,889
  5. Johari Abdul 7,719
  6. Abdul Rahman Yusof 7,719
  7. Haniza Talha 7,588
  8. Fariz Musa 7,511
  9. Zakaria Abdul Hamid 7170
  10. Roland Chian Ming Shen 7,095
  11. Siti Aishah 6,876
  12. Ismail Yusof 6,332
  13. Latheefa Koya 6,242
  14. S Kesavan 6,139
  15. Shuhaimi Shafie 6,095
  16. MR Summugam 5,964
  17. Yusmadi Yusoff 5,810
  18. S Manikumar - 5,789
  19. Mustafa Kamal Yusoff - 5,745
  20. Christina Liew - 5,707

Wednesday, November 10, 2010

Pemilihan 2010 Tetap Diteruskan, Jangan Jadikan Sekreteriat, JPP Kambing Hitam

PETALING JAYA 9 Nov - Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) akan tetap meneruskan proses Pemilihan Majlis Pimpinan Pusat 2010 yang kini memasuki pusingan terakhir walaupun timbul aduan berhubung dakwaan berlaku penyalahgunaan kertas undi.
Justeru itu, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Saifuddin Nasution Ismail menasihatkan calon-calon yang bertanding supaya tidak mengkambinghitamkan Sekretariat dan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) sekiranya mereka mempunyai sebarang rasa tidak puas hati terhadap proses pemilihan.Sebaliknya mereka digesa membuat aduan secara rasmi kepada JPP supaya tindakan susulan boleh diambil dengan segera.
Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang menafikan dakwaan berlaku penyelewengan dalam proses pemilihan jawatan Timbalan Presiden yang turut membabitkan pengawas JPP.Ini kerana pihak JPP telah menggunapakai enam daripada tujuh cadangan calon Timbalan Presiden, Datuk Zaid Ibrahim bagi memastikan ketelusan proses pemilihan.
"Surat Datuk Zaid bertarikh 5 Oktober menyarankan tujuh cadangan antaranya membenarkan calon melantik wakil calon dan agen pengundian (Paca) di setiap pusat mengundi, kertas undi bernombor siri bagi mengelak digunapakai berulang kali, peti undi mesti lutsinar, hanya senarai ahli sah diguna, ruang membuang undi berasingan, masa undi dipatuhi serta, ahli yang membayar yuran semasa Mesyuarat Agung Tahunan Cabang berhak mengundi."
Daripada tujuh cadangan Datuk Zaid kita telah laksanakan enam kecuali peti undi lutsinar sebab harganya mahal. "
Melihat kepada keputusan undi pula, daripada 87 cabang, Zaid menang di 38 cabang, Azmin 37 manakala Mustaffa 11 cabang dan 1 cabang seri antara Azmin dan Mustaffa.
"Kalau ada manipulasi undi sudah tentu Zaid tidak akan dapat mengatasi Azmin. Kalau undi mana-mana calon lebih ini kerana mobilisasi jentera pilihan raya adalah lebih baik jadi hasilnya baik juga," jelas beliau pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana petang tadi.
Beliau menambah adalah tidak adil menunding jari kepada Sekretariat dan JPP apabila calon sendiri gagal meletakkan Paca di pusat-pusat mengundi untuk memantau proses pemilihan.
"Jangan jadikan Sekretariat dan JPP sebagai 'scapegoat' kerana pada hakikatnya JPP hanya terima enam aduan secara rasmi iaitu satu dari Pulau Pinang, satu dari Kelantan, satu dari Negeri Sembilan yang sedang diteliti oleh JPP.
"Mengapa riuh rendah di luar sana kerana secara rekod enam sahaja yang diterima?Saifuddin juga berkata setakat ini sejumlah 11,670 undi diterima untuk tiga calon Timbalan Presiden dan bukannya seperti mana yang dinyatakan oleh Zaid.
"Dia ada masalah matematik, dia dapat maklumat yang salah dari jentera dia."Itu 'trade mark' Zaid yang membuat kenyataan media yang berterusan yang membabitkan individu dan pimpinan parti. Sebab itu undi terhadap beliau berkurangan kerana ahli sudah buat penilaian, serangan beliau secara terbuka terhadap parti telah menyebabkan anggota parti menjauhi dirinya," tegas beliau lagi.
Saifuddin merujuk kepada kekalahan beberapa tokoh dan pemimpin parti tetapi mereka tetap setia dan bekerja keras untuk KEADILAN.
"Datuk Kamarul Baharin Abas, bekas Setiausaha Agung, bekas Bendahari Agung, Ketua KEADILAN Negeri Sembilan kalah kepada YB Ravi tapi beliau terima keputusan dan terus bersama parti.
"Elizabeth Wong kalah di PJU, dia buat aduan tapi bertenang sementara aduan disiasat. Lim Soo Nee kalah di Kulim Bandar Baru tapi masih jalankan tugas parti dengan baik.
"Rodziah kalah di Shah Alam tapi bergelumang membantu parti semasa pilihan raya, tidak seperti sesetengah calon yang batang hidung pun tak nampak," kata Saifuddin lagi.

Sunday, November 7, 2010

Tindakan menyamar perbuatan jenayah


SEREMBAN – Tindakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Rasah, Muhd Zamri Vinoth Abdullah yang menyamar sebagai pengundi hantu adalah perbuatan jenayah.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, Rashid Latiff berkata, perbuatan dilakukan bagi menguji Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) itu adalah perbuatan jenayah memalukan.


“Melakukan tindakan untuk menguji sesuatu adalah perkara baik, namun Muhd Zamri sudah melakukan perbuatan jenayah. “Adakah wajar tindakan merompak sebuah bank dilakukan bagi menguji kecekapan polis. Keadaan ini sama seperti yang dilakukan Muhd Zamri yang menguji pihak JPP dengan melakukan perbuatan jenayah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.


Menurutnya, tindakan tersebut tidak diterima oleh budaya masyarakat di sini, begitu juga dari segi hukum agama. “Malah, tiada satu budaya di dunia ini yang menggalakkan tindakan keji seperti itu. “Saya amat kecewa dengan tindakan Muhd Zamri yang dilihat agak keterlaluan,” katanya.


Rashid berkata, sememangnya terdapat kelemahan dalam JPP, namun tindakan menguji sebegitu tidak patut dilakukan. “Bukan sahaja dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), malah dalam mana-mana parti sekalipun, pasti mempunyai masalah dalam proses pemilihan.


“Apabila perkara sebegini berlaku, JPP perlu memperbaiki kelemahan agar masalah pengundi hantu ini tidak berulang,” katanya. Menurutnya, parti perlu melakukan sesuatu tindakan mahupun hukuman kepada Muhd Zamri atas perbuatan keterlaluannya itu.

Wednesday, November 3, 2010

Kenyataan Ketua AMK NS berkenaan isu pengundi hantu di Pemilihan Rembau

Saya merasa amat kesal dengan kejadian yang telah berlaku. Kejadian sebegini memberi imej dan tanggapan buruk kepada PKR. Sepatutnya pemilihan ini boleh dijadikan satu contoh terbaik dan menunjukkan ketelusan dan semangat demokrasi yg didukung oleh Parti. Saya berharap tiada perkara yg serupa berulang di Cabang-Cabang lain yg masih belum mengadakan pemilihan.

