dipetik dari Tukar Tiub
Kita sering mendengar perkataan zionis. Kita juga sering mendengar perkataan anti-semitik. Kita juga selalu menggunakan perkataan Yahudi.
Dalam pengunaan perkataan ini telah lahir kecelaruan. Semua ini besabit dengan negara yang dipanggil negara Israel.
Disini saya akan cuba menerangkan sejelas mungkin – sepintas lalu - agar kita mendapat mencerahkan pandangan kita dalam hal ini.
Zionisma ialah idealoji politik yang muncul sebelum kelahiran negara yang dipanggil Israel. Zionisma bercita-cita untuk mengumpulkan orang-orang Yahudi yang hidup terpencar-pencar di pelbagai pelusuk dunia terutama di Eropah untuk datang mendiami Palestine.Seawal 1896 lagi pemimpin Yahudi yang bernama Theodor Herzl telah mencadangkan agar sebuah wilayah dipilih untuk di jadikan penempatan untuk orang-orang Yahudi yang terpencar-pencar.
Pandangan para rabbi dan para pemimpim Yahudi ini berasaskan sikap anti-semitik yang menzalimi warga Yahudi di Eropah.
Apa itu dan dimana punca sikap anti-semitik ini?
Untuk memahami ini kita wajib kembali melihat sejarah 2000 tahun dahulu. Ini bersangkutan dengan wafatnya Nabi Isa. Nabi Isa ialah seoarang Yahudi telah mati disalib oleh tentera Rom. Kerajaan Rom kuno telah menjajah wilayah disekeliling Laut Tengah : Syria, Turkey, Libanon , Mesir termasuk Palestine.
Mengikut tradisi teoloji agama Kristian , Nabi Isa telah bangun untuk menentang kezaliman kerajaan Rom. Nabi Isa dianggap musuh Rom. Justeru Isa dari Nazareth ini wajib ditangkap.Judah salah seorang dari sahabat Nabi Isa telah belot. Judah telah memberitahu soldadu Rom dimana Isa dari Nazareth boleh ditemui. Akhirnya Nabi Isa dapat ditangkap dan disalib. Disinilah permulaan sikap anti-semitik.
Penganut agama Kristian yang muncul sesudah wafatnya Nabi Isa merasa amat marah terhadap Judah seorang Yahudi yang belot hinggakan Nabi Isa di salib. Judah seorang Yahudi belot. Maka penganut agama Kristian benci kepada Yahudi. Sikap anti Yahudi ini dpanggil anti-semitic. Dari babak sejarah inilah asal usul sikap anti-simitik yang rasis.Eropah 1000 tahun daluhu bukan Eropah hari ini. Perasaan anti-semitik – benci terhadap orang Yahudi - ini hidup menjalar dan berkembang. Ini ditambah pula dengan propaganda agama yang dijalankan oleh para paderi yang ingin memperkuat dan memperkokoh pengaruh agama Kristian.
Apakah dia semitik atau semite atau siapa dia semite?Semitik ialah semite satu cabang bangsa. Ini sama seperti Melayu yang dimasukkan ke dalam rumpun bangsa mongoloids dan austronesian. Arab berbangsa semitik. Rakyat Palestin adalah semitik. Yahudi dan Palestin adalah dari rumpun bangsa yang sama.Justeru anti-semitik adalah sikap perkauman – sikap rasis tehadap warga berbangsa semite - Yahudi.
Gerakan Zionis pula adalah gerakan politik yang ingin mencari wilayah. Awalnya Zionisma tidak ada sangkut paut dengan agama. Carlifornia, Afrika Selatan, Argentina malah Uganda juga telah dicadangkan sebagai wilayah dimana orang Yahudi boleh mendirikan negara bangsa.Akhirnya Palestin telah dipilih kerana ada pertalian sejarah antara Yahudi dengan Palestine. Orang Yahudi memang telah menduduki wilayah Palestine dari zaman berzaman. Malah bangsa Yahudi terdapat dipelbagai pelusuk negara Arab.
Pada 2 November 1917 muncul Pengistiharan Balfour - The Balfour Declaration. Ini adalah satu pengistiharan resmi kerajaan British terhadap Palestine.
Kerana pada ketika ini Palestine dibawah jagaan British."His Majesty's government view with favour the establishment in Palestine of a national home for the Jewish people, and will use their best endeavours to facilitate the achievement of this object, it being clearly understood that nothing shall be done which may prejudice the civil and religious rights of existing non-Jewish communities in Palestine, or the rights and political status enjoyed by Jews in any other country."
