Peneroka Felda patut menuntut jumlah yang lebih tinggi daripada RM200 juta dalam samannya terhadap agensi kerajaan itu memandangkan keringat membangunkan hartanan itu lebih tinggi nilainya, kata Pengerusi PKR Negeri Sembilan.
"Kita lihat, (tanah Felda) dari hutan belukar menjadi sebuah perkampungan yang memiliki segala-galanya," kata Datuk Kamarul Baharin Abbas."Justeru tanpa sumbangan dari peneroka bagi saya kesemua itu tidak akan tercapai."
Dalam satu kenyataan hari ini, Kamarul berkata tindakan peneroka terbabit menyaman Felda adalah tindakan yang wajar kerana "Felda mengaut keuntungan tanpa keihklasan dari peneroka bagi memenuhi kantung mereka".
"Kita tahu pentadbiran yang pincang berlaku di dalam Felda. Kegagalan Felda untuk memperbetulkan urus tadbirnya boleh menyebabkan ia menyimpang dari matlamat asal," kata Kamarul yang juga ahli parlimen Telok Kemang.
"Usaha yang sepatutnya diambil oleh Felda adalah kembali kepada prinsip asalnya. Apa yang boleh diandaikan jika berlaku kekusutan di dalam akaun Felda, maka peneroka yang menjadi mangsa."
Beliau menjangkakan, kemungkinan wujudnya ugutan dan desakan daripada pihak tertentu ekoran tindakan mengejut mereka semalam.
"Pesanan saya kepada setiap peneroka jangan gusar dengan segala dugaan tersebut kerana kita berada di tempat yang benar. "
"Jangan sesekali kita tunduk dengan desakkan pihak berkenaan, apatah lagi yang dilakukan oleh Umno-BN yang selama ini hanya mempergunakan peneroka untuk kepentingan politik mereka," katanya.
1 comment:
saya seorang anak felda, saya membesar di felda tenggaroh 6 mersing johor.. saya bersekolah di felda. saya melanjutkan pelajaran dengan biasiswa dari felda. 21 tahun hidup saya, xpernah sekali pun saya mendengar ibu saya mengeluh tak cukup makan atau tak pernah saya dengar orang felda mati kelaparan atau kemiskinan.. felda diwujudkan bukan untuk menjadikan peneroka kaya raya. malah semua peneroka hidup sejahtera.. sekarang saya menjadi seorang wartawan. saya berjaya dalam hidup kerana saya tidak pernah merungut dengan apa yang Allah beri pada saya melalui felda.. mak saya selalu pesan tanpa felda mak akan duduk di panti/pengerang dan kau tak kan dapat rase kejayaan kau sekarang.. kata kata tu yang membuatkan saya sedar bertapa bertuahnya saya sebagai seorang anak felda.. saya sayangkan bangsa saya, anak2 felda yang sudah berjaya, generasi felda yang mampu membahagiakan ibu bapa.. buka lah mata.. bersyukurlah... jika benar dakwaan felda menipu jangan risau. allah itu maha adil.... saya tak mahu generasi bersama umur dengan saya terpengaruh dengan pihak yang cube menyelar felda yang sudah membesarkan saya, yang memberi nafas saya hidup 21 tahun.. saya bangga sebagai anak felda.
Post a Comment