Bagi saya biarlah kita bertanding secara sihat dan jangan sesekali menggunakan taktik kotor dan jijik untuk menewaskan musuh seperti yang dilakukan oleh umno dan BN yang akhirnya menunjukkan kebodohan sendiri. Apa ertinya kemenangan jika sekiranya kemenangan itu hasil dari penipuan.

Berkaian dengan individu yang ditangkap iaitu Zamri Vinoth yang menggunakan identiti orang lain, ini nampaknya seperti ada suatu yang telah dirancang. Beliau adalah Ketua AMK Cabang Rasah. Bagaimana seorang Ketua Cabang boleh hadir bagi tujuan mengundi di Cabang Rembau.

Justeru itu atas prinsip keadilan,ketelusan dan menjunjung semangat demokrasi, saya berharap jawatankuasa Jawatankuasa Pemilihan Pusat ( JPP) dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap keputusan pemilihan Cabang Rembau termasuklah menggantung keputusan tersebut jika difikirkan perlu. Sementara itu Biro Disiplin parti seharusnya mengambil tindakan tegas terhadap individu berkenaan termasuk memecat kerana beliau bukanya ahli biasa sebaliknya individu berjawatan dalam parti.

Rebin Birham
Ketua AMK Negeri Sembilan.

Friday, October 29, 2010

Tarikh-Tarikh Pemilihan Pimpinan Pusat di Negeri Sembilan

Berikut adalah tarikh-tarikh pengundian bagi Pemilihan Pusat di Negeri Sembilan:

30 Oktober 2010/Sabtu

1. Jelebu (Stesen Petronas Simpang Pertang)
2. Jempol (Pejabat Cabang Jempol, Bandar Seri Jempol)
3. Kuala Pilah (Pejabat Pakatan Rakyat Jemapoh, Taman Seri Juasseh)
4. Seremban (Pejabat ADUN Sikamat, Jalan Sikamat)
5. Rasah (Pejabat MPN, Jalan Tuanku Antah, Seremban)
6. Telok Kemang (Hotel Glory Beach Resort, Port Dickson)

31 Oktober 2010/Ahad

1. Rembau (Dewan D'ark, Taman Seri Kasih, Senawang)
2. Tampin


Sunday, October 17, 2010

Pemilihan PKR 2010: Pemilihan Pimpinan Pusat

Semalam (16 Oktober 2010) telah berlangsung Hari Penerimaan Pencalonan bagi jawatan-jawatan peringkat pimpinan pusat yang berlangsung di Ibu Pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya.

Proses tersebut bermula jam 10.00 pagi hingga jam 6.00 petang telah berlangsung dengan penuh kemeriahan dan terkawal tanpa berlaku sebarang gangguan.

Bagi pemilihan peringkat pimpinan pusat, seramai enam (6) calon untuk jawatan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dari Negeri Sembilan iaitu:

1. YB Aminuddin Harun
2. YB Ravi Munusamy
3. YB Chai Tong Chai
4. Nordin Ismail
5. Haji Muhammad Kamel Yassin
6. Haji Baharuddin Arif Siri

Bagi Pemilihan peringkat Wanita Pusat, calon-calon dari Negeri Sembilan yang mengesahkan bertanding adalah:
1. Aisah Lamsah (Naib Ketua Wanita Pusat)
2. Fathillah Nurani Salleh (Exco Wanita)

Bagi Pemilihan peringkat AMK Pusat, calon-calon dari Negeri Sembilan yang bertanding adalah:
1. Badrul Hisham Shaharin bagi jawatan Ketua AMK Pusat.
Jawatan Naib Ketua AMK Pusat:
1. Nazree Yunos

Jawatan Exco AMK Pusat:
1. Rebin Birham
2. Haji Ramlan Roes
3. Zulrisyah Noor Kalam Zulkifli
4. Norazizi A. Aziz
5. Satchinathan
6. Saufi Miad
7. Yaser

Persaingan bagi jawatan Ketua AMK pusat bertambah menarik apabila Rafizi Ramli menarik diri dan Shamsul Iskandar Akin membuat 'u-turn' untuk mempertahankan jawatan Ketua AMK pusat. Ramai menjangkakan kemenangan besar kepada Shamsul Iskandar, namun persaingan kental masih boleh diberikan oleh Badrul Hisham melalui kempen-kempen 'kental' beliau.

Wednesday, September 22, 2010

Keputusan Pemilihan 2010 Negeri Sembilan


Setelah selesai Pemilihan 2010 bagi beberapa cabang yang berlangsung pada 18 dan 19 September lalu, ini adalah keputusan rasmi pemilihan bagi cabang-cabang tersebut:

Cabang-cabang terlibat pada 18 Sept: Rasah, Kuala Pilah.
Cabang-cabang terlibat pada 19 Sept: Tampin.
Pemilihan Hari Kedua (18 Sept 2010)


1. Cabang Rasah

Ketua: Haji Kamel Muhamad Yassin (menang-penyandang jawatan)
Timbalan: Tangam A/L Raju (menang-penyandang baru)
Naib Ketua: Mathurai Veran (menang-penyandang baru)
2. Cabang Kuala Pilah

Naib Ketua: Haji Roslan Alias
Pemilihan Hari Ketiga (19 Sept 2010)
1. Cabang Tampin

Ketua: Haji Baharuddin Siri (menang-penyandang baru)

Sunday, August 29, 2010

Pemilihan KEADILAN 2010: Hari Kedua

Pencalonan hari kedua (28 Ogos 2010) khususnya di Negeri Sembilan berjalan lancar semalam. Cabang-cabang yang terlibat adalah Jelebu, Jempol, Rasah, Kuala Pilah dan Telok Kemang.

