Tuesday, April 28, 2009

Umno-Jom Heboh-Mufti??

oleh Ibrahim Yusof
Belum pun dinobatkan melalui proses perundangan yang sah, belum pun reda polimik politik, belum pun diiktiraf mengikut Perlembagaan, kerajaan Umno Perak telah pun menunjukkan ‘taring iblisnya’. Maka benarlah kata bijak pandai ‘jerat tak lupakan pelanduk, tetapi pelanduk lupakan jerat’. Dalam hal ini, rakyat Perak sekali lagi ‘menjerat’ pelanduk BN.

Lihat sahaja baru-baru ini pesta ‘Jom Heboh’ TV3 di Lumut. Berbondong-bondonglah anak-anak muda diangkut dari segenap penjuru negeri Perak. Bergelandanganlah maksiat dan mungkarat diimport oleh “MB Zambry” sementara mufti dan para ulamak Perak membisu seribu bahasa.

Tidak pula kedengaran ‘fatwa’ dikeluarkan bahkan terang-terang melanggar fatwa yang dikeluarkan pada 30 Julai 2004 lalu. Tidak pula berbunyi kenyataan untuk membahamkan ‘fatwa pengharaman konsert Jom Heboh’ yang sebelum ini telah pun dikeluarkan.

Kalau semasa pilihanraya kecil Bukit Gantang, baru-baru ini keluarlah ‘fatwa’ bahawa orang bukan Islam ‘tidak boleh’ membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Apabila YB Nga memetik ayat-ayat suci Al-Quran di dalam ucapannya, beliau dikritik. Lebih ekstrim lagi ada yang membuat laporan polis kononnya perbuatan tesebut menghina umat Islam. Walaupun perbuatan YB Nga memetik ayat-ayat Al-Quran itu adalah petanda bahawa orang-orang bukan Islam telah mula berjinak-jinak mendekati pengajaran Islam.

NGO-NGO yang menjadi tali barut Umno itu berkeras mendakwa perbuatan tersebut menghina orang Islam. Pada waktu itu orang-orang Islam yang beriman dan bertakwa tersenyum-sebab ayat tersebut bukan ditujukan kepada mereka. Ayat tersebut ditujukan kepada orang yang dilahirkan Islam tetapi menentang Islam!!!

Allah Maha Besar! Allah Maha Adil! Allah tunjukkan kepada rakyat Perak baru-baru ini apabila pesta Jom Heboh direstui oleh Umno! Mana perginya hubaya-hubaya NGO ini?? Kenapa tak buat ‘repot polis’? Adakah perbuatan terkinja-kinja, pergaulan lelaki dan perempuan bukan muhrim ini tidak menghina Islam?? Tidakkah ini memalukan orang Islam dikalangan orang bukan Islam?? Masya Allah!!! Kemana punah perginya para mufti negeri dan para bijak pandai agama Umno???

Lebih menyedihkan lagi,dengar khabarnya sepanjang pesta tersebut dijalankan-azan di masjid behampiran tidak kedengaran! Maknanya sejak waktu Asar, Maghrib & Isyak –tak ada azan!!! Tak tahulah pula, mungkin tak ada yang bersembahyang waktu itu.

Inilah transformasi yang diketengahkan oleh Umno Perak dan oleh pengerusi barunya-Dr. Zambry._IY

HIDUP RAKYAT!!!

1 comment:

PutraMerang said...

Allah maha besar. Dia tunjuk la tu jugak. Orang Umno masih buta membisu. Orang melayu Umno masih menyokong Umno kerana 2-3 ratus ringgit. Halal haram tak kira dah. Kalau 5-6 ratus juta macam Gamuda (ada pertalian dengan kerabat Perak ke?), boleh lah faham jugak. Aku sokong PAS pasai nampak comel lah sikit dari Umno. Tak lah depa sempurna, tapi comel sikit aja. Pemimpin tak rasuah dan hidup bersederhana, mengajak kepada kebaikan, mebenci kepada kejahatan, berjuang bersama rakyat. Puak Umno, malas nak cakap lah. Panjang bebeno ceritanya. Pemimpinnya "bangsawan2" belaka. Melayan rakyat semua macam peminta sedekah. Tak hingin aku bersubahat.