Ini adalah sebahagian dari Pengistiharan Balfour.
Lord Arthur James Balfour ialah Setiausaha Luar Negara untuk kerajaan British. Dia telah menulis pengistiharan ini kepada Baron Rothschild seorang pemimpin Yahudi British.Harus disedari bahawa tidak semua Yahudi menyokong Balfour Declaration. Ramai pemikir dan para intelektual Yahudi merasakan sebuah negara khusus untuk Yahudi ada berbau sifat perkauman. Ini pandangan puluhan tahun dahalu sebelum tertubuhnya Israel.
Ramai orang-orang Yahudi yang menetap di Eropah telah sebati, selesa dan menjadi warga negara dimana sahaja mereka menetap. Yahudi hanya agama dan pembudayaan mereka tetapi mereka adalah warga Itali, German, Begium atau Russia.Perdebatan terus berlaku – mendirikan negara atau terus bermastautin di negara baru. Debat ini terus berlaku hingga ke era pecahnya perang dunia ke dua.
Sebelum perang dunia kedua para cukong di Eropah adalah orang Yahudi. Mereka tidak dibenarkan memiliki tanah. Justeru mereka berniaga. Perniagaan Yahudi ini mendominasi Eropah terutama di German. Apabila ekonomi German merosot maka dengan senang sahaja Hitler telah menyalahkan Yahudi sebagai pembawa malapetaka ekonomi.
Sikap anti-semitik yang sedia wujud amat senang dibakar. Suasana ini diyakinkan lagi dengan keadaan ekonomi yang meleset. Gerakan Nazi berkembang. Musuh utama Nazi ialah orang Yahudi.Suasana perang ini memberi nafas baru kepada gerakan Zionis. Pemimpin zionis secara senyap amat gembira apabila Hitler menyerang orang Yahudi di Eropah. Kini warga Yahudi di Eropah boleh diyakinkan untuk berpindah ke Palestine. Secara rahsia pemimpin zionis telah bersekongkol dengan Hitler. Perundingan dijalankan agar projek Palestine berjaya.
Dokumen-dokumen baru semakin banyak muncul untuk membuktikan kerjasama zionisma dengan Hitler.Apabila Hitler mula menzalami Yahudi maka semakin ramai Yahudi meninggalkan German. Ada yang menuju ke Palestine tetapi tidak seramai yang lari menuju ke Amerika Syarikat.Selesai perang dunia kedua para pemimpin politik di Eropah merasa bersalah kerana bagitu ramai Yahudi menjadi mangsa Hitler.
Gerakan Zionis dengan licik telah memainkan jarum mempengaruhi kuasa Anglo-Amerika untuk mendirikan negara Israel.Pada 14 mei 1948 berlakau Nakba - malapetka – kepada warga Arab Palestine kerana terdirinya Israel. Justeru amat jelas negara Isreal ini adalah negara penjajah. Menjajah dan mengambil tanah yang bukan milik mereka.Saya selalu ingin menerangkan bahawa ada perbezaan ayang amat sangat diantara zionisma dan Yahudi.
Yahudi iaah satu kumpulan yang berkongsi, beragama dan berbudaya sama. Manakala zionisma ialah gerakan politik untuk mencari tanah jajahan. Zionisma ialah anak syarikat kepada kapitalisma dan kuasa imperial Anglo-Amerika.Kita wajib melakukan pencerahan fikrah untuk melihat dengan jelas apa dia sikap anti-semitik, sikap rasisma, sikap perkauman dan dimana puncanya.
Saya sering membaca dan mendengar perkataan Yahudi sering digunakan untuk mengecam Israel. Ini salah. Bukan semua orang Yahudi menyokong Israel. Malah warga Yahudi asli yang telah menetap beribu tahun di Palestine menentang kemasukan Yahudi baru dari Eropah. Untuk mereka yang baru sampai ini adalah penjajah.
Perjuangan rakyat Palestine bukan tentang agama. Perjuangan mereka ialah menentang penjajah yang datang mengambil tanah air mereka. Betul mereka beragama Islam tetapi ramai juga warga Palestine yang beragama Kristian. Kita akan berlaku tidak jujur jika kita menerangkan kepada umum bahawa Palestine ialah pejuangan agama.
Malah pandangan sebagini akan memudaratkan dan menyusahkan lagi para pemimpin Palestine untuk menerangkan kepada dunia bahawa mereka bukan menentang Yahudi tetapi menentang zionisma.(TT)
nota:sila cari dan baca faktayang lebih mendalam. tulisan ini hanya pengenalan sahaja.
No comments:
Post a Comment