Selepas tempoh pencalonan ditutup pada jam 4.00 petang semalam, beberapa pertandingan jawatan utama sebagaimana yang dijangka sebelum ini berlaku. Cabang Telok Kemang dan Rasah antara yang disebut-sebut akan berlaku pertandingan 'panas' telah menyaksikan pertandingan jawatan-jawatan utama peringkat Cabang dan AMK.
Cabang Rasah telah menyaksikan pertandingan dua penjuru bagi jawatan Ketua Cabang, manakala jawatan Timbalan Ketua Cabang berlaku pertandingan tiga penjuru, begitu juga dengan jawatan Naib Ketua Cabang yang turut berlaku pertandingan tiga penjuru.
Situasi di Cabang Telok Kemang juga menarik dengan jawatan Ketua dan Timbalan Ketua Cabang menyaksikan pertandingan dua penjuru, Naib Ketua Cabang tiga penjuru manakala jawatan AJK Cabang tiada berlaku pertandingan kerana Pengawas Pemilihan hanya menerima 15 borang pencalonan untuk jawatan tersebut.
Wanita Cabang Telok Kemang juga menyaksikan tiada berlaku pertandingan kerana bagi jawatan Ketua, Timbalan dan Naib hanya menerima satu pencalonan manakala jawatan AJK hanya ada empat pencalonan.
AMK RASAH
Hari Pencalonan semalam juga menyaksikan pencalonan bagi jawatan Ketua AMK, Timbalan Ketua AMK dan Naib Ketua AMK telah menyaksikan pertandingan sengit!
Bagi jawatan Ketua AMK Cabang, menyaksikan tiga borang pencalonan telah dikemukakan dan diterima oleh Pengawas Pemilihan, tiga untuk jawatan Timbalan Ketua AMK dan dua bagi Naib Ketua AMK manakala jawatan AJK AMK tiada berlaku pertandingan kerana hanya 12 pencalonan diterima daripada 15 borang pencalonan. Tiga borang pencalonan ditolak atas sebab teknikal.
AMK TELOK KEMANG
Cabang Telok Kemang turut menyaksikan situasi menarik dalam AMK Cabangnya. Jawatan Ketua AMK telah menyaksikan pertandingan tiga penjuru, manakala jawatan Timbalan Ketua AMK tiada berlaku kerana hanya satu borang pencalonan dihantar. Jawatan Naib Ketua AMK pula menyaksikan pertembungan tiga penjuru. Jawatan AJK AMK pula telah menerima 19 pencalonan. Hanya satu borang pencalonan bagi jawatan Naib Ketua AMK ditolak kerana kesilapan teknikal mengisi borang oleh calon.
Situasi pancalonan bagi Wanita Keadilan Cabang Rasah dan Telok Kemang menyaksikan tiada berlaku pertandingan. Pencalonan Wanita Telok Kemang diterima satu bagi jawatan Ketua, Timbalan dan Naib Ketua, manakala empat bagi jawatan AJK.
Begitu juga situasi sama berlaku dalam pencalonan Wanita Keadilan Cabang Rasah iaitu satu pencalonan bagi jawatan Ketua, Timbalan Ketua, Naib Ketua dan AJK.
Kehangatan pemilihan hari ketiga seterusnya akan berlangsung di Tampin dan Rembau hari ini.

Wednesday, August 11, 2010

Felda: Peneroka patut tuntut lebih RM200 juta

Peneroka Felda patut menuntut jumlah yang lebih tinggi daripada RM200 juta dalam samannya terhadap agensi kerajaan itu memandangkan keringat membangunkan hartanan itu lebih tinggi nilainya, kata Pengerusi PKR Negeri Sembilan.


"Kita lihat, (tanah Felda) dari hutan belukar menjadi sebuah perkampungan yang memiliki segala-galanya," kata Datuk Kamarul Baharin Abbas."Justeru tanpa sumbangan dari peneroka bagi saya kesemua itu tidak akan tercapai."



Dalam satu kenyataan hari ini, Kamarul berkata tindakan peneroka terbabit menyaman Felda adalah tindakan yang wajar kerana "Felda mengaut keuntungan tanpa keihklasan dari peneroka bagi memenuhi kantung mereka".



"Kita tahu pentadbiran yang pincang berlaku di dalam Felda. Kegagalan Felda untuk memperbetulkan urus tadbirnya boleh menyebabkan ia menyimpang dari matlamat asal," kata Kamarul yang juga ahli parlimen Telok Kemang.



"Usaha yang sepatutnya diambil oleh Felda adalah kembali kepada prinsip asalnya. Apa yang boleh diandaikan jika berlaku kekusutan di dalam akaun Felda, maka peneroka yang menjadi mangsa."



Beliau menjangkakan, kemungkinan wujudnya ugutan dan desakan daripada pihak tertentu ekoran tindakan mengejut mereka semalam.



"Pesanan saya kepada setiap peneroka jangan gusar dengan segala dugaan tersebut kerana kita berada di tempat yang benar. "



"Jangan sesekali kita tunduk dengan desakkan pihak berkenaan, apatah lagi yang dilakukan oleh Umno-BN yang selama ini hanya mempergunakan peneroka untuk kepentingan politik mereka," katanya.

Monday, August 9, 2010

Peneroka saman Felda RM200 juta!





Seramai 766 peneroka Felda memfailkan saman berjumlah RM200 juta di Mahkamah Tinggi Seremban terhadap agensi kerajaan itu atas dakwaan terlibat dalam penipuan dan pecah amanah dalam jual beli hasil kelapa sawit.Tuntutan itu difailkan oleh peguam Sivarasa Rasiah bagi pihak peneroka daripada Felda Serting dan Gugusan Raja Alias, berdekatan Jempol, Negeri Sembilan.

Mereka menamakan Felda dan Felda Palm Sdn Bhd masing-masing sebagai defenden pertama dan kedua.Dalam tuntutanya itu, mereka mendakwa "wujud penipuan dan/atau konspirasi untuk melakukan penipuan dalam urusan jual beli dan hasil buah sawit" selama 15 tahun.
Menurut Sivarasa, dalam pembayaran kadar perahan gred kelapa sawit Felda didakwa menggunapakai 18.9 peratus sedangkan nilai sebenar didakwa antara 24 hingga 25 peratus - seperti kajian Lembaga Kelapa Sawit Malaysia.Katanya, pihaknya mempunyai dokumen bagi membuktikan bahawa pada tahun 2008 sahaja, setiap peneroka kerugian RM20,000 ekoran kadar itu.
"Ini bermakna selama 15 tahun, Felda menyebabkan kesemua 766 peneroka ini kerugian sebanyak RM200 juta," kata Sivarasa.Sehubungan itu, Sivarasa yang juga naib presiden PKR memberitahu, kesemua plaintif menuntut ganti rugi am dan teladan, bersama faedah untuk penipuan dan pecah amanah yang berlaku.
Sementara itu, sejak jam 9.30 pagi tadi, kira-kira 300 peneroka Felda mula berkumpul dan memenuhi mahkamah tinggi tersebut bagi menunjukkan sokongan mereka.
Kedengaran mereka bersorak kuat berulang kali tanda sokongan ketika ahli parlimen Subang itu membacakan kenyataaan medianya kepada pemberita selepas memfailkan tuntutan itu.
Dua lagi peguam peneroka tersebut Latheefa Koya dan T Kumar turut hadir.

Felda disaman lebih 700 peneroka

Seramai 766 peneroka Felda memfailkan saman berjumlah RM15 juta di Mahkamah Tinggi Seremban terhadap agensi kerajaan itu atas dakwaan terlibat dalam penipuan dan pecah amanah dalam jual beli hasil kelapa sawit.

Tuntutan itu difailkan oleh peguam Sivarasa Rasiah bagi pihak peneroka daripada Felda Serting dan Raja Alias, berdekatan Jempol, Negeri Sembilan.Mereka menamakan Felda dan Felda Palm Sdn Bhd masing-masing sebagai defenden pertama dan kedua.


Dalam tuntutanya itu, mereka mendakwa "wujud penipuan dan/atau konspirasi untuk melakukan penipuan dalam urusan jual beli dan hasil buah sawit".


Menurut Sivarasa, ia didakwa berlaku dalam pembayaran kadar perahan gred kelapa sawit sejak 2008 di mana Felda didakwa menggunapakai kadar 16 sehingga 19 peratus sedangkan nilai sebenar didakwa antara 24 hingga 25 peratus - seperti kajian Lembaga Kelapa Sawit Malaysia.


