Tuntutan itu difailkan oleh peguam Sivarasa Rasiah bagi pihak peneroka daripada Felda Serting dan Raja Alias, berdekatan Jempol, Negeri Sembilan.Mereka menamakan Felda dan Felda Palm Sdn Bhd masing-masing sebagai defenden pertama dan kedua.
Dalam tuntutanya itu, mereka mendakwa "wujud penipuan dan/atau konspirasi untuk melakukan penipuan dalam urusan jual beli dan hasil buah sawit".
Menurut Sivarasa, ia didakwa berlaku dalam pembayaran kadar perahan gred kelapa sawit sejak 2008 di mana Felda didakwa menggunapakai kadar 16 sehingga 19 peratus sedangkan nilai sebenar didakwa antara 24 hingga 25 peratus - seperti kajian Lembaga Kelapa Sawit Malaysia.
Sehubungan itu, Sivarasa yang juga naib presiden PKR memberitahu, kesemua plaintif menuntut ganti rugi am dan teladan, bersama faedah untuk penipuan dan pecah amanah yang berlaku.
Sementara itu, sejak jam 9.30 pagi tadi, kira-kira 300 peneroka Felda mula berkumpul dan memenuhi mahkamah tinggi tersebut bagi menunjukkan sokongan mereka.
Kedengaran mereka bersorak kuat berulang kali tanda sokongan ketika ahli parlimen Subang itu membacakan kenyataaan medianya kepada pemberita selepas memfailkan tuntutan itu.
Dua lagi peguam peneroka tersebut Latheefa Koya dan T Kumar turut hadir.
(Saudara T.Kumar merupakan penasihat guaman bagi Warga Felda Prihatin-sebuah NGO yang berpusat di Negeri Sembilan memperjuangkan nasib & hak peneroka seluruh negara khususnya di Negeri Sembilan.)
No comments:
Post a Comment