Sunday, October 17, 2010

Pemilihan PKR 2010: Pemilihan Pimpinan Pusat

Semalam (16 Oktober 2010) telah berlangsung Hari Penerimaan Pencalonan bagi jawatan-jawatan peringkat pimpinan pusat yang berlangsung di Ibu Pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya.

Proses tersebut bermula jam 10.00 pagi hingga jam 6.00 petang telah berlangsung dengan penuh kemeriahan dan terkawal tanpa berlaku sebarang gangguan.

Bagi pemilihan peringkat pimpinan pusat, seramai enam (6) calon untuk jawatan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dari Negeri Sembilan iaitu:

1. YB Aminuddin Harun
2. YB Ravi Munusamy
3. YB Chai Tong Chai
4. Nordin Ismail
5. Haji Muhammad Kamel Yassin
6. Haji Baharuddin Arif Siri

Bagi Pemilihan peringkat Wanita Pusat, calon-calon dari Negeri Sembilan yang mengesahkan bertanding adalah:
1. Aisah Lamsah (Naib Ketua Wanita Pusat)
2. Fathillah Nurani Salleh (Exco Wanita)

Bagi Pemilihan peringkat AMK Pusat, calon-calon dari Negeri Sembilan yang bertanding adalah:
1. Badrul Hisham Shaharin bagi jawatan Ketua AMK Pusat.
Jawatan Naib Ketua AMK Pusat:
1. Nazree Yunos

Jawatan Exco AMK Pusat:
1. Rebin Birham
2. Haji Ramlan Roes
3. Zulrisyah Noor Kalam Zulkifli
4. Norazizi A. Aziz
5. Satchinathan
6. Saufi Miad
7. Yaser

Persaingan bagi jawatan Ketua AMK pusat bertambah menarik apabila Rafizi Ramli menarik diri dan Shamsul Iskandar Akin membuat 'u-turn' untuk mempertahankan jawatan Ketua AMK pusat. Ramai menjangkakan kemenangan besar kepada Shamsul Iskandar, namun persaingan kental masih boleh diberikan oleh Badrul Hisham melalui kempen-kempen 'kental' beliau.

3 comments:

Anonymous said...

Saya mengikuti perkembangan pemilihan parti Keadilan 2010. Mungkin saudara terlepas pandang bahawa, seorang anggota amk cabang seremban iaitu sdr. nazree yunus atau lebih dikenali sebagai mantan pengerusi GERAK tidak tersenarai sebagai calon naib. ketua amk malaysia. sila semak semula dan perbetulkan kembali senarai tersebut. terima kasih

HALIM said...

Salam kepada semua,

Tahniah kepada calon-calon yang akan bertanding tetapi harus di ingat, dalam politik harus mempunyai kekuatan mental dan juga kewangan. Jaadi untuk itu jangan gah untuk bertanding tanpa memikirkan masalah kewangan diri sendiri. Memang dalam perjuangan tidak semestinya mempunyai duit yang banyak tetapi untuk berjuang juga perlu ada duit. Pengalaman mengajar semua ini tambahan pula kita berjuang dalam parti yang menentang. Fikirr-fikirkan......

Anonymous said...

BUKANKAH SAUFI MIHAD DAH DIKENAKAN TINDAKAN DISIPLIN? BUKANKAH DIA DAH KELUAR PKR DAN SERTAI PAS?

MACAM MANA DIA BOLEH DITERIMA JADI CALON?

APA JPP DAH BUAT NI?

JPP NI BUTA KE?

JPP NI TAK FAHAM KE?

ORG MACAM SAUFI MIHAD YG DAH JELAS LANGGAR DISIPLIN PARTI MASIH DIJADIKAN CALON?