Sehubungan itu, Sivarasa yang juga naib presiden PKR memberitahu, kesemua plaintif menuntut ganti rugi am dan teladan, bersama faedah untuk penipuan dan pecah amanah yang berlaku.


Sementara itu, sejak jam 9.30 pagi tadi, kira-kira 300 peneroka Felda mula berkumpul dan memenuhi mahkamah tinggi tersebut bagi menunjukkan sokongan mereka.


Kedengaran mereka bersorak kuat berulang kali tanda sokongan ketika ahli parlimen Subang itu membacakan kenyataaan medianya kepada pemberita selepas memfailkan tuntutan itu.


Dua lagi peguam peneroka tersebut Latheefa Koya dan T Kumar turut hadir.


(Saudara T.Kumar merupakan penasihat guaman bagi Warga Felda Prihatin-sebuah NGO yang berpusat di Negeri Sembilan memperjuangkan nasib & hak peneroka seluruh negara khususnya di Negeri Sembilan.)

Saturday, August 7, 2010

Warga Felda Prihatin: Membongkar Penyelewengan Jual Beli Buah Sawit oleh Felda


Felda meletakkan syarat yang ketat untuk 'greding' buah sawit peneroka. Walaupun syarat dipenuhi tetapi KPG tidak pernah melebihi 19%. Buah sawit dari luar mendapat KPG yang lebih tinggi walaupun berasal dari ladang peneroka.


Buah sawit peneroka belum diproses tetapi kilang telah menetapkan KPG buah sawit itu yang baru dihantar ke kilang dengan sewenang-wenangnya. Peneroka membuktikan melalui ujian makmal Felda bahawa buah sawit mereka berhak mendapat gred sekurang-kurangnya KPG 25%. Malah MPOB menetapkan KADAR STANDARD gred buah sawit tempatan ialah KPG 25%.


PENIPUAN KILANG


Kilang mengasingkan anggaran 10 tandan sawit bagi setiap lori, KONONnya buah 'reject' tetapi TIDAK membenarkan peneroka mengambil semula. Sebaliknya buah tersebut ada yang DIJUAL SEMULA dan DIPROSES BERSAMA. Peneroka MASIH dikenakan denda dan DIKURANGKAN gred.


Setiap perbezaan 1% KPG, peneroka kerugian RM25 ke RM30. Sekiranya lapan (8) tan, peneroka kerugian sekurang-kurangnya RM1,200 setiap bulan JIKA perbezaan KPG adalah 6% (25% ditolak 19%).


Dalam kes di Felda Kemahang 3, pengurus Felda didapati BERKOMPLOT dengan pihak kilang untuk menipu peneroka. Namun, gejala ini juga didapati berleluasa di Felda seluruh negara! Peneroka yang menuntut hak mereka akan DIFITNAH, DIUGUT BUANG DARI RANCANGAN dan DITUDUH menimbulkan HURU-HARA dalam masyarakat.


Peneroka Felda Kemahang 3 di Tanah Merah, Kelantan terpaksa menyaman Felda pada tahun 2002 lantaran keengganan agensi itu untuk berunding malah telah MENGUGUT akan MENGUSIR peneroka terbabit dari tanah rancangan sekiranya berani mendedahkan penyelewengan itu ke mahkamah.


Pada 13 Januari 2008, Mahkamah Tinggi memerintahkan Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd membayar ganti rugi kepada peneroka terbabit sebanyak RM7.8 juta. Pada 19 Januari 2010, Mahkamah Persekutuan telah menolak rayuan Felda dan memerintah agensi tersebut membayar RM11 juta sebagai ganti rugi kepada 354 peneroka Felda Kemahang 3 itu.


Lantaran kejayaan tersebut, Warga Felda Prihatin telah berjaya menggerakkan gelombang kesedaran warga peneroka di beberapa kawasan Felda di Jempol, Negeri Sembilan. Pada 9 Ogos 2010 ini, sekumpulan 750 orang peneroka Felda Serting akan memfailkan saman kepada Felda atas penipuan gred buah sawit mereka. YB Sivarasa Rasiah akan mengetuai barisan peguam dalam saman ini. Saman tersebut akan difailkan di Mahkamah Tinggi Seremban 2.


Semoga gelombang kesedaran warga peneroka tersebut akan turut membuka minda dan keberanian seluruh warga peneroka untuk menuntut hak meraka serta bersatu menghentikan penyelewengan Felda.


HARAPAN BARU UNTUK PENEROKA

Dari Meja SU MPN

Salam Reformasi...

Agak lama ruangan ini tidak dikemaskini lanjutan kesibukan menjalan program sepanjang bulan Julai 2010 lalu.

Pada 17 Julai 2010 bersamaan Sabtu, saya bersama Adun Chuah, YB Chai Tong Chai telah hadir ke perasmian pembukaan serentak Ranting-Ranting PKR Cabang Jempol di Felda Palong. Program ini telah dilangsung di rumah saudara Che Hashim.
Sebagaimana yang dijangka, program ini telah mendapat perhatian khusus oleh pihak polis. Terbukti seluruh kekuatan polis daerah Jempol telah dikerah untuk memantau dan sekatan ke jalan masuk Felda Palong telah dibuat. Jelas, BN telah mula tergugat dengan gerakan progresif PKR mengembangkan pengaruh politiknya ke dalam kawasan Felda.
Bagaimanapun, tidak berlaku sebarang halangan pada perjalanan program tersebut. Timbalan Presiden PKR, Senator YB Dr Syed Husin Ali telah berkenan merasmikan penubuhan serentak ranting-ranting di seluruh kawasan Palong. Kemuncak program tersebut telah dijayakan dengan pemasangan papan-tanda ranting di tepi jalan masuk utama kawasan tersebut.
Antara pimpinan yang hadir adalah Ketua Penerangan PKR Pusat-Lateefa Koya, Ketua AMK NS yang juga selaku penyelaras program-Rebin Birham, Penasihat Guaman Warga Felda Prihatin-T.Kumar dan Ketua Penerangan PKR NS-Ibrahim Yusof.

Thursday, July 15, 2010

MB Selangor akan dedah pemimpin Umno-Bn dapat lesen lombong pasir


SHAH ALAM 15 Julai - Kerajaan negeri Selangor akan mengumumkan senarai individu yang diberikan lesen melombong pasir oleh kerajaan Umno-BN sebelum ini sebagai langkah menegakkan prinsip ketelusan dalam pentadbirannya, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.


Abdul Khalid juga berkata beliau akan menyertakan semua maklumat mengenai kegiatan curi pasir yang telah diperolehi oleh anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Polis DiRaja Malaysia untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.


Beliau juga berharap pemimpin Umno-Barisan Nasional tidak membangkitkan isu kecurian pasir untuk tujuan politik.


"Saya berharap agar dokumen yang diberikan memadai untuk Timbalan Perdana Menteri memberi arahan kepada pihak berkuasa bertindak secara professional.


"Ini dilakukan bagi membolehkan individu tersebut dinilai sama ada mereka layak menerima lesen berkenaan meskipun langkah tersebut diketahui tidak akan disenangi beberapa pihak," kata Menteri Besar pada sidang Dewan Negeri Selangor semalam.


Semalam kerajaan negeri surat kepada Muhyiddin bagi menjelaskan isu curi pasir di Selangor serta menjemput beliau dan agensi persekutuan untuk memerangi gejala ini.


Salinan surat juga dihantar kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negeri Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.


Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan dalam surat tersebut kejadian curi pasir berlaku secara berleluasa sebelum 2008 ketika Selangor diperintah Barisan Nasional.

Umno-Bn guna Isu Pasir Selangor kaburi tindakan naikkan harga gula & petrol


SHAH ALAM 15 Jul - Rakyat hari ini dikejutkan dengan kenaikkan harga petrol sebanyak 5 sen bagi petrol dan diesel yang akan berkuatkuasa tengah malam ini.


Keputusan yang dibuat secara drastik ini menunjukkan kerajaan Umno-Barisan Nasional seolah-olah cuba menutup isu kenaikkan bahan bakar itu dengan memperbesar-besarkan isu penyelewengan pasir di Selangor.


Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri, Syed Shahir Syed Mohamud yang dihubungi wartawan berkata tindakan Umno-BN yang memperbesarkan satu-satu isu dengan cara yang cukup licik untuk menutup kelemahan kepimpinan Umno-BN dalam isu berkaitan dengan rakyat.


"Tindakan menaikkan harga petrol ini sebenarnya akan menyebabkan kesan dan impak negatif kepada rakyat bawahan.


"Pakatan Rakyat memandang serius perkara ini memandangkan rakyat di bawah semakin tidak selesa dengan tindakan itu yang akan menyebabkan kos barangan lain meningkat," ujarnya


Kenaikkan itu katanya lagi akan menyebabkan rakyat bawahan akan menjadi lebih marah terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sebelum ini mewar-warkan polisi 1Malaysia yang kononnya mengutamakan rakyat.


Mengenai isu penyelewengan pasir di Selangor, Syed Shahir berkata prinsip Pakatan Rakyat sememangnya tidak bersetuju dan menentang segala bentuk penyelewengan.


"Isu penyelewengan pasir ini bukan isu semalam tetapi telah berlaku hampir 30 hingga 40 tahun lepas semasa zaman Umno-BN menjadi kerajaan di Selangor.


"Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Khir Toyo nampaknya ingin menjadi juara dalam hal ini sedangkan semasa beliau menjadi menteri besar tidak ada sebarang usaha yang dibuat dalam memerangi isu penyelewengan dan kecurian pasir di negeri itu.


"Kita bukan ingin menutup isu ini malahan kita juga menentang kerana ianya bukan memberikan kesan kepada orang ramai tetapi juga kepada alam semulajadi," tegas beliau.


Dalam pada itu, beliau juga menyeru semua pihak terutamanya pihak berkuasa seperti pihak polis, Jabatan Alam Sekitar dan kerajaan negeri Selangor khususnya agar mengambil tindakan yang tegas terhadap individu-individu yang terbabit dalam hal yang berkaitan dengan penyelewengan pasir.

Monday, July 12, 2010

Chua Mahu Mantapkan KEADILAN Johor Hadapi PRU-13

PETALING JAYA 12 Julai - Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor yang baru dilantik, Datuk Chua Jui Meng berkata antara tugas pertama beliau ialah menyusun semula struktur pentadbiran parti di negeri itu dengan tujuan menjadikannya sebuah supaya organisasi politik yang efektif dan mantap bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.

Jui Meng berkata untuk mencapai objektif beliau akan berbincang dengan semua pemimpin KEADILAN Johor serta pucuk pimpinan tertinggi parti termasuk Ketua Umum dan Presiden sebelum sebarang barisan baru kepimpinan negeri dibuat.

"Negeri Johor ialah negeri yang paling sukar bagi KEADILAN kerana pada PRU 2008 kita tidak
memenangi satu kerusi DUN atau Parlimen pun. Ini kerana Johor adalah kubu kuat Umno dan kubu politik MCA, jadi sasaran KEADILAN mengambil alih pentadbiran negeri ini daripada Barisan Nasional bukan sesuatu yang mudah.

"Namun saya menerima tanggungjawab yang diamanahkan parti dengan penuh kesedaran dan
berharap melalui perbincangan dengan semua lapisan pimpinan KEADILAN Johor kita mampu wujudkan satu pasukan yang berkesan dan kuat," komen beliau kepada Suara Keadilan ketiuka dihubungi.

Jui Meng yang merupakan bekas Menteri Kesihatan dan Naib Presiden MCA berkata beliau akan
memanfaat sebaik mungkin pengalaman luas beliau dalam Kabinet dan politik untuk membawa perubahan positif untuk kebaikan parti.

"Saya rasa terharu dengan perlantikan ini apatah lagi ia berlaku setelah tindakan menarik balik semua bintang kebesaran yang dianugerahkan kepada saya oleh negeri Johor. Ia merupakan pengiktirafan sumbangan saya selama ini kepada Johor dan juga negara," kata beliau.

Dalam satu kenyataan hari ini KEADILAN mengumumkan perlantikan Jui Meng sebagai Pengerusi MPN KEADILAN Johor berkuatkuasa serta merta.

Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution Ismail berkata keputusan tersebut telah dibuat dalam mesyuarat Biro Politik Pusat KEADILAN yang telah diadakan pada 7 Julai lalu.

"KEADILAN mengalu-alukan sumbangan Datuk Chua dan yakin beliau mampu memantapkan lagi organisasi parti negeri Johor dan memacukan lagi persiapan menghadapi pilihan raya umum yang akan datang," kata Saifuddin dalam kenyataan ringkasnya.


Akhbar baru PKR 'ditabur' di KL

Mengabaikan amaran daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN), PKR awal pagi ini turun padang mengedarkan akhbar lidah rasmi terbaru mereka - Keadilan.

Oleh kerana permit penerbitan Suara Keadilan masih gagal memperbaharui permitnya, parti itu kini menerbitkan akhbar tidak berkala yang tidak memerlukan kebenaran daripada kementerian itu.

Lidah rasmi baru - yang kini diterbitkan sayap Pemuda PKR (AMK) diedarkan percuma kepada orang awam di stesen LRT Masjid Jamek oleh beberapa pemimpin mudanya.

Kesemua 400 salinan yang dibawa habis diedar "macam pisang panas" dalam masa 20 minit sahaja.

Ketika edaran itu dibuat, dua kereta peronda dan dua anggota pasukan keselamatan dilihat mengawal sekitar kawasan tersebut tetapi tidak menghalan pengedaran itu.

Keempat-empat pemimpin muda PKR itu setiausaha publisiti Lee Khai Loon, exconya Ramlan Roes, Ketua AMK Wilayah Persekutuan Zaman Md Tasi dan Ketua AMK Cabang Batu Rozan Azen.

Mereka antaranya melaungkankan slogan menggesa Suara Keadilandan wartawan "dibebaskan" dalam aktiviti pagi ini.

Ketua pengarang Suara Keadilan Dzulkarnain Taib juga dilihat hadir dan mengambil gambar sekitar acara tersebut.

Thursday, July 8, 2010

Piket desak presiden KTM undur



Kira-kira 300 ahli Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPPTMB) berpiket di hadapan ibu pejabat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di ibu negara berikutan tindakan syarikat itu menubuhkan sebuah anak syarikat sebagai pengendali perkhidmatan tren elektrik (ETS).

Ahli kesatuan itu mula berkumpul di stesen komuter Kuala Lumpur pada jam 5 petang ini dan kemudiannya berarak mengikut laluan bawah tanah dan berkumpul semula di hadapan ibu pejabat KTMB di Jalan Hishamuddin.

Dalam keadaan hujan renyai, kumpulan pekerja itu kemudiannya berbaris di sepanjang jalan tersebut sambil melaungkan slogan mendesak presiden syarikat itu, Dr Aminuddin Adnan supaya meletakkan jawatan.

Puluhan poster berwarna-warni turut dipamerkan kepada kenderaan yang lalu-lalang sekitar jalan tersebut, antaranya bertulis "Presiden KTM gagal tadbir KTM", "lembu punya susu, sapi dapat nama" dan "Pekerja KTM boleh kendalikan ETS".

Walaupun jalan sekitar sesak akibat dua lorong ditutup, keadaan trafik bergerak lancar apabila piket tersebut kelihatan begitu teratur. Kumpulan tersebut juga mempunyai petugas keselamatannya sendiri. Suasana bingit kedengaran apabila mereka yang masih berseragam kerja berwarna biru itu tidak henti-henti bersorak setiap kali kenderaan yang lalulintas membunyikan hon tanda sokongan.

Berucap di perhimpunan itu, presiden KPPTMB Abdul Razak Md Hassan (gambar atas) memberikan masa 30 hari kepada Dr Aminuddin untuk meletakkan jawatan.Sekiranya Dr Aminuddin tidak berbuat demikian, Abdul Razak berharap Kementerian Kewangan akan menamatkan kontrak presiden KTMB itu.

Abdul Razak berkata, tuntutan mereka telah dimajukan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Isnin lalu memohon campurtangannya bagi menyelesaikan masalah tersebut.

"Sekarang pintu rundingan (dengan majikan) telah tertutup. Kami mahu Presiden KTM letak jawatan," katanya yang mendakwa, setelah tujuh bulan cuba berunding, permintaan mereka tidak diendahkan.

Turut hadir di perhimpunan itu ialah presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud dan juga ahli parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid.

Berucap dalam perhimpunan itu, Syed Shahir berkata beliau berharap menteri berkenaan dapat campurtangan bagi menjernihkan 'ketegangan' antara pekerja dan majikan sejak penghujung tahun lalu lagi.

"Mereka (menteri) kena panggil mesyuarat khusus, berdiolog, tidak boleh biarkan terus begini," katanya kepada pemberita.

Sebelum beredar, kumpulan yang datang daripada seluruh pelusuk negara itu sempat berpaling mengadap bangunan ibu pejabat dan melaungkan "boo" kepada Dr Aminuddin beberapa kali.Dr Aminuddin bagaimanapun tidak kelihatan. Bahkan pintu masuk ke pejabat itu juga ditutup.

Abdul Razak sebelum ini dilaporkan menolak langkah menganaksyarikatkan perkhidmatan ETS, antaranya kerana tindakan itu didakwa menyebabkan faedah kesihatan pekerja dikurangkan, kehilangan elaun-elaun, jumlah cuti berkurangan dan sewa kuarters akan dinaikkan.

KPPTMB yang dianggotai 3,600 ahli turut merancang untuk mengadakan satu lagi piket di 10 lokasi di seluruh negara pada 21 Julai.

Monday, July 5, 2010

APA ITU ZIONISMA


dipetik dari Tukar Tiub


Kita sering mendengar perkataan zionis. Kita juga sering mendengar perkataan anti-semitik. Kita juga selalu menggunakan perkataan Yahudi.

Dalam pengunaan perkataan ini telah lahir kecelaruan. Semua ini besabit dengan negara yang dipanggil negara Israel.

Disini saya akan cuba menerangkan sejelas mungkin – sepintas lalu - agar kita mendapat mencerahkan pandangan kita dalam hal ini.

Zionisma ialah idealoji politik yang muncul sebelum kelahiran negara yang dipanggil Israel. Zionisma bercita-cita untuk mengumpulkan orang-orang Yahudi yang hidup terpencar-pencar di pelbagai pelusuk dunia terutama di Eropah untuk datang mendiami Palestine.Seawal 1896 lagi pemimpin Yahudi yang bernama Theodor Herzl telah mencadangkan agar sebuah wilayah dipilih untuk di jadikan penempatan untuk orang-orang Yahudi yang terpencar-pencar.

Pandangan para rabbi dan para pemimpim Yahudi ini berasaskan sikap anti-semitik yang menzalimi warga Yahudi di Eropah.


Apa itu dan dimana punca sikap anti-semitik ini?
Untuk memahami ini kita wajib kembali melihat sejarah 2000 tahun dahulu. Ini bersangkutan dengan wafatnya Nabi Isa. Nabi Isa ialah seoarang Yahudi telah mati disalib oleh tentera Rom. Kerajaan Rom kuno telah menjajah wilayah disekeliling Laut Tengah : Syria, Turkey, Libanon , Mesir termasuk Palestine.

Mengikut tradisi teoloji agama Kristian , Nabi Isa telah bangun untuk menentang kezaliman kerajaan Rom. Nabi Isa dianggap musuh Rom. Justeru Isa dari Nazareth ini wajib ditangkap.Judah salah seorang dari sahabat Nabi Isa telah belot. Judah telah memberitahu soldadu Rom dimana Isa dari Nazareth boleh ditemui. Akhirnya Nabi Isa dapat ditangkap dan disalib. Disinilah permulaan sikap anti-semitik.


Penganut agama Kristian yang muncul sesudah wafatnya Nabi Isa merasa amat marah terhadap Judah seorang Yahudi yang belot hinggakan Nabi Isa di salib. Judah seorang Yahudi belot. Maka penganut agama Kristian benci kepada Yahudi. Sikap anti Yahudi ini dpanggil anti-semitic. Dari babak sejarah inilah asal usul sikap anti-simitik yang rasis.Eropah 1000 tahun daluhu bukan Eropah hari ini. Perasaan anti-semitik – benci terhadap orang Yahudi - ini hidup menjalar dan berkembang. Ini ditambah pula dengan propaganda agama yang dijalankan oleh para paderi yang ingin memperkuat dan memperkokoh pengaruh agama Kristian.

Apakah dia semitik atau semite atau siapa dia semite?Semitik ialah semite satu cabang bangsa. Ini sama seperti Melayu yang dimasukkan ke dalam rumpun bangsa mongoloids dan austronesian. Arab berbangsa semitik. Rakyat Palestin adalah semitik. Yahudi dan Palestin adalah dari rumpun bangsa yang sama.Justeru anti-semitik adalah sikap perkauman – sikap rasis tehadap warga berbangsa semite - Yahudi.

Gerakan Zionis pula adalah gerakan politik yang ingin mencari wilayah. Awalnya Zionisma tidak ada sangkut paut dengan agama. Carlifornia, Afrika Selatan, Argentina malah Uganda juga telah dicadangkan sebagai wilayah dimana orang Yahudi boleh mendirikan negara bangsa.Akhirnya Palestin telah dipilih kerana ada pertalian sejarah antara Yahudi dengan Palestine. Orang Yahudi memang telah menduduki wilayah Palestine dari zaman berzaman. Malah bangsa Yahudi terdapat dipelbagai pelusuk negara Arab.

Pada 2 November 1917 muncul Pengistiharan Balfour - The Balfour Declaration. Ini adalah satu pengistiharan resmi kerajaan British terhadap Palestine.

Kerana pada ketika ini Palestine dibawah jagaan British."His Majesty's government view with favour the establishment in Palestine of a national home for the Jewish people, and will use their best endeavours to facilitate the achievement of this object, it being clearly understood that nothing shall be done which may prejudice the civil and religious rights of existing non-Jewish communities in Palestine, or the rights and political status enjoyed by Jews in any other country."
Ini adalah sebahagian dari Pengistiharan Balfour.

Lord Arthur James Balfour ialah Setiausaha Luar Negara untuk kerajaan British. Dia telah menulis pengistiharan ini kepada Baron Rothschild seorang pemimpin Yahudi British.Harus disedari bahawa tidak semua Yahudi menyokong Balfour Declaration. Ramai pemikir dan para intelektual Yahudi merasakan sebuah negara khusus untuk Yahudi ada berbau sifat perkauman. Ini pandangan puluhan tahun dahalu sebelum tertubuhnya Israel.

Ramai orang-orang Yahudi yang menetap di Eropah telah sebati, selesa dan menjadi warga negara dimana sahaja mereka menetap. Yahudi hanya agama dan pembudayaan mereka tetapi mereka adalah warga Itali, German, Begium atau Russia.Perdebatan terus berlaku – mendirikan negara atau terus bermastautin di negara baru. Debat ini terus berlaku hingga ke era pecahnya perang dunia ke dua.

Sebelum perang dunia kedua para cukong di Eropah adalah orang Yahudi. Mereka tidak dibenarkan memiliki tanah. Justeru mereka berniaga. Perniagaan Yahudi ini mendominasi Eropah terutama di German. Apabila ekonomi German merosot maka dengan senang sahaja Hitler telah menyalahkan Yahudi sebagai pembawa malapetaka ekonomi.

Sikap anti-semitik yang sedia wujud amat senang dibakar. Suasana ini diyakinkan lagi dengan keadaan ekonomi yang meleset. Gerakan Nazi berkembang. Musuh utama Nazi ialah orang Yahudi.Suasana perang ini memberi nafas baru kepada gerakan Zionis. Pemimpin zionis secara senyap amat gembira apabila Hitler menyerang orang Yahudi di Eropah. Kini warga Yahudi di Eropah boleh diyakinkan untuk berpindah ke Palestine. Secara rahsia pemimpin zionis telah bersekongkol dengan Hitler. Perundingan dijalankan agar projek Palestine berjaya.


Dokumen-dokumen baru semakin banyak muncul untuk membuktikan kerjasama zionisma dengan Hitler.Apabila Hitler mula menzalami Yahudi maka semakin ramai Yahudi meninggalkan German. Ada yang menuju ke Palestine tetapi tidak seramai yang lari menuju ke Amerika Syarikat.Selesai perang dunia kedua para pemimpin politik di Eropah merasa bersalah kerana bagitu ramai Yahudi menjadi mangsa Hitler.


Gerakan Zionis dengan licik telah memainkan jarum mempengaruhi kuasa Anglo-Amerika untuk mendirikan negara Israel.Pada 14 mei 1948 berlakau Nakba - malapetka – kepada warga Arab Palestine kerana terdirinya Israel. Justeru amat jelas negara Isreal ini adalah negara penjajah. Menjajah dan mengambil tanah yang bukan milik mereka.Saya selalu ingin menerangkan bahawa ada perbezaan ayang amat sangat diantara zionisma dan Yahudi.

Yahudi iaah satu kumpulan yang berkongsi, beragama dan berbudaya sama. Manakala zionisma ialah gerakan politik untuk mencari tanah jajahan. Zionisma ialah anak syarikat kepada kapitalisma dan kuasa imperial Anglo-Amerika.Kita wajib melakukan pencerahan fikrah untuk melihat dengan jelas apa dia sikap anti-semitik, sikap rasisma, sikap perkauman dan dimana puncanya.

Saya sering membaca dan mendengar perkataan Yahudi sering digunakan untuk mengecam Israel. Ini salah. Bukan semua orang Yahudi menyokong Israel. Malah warga Yahudi asli yang telah menetap beribu tahun di Palestine menentang kemasukan Yahudi baru dari Eropah. Untuk mereka yang baru sampai ini adalah penjajah.

Perjuangan rakyat Palestine bukan tentang agama. Perjuangan mereka ialah menentang penjajah yang datang mengambil tanah air mereka. Betul mereka beragama Islam tetapi ramai juga warga Palestine yang beragama Kristian. Kita akan berlaku tidak jujur jika kita menerangkan kepada umum bahawa Palestine ialah pejuangan agama.

Malah pandangan sebagini akan memudaratkan dan menyusahkan lagi para pemimpin Palestine untuk menerangkan kepada dunia bahawa mereka bukan menentang Yahudi tetapi menentang zionisma.(TT)

nota:sila cari dan baca faktayang lebih mendalam. tulisan ini hanya pengenalan sahaja.

Perasmian PKR Ranting Jelai Kompleks


Pada 2 Mei 2010 lepas, PKR Cabang Tampin telah menubuhkan Ranting Jelai Kompleks. Perasmian ranting tersebut telah dilancarkan oleh Ketua AMK Negeri Sembilan-saudara Rebin Birham.

Turut hadir sama program tersebut Ketua Penerangan Cabang Tampin, saudara Mahmad@Tok Mat, setiausaha cabang-saudara Jeffery Young dan beberapa AJK Cabang Tampin.

Tuesday, June 29, 2010

Berita Hangat: Lanjutan Umno Kantoi Tipu Ulama Muda

UMNO TIPU, JATUH REPUTASI ULAMA MUDA – harakah daily
Empat ulama muda nafi menyertai Umno Jumaat lepas seperti dihebohkan media arus perdana sebaliknya mereka dijemput hadir kerana dikatakan Najib Razak ingin bertemu dengan lepasan Jordan.
Salah seorang daripada mereka, Ustaz Hosni Mubarak Abdul Hamid, 27,dari Sungai Buloh berkata demikian ketika berucap menafikan perkara itu di majlis Pentas Pemuda Pakatan Rakyat anjuran Pemuda PAS Shah Alam di TTDI, dekat sini malam tadi.
“Kami dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall, naik escalator, pusing-pusing tiba-tiba sudah berada di dalam Bangunan Umno di PWTC, diminta beratur menyambut Najib datang dan bersalaman, ketika itu gambar diambil bertalu-talu.“Kemudian diumumkan kepada media bahawa inilah 40 ulama muda yang menyertai Umno, benar ada yang menyertai Umno tetapi ramai yang tertipu melihat kepada reaksi mereka yang asyik menunduk sahaja,” jelasnya ketika ditemui selepas berucap pada majlis itu.
Hosni menamatkan pengajiannya di Markaz Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Negeri Selangor di Jugra pada 2003 dengan mendapat diploma dalam bidang itu.Bermula 2004, beliau belajar di Universiti Al-Albayt, Mafraq, Jordan dan 2009 mendapat Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Usul di Kuliah Syariah dan kini bersedia menyambung pengajian Master di sebuah universiti tempatan.
Anak ketiga daripada empat beradik ini sangat kesal dengan kejadian menipu oleh Umno kerana masyarakat telah memandang serong dengan paparan media yang secara langsung menjatuhkan reputasinya sebagai pewaris ilmu.“Saya dan tiga lagi sahabat lepasan Jordan, Mohd Fakhruzzaman, 37, dari Shah Alam, Mohd Akram An-Nazilin, 27, (Putrajaya) dan Mohd Jalaluddin Tahir, 26 (Sungai Petani) menafikan kami berbuat demikian sebaliknya Umno yang menipu,” tegasnya.
Majlis tersebut turut disertai Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat, Ketua DAPSY, Anthony Look dan Exco Selangor, Dr Yaakob Sapari.
Mengulas kejadian itu, Idris berkata, jika ulama pun Umno tipu, apatah lagi rakyat biasa sambil menegaskan PAS tidak gentar dengan penyertaan seberapa ramai ulama kerana rakyat lebih tahu sama ada PAS baik atau Umno sudah gelisah.

Monday, June 28, 2010

Berita Baru Terhangat: Kantoi-40 ulama sertai Umno sebenarnya ditipu???

Dipetik daripada Tukar Tiub.blogspot

INI CERITA DARI GUA BATU KASSIM BABA

Terkejut sungguh aku. Tak sangka dalam 40 orang Ulama muda yang dicanang UMNO menyertai mrk baru2 ini rupanya dipermainkan oleh UMNO.

Komen Ustaz Mobarak , salah seorang yang dikatakan memasuki UMNO :
“Kami dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall, naik escala...tor, pusing-pusing tiba-tiba sudah berada di dalam Bangunan Umno di PWTC, diminta beratur menyambut Najib datang dan bersalaman, ketika itu gambar diambil bertalu-talu.

“Kemudian diumumkan kepada media bahawa inilah 40 ulama muda yang menyertai Umno, benar ada yang menyertai Umno tetapi ramai yang tertipu melihat kepada reaksi mereka yang asyik menunduk sahaja,”.

“Saya dan tiga lagi sahabat lepasan Jordan, Mohd Fakhruzzaman, 37, dari Shah Alam, Mohd Akram An-Nazilin, 27, (Putrajaya) dan Mohd Jalaluddin Tahir, 26 (Sungai Petani) menafikan kami berbuat demikian sebaliknya Umno yang menipu,” tegasnya.Aduh, penipuan apa ini wahai Datuk Seri Najib Tun Razak?

Penipuan apa ini wahai Datuk Seri Shahidan Kassim? Penipuan apa ini wahai UMNO Cawangan Dataran Merdeka? Jeliknya permainan politik kamu.

( e-mail dari ustaz mobarak)

KAH KAH KAH…woit… MEMANG PELIK… PELIK LAGI MELIK….

kah kah kah…kah kah kah…UMNO CAWANGAN DATARAN MERDEKA!!!...

kah kah kah..woit… DIMANA RUMAH AHLI AHLI UMNO INI ?....

kah kah kah..woit… RUMAH DALAM SELANGOR KELAB KE?....

kah kah kah..woit… RUMAH TEPI WARONG TEBING KE?....

kah kah kah..woit… ATAU RUMAH DI BAWAH TEMPAT LETAK KERETA KE?....

kah kah kah…kah kah kah... MACAM MACAM NAK TIPU ORANG MELAYU....

kah kah kah..woit... NAK TIPU BUAT LAAAA BETUL BETUL...

kah kah kah..woit... JADIKAN MEREKA AHLI UMNO JLAN CHU CHENG KAY....

kah kah kahkah kah kah... ATAU AHLI UMNO FLAT SAM MANSION...

kah kah kah..woit.... BARU SELURUH MALAYSIA PERCAYA.... kah kah kah..

Pakatan Rakyat Yakin Dapat Tawan N.Sembilan PRU Ke-13


Oleh Faizal Ezzany


SEREMBAN 27 Jun - Konvesyen Pakatan Rakyat yang julung kalinya diadakan di Negeri Sembilan merupakan satu wadah dalam usaha meningkatkan perhubungan antara parti di dalam gagasan itu serta memupuk semangat perjuangan tanpa batas sempadan bagi persediaan mengambil pentadbiran kerajaan negeri pada pilihan raya umum akan datang.


Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Baharin Abbas dalam ucapan aluannya pada perasmian konvensyen berkata tujuan ia diadakan adalah untuk mengeratkan semangat perpaduan, setiakawan dan ukhwah antara pimpinan Pakatan Rakyat dan pemimpin akar umbi yang berbilang kaum.


"Mari kita lupakan apa jua perbezaan, kita bersatu di bawah satu pakatan yang mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk mengubah arena politik dominasi kerajaan terkini yang masih dikuasai oleh satu kaum sahaja.


"Pakatan Rakyat Negeri Sembalan kini bertambah mantap, kesederhanaan sikap pemimpin setiap parti menjadi tunjang kepada keakraban dan ini memudahkan setiap perbincangan dan mencari titik persamaan.


"Dimana-mana program rakyat, ketiga-tiga pemimpin parti akan turun bersama berganding tangan bertemu dan menyelesaikan masalah rakyat. Oleh yang demikian tidak menghairankan di mana setiap parti di dalam Pakatan Rakyat kini menerima pertambahan anggota parti secara mendadak dan ini merupakan satu perkembangan yang amat membanggakan serta mencerminkan sokongan rakyat terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan," kata beliau di hadapan lebih 300 perwakilan pagi tadi.


Beliau berasa yakin Pakatan Rakyat akan berjaya di dalam usaha untuk menawan mengambil alih kerajaan negeri Negeri Sembilan dan seterusnya melangkah ke Putrajaya pada pilihan raya umum nanti.


"Namun begitu, kita jangan alpa di dalam situasi sebegini pemimpin disemua parti dan peringkat harus bekerjasama dengan lebih erat lagi di dalam memenangi hati rakyat majmuk.


"Kita juga harus memastikan jentera parti sehingga ke peringkat akar umbi diperkukuhkan dan ini bukan sahaja dari segi meramaikan petugas bahkan perlu menyediakan sistem pengurusan yang baik serta sistem pentadbiran parti yang cekap," tegas Kamarul lagi.


Kamarul berharap gerak kerja pendaftaran pemilih baru dan jentera pilihan raya hendaklah diperhebatkan terutamanya kepada anggota parti yang masih belum mendaftar sebagai pengundi.


Beliau juga yakin konvesyen kali ini akan terus mendapat respons yang baik dari rakyat selain memastikan hayat politik Barisan Nasional adalah yang terakhir pada kali ini.